Tuesday, January 28, 2014

reward untuk diri sendiri

Assalamualaikum & Hii..


besday taun ni jauh dengan kengkawan a.k.a girfie kesayangans semua dan memasing macam aku jugak berharap ada duit yang terselit di setiap dalaman kocek seluar dan di setiap pelusuk celahan handbag.. maka tiadalah lagi hadiah daripada mereka sebab memasing belum kerja and takde gaji lagi tapi semua pun dah buat perjanjian berdarah yang akan bagi bila dah dapat gaji nanti.. ala, macam tak biasa time belajar pun hadiah mesti akan dapat bila dah masuk elaun so i is okies ye anak-anak sekalian.. bila hadiah dah gaji mesti boleh mintak memahal kan?? eiii, tak sabarnya nak dapat bag mahal, baju mahal dan yang paling mahal vacation bersama okeh.. mohon catitkan dalam diary memasing ;)


awal taun baru Alhamdulillah ada rezeki sikit so dapatlah merewardkan diri dengan dua benda yang dah lama diimpikan dari akhir taun lepas cuma tak berkesempatan nak membeli sebab ongkos enggak ada bukk.. maklumlah akhir taun bergelar pelajar memang hidup segan mati tak mahu je.. makan pun biskut celup teh o setiap hari.. huaaaaa rinduu moment breakfast bersama, lunch bersama, dinner bersama, sapa bersama *nanes


item first yang dah lama mengidam is telekung lycra ni hahh.. dah lama dah usha kat online tapi semua harga mencekik darah.. ada jugak yang murah tapi takut kain tak sedap.. keburukan beli online is bila kain tak best mahupun item tu tak menyeronokkan, kaw kena pahatkan konsep reda dalam diri maka aku pun taknak menyesal terpaksalah mencari ke hulur ke hilir yang murah dan sedap bila memakainya.. kata nak hadap Allah kan mestilah kena cecantik dan paling selesa katakaw.. dan Alhamdulillah, memang timing masyuk sebab masa tengah dok usha sambil bawak duit terus jumpa depan mata, rasa kain and paling penting harga is berpatutan siap dapat diskaun lagi.. itu yang dicari.. yeayyy, finally dapat jugak telekung idaman hati.. masa nak pilih kaler mulalah confuse sebab semua kaler pun cantik tapi taun ni aku lebih suka oren so amek yang oren lah kan :)





baru pas basuh, tak sabau nak guna hiksss


benda idaman kedua is hard disk.. bukan sebab takde hard disk tapi sebab hard disk pemberian orang dahulu sudah penuh sampaikan terpaksa delete movie lama bila nak masukkan movie baru.. padahal yang paling besau part gambau tapi tak sampai hati nak delete gambau kenangan sepanjang hidup taw sebab nanti dah takde kenangan nak imbau lagi dah huaaaa.. Alhamdulillah, ada rezeki lebih dan dapat lah idaman kedua ni.. idaman ketiga is posting.. itu tak taulah bila nak tertunainya lah.. mintak-mintak dalam masa terdekat ni.. i is kurang percaya dengan rumors and percaya dekat takdir Allah yang dah tetapkan bila tarikh terbaik untuk kami masuk sekolah.. sebenarnya untung tak masuk awal-awal ni sebab kalau tak banyak gilos kerja nak kena buat kata makciks aku semua.. bagus makciks yang banyak bagi support suh rehat pepuas dulu before berkhidmat 30 tahun nanti hewwss




ini je yang paling murah bila dah habis survey satu BP dan Melaka.. so, puas hati dah sekarang bila lappy kesayangan pun dah tak berat yahuuuuuuuu


and i'm a happy kid


last sekali nak wish adik bongsu supaya tabah mengharungi liku kehidupan di asrama incase kena buli lah.. tapi aku rasa die yang buli seniorita nanti puahaha.. kalau rindu, tepong je rumah okeh adik.. 


gudluck in future :)




masa hantau ni ada moment sadis yang aku pun sampai nak nanes tapi aku tahan je sebak.. nanti kalau rajin, aku buat entry lain.. kalau tak rajin, pm je aku kalau nak tahu bhahahaha..


kbai nak tido esok nak amek adik balik cuti CNY katakaw..


eh lupa, Selamat Tahun Baru Cina yang tahun kuda iaitu tahun kelahiran :)


p/s : sapa nak kasi angpau amatlah digalakkan



Wednesday, January 22, 2014

untuk mereka yang sering sakit kepala

 Assalamualaikum & Hii..


sape yang selalu sakit kepala tu meh sepp dengan aku sebab kita satu geng lelebih lagi bila banyak kerja nak kena buat dan bila stress bhahaha.. 
emak kata aku mewarisi sakit makcik aku yang cikgu tu jugak.. 
penyakit keturunan katakaw huaaa..


jum amalkan ;)



Monday, January 20, 2014

murahnya rezeki, Alhamdulillah

Assalamualaikum & Hii..


Alhamdulillah, sejak meningkat usia ni makin melimpah-ruah rezeki yang Allah bagi.. syukur ya Allah.. terima kasih atas setiap rezeki yang telah kaw kurniakan kepada hamba-Mu ini..


kadang-kadang bila sesiapalah yang update status kat fb tulis, Alhamdulillah, syukur atas rezeki-Mu hari ini ya Allah, mesti dan pasti akan ada yang komen dapat duit ke?? diingatkan kepada kalian semua ye bahawa rezeki Allah tu luas tak kira lah dari segi kewangan, kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, kemudahan urusan, pekerjaan dan sebagainya lagi..


rezeki yang luas yang aku maksudkan sejak kebelakangan ini adalah rezeki makan yang ditaja oleh orang ramai.. sesejak dari besday haritu ramai je yang ajak keluar sebab nak lepaking bersama dan makan bersama.. minggu lepas je dah tiga kali dapat makan sampai membulat perut dan yang penting dapat makan free.. terima kasih kalian semua.. semoga Allah murahkan rezeki kalian lagi..


Rabu lepas dapat makan kek red velvet dengan makan nasi lemak satu set dekat Old Town BpMall tu hah.. oh terima kasih kawan zaman sekolah sebab sanggup belanje iteww kek dengan makan sekali.. terima kasih sudi ajak iteww lepak bersama hikss.. semoga kalian diperluaskan dengan rezeki yang halal lagi luas aminnnn..


Jumaat lepas pulak makcik buat majlis kesyukuran rumah baru sambil makan-makan.. terus selit sekali majlis sambutan besday iteww sekali.. yeayyyy, dapat makan free lagi dan kali ni makanan lagi banyak lagi syok sebab ada kambing bhahaha.. aku ni ada satu habit keji iaitu bila aku taw tu kambing maka aku tak akan makan tapi bila tak tau tu akan makan siap bertambah-tambah hahaha.. mokusu selalu cakap tu namanya gedikss haha.. kes di hari Jumaat adalah aku tahu dah terus tak makan langsung.. nasib baik banyak makanan lain yang sesedap lagi.. paling best bila semua saudara mara dapat berkumpul sekali dan makan besar bersama, Alhamdulillah.. see, rezeki yang tak disangka iaitu rezeki makanan dan juga rezeki masa bersama keluarga besar.. terima kasih ya Allah..


bila moment bersama tu terlalu indah dan penting dan paling bernilai maka tak akan sempat untuk amek gambau posing sakan sambil uplod kat facebook dengan caption moment together with love.. sebab masa dan saat berharga tu lebih indah bila dapat kongsikan bermacam-macam cerita bersama bila dah lama tak jumpa heee.. actually, bebudak ni ada record masa aku tiup lilin aritu tapi aku malas nak amek sebab malu secara tetibe bila nak tengok balik sebab aku yakin video tu macam bangang je perangai aku time tu sebab keterujaan dapat kek.. maka jalan terbaik tak payah tengok dan tak payah amek terus hahaha.. sila simpan sampai ke tua je video iteww tu untuk tontonan anak cucu cicit kaw nanti hahaha.. eh motip sangat taw anak cucu cicit dah kenapa kawww


orang selalu cakap amalkan Dhuha sebab Dhuha adalah pintu rezeki yang luas tapi jujur aku cakap yang aku sendiri sebelum ini langsung tak amek peduli pun pasal hal ni sebab aku sentiasa rasa hidup aku adalah follow da flow sahaja apa nak jadi pun.. tapi Alhamdulillah kesedaran tu timbul masa semester terakhir belajar bila tetiba aku terasa teramat takut dengan nasib masa depan aku yang entah ke mana kalau tak dapat posting nanti.. masa tu aku sampai menangis sebab memikirkan nasib diri yang ntah jadi apa kalau tak dapat jadi cikgu setelah penat lelah lima tahun setengah belajar.. maklumlah aku ni takde rupa indah nak jadi pramugari mahupun model, takde akal yang genius nak jadi doktor mahupun jurutera ke apa kan.. pointer pun suam-suam kuku setimpal dengan usaha yang main-main tu je.. sebab masa tu khabar angin berleluasa sangat mengatakan pointer tinggi yang akan posting dulu dan yang rendah akan posting bila ada kekosongan sahaja.. mahu tak cuak aku sebab tinggal satu sem je aku nak kena pulun giler kebabeng dan aku tahu yang aku tak akan dapat pun first class degree tu even aku dapat 4 flat last sem.. kena tambah lagi satu sem dan skor 4 flat baru dapat tahuuu.. giler kawwww aku nak tambah sem lagi tak sanggup itewww


time tu memang setiap kali terpikir, setiap kali tulah terasa sebaknya sampaikan nak tido tu aku nangis sensorang sambil tahan sedu dekat dalam selimut.. nampak tak ketidaktenteraman hati aku masa tu.. kekadang tu kalau tetibe je terkenangkan nasib diri masa tengah lepak dengan girfie kesayangans pun terus sebak dan share bersama tentang kesedihan hati itu.. masa tu terus aku insaf dan terus amalkan solat Dhuha.. even tak setiap hari tapi dalam seminggu tu aku akan pastikan yang aku tak akan miss untuk Dhuha kalau takde kelas yang pack.. start dari situ juga aku sentiasa amalkan zikir Ya Wahab 1000x setiap hari dan surah Al-Waqiah setiap malam lepas solat.. Alhamdulillah, sampai sekarang sentiasa ada rezeki dan semua urusan juga dipermudakan syukur ya Allah..


bila aku pikir balik, mungkin kegusaran hati aku memikirkan masa depan pada ketika itu adalah salah satu tanda ingatan Allah untuk aku supaya bersyukur dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripada-Nya.. Alhamdulillah, Allahuakbar, terima kasih Allah atas ingatan-Mu itu yang menbawa terlalu banyak perubahan dalam diri.. semoga aku istiqomah untuk terus membuat amal kerana-Mu aminnn..


oh ye, tak lupa jugak sedekah.. even kekadang kaw sedekah dengan belanje makan kawan kaw sampai die kenyang pun dah dikira sedekah dan ganjarannya memang akan ada.. kalau tak percaya try cube test amalkan.. aku dok perhati je benda ni dari zaman start belajar lagi bila aku belanje kengkawan aku mesti aku akan dapat rezeki orang lain belanje pulak selepas itu.. cepat atau lambat je yang tentukan.. Alhamdulillah jugak sebab aku dipertemukan dengan kengkawan yang pemurah dan kuat makan dan paling penting adalah menjadikan makanan sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian dan tak kesah jika berhabis duit hanya untuk makan.. terima kasih atas semuanya ya Allah :)


oleh itu marilah kita sesama mengamalkan :





semoga kita sentiasa tergolong dalan kalangan mereka yang mendapat rezeki yang halal dan luas aminnnnn..


p/s : aku pun budak baru belajar mohon tunjuk ajar


Wednesday, January 15, 2014

blablabla


selalu macam ni tau.. time tak mengadap depan-depan dalam kepala dah siap pikir tajuk entry dengan isi coretan dalam nya tapi bila nak buat new post tu terus menguap banyak kali sambil gosok-gosok mata tanda dah mengantuk sekaligus terus hilang idea yang dah ada tadi tu..


kbai malam

p/s : mintak-mintak mimpi FA malam ni masuk pinang bhahahhahah.. kata nak cari calon cikgu kannn.. ok dah tuuuuu

Sunday, January 12, 2014

24 and still young

Assalamualaikum & Hii


tanggal 11 Januari tepat 10:58am genaplah aku berusia 24 tahun.. selamat ulang tahun kelahiran buat diri sendiri.. terima kasih kepada puan emak yang bertungkus-lumus melahirkan aku secara normal sekaligus membesarkan aku hingga ke hari ini.. jasamu akan dikenang hingga akhir hayat puan emak :')


macam biasa, aku tiap tahun pun tak rasa mende pun yang berubah bila tiba hari lahir ni cuma yang best sebab ada orang wish dan mendoakan itu ini kat aku dan semoga semua doa kalian dimakbulkan aminnn ya rab.. macam biasa jugak aku still tak rasa yang umur aku dah 24 sebab memanjang rasa macam muda sokmo je ecewahhh bhahahah.. yang aku tahu semakin meningkat usia semakin banyak cabaran hidup yang perlu ditempuhi gitewww.. tu jela beza yang paling ketara tapi aku harap di usia 24 di tahun 2014 ini semua yang datang adalah yang terbaik dan terindah dalam hidup aku nanti.. mudah-mudahan dimakbulkan Allah insya Allah..


permulaan umur baru telah diraikan oleh adiks junior kesayangan hati di Melaka tu hahh.. terima kasih adiks junior yang sudi belanje kek dan KFC untuk ahkak senior korang yang gawang dan skema ini.. semoga tahun depan dapat tiup lilin bersama kalian lagi..




seronok lepak dengan adiks junior sampai taknak balik rasa hahaha.. semua pun macam lama sangat tak jumpa sampai cakap pun tak reti nak benti.. terima kasih sebab sudi lepaking xoxo dengan aku weh.. gud luckz untuk final year taw.. kalau ada pape nak mintak, boleh mintak aku tanpa segan silu okehh


malam sebelum sambutan kelahiran pulak cik ahkak telah belanje makan sate.. terima kasih cik ahkak yang bakal bergelar puan tidak lama lagi.. semgoa rezeki anda melimpah-ruah di tahun 2014 dan segala urusan untuk mendirikan masjid dipermudahkan insya Allah..


orang pertama wish besday pun selain adiks junior adalah girfie kesayangan kat JB tu hah yang tengah sambung master ntah bila nak abes dengan alasan takut tak de line tenet kat rumah beliau tu nanti. takpe alasanmu daku terima dengan hati terbuka puahaha.. terima kasih untuk gambar party itu dan untuk setiap bait doa.. semoga dimakbulkan semuanya :)


di hari kejadian pulak bersemangat bangun pagi pusing dari pekan hingga ke bandar tu hah sebab nak cari bebahan nak buat kek sebab terliur kek yang kuar kat home fb.. terus salin resepi and cari bebahan.. patutlah kek ni harga mahal nak mampuih sebab bebahan dan cara buat pun leceh walaweh.. dari pagi kuar rumah sampai ke malam baru siap kek nya sebab kena sejukkan apa semua dulu alahai lecehnya.. 





rupa kek memang out giler sebab tangan tak kreatif dan aku bukannya orang seni.. eh eh eh kenapa sebut pasai seni kat sini hah hah hah.. iteww anti taw seni seni ni gagaga


petang after asar tu pulak puan emak nak belanje makan nak celebrate katanya kat Juz Waffle BPMall tu hahhhh then teros dapat waffle free sebab besday girl katakaw.. syukur Alhamdulillah atas setiap rezeki sempena hari kelahiran ini.. semoga rezeki puan emak jugak sentiasa melimpah ruah :)




hadiah besday hold dulu sebab kesayangans semua kata nak tunggu gaji nanti baru aku request.. baheklahhh, aku akan request setimpal dengan gaji kalian nanti haksss


terima kasih kepada semua yang wish tak kiralah kat wall fb mahupun inbox fb dan tak lupa jugak yang wish thru sms.. aku terharu sampai nak nangis tau baca setiap wish korang lebih-lebih lagi dari girfie kesayangan dunia akhirat semua.. terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan semua sahabat yang baik ini :')
terima kasih atas setiap bait doa kalian dan semoga semua doa kalian dimakbulkan Allah aminn :)


diharap di usia 24 tahun ini akan dilimpahkan lagi dengan perkara terbaik dan terindah dalam hidup.. 
semoga dipanjangkan umur untuk berbakti kepada keluarga, masayarakat dan negara, 
diperluaskan dengan rezeki yang halal untuk membantu anak bangsa, 
diberikan kesihatan yang baik untuk terus memperbanyakkan amalan,
dikurniakan ketabahan dan kekuatan hati yang setimpal dengan dugaan yang diterima,
dan kehidupan lebih diberkati dunia akhirat..


semoga 24 ini juga menjadi permulaan yang baik dalam kerjaya insya Allah :)


psttt happy bornday jugak buat datuk CT..


pssttt tenkiu buat Kang Gary yang sudi datang Mesia meraikan besday itewwww saranghaee 




bai




Monday, January 06, 2014

TIPS TEMUDUGA

Assalamualaikum & Hii..


hari ni baru hari Isnin tapi aku dah rasa macam hari Selasa sebab gomen kerja kat Johor dah start dari hari Ahad.. phewww, leceh jugak nak adjust hari cenggini padahal sesejak habis belajar ni aku tak cara langsung tentang hari dan tarikh tapi last-last kena cara jugak sebab asyik salah timing nak tengk cerita korea kat tb tu hahhh.. kpop sangat kaw sesejak cinta kecundang di usia nak masuk 24 phewww..


ok, straight kepada tujuan asal.. sebenarnya dah lama aku nak share pasal temuduga aku haritu.. maklumlah bila nak masuk kerja ni mestilah kebanyakannya ada walk-in interview kan tapi ni bukan walk-in sesaja tapi ni interview yang jadi penentu masa depan kaw setelah berhempas-pulas belajau 5 tahun setengah kalau tak dapat jadi cikgu tak ke kaw rasa satu kerugian yang besar di situ?? maka untuk memastikan kadar kelamaan belajar itu tidak sia-sia haruslah kita berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kita akan lulus dalam interview SPP ini.. kalau nak kerja dengan gomen ni ikut lah bahagian apa.. macam cikgu-cikgi bawah SPP tapi kalau bahagian kesihatan tu bawah SPA.. nak taw lebih lanjut sila google aku tak tahu sangat takut terbagi info palusuuuuuu


tarikh aku iv haritu 13.12.13 iaitu hari Jumaat.. aku rasa bersyukur teramat sebab kena hari Jumaat sebab aku yakin dengan keberkatan hari tersebut.. aku peserta pertama bagi group kedua.. Alhamdulillah dapat satu group dengan geng bas sekolah dari Melaka jugak.. dapat satu group dengan classmate dan jiran class kat bangunan belajau tu hahh dan lagi sorang akak DPLI yang super duper hebat sebab belajau oversea dan special sebab satu kelas tu cuma dia seorang je pelajarnya so pensyarah nak ajau pun sorang jela.. huntunglah kan katakaw..


iv aku kat Putrajaya, so aku bernasib baik sebab ada bestfren yang sama timing nak iv tu so tumpang rumah angah dia kat Putrajaya.. syukur Alhamdulillah lagi sekali sebab Allah permudahkan urusan aku untuk iv ni.. kalau tak mahu aku garu kepala pikir nak stay mana, macam mana nak gi apa semua.. terima kasih Ya Allah kerana mengirimkan sahabat yang baik yang telah memudahkan urusanku atas izin-Mu..


aku jenis study last minit so sehari before nak iv tu baru aku pulun gila kebabeng study buku SPP tu hah.. tu pun banyak yang skip.. student pemalas macam aku memang tak boleh nak study dari awal sebab short term memory yang jadi penghalang.. kang rugi aku study bagai nak rak dari awal tapi aku tak ingat satu menda pun.. so, aku tetap memegang konsep study last minute pada tahap stress terlampau tapi mampu mengingatkan aku semua yang aku baca gitewww..  malam before iv tu baru aku pulun tahap gaban dengan Aida tapi bukan membaca, lebih kepada soal-jawab dan cerita apa yang kaw paham tentang itu dan tentang ini.. dia punya tahap nebes sampai malam tu tak boleh tido tahu.. sebenarnya tahap nebes dah boleh rasa sejak tahu nama naik untuk iv seminggu yang lalu sebelum iv sebenarnya dan klimaks nebes sampai tak lalu makan, sampai tido pun iv menghantui bila lagi 2 3 hari nak jejak ke hari kejadian pehhhhhh


weh, aku sebenarnya nak bagi tips temuduga tapi dah aku cite pasal rentetan peristiwa before iv dah kenapa kan.. lantak, aku malas nak delete dah.. layankan je.. so far Alhamdulillah soalan group aku senang sangat.. kitaorang just dapat empat soalan dari panel.. macam biasa permulaan iv mestilah perkenalana diri blablabla.. habis sesi suai kenal, teros direct soalan.. soalan-soalan kami lebih kepada pendapat dan pengetahuan am lah yang berkaitan dengan kos kami.. oh ya, kitaorang kos Pendidikan Khas yawww :)


antara soalannya :

1. Bagaimakah penerimaan guru lain terhadap Pendidikan Khas?
2. Apakah cara terbaik yang perlu dilakukan untuk menggalakkan penyertaan ibu bapa bagi setiap program yang dijalankan?
3. Apakah prosedur untuk menjemput pihak luar memberikan program dalam sekolah?
4. Bagaimanakah cara untuk merealisasikan anjakan yang ke-9 dalam PPPM?



sonang kan.. Alhamdulillah semua boleh menjawab dengan gumbira walaupun point semua hampir sama je dan semua jawapan pun boleh goreng dengan bersungguh-sungguh hehe sampaikan panels tu cakap group kami ni terlalu bersemangat gitew dan berharap semangat yang ditunjukkan ni berkekalan hingga ke pancen.. we'll see soon bhahahhaha


jangan nak tanya aku apa je jawapan bagi soalan-soalan kat atas tu sebab kaw sendiri boleh pikirkan berdasarkan pengalaman yang kaw ada kan hahaha.. nasib baik aku memang pulun menghafal 11 anjakan transformasi kerajaan tu hah.. tak sia-sia aku menghafalnya.. actually sebenanrnya aku tengok flow interviewer kat Putrajaya ni masa minggu aku nak iv rata-rata akan tanya pasal PPPM so aku pun konfiden yang soalan ni adalah soalan wajib.. macam mana aku ikut flow ni.. macam gini kalau kaw dah study same institusi, mesti ada group batch tempat belajar korang kan so dari situlah semua yang dah lepas akan share pengalaman iv dieorang dan dari situlah aku membuat anggapan aku sendiri heeeee.. Alhamdulillah actually perkongsian macam ni sangat membantu okeh.. believe me..


sesapa yang nak kena interview bahagian gomen ni meh sini aku nak share tips sikit lebih-lebih lagi etika berpakaian..

- pastikan berpakaian sopan dan menutup aurat 
- baju tak payah kaler havoc sangat (cukuplah sekadar 3 kaler untuk perempuan, yang laki pulak kalau lembut je dan bertali leher)
- kasut gelap bertutup
- pakai blazer kalau nak nampak smart
- tudung kalau boleh jangan nak ekspress punya sebab nampak macam pemalas noo kaw ni 
- name tag jangan lupa pakai
- senyum 


yang lain-lain macam pastikan semua dokumen yang diperlukan tu dah lengkap dah and datang awal masa nak iv tu dan make sure kaw yang dah power giler dengan bidang tugas yang kaw nak iv tu taw :)


banyakkan zikir 
Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir, 
Rabbi Yassir Wala Tu'Assir, 
Rabbi Tammim Bil Khoir

zikir ni sangat membantu insya Allah


oh ya, jangan lupa kalau iv secara group, jangan tamak nak bagi semua point dan jangan potong cakap orang lain walaupun kaw suka bercakap dan banyak idea.. sila ikut turn sebab kebanyakan interviewer ni nak tengok kaw punya common sense dengan manusia selain nak tengok cara kaw berkomunikasi ni.. untuk bahagian pendidik biasanya kalau gagal iv adalah disebabkan kaw tak bercakap langusng dan tak tahu bidang tugas.. dan lagi satu, kalau takde idea dan nak sokong idea orang, kaw jangan stop setakat kaw sokong je tapi kaw perlu kukuhkan lagi sokongan tu dengan contoh yang lain.. kaw jugak boleh nyatakan bukti berdasarkan pengalaman yang kaw dah lalui semasa berpraktikum dan intership.. 

semoga ini dapat membantu walaupun tak seberapa tips nya yang lain hanya omong kosong yang over..


Alhamdulillah, aku lulus interview ini dan dah dapat surat perlantikan.. tinggal tunggu surat lapor diri je.. mohon doakan aku dapat tempat posting di Selangor yaww sebab itu tempat psting idaman hatiku hahaha..


terima kasih buat Aida sekeluarga yang banyak berjasa.. semoga Allah limpahkan kebahagiaan dunia akhirat buat kalian semua di samping rezeki yang melimpah-ruah aminnnn :)


kbai



Friday, January 03, 2014

happy new year 2014

Assalamualaikum & Hii..

harini hari Jummat yang pertama di tahun 2014 warga kerajaan Johor merasakan cuti hujung minggu.. dan bila aku teman emak pergi bank, rata-rata adalah kakitangan kerajaan yang nak berurusan dengan pihak bank.. tapi agak sadis bila terlalu banyak kakitangan kerajaan yang masuk bank harini maka banyak pula bank-bank yang CLOSE awal sebab nombor dah habes katakaw.. ok, fine.. at least tak adalah ragam warga kerajaan yang sibuk ponteng kerja sebab nak berurusan dengan pihak bank kan.. keep it up Johorean sekalian..


eh lupa dah tahun baru sebenarnya so Selamat Tahun Baru 2014 aku ucapkan kepada kalian semua.. didoakan semoga tahun ini lebih bermakna dan lebih diberkati berbanding tahun lepas.. semoga kita semua semakin rajin bekerja untuk dunia dan akhirat :)


tahun ni azam aku recycle je yang dari dulu tak pernanh tertunai tu hahhh.. setiap tahun pun asyik bawak ke depan je tak pernah tak bawak ke depan.. entah bila nak tertunai aku pun tak tahu jadi aku malas nak pikir sangat azam yang recycle tu.. aku cuma berharap agar tahun ni aku sentiasa sihat, diperluaskan lagi dengan rezeki yang halal, dapat mengajar dengan ikhlas dan lebih tabah serta kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang telah direncanakan oleh-Nya.. dengan erti kata lain, aku lebih kepada follow the flow je katakaw yang penting kita enjoyyy gitewww


dah kbai






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...