Saturday, June 15, 2013

harapan di semester akhir di tahun akhir pengajian

Assalamualaikum & Hii


huaaaaa esok pepagi dah kena gerak balik Melaka.. kenapa cuti sekejap sangat ni hah hah hah?? rasanya baru je start cuti tapi dah habis dah cuti.. apa ni tak acikk tau cuti sekejap je.. budak u cuti 3 bulan kot tapi aku cuti 3 minggu je.. life is unfair tsk tsk tsk


sebab taknak balik Melaka terus melancarkan mogok dari bangun tidur pagi tadi iaitu taknak bercakap dengan sapa pung.. emak ajak keluar gi mall pung tak nak ikut.. duduk kat bilik tengok RM je puas-puas.. keluar bilik bila lapar and nak kencing berak je.. kalau masih lagi tak nampak kemogokan tak nak balik tak tahulah.. tapi kenapa nak tunjuk mogok kat rumah bukan pihak HEP tahu yang aku sedang mogok.. patutnya aku gi hupdate status sedang mogok taknak balik Melaka kat mukabuka tapi kenapa buat entry kat sini pulak?? motip??


emak dah sinonim sangat dengan perangai mogok anak dia setiap kali nak balik Melaka lalu emak terus gi belikan barang kesukaan anaknya untuk bekalan di Melaka dan siap nak masak lauk kegemaran anaknya supaya anaknya meneruskan pengajian terakhir kat Melaka tu hah.. adiks pung turut bagi semangat supaya akak dia balik Melaka buat AR sampaikan siap buat kek special lagi untuk akak dia yang mogok.. nampak tak betapa sweetnya keluarga kecik ini?? sebab tu aku pung sweet sebab ini penyakit keturunan :)



breath in breath out breath in breath out (amek semangat)


baiklah berbekalkan semangat yang suku ini aku akan pulang ke Melaka esok bila bangun nanti tapi bangun pukul berapa tu tak taulah.. rasa nak balik baru bangun kalau tak bangun-bangun maksudnya taknak balik latewwww


azam semester lepas Alhamdulillah dah tercapai iaitu nak bambamkan diri ini sehingga berat 53kg.. 
Ya Allah, syukur sebab inilah kali pertama berazam dan azam terlaksana.. kalau azam tahunan tu tiap-tiap tahun sentiasa kena repeat entah tak tau bila baru makbul sebab azamnya nak tamatkan zaman bujang bhahahhaha


bukan senang nak laksanakan azam semester lepas ni sampaikan sanggup tahan je hati yang geram dengan peha berlaga-laga, pipi yang bambam, badan yang dah tak fit dan segala-galanya lagi.. barulah tahu macam mana rasanya kalau berat badan ini 53kg *feeling happy


dan azam semester terakhir di tahun akhir pengajian pula adalah mengembalikan berat badan asal semasa mula-mula masuk ke Melaka ini apabila menjelmannya hari terakhir pengajian.. semoga azam ini jugak terlaksana hendaknya *hoping


selain tu, semester terakhir di tahun akhir pengajian juga diharapkan :

1. tiada kesalahan disiplin sama ada besar mahupung kecik yang dilakukan ;
2. dapat menyiapkan AR dengan cemerlangnya
3. dapat result CGPA yang boleh buat bibir tersenyum indah
4. dapat cipta kenangan indah dan menghargai detik bersama dengan BFF kesayangans
5. segala urusan dipermudahkan sehinggalah dapat posting Jan 2014 insya Allah



semoga apa yang dihajatkan ini tercapai amin ya rabbb :)



mulakan semester terakhir di tahun akhir pengajian dengan bismillahhirahamnirahimmm :)




Friday, June 14, 2013

ini habit baru ke simtom baru ekkkkk

Assalamualaikum & Hii


lately ni start before cuti lagi ada satu habit baru di kala malam menjelang yang feeling dia dewasa sangat weh iaitu membaca buku sebelum tidur..

kalau dulu membaca komik sepanjang masa tak kira dimana jua daku berada sekarang ni dah feeling ketuaan sangat omaigod omaigoodness plish help me..

buku yang dibaca bukan calang-calang buku pulaks tu.. buku ilmiah yang berbentuk motivasi diri mihmihmih

tak tahulah ini simtom ketuaan atau kedewasaan ataupun simpon orang nak kawen dah datang bhahahaha..




okeh, ini edisi bahasa melayu.. edisi bahasa inggeris aku tak bukak pung lagi baru selak tajuk-tajuk dah pening kepala.. nampak sangat tak berminat dengan bahasa penjajah uhukss

even edisi bahasa melayu ni translet giler-giler punya ayat sampaikan kekadan sambil baca sambil tergelak sambil betulkan ayat sepatutnya tapi tetap boleh paham isi tersirat yang nak disampaikan.. okeh wat dari aku baca bahasa inggeris nak abes satu tajuk makan masa seminggu sebab sepatah perkataan sibuk nak bukak kamus takpung google translate hikhik


oh ya, sekarang ni pung asyik duk nak tengok Monday couple je kat RM tu sampaikan baju raya diabaikan.. kang kalau raya baju tak siap jawabnya beraya dengan baju tak raya jela kan.. pung boleh aku ni fleksibel semua pung boleh.. cuma suh jadi bini no 2 FK je tak boleh sebab taknak bermadu dengan DD nanti selalu makan hati sebab DD lagi hot lagi retiss


malam ni nak layan RM sampai terlelap taknak baca buka feeling kedewasaan ketuaan ini

peace





kbai ~~

Kak Long & Bang Long punya weddings

Assalamualaikum & Hii

salam Jumaat averione :)

ini weddings Kak Long dengan Abang Long yang dah berlalu tiga minggu lepas tapi baru sekarang dapat gambar dan baru sekarang dapat hupdate *feeling happy


 Jumaat majlis tunang kazen tapi aku tak pergi sebab penat nak qada tido katanya.. alasan sangat tau padahal dah memang malas kan nak buat macam mana..


Sabtu tu majlis nikah and sanding Kak &a Bang Long kat Kluang.. last minute Kak Long suh aku jadi pengapit tapi aku takde baju cantiks and tak prepare apa-apa.. so asal ikut tema dah boleh jalan.. aku peliklah sebab setiap kali kazen-kazen kawen mesti dieorang suh aku jadi pengapit padahal muka aku bukan retis sangat pun, stok-stok masuk longkang je.. maybe dieorang suka tengok aku yang berselera bila kat meja makan beradab kot bhahahha


bertolak awal pagi sebab Kak Long suh pakaikan shawl untuk die.. ingat aku ni Hana Tajima ke hah?? aku belit pung ikut suka hati janji selesa janji dah siap padahal nak belit tu pung dah amek masa sejam.. tu diri sendiri punya belit kalau untuk orang lain maunya 2-3 jam acane tu nak jadi mak handam?




adiks memang lagi giler lensa dari aku.. yelalah retis sangat kan


 masa nikah, aku secara tak rasmi kena jadi photograper lagi sambil feeling papaazi sangat bila kena amek gambar dari celah tingkap tau.. ni lagi satu yang aku pelik, dieorang suka sangat suh aku yang amek gambau padahal kalau aku yang amek gambau mulalah blur lah gegau sana sini lah.. i is not photogenic tapi fotogediks herherher (apa kaitan fotogenic dengan amek gambar?)



 yang merah dari blah gegurls and yang hijau putih dari blah boboi



bila nak tunggu majlis sanding pulak, mulalah aku ni tak senang duduk sebab tak tahu nak buat apa.. so, jumpa budak kecik ni ajak main sep-sep mi-mi, mi-mi tom-tom pulak.. layan je.. yang aku malas nak layan bila die ajak main restling memang kaki makan die muahahaha




aku dah mula naik bosang maka jum syok sendiri walaupun bukan retis


yeayyyy, dah tiba masa untuk aku mengipas pung.. kipas laju-laju sebab tak sabar nak pi makan.. bila dah jadi pengipas ni dah tak payah amek gambar lagi tapi orang lain yang amek gambar aku barulah boleh feeling retis ulala

paling kelakar bila aku gelabah nak touch up pengantin sampaikan nak tertekap bulu mata pengantin.. cepat-cepat aku cover balik.. nasib baik tak tanggal tau bulu mata palsu itu





finally saat yang ditinggu-tunggu.. mula-mula aku sorang je kat sini sebab mak pak pengantins bizi nak bersalam dengan orang tak sempat nak duduk tapi apa aku kesah.. sorang pung boleh.. lagi best dapat makan semua hahaha..

tapi pastu Pak Long, Pak Ngah dengan Abang Epul datang nak join sekali.. cakap jela nak masuk kemare nanti gambar ada dalam album kan kan kan?

Abang Epul siap tanya aku makan pakai tangan ke sudu.. bila aku jawab sudu terus kena bahan dengan Abang Epul sebab aku nak cover depan kamera.. haruslah kan sebab kang terus nampak tak sopan tak ayu gitu.. nak tunjuk perangai keji sebenar pung taknaklah depan cameraman ni hah


lepastu semua nak join aku makan sebab tengok aku makan tak toleh kiri kanan makan bertambah-tambah.. padahal aku ni dari pagi tak makan woii sebab nak save perut makan kat sini tau.. tu yang melahap over tu sampai pengantin gi potong kek pung aku boleh tak perasan.. 

sambil makan sambil moksu ajak karok sebab segan nak nyanyi live kat mic tu so aku tempat melepaskan keinginan tak kesampaian tu.. motip sangat

sebab guna kamera yang tak gah entah apa-apa pencahayaan tu tau.. mohon makcik beli kamera yang gah satu nanti.. aku pung boleh lupa nak passing kamera aku kat beliau.. mohon ampun maaf ye



habis makan bila pengantin sibuk layan tetamu kami laju-laju pergi kat pelamin nak bergambar sebab tadi tak sempat.. kali ni terus guna kamera yang gah so pencahayaan yang over tu tak mengganggu kehidupan kami lagi huaaaa



moksu siap ugut aku suh bergambau dengan dia kalau nak posting kat satu negeri yang sama sebab aku guna alamat beliau masa isi borang posting gara-gara tak nak posting dekat seklah sebelah rumah hewwws


mintak-mintak masin mulut moksu dapat duduk senegeri amin ya rab :)

 pastu terus ajak kazen kesayangan berfeeling retis pulak kan bhahahahha

doakan aku dapat posting Jan 2014 senegri dengan korang semua tau tau tau




 over sangat minah duaorang kat atas ni


pastu sesi mokciks pokciks pulak nak feeling retis before pengantins sampai nak sambung posing atas pelamin ni hah..


ok, Mak Ngah dengan Pak Ngah nak feeling jadi raja sehari balik.. bagilah can kang menangis pulaks kang hikhik

sesi feeling retis bermula sekaranggggggggg





feeling retis sekejap je weh pastu terus pengantins datang dah kena feeling pengantins pulak bila kena bergambar dengan pengantins huahuahua



ini edisi pengantins baru, pengantins lama dan pengantins selamanya :)



edisi pengantins bersama nenda-nenda :)

pastu terus edisi giyomi dengan kazen-kazen yang senget bhahahahah

aku pening kepala nak tengok kamera yang mana satu tahuuuuuu

ini barulah memang feeling retis betul ni huarhuarhuar







Selamat Pengantins Baru buat kazen-kazen semua :)

semoga kekal sampai syurga :)



nanti i kawen, uolss pulak boleh feeling retis bhahahhahaha



Thursday, June 13, 2013

wedding kazen yang cantiks

Assalamualaikum & Hii


last week pergi melawat antara pilihan tempat posting tapi sebenarnya memang tak expert langsung kat kawasan yang menjadi pilihan tempat posting idaman hati.. paling sadis bila kekonon nak posting sana tapi jalan apa pung tak tahu.. tahu nama tempat je rasa dah cukup hebat dah padahal aptb


maka google map lah kita kan.. mula-mula tengok google map sensorang sambil comparekan dengan plan yang ada kat kad kawen tersebut.. siap buat map baru yang kekonon lebih details.. kendian mula resah gelisah sensorang takut tersesat maka ajak adiks tengok sekali.. lepastu yang si adik yang tak katam geografi terus teruja laju-laju sambil cakap, "woww, kita lalu Malaysialah nanti".. lepastu aku terus pandang adik sambil cakap yang aku tengah konpius sekarang ni rumah kita kat Malaysia ke Indonesia.. adik malu lalu terus sembunyi kat jamban dalam erti kata lain pergi berak bhahahaha


aku paling tak suka kalau dah jalan kemain lama lagi tapi tak jumpa-jumpa destinasi.. pastu mulalah aku give up lalu buat jalan sendiri dan bila dan sesat tersalah arah mulalah stress tak hingat nak naik angin satu badan.. dasar singa.. maka mulalah ekspedisi mencari jalan kebenaran dengan bertanya orang di situ sini sehinggalah menuju destinasi bhahahahah.. kalau aku bersabar dan tak ikut haluan sendiri mungkin aku tak sesat tapi apakan daya kesabaranku senipis kulit bawang T_T


mulalah sesi jejak kasih yang lama dah tak jumpa so aku selaku orang yang dah kebuluran terus cedok lauk makan laju-laju tanpa toleh kiri kanan lagi.. nak buat perangai keji gi amek lauk pengantins segan silu pulak tetiba maka makan jela lauk tetamu pung boleh pung sedap..


kenyang perut senang hati then mulalah aku dok usha muka sensorang yang hidung mancung kulit gebu sensorang sambil bisik-bisik kat adik yang ni sapa yang tu sapa.. maklumlah memori jangka pendek aku ni memang terhad nak ingat muka orang lagi-lagi kalau lama tak jumpa.. dulu kenal masa main pondok-pondok sesama tapi sekarang bila dah beranak pinak terus wajah berubah segalanya pung berubah maka haruslah tak kenal


aku semua pung kenal sebab dari kecik sampai ke besar muka sepeseng je mencik tau.. patutnya masa kecik dah iras dak pa tu bila besar teruslah iras Lisa Surihani pulak barulah orang kagum pelik tak kenal kan muahahaha






kenapa kenapa kenapa muka aku tak ikut blah abah yang utaraq tu.. kalau tak meti hidung mancung pipi tersorong-sorong dah jadi retis dah aku ni.. ni tak, hidung ikut patern banjar mencik tau tak suka tak suka..


sepupu dua pupu makciks pakciks blah sana semua maintain cun je aku ni baru jejak alam dewasa terus ke laut jadinya T_T





pengantin siap cakap sapa nak amek berkat duduk dekat sikit maka terus aku diri sebelah pengantin dengan harapan lepas ni ada orang masuk meminang.. dulu aku cakap kat emak yang aku nak kawen then emak cakap tunggu sampai abes belajar dulu.. yeayyy sekarang tinggal lagi satu sem lepasni bolehlah mintak kawen kat emak bhahahhaha


gambar kat pelamin tak de even pelamin sangat gojes dan cantik sebab aku segan silu nak naik pentas tu.. kang aku naik atas semua pung nampak aku feeling retis nanti kang.. yela kenduri kat dewan kan.. yang banyak gambar emak je.. sebab sikit-sikit nanti emak cakap, na amek gambar na.. haish haish haish



paling bangga bila balik tak sesat yeahoooo





tapi rasa nak tukar pilihan tempat posting boleh tak? nak mintak seberang laut dengan harapan Jan 2014 je dah terus dapat posting bhahahahhahaha





Tuesday, June 11, 2013

yeayyyy menang lagi dan lagi

Assalamualaikum & Hii..


sapa pernah main Zombie vs Plants sila angkat tangan laju-laju tinggi-tinggi

yeayyy ada geng yang main ni ;)


asal break sem je mesti main game ni sebab tak reti main game kat fb tu and paling sadis bila lappy aku tak boleh nak main game.. asal install je mesti hang.. mencik tahu asyik suh aku belajaq je lah lappy ni bhahahha


setiap sem break mesti main sampai bagi menang.. since last year so ni dah masuk round ketiga aku repeat balik game ni bhahahah

aku reti main game ni je kalau burger shop ke cake bakery ke kalau aku main mesti kalah.. main dengan anak murid pung aku kalah nampak sangat aku tak cekap bab-bab pembuatan ni bhahahha.. so ni jelah satu-satunya game yang aku paling terer dalam kalangan beradiks kat rumah ni *celit hidung sikit

waktu first main dan menang tak sempat nak tengok sunflower ni nyanyi dengan zombies menari maka bila menang kali kedua terus replay banyak-banyak kali tanda jakun sangat.. siap rekod nak tunjuk bukti dah menang dekat adik bongsu yang keluar gi study group.. adiks aku memang skema dan rajin study patutlah pandai tak macam akak die yang memang genius sejak lahir ulalala


aku tak suka edit gambar sebab tak reti so ini makan die 















siap record lagi nak tunjuk bukti menang main game kat anak murid nanti.. barulah boleh kembang kempis hidung berlagak tunjuk eksyen depan dieorang hahaha





nak update entry kawen lagi dua sepupu ni before balik Melaka nanti.. mintak-mintak rajin tee hee



Monday, June 10, 2013

majlis kazen kesayangan part 2

Assalamualaikum & Hii



part 1 dah cite pasal nikah kazen kesayangan dan part 2 ni pulak berkisar majlis persandingan yang diadakan keesokan harinya tapi iolss tak berjimba dengan pengantins sampai ke petang sebab dah kena balik Melaka semula tsk tsk

ada orang suh iolss letak gambar bagi besau sikit sebab nak tengok clear punya tapi hakikatnya iolss taknak letak besau-besau sebab taknak bagi nampak hidung bawang iolss dengan muka yang tak flowless yang stok-stok longkang je ni hahhh T_T



 pergi kenduri pakai selipar je kaw mampu?? bhahahaha.. siap kena sound mohon tak pakai selipar bila pergi weddings kengkawan lain.. perangai keji iolss dengan sedare-mara dan gengs cantik je kalau dengan orang lain terus jadi sopan-santun, lemah-lembut, control ayu muahahaha *gelak sopan sambil tutup mulut


perangai keji yang kazen pung dah naik muakk tengok sampaikan tanya bila besday iolss sebab nak bagi hadiah kasut yang proper yang boleh match semua baju tee hee.. chill lah korang, iolss duduk bawah khemah je kot bukan jadi pengapit pengantin pung.. siap nak buat video iolss yang dari atas dah ok sampai ke bawah terus spoil nak masuk utube dengan caption jangan tiru perangai keji gadis sengal ini.. perghhhh cengginilah kazen kan 



rombongan sebelah lelaki.. giler ramai.. meriah tak meriah kan.. yang dah belakang-belakang tu stok-stok nak tunggu tol je.. iolss mestilah jadi gadis tol depan pelamin seperti biasa heeee

makciks pakciks semua amek port masing-masing untuk tol ni.. nasib kaw lah wahai Zali hehehe.. sape suruh pilih orang Joho tegar ni lalalala :p





ini paling sweet.. disebabkan pengantins digelar raja sehari maka mari kita buli mereka terlebih dahulu dengan minuman campuran terbaik dari ladang yang rasanya entah pape je hahaha.. paling sweet bila pompuan kena minum dulu bagi tinggal bekas lipstik kat situ and suami perlu minum habiskan  air tu dengan minum kat tempat yang isteri dah minum.. alololololo



ini edisi tol makcik-makcik kat laman rumah sebelum sampai ke tangga :)

edisi pakciks kat titi rumah jauh sangat tak sempat nak amek



ini edisi kazen-kazen yang kecik haruslah duduk di tangga tapi iolss feeling muda duduk juga kat sini sebab nak dapat duit tol lebih katanya hehe


ini edisi tol para gadis gojes.. see, iolss pung ada lagi.. kan dah cakap nak duit tol lebih.. even pengapit tu cakap eh nana, dah dapat kan tadi tapi tetap pura-pura tak dapat lagi hehehe



bukan pengantin je berpeluh nak tunggu lepas tol ni, pengapit pun dah naik berpeluh jugak aku tengok.. pengapit bukan kipas pengantin tapi kipas diri sendiri bhahahha



last tol mak andam ;)


kazen kesayangan siap main jeling-jeling lagi atas pelamin tu.. memang dasar dasarlah kaw ni kan








nampak tak kegembiraan makciks yang mendapat duit tol?



mula-mula bagi laluan dulu kat orang ramai yang nak amek gambar pengantins bersanding pastu bila dah lengang sikit sebab family blah laki dah turun nak pergi makan barulah kita amek port posing dengan  raja permaisuri sehari ni hahhh.. amek berkat banyak dengan duduk kat tengah-tengah.. untung-untung abes belajaq terus ada orang masuk meminang ;)



edisi pengantins bersama makciks yang tak cukup korum lagi.. pung boleh.. kang tak makan pulak pengantins tu kang nak tunggu panggil semua baru cukup kan.. yela sorang kat belakang rumah, sorang kat depan rumah, sorang kat tepi rumah lagi.. semua tempat pung bersepak dengan makciks ni.. tak reti duk diam betul ;)




bila pengantins pergi makan beradab barulah iolss mula menggediks kat atas pelamin tu before balik nanti.. padahal nak pergi makan lauk pengantins yang sedap tapi sibuk nak feeling retis sangat kan.. pastu bila turun bawah lauk semua dah abes mulalah nak menangis sambil suruh mak masak balik lauk pengantin yang baru untuk bawak balik Melaka 


iolss pakai selipar sebab ni hah.. pengantin pinjam kasut gojes iolss.. padahal kasut ni tinggi sangat pengantin takut terpelecuk bila jalan jumpa tetamu nanti hehehe


familys yang ohsem ohsim ohsum nak beraksi feeling retis katanya :)



edisi beradiks beranak blah emak pulak.. dasar penyakit keturunan feeling retis je kang bhahahahah



ini memang gadis over sila abaikan





tahukah anda bahawa familys yang ohsem ohsim ohsum itu datangnya dari ketua keluarga besau yang sememangnya ohsem..

peace nenek wooooy :)






tinggal tunggu majlis bertandang pulak end of june ni 

yeayyyyy melawat tempat posting :)






Wednesday, June 05, 2013

and im a happy gurl




masa dapat baucer buku, 100 dah lari buat beli buku kajian tapi masa nak exam bukak buku satu hapa pung tak paham apa yang editor tu tulis.. bazir je beli tskkkk


lagi 100 buat beli buku resipi emak, buku belajaq adiks and novel tok akak sebab aku pelajar hebat tak payah guna buku masa nak exam baca nota je tapi di hari kejadian mula menyesal 1001 rasa tapi tetap tak insap-insap repeat step yang sama di setiap sem T_T


lagi 50 habuan untuk diri sendiri beli komik hiburan.. kenapalah aku tak amek degree hiburan je dulu kala tak mesti tiptop reslut *idungkembangkempis


beli komik ini tapi setiap kedai buku yang ada jilid 1, 2 dan 4.. kat Melaka kat Johor semua out of stok mungkin sebab gelombang baucer buku kan.. dan harini im da happy gurl sebab singgah popular dan tengok ada jilid 3 yahooooo.. terus lajulaju beli baca kat situ jugak :p  


sekarang barulah boleh baca yang jilid 4 even dan sebulan beli tapi tak bukak dari pelastik lagi sebab taknak langkah bendul tak baca yang ketiga nak terus lompat empat.. nanti tak feeling katanya


kbai

Monday, June 03, 2013

kazen kesayangan nikah part 1

Assalamualaikum & Hii


ini entry terpendam sebulan yang lalu bhahahhaha


kazen blah emak yang lahir tahun 1990 ada empat orang.. dua boboi dua gegurl klas gitewww.. even iolss yang paling tua tapi kazen paling muda yang kawen dulu.. takpe seru kaw sampai dulu aku kenalah leklekkeduu


kazen nikah hari Sabtu terus lajulaju pikir nak pakai apa sebab stok-stok baju baru semua dah pakai time praktikum maka takde koleksi kat rumah so berjubah jeans lah kita kan.. nikah je pung..





acara wajibulghunnah adalah mengambil gambau sebelum ke majlis kenduri.. nanti semasa dan selepas kenduri pung amek jugak nak tengok perubahan diri dan makin bambam ke blom bhahaha


oh ya, keluarga kami memang penyokong kuat BN so haruslah sangkut bendera sana sini tampal gelombang biru di situ sinu hah ;)




how cool she is ;)

mulamula je cool bila dah nampak tok kadi terus gelabah tak boleh nak duduk diam bhahhaha.. aku paling mencik bila time nikah kazen-kazen taw sebab terus secara automatiknya dilantik sebagai runner fotographer tak bertauliah padahal amek gambar pung gegau-gegau.. mungkin sebab sinar muka atlet terpampang di wajahku ini maka terus kena jadi runner puiiiii







sesi mewakilikan acara pernikahan kepada tok kadi dan sesi mengsign itu ini.. perghh banyak siot nasib sign aku senang kalau yang panjang berjelar terbelit-belit mau ada salah bentuk kang.. *tetibe sign aku dah kenapa?


Alhamdulillah dengan sekali lafaz maka sahlah mereka :)

mula-mula jadi runner forographer kendian bila dan sesi nak batal air semayang terus aku jadi pengapit dah kenapa tetibe haku.. nampak sangat memang diriku ini fleksibel boleh jadi apa sahaja.. terus rasa nak apply jadi pramugari ke doktor ke pas abes belajar nanti bhahhahah





maka menangislah pengantin di situ.. both nangis terus rasa macam oh sweet nanes sama-sama huihuihui.. jum pi makan kat rumahhhhhhhhhh

TAHNIAH BABE :)


masuk petang je semo pung dah bosan  kaw tengok haku, haku tengok kaw dah tak tau nak buat apa maka marilah kita teruja ikut pasangan pengantins baru ini berfotoshoot kat tepi parit kat jambatan in progress kat hujung kampung tu hahhh





giler excited nak jadi da next sangat sampai angkat-angkat kaki kaw mampu? :p



woiii dah kenapa teruja sangat sampai mulut tu nak ada dua?? ke nebes terlebih gambau sebelah pengantin yang gojes??


1 2 3 mari teruja mengalahkan pengantins ;)







haku feeling retis sangat padahal muka stok-stok sumbat dalam longkang je T_T




moral of the story : tak payah ikut pengantis berfotoshoot sebab pengantins tak sempat nak layan perangai gediks uollss.. mereka nak gediks berdua je.. nasib baik ada kazen yang nak layan aku ni hah.. dah jum balik.. esok sambung lagi



bai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...