Wednesday, December 19, 2012

weddings para seniorita

Assalamualaikum & Hii..

hai Rabu yang indah sebab mendung-mendung kelabu disertai angin sepoi bahasa yang boleh menyebabkan mata mengantuk nak tarik selimut je rasa.. disebabkan malas nak tido sebab takut gemoks maka marilah merajinkan jari jemari menaip entry perkahwinan seniorita katanya ;p

minggu lepas adalah minggu perkahwinan para senior sebab kengkawan punya wed takde pada minggu lepas.. disebabkan iolss yang suka makan lauk kenduri dan bila di invite untuk majlis kawen maka laju-laju pm bakal pengantin mintak kad sebab senang nak buat rujukan peta ke rumah pengantin.. bila dapat kad barulah semangat nak datang ibarat pengantin beria suh kita datang sampai sanggup pos kad kawen ohha

hari sabtu majlis di Felda Selancar Satu area Segamat.. ok, nilah kali pertama menjejakkan kaki hingga ke bandar Segamat sebab dulu majlis senior hanya di Chaah.. last year lalu Segamat pun sebab pergi ke Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk berpbs dan bercuti di Redang ohyeahhh.. naik bus tak sama dengan drive sendiri sebab bila duduk je dalam bus automatik ok automatik mata terus terpejam dan tau-tau je dah sampai.. bila terlepas nak tengok empangan petronas yang banyak lampu tu mulalah salahkan orang sebelah tak tolong kejutkan even tak pernah kenal pun dan takde pun pesan suh kejut kahkahkah

eh apa ni dah masuk bab lain mari patah balik ke pangkal jalan, sila u-turn


disebabkan pengantins tak bersanding dan majlis makan dari pukul 12-4 pm maka bergeraklah dari rumah bersama beradiks pada pukul 12 sebab dengan yakin hanya sejam setengah untuk sampai ke rumah pengantins.. ngam-ngam lah kan untuk makan tengahari tapi rupa-rupanya sampai di rumah pengantins adalah pada pukul 230 pm bukan sebab sesat mahupun salah jalan tapi sebab pemanduan yang terlalu slow sebab berasa takut sebab makin jalan makin tak jumpa landmark seperti dalam peta tu (nangis laju-laju)

nasib baik pergi dengan beradiks dan akak yang pakar baca peta terus cakap jalan je lagi belum terlepas lagi ni dan memberikan semangat supaya tidak patah balik pulang sahaja sebab dah alang-alang dah kan.. makin jalan ke depan tetiba nampak signboard Gemas pulak.. alahai, taulah iolss nak praktikum di nogori tapi taknaklah awal-awal dah semangat kemain lagi pi tengok sekolah kan ahaks

maka marilah masuk ke simpang ke Kuantan dan bila nampak signboard sempadan Rompin maka menangislah lagi laju-laju sebab dah masuk Pahang padahal rumah pengantins di Segamat tapi masih taknak berpatah balik.. dalam hati cakap kalau depan ni takde simpang macam dalam plan, terus akan patah balik tanpa berpikir panjang lagi

dan akhirnya sampailah kami di persimpangan Felda Selancar itu.. ohhno baruku tahu bahawa di Segamat banyak Felda dan so so not fun sebab takde mall yang gah gah gitu.. mohon tidak dipostingkan di kawasan felda di sana amin :)

 yeayyyy, finally jumpa jugak rumah pengantins dan pengantins sedang melayan tetamu.. maka terus laju-laju turun keta salam pengantin dan cedok lauk nak makan.. iolss is untung sebab pengantins temankan iolss makan okeh.. rupanya pengantins dah nak pergi potoshoot sana tapi sebab iolss datang maka mereka melayan iolss dan beradiks dulu hoyeahoyeah


 
pengantin lelaki dok sambung makan dengan tetamu ;p


SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ENGKU FAZILA & KHAIRUL AZHAR


masa balik semua tido sebab hujan lebat dan memang sedap untuk tido.. nasib iolss tak tido kalau tak memang akan jumpa mayat hanyut di Sungai Bekok sana tu hah ;p

lepas ni dah boleh lah nak pergi ke Pekan dan Muadzam sana tu hah bila kesayangan kawen nanti sebab dah tahu jalan.. tak kenal jalan maka tak akan tahulan jalan ke sana sini kan :D





************************************************



esoknya ahad pulak adalah wedding kak idah, akak senior yang selalu bagi pinjam buku dan fail praktikum pada adik junior dia yang malas ni hah.. kadang-kadang siap bagi contoh kertas kerja yang hanya perlu diedit sikit-sikit je oleh adik junior yang tak fun ni.. maka selepas ini akan menangislah adik junior yang malas ni sebab akak senior yang cantik lagi baik hati dah takde nak tolong adik junior yang malas tahap dewa ni T_T


bride is from Perlis dan groom is from Selangor maka disebabkan Perlis yang jauh jadi hanya datang di sebelah lelaki di Dewan Kosass UPM je tu hah


kad jemputan meka sweet sebab berkonsepkan buku tulis dan lagi comel sebab ada dua-dua undangan dan peta belah laki dan pompuan.. bagus lepas ni memang akan buat kad kawen yang ada dua jemputan belah laki dan pompuan sebab kalau tak dapat nak pi belah pompuan boleh pi belah laki macam iolss buat ni hah ;)


tengok google map ikut highway dalam 2jam suku maka gerak pukul 11 lebih sebab nak tengok pengantin bersanding nanti.. hujan lebat uolss kat Seremban sampai iolss rasa nak patah balik je sebab tak nampak jalan dah nak lalu tapi demi akak senior kesayangan maka terus meneruskan pemanduan jugak (skema tak ayat)


disebabkan dah lama tak naik KL maka terus terlupa kat mana tol UPM.. dah lepas UKM tu terus tanya akak weh, memang UKM dulu ea baru UPM? akak yang blur-blur ubi pun cakap jalan je terus.. kalau tak jumpa simpang UPM kita gila KL.. hahwkk nak gi KL dengan keta mati den sesat entah ke mana-mana nanti kang.. ada jugak yang tepon Jenab mintak no acu suh acu amek kat mana-mana sobs


dan sebab merujuk peta maka haruslah betul kan dan tak sangka senang jugoks nak gi UPM ni hah.. den ingatkan susah lah sangat kan.. yang tak fun bila perut dan lapa dan boleh pulak tersesat dalam UPM tu sampai entah ke falkulti mana-mana entah.. padahal dewan area kolej kediaman (sila gelak laju-laju sebab tersesat dalam u)


last-last tanya jaga lagi senag dan terus berdesup ikut papan tanda yang de nama pengantins tu hah.. masuk dewan lalu pintu belakang tempat orang basuh pinggan sebab salah masuk pintu masuk lalalala.. dan maka teruslah makan sebelum berjumpa pengantins.. weolss sambil makan sambil ada orang bernasyid feeling macam ada kat konsep raihan pulak dah :)


nampak pengantin dah siap makan maka laju-laju terjah pengantins.. kak idah is terkejut dan excited sebab tak sangka iolss is datang dari jauh.. mestilah datang akak senior kesayangan yang banyak berjasa kot.. terus borak dengan pengantins even tahu pengantins nak potong kek tapi tetap rancak berborak ;)





 SELAMAT PENGANTIN BARU KAK IDAH & ADZMIN :)



kak idah macam princess cantiks sangat.. dahlah memang cantik bila jadi pengantin lagi bertambah cantiks.. eh kenapa semua pengantin adalah cantiksss hah haa haahhhh? *protes


like usual bila dah main laga-laga pipi dengan pengantin mulalah akan berkepochi cakap ehem ehem, nanti cecepat dapat baby tahuu dan ehem ehem yang ehem ehem lah kan ;p


kepochi abes



tengok muka pengantins ni terus dah dapat imagine nanti muka babies macam mana :)



nak balik akak ajak naik KL tapi sebab adik die yang takut tersesat sana sini di KL terus cakap takpelah kita singgah PD nak? apakehe nak pi PD pakai baju kurung ni kan maka balik terus singgah Melaka sebab dah sebulan tak hidu udara Melaka *pfftttttt


sampai rumah malam dan terus tak tido sebab takut tak tersedar nak amek emak kat bustand yang baru balik oliday tu hah.. kemain lagi romongan cik kiah kita ni tau..


minggu ni kawan skola kawen kat Melaka maka marilah pulang ke Melaka seawal seminggu T_T






p/s : iolss memang suka pi kendurik kawen sebab dapat tengok gadis cantik dan jejaka kacak ;)

p/s/s : selamat pengantin baru buat semua pengantin.. semoga berkekalan hingga ke syurga, aminnn :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...