Sunday, December 30, 2012

preview 2012

Assalamualaikum & Hiii  :)


esok adalah hari terakhir bagi tahun 2012 dan esok jugak adalah hari pertama berada di hostel tercinta.. semoga kondisi bilik sangat umpphhh sehinggakan weolss mampu memaintainkan hasil ternakan lemak yang sedia ada supaya dapat digunakan semasa berpraktikum tiga bulan kelak uhuks


sebab hati sayu maka malas nak taip panjang.. mari layan gambau preview sukaduka sepanjang tahun 2012 ini sobsss

*gambau tidak mengikut urutan peristiwa*


holiday di Sabah bersama keluarga besar

majlis perkahwinan kak Fita & abg Husaini di JB

dinner para seniorita UKM

hari merentas desa & kejohanan olahraga tahunan IPGKPM

berjimba bersama kesayangan

last BIG di SK Paya Rumput

terapai pasir dan terapi main di Pantai Puteri

lawatan ke BAM

first praktikum di SK Seri Bemban, Jasin
makan-makan di rumah aboh

kazen bertunang

berjimba di Melaka bersama kesayangan

sesi melepaskan kerinduan bersama kesayangan

percutian di sawah padi

lawatan melihat BBM ohsem

holiday di Melaka with BFF kesayangan
wedding ex-classmate Sakinah & Faizal di JB

last day with aboh T_T

hari pertunangan beloved kakak

kenduri kawen cucu mak Esah di Paya Redan

majlis perkahwinan sepupu di Ipoh

majlis perkahwinan Ira dan Suami di Felda Aping Barat

praktikum kedua di SK Menggong, Alor Gajah

majlis perkahwinan my twin primary school di Seri Wangi

raya bersama keluarga besar 2012

convocation kakak

with new emak

PDK di Sg. Rambai

convocation BFF kesayangan di UTM Skudai
malam irama Malaysia anjuran PK5 crews
pegawai part time di KSSSN peringkat Kebangsaan di Stadium Hang Jebat di Melaka

wedding Ieda & Emy di Felda Adela
wedding senior Kak Engku & Khairul Azhar di Felda Selancar, Segamat

wedding senior kesayangan Kak Ida & Azdmin di Dewan KOSASS, UPM
wedding Kak Ngah & Nafis di Kluang

wedding ex-classmate Rina & Zaki di Jasin, Melaka








2012 tahun perkahwinan kengkawan dan seniorita dan 2012 juga banyak event penting dalam keluarga besar pertama, kedua dan ketiga.. preview gambau 2012 lihat macam banyak sukaria bukan sukaduka tapi di sebalik gambau ada kejadian tersirat kisah yang akan diingati sampai bila-bila mahupun kisah yang mahu dilupuskan dari ingatan dan dibuang dari lubuk hati yang paling dalam ibarat barang yang lepas jangan dikenang.. segala sukaria boleh dikongsikan bersama dan yang duka biar jadi kisah sendirian berhad.. ada part-part yang dikongsikan bersama di sini dan ada yang tidak sempat dikongsikan kerana kekangan masa ecewahhh.. 


kesimpulan 2012 mencipta banyak kenangan
byebye 2012




p/s : hey final year student sila kemas barang ;p





Wednesday, December 26, 2012

wedding my ex-classmate

Assalamualaikum & Hiii...


tetiba iolss rasa macam fames pulak ramai sangat yang dok baca blog iolss ni even tak tinggalkan jejak sebab iolss baru sibuk-sibuk bising mengomen yang nak tengok gambau apalah tuptup terus ada yang uplod dekat FB bagi lalu emel bagai.. tenkiu pretties :) tapi iolss tak kesah pom kalau lambat sebab iolss is penyabau sebab tecer wanna be kan katanya ;p tenkiu tenkiu arigato ye cek mek molek :)


masa sebelum start cuti sem , emak dah dok sibuk carikan keja part time untuk anak die ni biar anak die tak duduk rumah makan free dan asyik mintak duit nak keluar je tapi anak die awal-awal je excited nak keja tapi bila dah start bercuti tetibe rasa malas sebab tahu every weekend akan ada kenduri kawen kawanlah, seniorlah, juniorlah dan dan dan kalau keja konpem-konpemlah susah nak cuti kan maka terus gitau emak bahawa iolss taknak keja nak duk uma besaukan badan dan emak pulak buat muka pasrah sebab duit bakal dihabiskan oleh anak beliau yang anje ni hah *pengsan


last wedding di tahun 2012 yang telah di attend oleh iolss is wedding my ex-classmate di SAKTI dulu who  are Shazrina & Zaki.. yang kawan iolss is da bride bukan da groom.. yang groom tu iolss tak kenal pom hakhakhak.. finally ada jugak wakil dari kelas iolss yang dah kawen.. iolss baru nak bukak rekod budak kelas tapi dah ada yang bukak maka iolss perlulah tanam niat murni tu sambil duduk diam-diam habiskan study yang berbaki setahun tu lagi.. kepada encik yang nak belanje wayang tak jadi dan yang kekonon nak kawen tapi tak jadi tu jugak silalah bergembira sebab duit anda tak akan melayang nak sponsor tiket weolss honeymoon seperti yang telah didealkan dahulu 


actually bila ingat balik rupanya iolss pernah tak kawan dengan da bride ni dulu siap main lawan-lawan mulut dan iolss menang sebab ada backup dari bobois line iolss tu yeayyyy.. wah jangan nak tunjuk besau kepala sangatlah sebab nanti iolss jugak yang sentap bila anak iolss kang ikut jejak langkah iolss yang kononnya gangster sekolah tapi sebenarnya hampeh puipui (sambil korek idung) 
tapi tapi tapi dari peristiwa itulah yang menyebabkan iolss mula rapat dan berkawan dengan da bride.. kan dah cakap tak kenal maka tak cinta.. masa main mintak-mintak maaf sebab nak SPM tu kemain lagi iolss nanes sendu-sendan bawah meja sambil berpeluk sakan dengan beliau.. see, sape kate musuh tak boleh jadi kawan hah hah hah? tapi weolss tak musuh tau cuma gaduh-gaduh anje je dulu.. biasalah budak baru nak uppp  :p


bila kawan invite dekat FB untuk attend wedding beliau maka cecepatlah akan pm kawan tersebut untuk mintak kad bukan sebab tak tahu jalan tapi sebab biar nampak keberiaan pengantins untuk menjemput iolss (sila jangan contohi perangai keji gadis cumil ini)






actually weolss ada jugak plan nak kuar berjimba bersama before da bride tukar status tapi kekangan masa dan sebagainya maka takdapatlah nak menjadikan anganan itu kenyataan.. majlis pun dah selamat dan berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.. dah dapat laga-laga pipi dengan pengantin cantik pun dah cukup gumbira dah.. takpe ada setahun lagi nak hang out dengan bini orang puloks nanti hehehe


iolss dah expert jalan Melaka jadi cakap je ceruk mana tetap akan boleh jumpa padahal sibuk mesej classmate yang akak die duk Jasin nak surekan jalan takut tersesat sebab bila iolss tengok peta macam sedikit pelik sebab patut ada belok tapi kat peta tegak je hahaha.. iolss takde henfon canggih nak rujuk gps maka perlulah bertext dengan member nak surekan jalan dan nasib baik tak terlajak.. klass kaw jemah wedding grand uolss.. siap jadi perasmi yang merasmikan IPD Jasin tu sebab baru bukak.. before ni iolss lalu sunyi sepi lagi takde orang duduk.. ohh, parents da bride antara orang-orang yang dikenali so tidak kisahlah iolss asyik nampak YB itulah YB inilah.. ahha, iolss sekarang dah kenal YB-YB Melaka dah sebab dok sibuk mintak sponsor masa PDK haritu hewhewhew


disebabkan tak ramai yang nak pergi sebab bebudak uni yang dah nak exam maka pergilah kami dengan golongan belia yang sedang bercuti sahaja dan disebabkan Cik Putri baru membeli keta baru fewitt maka marilah kita menumpang Cik Putri beramai-ramai menaiki Alza baru beliau tuuu  pewittt lagi sekali




yayan-mye-min (adik putri)-putri




sambil Putri mendrive sambil berxoxo dalam keta tu hah al maklumlah lama tak jumpa mulalah sibuk nak korek rahsia si A, kendian nak tahu perkembangan si B pulak pastu sibuk nak menyampuk hal ehwal semasa si C pulak and blablabla.. kami berxoxo sampai rasa lapau dan driver asyik tanya lama lagi ke tak nak sampai sebab tak sabau nak makan.. tengak makan memang satu keperluan sila jangan nafikan dan jangan nak mencebik kenapa iolss suka makan makan dan makan :p


masuk ke kawasan perkahwinan terus masing-masing fuyoo, grand siot sebab ini dah bukan buat kat dewan dah ni tapi dah buat kat garaj gerabak polis yang besau tu hah.. kan u imagine how grand da majlis?? sebaris garaj untuk makan tetamu dan sebaris garaj lagi untu pelamin pengantins, meja makan pengantins dan meja makan VVIP.. bahagian belakang dan ditengah is stage untuk juruhebah dan kumpulan rockies mana entah.. iolss nak duduk kat tempat VVIP tu hah tapi bebudak ni tak bagi sebab segan-silu sebab situ takde yang duduk lagi takkan weolss nak lepak situ lelama sambil berpropagosip kan




sambil makan sambil xoxo sambil shoot



ehemmm kami budak BP yang gojess ahaks




rupanya kami antara yang awal jugaklah datang sebab dak Pah dan dak Lat tak kunjung tiba jugak.. nasib baik iolss tak jadi tumpang dia kalau tak mesti iolss jugak akan terlepas gosip-gosip hangat abad ini ulalala..dessert sangat delicious sampaikan weolss bertambah berkali-kali uolss.. selamber buat muka tak bersalah pergi beratur dan ambil lagi lagi dan lagi.. alang-alang dah makan free kan inilah masanya jangan lepaskan peluang yang ada.. 


bila dah dengau bunyi kompang terus laju-laju berlari pergi ke tempat pelamin tu sebab nak tengok pengantins dari dekat.. perghh, die punya budak silat bersilat sampai naik kematu mata ni hah nak tunggu habis.. yang kompang pulak siap buat formasi bagai lagi hah sampai tenggelam suara juruhebah tuu.. iolss dahlah tak sabau nak laga-laga pipi dengan bergambau dengan pengantins tapi persembahan tak abes-abes.. iteww is tak henjoy tau sebab nak kena tunggu lama-lama nak naik pelamin bergambau tauuuuu




from Sg. Rambai if im not mistaken



sebab dah tak sabau sangat maka cecepat bangun dan beratur terus depan pelamin kekonon tunggu turn nak tepung tawar padahal bila iolss naik je pelamin laga-laga pipi dengan pengantin terus yang lain ikut naik sebab nak bergambau.. kang makin lama tunggu makin lambatlah pengantins nak makan silap-silap weolss yang datang jauh-jauh ni terus tak dapat nak bergambau bersama tskk




motip sambil salam sambil pegang kad jemputan??





sumtimes i just hate myself yang bermuka kepochi sangat ni rasa nak lempangkan aje lelaju





finally were in stage :)



Rina excited tengok weolss yang sanggup datang dari jauh ni padahal weolss lagi excited nak tengok kawan naik pelamin :)


bila semua dah laga-laga pipi dengan pengantin terus amek tempat nak posing bersama.. nasiblah dak Pah dengan dak Lat yang datang lambat tu tak dapat nak join kami atas stage hahaha.. bila dah duduk kat situ terus rasa taknak bangun sebab nak jugak muka masuk dalam kamera orang lain yang amek gambau next-next nanti.. rupanya lepas kami turun semua pun terus serbu pengantins macam kami terjah sebab nak amek gambau





gegurls in action



bila dah nak balik barulah nampak muka dua mamat pujaan malaya :p tu baru sampai.. sebab nak jaga hati kang kecik hati takde gambau sebagai bahan bukti maka kami pom amek lah gambau lagi sekali beramai-ramai bersama tanpa pengantins sebab pengantins dah duk sibuk menjamu selera.. kami yang dah buncit perut kekenyangan terus laju-laju salam laga pipi dengan yang lain sebab nak balik dah sobs sobss




we are friends



sape kata terus balik ke rumah tanpa singgah di mana-mana hah hah hah?? haruslah menyinggah pekena coconut shake yang fames pomes kat Melaka tu hah.. selalu semua akan cakap kat Klebang yang sedap tapi aritu iolss bawak meka melantak coconut shake yang dekat Batu Berendam yang mengiurkan itu.. puas hati sebab meka cakap memang sedap dari Klebang.. pewittt kan iolss dah cakap yang iolss orang Melaka dah expert semua tempat best kat Melaka puipuipuihh


otw balik hujan lebat mata pom mengantok.. hebakk Putri drive lelebat cenggitu nasib baik tak banjir kalau tak dah kena pusing balik masuk highway..


ohh billion thankz pada cik mek molek Putri yang sudi menumpangkan kami dan membelanja kami serta sudi membawa kami berjalan menaiki Alza yang best tuhh.. lain kali kita try pi jenjalan tempat lain pulak ye oliday ke apa ke kan.. million thankz jugak dekat Mye sebab sudi join kami pergi ke Melaka dan finally iolss dah tau dah uma hang bolehlah datang lepak nanti tee hee..
bestnya tengok orang yang dah keja yang dah boleh bershopping itu ini dengan duit gaji yang dapat tu *jeles





pewittt kami are tecer to be insya Allah.. doakan final year kami berjalan dengan lancar dan segala urusan kami dipermudahkan..
sebab nak jadi cikgu sama-sama maka haruslah gaya posing pom sama pehpehpeh
setahun lagi go go go :)




p/s : whos next?




Monday, December 24, 2012

and i just love to eat

Assalamualaikum & Hiii...


nak update cite gebang gi kenduri kawen ex-classmate mase kat SAKTI dulu tapi takde gambau sebab tak bawak kamera sebab kalau bawak kamera sendiri maka mesti tak akan ada gambar diri sendiri jadi awal-awal dah plan taknak bawak tapi bila tak bawak nak tunggu semua uplod gambau pun dah berjanggut sebab semua pun bizi keja dan bizi nak exam maka dengan itu jangan banyak songeh nak merungut takde gambau and watsoeva blablabla


cuti pun bakal melabuhkan tirainya maka tirai air mata juga turun terlabuh teresak-esak sebab taknak balik even inilah saat yang ditunggu-tunggu sejak empat taun setengah yang lepas iaitu menjadi FINAL YEAR STUDENT yahuuubedabedabeduuuuu.. eh salah emosi patutnya adalah menahan sebak sebab taknak balik  (sambil kesat air mata)


emak iolss book cite Istanbul Aku Datang kat astro first tu hah tapi iolss tak sempat langsung nak tengok movie tu dari mula sampai habis sobss.. kenapa lah dunia ini selalu tidak adil kepadakuuuu T_T (srootttttt tarik hingus)


sebab tak dapat tengok then dah abes timing membooking maka terus laju-laju iolss pergi bandar cari bahulu yang yummy kat carefour tu hah sebab nak buat sendiri tak reti dan malas.. penyakit malas memang penyakit yang dah sebati dalam diri dan tak akan sembuh sekian 


ohh pergi bandar sebab nak pasang ink kat luar sebab taun depan praktikum is tiga bulan dan akan mengajau BM maka pergi banyak nak print itu ini and iolss dan mula penat plus malas asyik nak kena injek je maka marilah kita menjimatkan tenaga yang ada dengan letak ink di luar walaupun dah berzaman orang buat tapi iolss baru terkedek-kedek nak buat (orang genius memang begini selalu ketinggalan)


ohh, ini sudah lari dari tajuk entry.. sebenarnya nak cerita bahawa makanan dan iolss memang tidak dapat dipisahkan lagi dah.. tak kiraklah FK datang masa iolss tengah maka sambil merayu-rayu nak berbaik semula dengan iolss, iolss tetap akan pilih makanan dulu dari FK tu hah unless FK tawarkan makanan yang lagi yummmyyyy dari apa yang iolss tengah makan ulalala


tak kiraklah biskut celup dengan teh o' pung iolss boleh makan bertambah-tambah habis satu baris biskut hup seng tu hah sedapnya hingga menjilat cawan.. bagi satu jug air pun rasa macam tak cukup je tahuuu



rindu zaman breakfast biskut celup teh pagi-pagi bersama-sama



kalau dah memang suka makan tu pantang orang ajak pergi makan laju je akan berkata ok, jummmmm laju-laju sambil bersiap sambil dah pikir nak makan apa japgi.. even kalau baru lepas makan pun tetap akan cakap okeh je tanpa berfikir yang perut ni dah tak muat nak sumbat makanan dah.. janji makan apa pung semua boleh lagi boleh bila ada orang nak belanje.. maybe sebab tula kengkawan ramai ajak keluar dan benda first yang akan diofferkan adalah "takpe nanti aku belanje makan" ohhaha




women vs foods



selalunya kawan yang datang Melaka akan dibawa makan seafood kat Nakhoda Umbai tu hah takpung area-area situlah semua pom ada tempat ikan bakau.. kalau dikira purata makan di situ adalah dua bulan sekali.. tahun ni je dah hampir sepuluh kali makan kat situ tapi tetap tak bosan sebab dapat makan banyak-banyak dan makan itu dan ini.. makan berdua kat sini dengan roomate pom jadi tahuuu.. akhir-akhir sem yang tengah pokai pung kalau tekak nak makan kat sini tetap akan didahulukan sebab emak cakap takpe abes duit kat makanan.. oh, i love u lah emak.. lepasni mintak duit kat emak kena buat ayat, emak, ana takde duit nak makan.. dah tiga hari makan megi je ;p mesti emak akan laju-laju bagi duit biar anak die ni dapat maka sedap-sedap ikut tekak die yang tah hape-hape tu





lauk kendiri adalah makanan yang takkan dilepaskan



orang suka bertanya kenapa iolss suka sangat pergi kenduri even jauh ke sana tuh tapi bila bagi jawapan sebab nak makan lauk kenduri masing-masing akan tarik muka sambil bisik-bisik.. apa ni apa niiiiii???
haluuu lauk kenduri is free dan kawhorang boleh makan beround-round tanpa dimarahi sesiapa okeh.. so kenapa nak lepaskan peluang keemasan makan free itu plus akan disajikan dengan melihat pengantis yang cantiks dan kacaks lagi.. free babe free :) semua benda free pom iolss suka lagi-lagi bab makan ahaks




seminggu sekali makan pizza ada orang belanje pom boleh



hah lagi satu kehebatan iolss bab makan ni adalah jengjejeng





iols boleh makan makanan tu banyak-banyak kali even hari-hari makan yang sama pom tetap boleh telan lagi dan tetap tak bosan.. senang cite iolss tak cerewat sangat bab makan bagi pape pun boleh telan cuma jangan pedas sudahlah kalau taknak bagi iolss bertambah banyak kali silalah hidangkan makanan yang pedas plus masam macam tomyam tu memang iolss tak akan tambah.. jangan tanya kenapa iolss tak makan tomyam sebab tomyam kan sedap sebab iolss takde jawapan yang logik nak bagi nanti hahaha





mee sup

mee sup again




eh antara nasi dengan mee, iolss lebih suka makan mee tapi mee kuning yang kadang-kadang terlebih kapur tulah kalau mee kurus bihun tu pom suka jugak tapi lagi suka mee gemuk kuning tu hah tapi takdelah setiap kali kuar makan akan memilih mee sebab kalau perut lapau nasi maka iolss akan makan nasi sebab sakit perut lapau nasik susah nak cakap macam mana sampai tak boleh tido tahuuuuu *over








big apple

big apple again



dedulu iolss memang kuat makan donut dekat big apple tu hah.. dulu suka dunkin donut lepas big apple fames terus berpaling tadah pergi ke big apple tapi JLO (tak hingat nama) pung sedap jugak tapi tapi tapi sejak usia meningkat dewasa ni maka iolss macam dah kurang menggemari makanan yang manis sebab iolss dah cukup sweet maka sudah jaranglah makan big apple ~~ 
sejak dah dewasa ni kalau order air pung akan mintak kurang manis makan tamao pedas dengan touge motip?










actually iolss lagi suka makan ikan dari ayam tapi ikan ni mahal sikit kalau kat kedai kalau ayam murah sikit dan sejak-sejak dotdot memang suka makan ayam dan iolss asyik ejek die ayam je maka terus iolss suka makan ayam jugak.. ratah ayam cenggitu je pom boleh kenyang bedal sampai hempat lima ketul (raksasa sangat)





ini pung nak amek gambau tak paham









kalau keluar mengadakan perjumpaan memang tak sah kalau tak makan sebab tahu akan ada orang tu belanje maka dengan tak malu akan cakap itew laparlah awak, jum gi makan hewhewhew tapi bila tanya nak makan kat mana mulalah gelabah tak tahu nak jawab apa sebab kalau boleh nak makan semua last-last terus cakap itew tak kisah mana-mana pun boleh asal ada kusi yang best hahaha.. 
kusi best adalah kusi yang ada kusyen tu hah takdelah sakit sangat iolss duduk lelama sebab nak abeskan semo makanan.. kekadang dah makan tu jalan sikit terus cakap lapau lagi padahal baru lepas makan apakah apakah ini??







sejak duduk rumah ni lagi banyak makannya sebab da gems dengan da moks asyik suruh masak sebab theyolss asyik nak mencekik je.. tak pasal-pasal iolss yang jadi bibik free pftttttt


bila dah kenyang sangat melantak dan bila emak tanya nak makan tu tak dan leju-laju akan cakap nak tapi bila makan sikit je trus bagi emak suruh habiskan dengan alasan tak sedap padahal sebab dah kenyang sangat dah tak boleh nak menyumbat dah then bila perut lapau balik terus salahkan emak sebab habiskan makanan yang kekonon tak habis tu lagi.. iolss perati peranga hampeh iolss yang nak kena hempap dengan batu ni hahhhh





p/s : mohon pihak ipg sediakan makanan free setiap hari barulah mood belajau tu sentiasa berkobar-kobar



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...