Saturday, August 17, 2013

tiga bulan dari sekarang

Assalamaualaikum & Hii



selamat hari raya aidilfitri 2013 semuaorang.. 




raya tahun ni so so sahaja.. 

no baju raya, 
no kasut raya, 
no handbag raya,
no tudung raya

tapi yes to duit raya :)

Alhamdulillah di taun akhir pengajian yang berbaki lagi tiga bulan ni, rejeki duit raya melimpah ruah.. mana tak ruahnya sebab dengan semuaorang aku dok pulun merayu mintak duit raya atas alasan taun terakhir beraya sebagai pelajar sebelum bekerja di Januari 2014 nanti.. maka banyaklah duit raya ahkak gojes korang ni noks.. boleh lah buat makan minum tiga bulan kat Melaka tu hah..



raya taun ni jugak adalah raya yang paling tak raya langsung sebab semua barang raya takde dan paling penting jiwa raya tu tak kunjung tiba.. even asyik ikut makciks dan pakciks beraya ke sana-sini sebab taknak dok rumah sensorang, tapi feel raya tu tetap tak dapat masuk dalam jiwa..


yang penting duit raya dapat dah cukuplah kan nak membuktikan bahawa telah raya pada taun 2013 ni iye dok??


pengajian berbaki lagi tiga bulan, tapi semakin nak habis belajar semakin tinggi tahap kemalasan tu dah kenapa pulokss.. mohon doakan ahkak gojes korang ni berjaya menamatkan pengajian beliau dengan jayanya :)



salam aidilfitri 2013

mohon maaf zahir batin

mohon halal makan minum harta benda segalanya




kbai





Thursday, August 15, 2013

KENDURI KAWEN EDISI RAYA

Assalamualaikum & Hii

musim raya tahun ni ramai pulak bebudak seangkatan dengan aku di tempat belajar kat Melaka tu yang sibuk nak menamatkan zaman bujang mereka atas alasan takut dapat posting ke seberang laut sana.. jangan tanya kenapa aku tak mengikuti jejak langkah mereka sebab aku yakin dengan perancangan Allah apa yang terbaik untuk aku maka insya Allah aku akan reda walau dicampak ke mana sekalipun kelak.. mohon doakan hati aku kuat menerima kenyataan nanti




raya keempat je dah ada jemputan perkahwinan kawan hingga hujung nyawa katanya.. nak tak nak gigih jugak nak ke Muadzam tu hah kang kalau tak datang terus putus persahabatan puloks kan.. tuan punya badan sibuk nak request hadiah kawen bagai.. ahboi noks tak cukup request adiah besday nak request adiah kawen jugak ye.. banyak cantiks hengkaw.. nasib dapat kawan hingga hujung nyawa macam aku ni hah gigih jugak nak layankan kerenah kawan hingga hujung nyawa ni kan.. 




perjalanan yang jauh haruslah ditemani dengan beradiks yang cantiks.. apa guna ada adiks yang cantiks tapi tak nak teman ahkak mereka yang gojes ni pergi kenduri kawen jejauh kan.. kang kalau ahkak gojes mereka kena culik jadi mangsa bunuh kang menangis air mata darah pung dah tak guna dah puahahahaha


Alhamdulillah berpandukan plan kad kawen yang diberikan, kami tak sesat dan selamat sampai ke destinasi dengan jayanya.. tepat-tepat sampai je pengantins nak masuk dewang tengah jalan bawah pedang.. maka berlarilah haku untuk melihat pengantins berjalan bawah pedang ni hah walaupun tak dapat tengok dari mula janji dapat tengok je dah cukup dah nak puaskan hati ni walawehhh





sepanjang pengantins dok sibuk menepung tawar kat atas pelamin tu haku pung dok sibuk isi perut kat meja vvip kaws.. datang-datang cari bff kesayangan dan terus lepak kat meja makan di situ macam haku ni tuan rumah.. argghhh pedulik hape kan janji dapat makan.. lauk is superb sedap siap ratah habiskan lagi tahu.. nampak tak bahawa sebenarnya beradiks yang cantiks sedang kelaparan yang teramat sangat-sangat hewss


sesi pengantins potong kek pung kami nak menyebuk sebab susah gilos okeh nak tangkap gambau dengan pengantins ni sebab ramai giler boduguard.. ohomaigadd stresss betul haku sampai nak give up sebab tak dapat-dapat nak bergambau dengan pengantins







ahkak jijie iteww ni control ayu sopan santun lemah lembut giler di majlis perkahwinan beliau ni.. rasa macam ohhomaii berani kaw sorokkan perangai keji kaw depan kami buahahahahha.. takpe haku maafkan sebab haku yakin haku pung akan begitu nanti agar kelihatan seperti gadis melayu terakhir yang menjadi pujaan lelaki malaya :p




 setelah bersusah-payah, finally dapat jugak bergambau dengan pengantins baru ni ohhooiii.. 

sila abaikan pembesaran di perut yang melampau sebab ada baby yang sedang membesar di dalamnyan phewww





senelum balik macam biasalah sesi membuat bbm di dalam guest book dan inilah hasilnya







SELAMAT PENGANTIN BARU AHKAK JIJIE & CIK CUKK


SEMOGA CINTA & JODOH KEKAL SAMPAI SYURGA <3 p="">








p/s : baju nak gi kenduri pung nak kena pinjam adiks sebab takde baju raya langsung taun ni T_T



bai nokss






Thursday, August 08, 2013

SHR MZB

Assalamualaikum & Hii


tahukah anda bahawa ini adalah malam raya eh silap pepagi buta raya tapi aku tak tido lagi bukan sebab tolong emak memasak di dapur tapi duk pulun siapkan AR agar di pagi raya hati tenang, damai dan gumbira menyambut raya bhahhahahaha





kalau buat AR tak stress memang tak sah.. bila stress kena hiburkan hati agar kepala tak naik meroyan.. karang kalau dah meroyan satu benda pung tak siap.. hiburkan hati dengan menconteng kuku dengan inai ready made feeling bini orang di pagi raya bhahahahhaha


before cuti dah meroyan stress siapkan AR sebab kekonon nak enjoy bercuti di rumah tapi baru emel draft arini tengok-tengok cek emel rupanya lusa tu dah dapat feed back dari lecturer.. teros rasa nak terjun bumbung rumah sebab pergi tengok emel.. dah tahu teros hati tak tenang.. kalau tak tahu mesti tengah bersenang-lenang bergumbira sekarang ini duduk silang kaki atas sofa sambil tonton sampaikan raya.. tapi apalah nasibku ini, menyesal sudah tidak berguna lagi tsk tsk tsk




aku pulun kot bangun pagi stay up semata-mata nak siapkan AR ini.. kalaulah dari semester satu lagi dah rajin cenggini, konpom aku dah layak dapat tokoh pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang seluruh IPG dah wehhhh.. nampak tak betapa hebatnya penangan AR ini bagiku???





aku ni bukan setakat bangun pagi stay up je tapi lebih parah lagi sampai lepak library dari pagi hingga ke petang.. ini bukan diriku ok.. ternyata sekali bukan diriku.. fokus paling lama aku mampu bertahan adalah 1 jam tapi bila dah kena lepak sampai ke petang terus stress tahap membunuh sampai naik giler entah ke berapa kali dalam library ni hah T_T


kenapa aku pulun buat AR sedangkan orang lain masih rilex goyang kaki atas kusi?? occay, penyelia aku seorang lecturer cina berpangkat dr.. orang lain duk sibuk cakap pungpang sana sini yang aku patut bersyukur dapat penyelia yang best lagi skema itu tapi hakikatnya pada jiwa pemalas seperti aku ini ibarat satu bebanan besar yang harus dipikul tapi aku fikir positif.. Allah bagi dugaan pada hambaNya yang mampu.. so, Alhamdulillah aku dapat penyelia yang skema sebab bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kendian.. mungkin di saat rerakan bertarung dengan AR nanti aku dah boleh baring silang kaki atas katil sambil baca lawak kampus.. Alhamdulillah, terima kasih Allah :')



occay, nak sambung tulis AR sebab sok pagi nak balik kampung beraya.. tahukan anda bahawa raya tahun ini aku takde langsung baju raya.. bukan setakat baju raya tapi kasut raya, beg raya, tudung raya semua tak ada.. yang ada subang raya sebab tetiap taun tindik telinga tapi tetiap taun jugak lubang tertutup dah lepas raya.. motip tindik telinga sebenanrnya bahhahahha??



sapa nak sumbang duit raya kat aku sangatlah berbesar hati..


SELAMAT HARI RAYA

MINTA MAAF ZAHIR BATIN


:)


peace yooo


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...