Saturday, June 15, 2013

harapan di semester akhir di tahun akhir pengajian

Assalamualaikum & Hii


huaaaaa esok pepagi dah kena gerak balik Melaka.. kenapa cuti sekejap sangat ni hah hah hah?? rasanya baru je start cuti tapi dah habis dah cuti.. apa ni tak acikk tau cuti sekejap je.. budak u cuti 3 bulan kot tapi aku cuti 3 minggu je.. life is unfair tsk tsk tsk


sebab taknak balik Melaka terus melancarkan mogok dari bangun tidur pagi tadi iaitu taknak bercakap dengan sapa pung.. emak ajak keluar gi mall pung tak nak ikut.. duduk kat bilik tengok RM je puas-puas.. keluar bilik bila lapar and nak kencing berak je.. kalau masih lagi tak nampak kemogokan tak nak balik tak tahulah.. tapi kenapa nak tunjuk mogok kat rumah bukan pihak HEP tahu yang aku sedang mogok.. patutnya aku gi hupdate status sedang mogok taknak balik Melaka kat mukabuka tapi kenapa buat entry kat sini pulak?? motip??


emak dah sinonim sangat dengan perangai mogok anak dia setiap kali nak balik Melaka lalu emak terus gi belikan barang kesukaan anaknya untuk bekalan di Melaka dan siap nak masak lauk kegemaran anaknya supaya anaknya meneruskan pengajian terakhir kat Melaka tu hah.. adiks pung turut bagi semangat supaya akak dia balik Melaka buat AR sampaikan siap buat kek special lagi untuk akak dia yang mogok.. nampak tak betapa sweetnya keluarga kecik ini?? sebab tu aku pung sweet sebab ini penyakit keturunan :)



breath in breath out breath in breath out (amek semangat)


baiklah berbekalkan semangat yang suku ini aku akan pulang ke Melaka esok bila bangun nanti tapi bangun pukul berapa tu tak taulah.. rasa nak balik baru bangun kalau tak bangun-bangun maksudnya taknak balik latewwww


azam semester lepas Alhamdulillah dah tercapai iaitu nak bambamkan diri ini sehingga berat 53kg.. 
Ya Allah, syukur sebab inilah kali pertama berazam dan azam terlaksana.. kalau azam tahunan tu tiap-tiap tahun sentiasa kena repeat entah tak tau bila baru makbul sebab azamnya nak tamatkan zaman bujang bhahahhaha


bukan senang nak laksanakan azam semester lepas ni sampaikan sanggup tahan je hati yang geram dengan peha berlaga-laga, pipi yang bambam, badan yang dah tak fit dan segala-galanya lagi.. barulah tahu macam mana rasanya kalau berat badan ini 53kg *feeling happy


dan azam semester terakhir di tahun akhir pengajian pula adalah mengembalikan berat badan asal semasa mula-mula masuk ke Melaka ini apabila menjelmannya hari terakhir pengajian.. semoga azam ini jugak terlaksana hendaknya *hoping


selain tu, semester terakhir di tahun akhir pengajian juga diharapkan :

1. tiada kesalahan disiplin sama ada besar mahupung kecik yang dilakukan ;
2. dapat menyiapkan AR dengan cemerlangnya
3. dapat result CGPA yang boleh buat bibir tersenyum indah
4. dapat cipta kenangan indah dan menghargai detik bersama dengan BFF kesayangans
5. segala urusan dipermudahkan sehinggalah dapat posting Jan 2014 insya Allah



semoga apa yang dihajatkan ini tercapai amin ya rabbb :)



mulakan semester terakhir di tahun akhir pengajian dengan bismillahhirahamnirahimmm :)




3 comments:

Mysara Ab Rahman said...

gud luk! wt yg terbaik..:)

sha (chirp chirp) said...

waaah bestnya mogok,pastu dpt mkn best2. huhuhu. all the best!

singgah sambil follow sini!:) #169
http://ice-chirp-chirp.blogspot.com/

ID said...

baru on9 huaaaa time kasih semo.. doakan doakan doakan abes belajq dgn cemerlg hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...