Tuesday, May 29, 2012

kesyukuran, Alhamdulillah

Assalamualaikum & Hii..


tiada apa yang lebih indah jika dibandingkan dengan setiap saat berada di rumah.. mana tidaknya buka mata sahaja terus dapat makan tanpa perlu bersusah payah nak pikir nak makan apa, nak makan kat mana apa semo.. yahuuuu.. bila duduk di rumah rutin harian adalah sama iaitu makan, tb, tido, makan, tb, tido dan seterusnya akan tetap sama sehinggalah cuti tamat.. kalau rajin barulah pikir nak mengait, menjahit, menconteng mahupun mencuci mata keluar berjalan.. tapi nampaknya cuti kali ini adalah cuti yang tahap kemalasannya terlalu tinggi di mana hendak drive keluar berjalan pung rasa tak nak dan malas.. lebih sanggup makan dan tido sahaja daripada keluar berjalan.. semoga bakal mak mertua tidaklah membaca blog kite ni heeee..


semester lima yang dah abes dah aritu begitu padat sampaikan tak sempat nak menarik nafas lega dah perlukan oksigen semula untuk melakukan next tugasan pula.. tentunya semasa berpraktikum adalah masa yang paling padat yang tidak boleh diganggu langsung sehinggakan nak balik kampung pung terpaksa dilupakan sobsob.. maka selepas selesai berpraktikum perlulah membanting tulang menguruskan hari merentas desa dan hari kejohanan olahraga tahunan.. atas sebab tak mahu menjadi pegawai yang perlu pergi meeting setiap malam sebab penat berpraktikum tak hilang lagi maka telah mengambil bahagian sebagai peserta winkwinkkk.. lame dah weh tak berlari ini.. ha ha ha.. berlari dalam hujan adalah sesuatu yang rare okeh dan bila dapat sumbangkan mata juga adalah suatu kepuasan yang tidak dapat diucap dengan kata-kata..


belum stat berlari dah sibuk nak bergambar kat garisan penamat


sebelah kanan kite tu dapat top 5 and sebelah kiri kite tu dapat top 15.. mereka ajak kite lari samesame tapi awal-awal lagi kite dah tertinggal di belakang sebab sesak sangat (padahal dah gemuk dan stamina juga sudah out) maka haruslah dengan rendah diri berlari sorang-sorang sambil pandang kiri kanan bila berlari di kawasan perumahan dengan harapan akan nampak anak bujang yang handsome lalu berpura-pura jatuh =.=


abes je merentas desa dah mula sibuk dengan KOT pulakk.. hah masa KOT ini mulalah mengade dah datang dan terus bagi nama nak jadi pegawai atas sebab kalau lulus exam KOAM tu dah boleh dapat sign praktikal mase KOT ini.. besar harapan agar lulus exam tersebut tapi kalau tiada rezeki nak lulus pung memang nak timba pengalaman nak tahu macam mana jadi pegawai ni.. part first yang harus reda adalah muka dan tangan akan berubah dalam sekelip mata menjadi gelap kerana mendapat vitamin H katanya dan bila ini terjadi janganlah mula sibuk nak menyesal.. konpem 10 hari 10 malam akan pakai bedak sejuk memanjang.. 


orang kuat belakang tabir



masa jadi pegawai ni telah menjadi pegawai untuk acara lompatan tetapi apabila hari kemuncak terus menjadi pegawai balingan atas request dari pihak atasan.. mungkin mereka merasakan bahawa kite ini tahu bab-bab balingan ini tapi hakikatnya sebelum peserta nak merejam lembing barulah kite sibuk bukak buku, tanya lecturer, tanya atlet, tanya pihak KOAM tentang peraturan apa semo sebab tak sempat nak study sebab kite cuma dah khatam untuk acara lompatan je T__T


bila nak kena jadi ketua untuk merejam lembing ini mulalah menggunakan kuasa beto apabila mahu melihat acara berlari maka terus suruh peserta rehat sekejap sehingga acara tamat ha ha ha.. lantak lah kan sape suruh lantik kite jadi ketua.. dan barulah tahu bahawa acara ini adalah acara yang tak best sebab bila semua pegawai sudah boleh rehat sebab acara dah habis tak kaw tetap kena duduk diam-diam kat padang tu sambil mengambil jarak ukuran rejamam sampaikan tak dapat makan dan minum.. lepas ini haruslah katakan TIDAK untuk menjadi pegawai acara ini dan kepada mereka juga janganlah merequest kite untuk jadi pegawai bidan terjun last minute sebab muka kite ni memang nampak hebat tapi hakikatnya tidak *sila muntah


:) tak perlu kata apa-apa



habis semua event untuk sem lima ni maka di akhirnya perlulah menduduki ujian KOAM yang digembar-gemburkan itu.. memang tak sempat nak khatam buku hijau itu maka hanya bertungkus-lumus study soklan-soklan lepas dan cuma berharapkan pada pengalaman menjadi pegawai semasa KOT dan berbekalkan keberkatan duduk di hadapan semasa bengkel.. peratusan yang lain adalah reda dan tawakal.. dan, alhamdulillah telah lulus walaupun hanya mendapat gred B sahaja..






jumlah yang lulus tidak sampai separuh pung dan Alhamdulillah sekali lagi sebab separuh daripada kelas kami, PK5 telah lulus dan empat orang telah mendapat A.. see, peratusan untuk lulus hanyalah gred A dan B sahaja.. jika tidak mendapat gred selain itu maka dikira gagal.. jangan tanya kenapa tidak ada gred C, D mahupung E sebab kite pun tak tahu kenapa tak ada.. dan kalau tidak silap markah untuk sekitar gred B pung hanyalah sehingga 65% sahaja.. rupanya susah jugak nak lulus kan.. mungkin atas sebab ada soklan subjektif kot..


papepung Alhamdulillah dan bersyukur sangat sebab lulus.. kepada yang mendapat A tahniah diucapkan.. dan sejuta tahniah juga diucapkan kepada Abg Ijan yang juga lulus itu yang telah bertungkus-lumus buat kelas malam untuk exam KOAM ini walaupung bersedih hati bila tahu beliau tak duduk sama dengan kami sewaktu peperiksaan.. mula gelebak bila keluar dewan dan tanya eh apa ye yang dimaksudkan dengan itu dan ini sebab tak sempat nak discuss masa kelas malam itu.. kelas malam betul-betul membantu kami dan tahniah kepada semua orang.. lepas ni perlulahlah mengorbankan masa, tenaga dan wajah untuk menjalani praktikal.. so, mane-mane IPT yang ada buat event yang melibatkan KOAM, silalh beritahu kite ya sebab kite nak kena wat praktikal dan mendapatkan sign pegawai..


ehh, result penuh boleh juga lihat di SINI 





kbai :)


Saturday, May 26, 2012

keinginan yang besau


Assalamualaikum..


finally home sweet home yeayyyyyyy gumbira tidak terkata yahuuu beda beda beduuuu.. balik ke rumah pepagi buta adalah sesuatu yang sungguh gigih kan.. sebab kegigihan adalah kerana kakak kesayangan sudi menemani adiknya ini untuk mendrive pulang ke kampung halaman.. akak dari KL turun Melaka dan si adik telah membawa akak pergi membeli barang dan makan besar di Windmill ehsan kupon free daripada si gojes Aida jiranmate di hostel kesukaan itu J


balik ke rumah terus mengemas bilik dan bebarang yang bersepah itu dan apabila mendengar suara emak di bawah maka terus turun dan berbual bersama emak hingga ke lewat pagi umpama setahun tidak berjumpa.. yeaaayyyy dan kendian baru tahu bahawa cuti semester ini ramai rakan taulan yang kawen dan kemungkinan besau ada yang tidak dapat pergi kerana perlu pergi ke Perlis untuk aktiviti kagum sobsobsob.. time kasih kepada rakan taulan sebab semangat nak suh kite datang sampai siap poskan kad lagi sebab tak dapat nak bagi by hand.. i is tacing okeh !!!


ehem ehem, partner praktikum kite sem depan adalah budak yang telah mendapat Praktikum Cemerlang praktikum fasa satu kali ini.. congrate gurl you deserve it!!! proud of you lah kan J semoga badi PC itu akan tempias cikit nanti buhahahakkk :D



duit tabung semester ini


ehemmm kite rasa macam nak beli tab lah he he he.. maka balik rumah terus kira duit tabung simpanan cukup ke tak ha ha ha.. lepas tu cakap kat emak kesayangan yang anak kesayangan die ni mahu beli tab sebab senang nak bawak gi mana-mana dan sebab nak main game buhahaha.. emak kesayangan yang malas nak layan nafsu anak kesayangan yang besau ini terus tukar topik lain tapi si anak kesayangan tetap gigih cerita pasal tab dan kisah duit beliau yang masih tak cukup itu dengan harapan emak kesayangan akan sponsor sikit after majlis nanti tee heee.. ni yang nak sayang emak kesayangan banyakbanyakbanyak lagi ini huuuu


ehh nenek kesayangan kata kalau untuk belajar beliau tak kesah kalau cucu kesayangan ni nak mintak sponsor.. baiklah, nanti akan balik kampung dan cerita pasal tab kepada nenek kesayangan bahawa cucu kesayangan die ni sibuk nak beli tab sebab senang nak buat belajar.. boboi is gedabak sangat nak bawak ke hulu-hilir heee.. kena print siap-siap gambar tab supaya nenek kesayangan akan percaya dengan kata-kata cucu kesayangan beliau ni hahhh..




oho agak-agak kalau beli tab bayau dengan duit syiling akan kena lempang tak?


Monday, May 21, 2012

hye REJAB :)

Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi malam ni (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, malam ni, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar adalah "Sayyidul Istighfar" bermula dari malam ini.. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..
Barang siapa berpuasa 2 hari di awal Rejab , seakan ibadah 2 tahun....

Barang siapa mengingatkan orang lain tentang ini , seakan ibadah 80 tahun :)
 
 
petang esok, petang rabu dan petang khamis ada papers lagi.. doakan kite dapat jawab semua betul ea.. time kasih daun keladi ~~~~~~~

Thursday, May 03, 2012

kisah Nabi Sulaiman as dengan semut


Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak pernah risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman), dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat prihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadanya?

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding "jaminan" manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.




"Ya Allah, Kau tabahkanlah dan kuatkanlah hati hambaMu ini dalam mengharungi segala dugaan kehidupan yang telah direncanakan olehMU Ya Allah.. sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hambaMu di luar batasan mereka.."



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...