Tuesday, December 31, 2013

bye 2013

selamat tinggal 2013 yang sememang menyimpan cerita sedih yang paling menyayat hati yang aku sendiri berharap tak akan aku ingati lagi hingga akhir hayat..



selamat tinggal semua kenangan indah bersama sehingga 2013 yang aku sendiri berharap dapat delete dari memori ingatan secepat mungkin..



dan



selamat tinggal 2013 yang menjadi penamat bagi zaman bergelar pelajar dan terima kasih 2013 atas degree yang Alhamdulillah setimpal dengan usaha yang suam-suam kuku yang sentiasa di zon selasa..








Sunday, December 29, 2013

hujung minggu terakhir di hari Ahad bagi warga Johor

Assalamualaikum & Hii

selamat hari Ahad dan selamat bercuti hujung minggu di hari Ahhad buat warga Johor.. kelass kaw Johor cuti Jummat dan Sabtu je start taun depan ;)

hari ini merupakan Ahad terakhir di tahun 2013
Ahad terakhir juga ada kenduri di negeri Johor
dan Ahad terakhir untuk kroihh kroihhh tido bangun lambat sebab tak kerja bagi warga kerajaan Johor










Friday, December 27, 2013

Jumaat terakhir di tahun 2013




Assalamualaikum & Hii


Salam Jumaat.. hai Jumaat terakhir di tahun 2013 dan juga Jumaat terakhir bekerja untuk warga Johor ;)


semoga Jumaat yang mulia ini membawa keberkatan untuk semua..


terima kasih sahabat dunia akhirat yang sentiasa menjadi pendengar setia dan tidak jemu memberi kata-kata semangat dan sentiasa memberi galakkan dan sokongan untuk menempuhi kehidupan di dunia ini..


terima kasih semua :)





Wednesday, October 16, 2013

edisi babies yang omel onynyonyo

Assalamualaikum & Hii


Selamat Hari Raya Qurban semua orang.. selamat bekerja bagi yang tak dapat cuti lama dan selamat bersekolah bagi yang tak cuti juga bhahahha.. aku patut dah kena balik Melaka tapi sebab kelas takde jadi ikut sukati tekak aku nak memanjangkan cuti sampai Ahad.. kalau kena tindakan tatatertib kang barulah aku nangis air mata palusu kekonon menyesal dan insap tak akan ulangi kesilapan lagi dalam tempoh empat minggu sebelum pengajian lima tahun setengah ini tamat.. fuhhh penat taip takde tanda baca wehhhh


sekarang mood aku tengok baby orang je weh ni.. nak tunggu baby hasil buatan sendiri memang tak aaa kan.. seminggu before cuti raya dah merempit gi Rembau dengan roomates kesayangan sebab nak tengok baby Eryna yang lahir 17 Sept aritu tapi baru nak pergi tengok bila dah masuk 20 hari uols.. al maklumlah aku bizi nebes viva weh.. kang takut pulak tersembur aura nebes viva kat baby tu kang.. tak memasal dah genius sejak kecil bhahahaha


aku dok sibuk panggil Eryna omel onyonyonyo Eryna omel onyonyonyo sekali aku dengau Nekwan dia panggil Firah.. teros aku sentap konpius nak panggil apa dah.. mencik tau macam ni.. selalu mesti aku je yang panggil lain dari yang lain tau.. sampai Rembau tengahari tapi melepak situ macam taknak balik sebab nak tunggu baby bukak mata (apahal sebab nak mencekik makanan) dengan harapan baby teros dapat cam wajah ahkak gojes ini dan akan merinduiku bhahaha.. nasib baik baby dengau kata bukak jugak mata tawww.. very da good gurl :)





bagus Eryna dengau cakap ahkak tenung lama-lama teros simpan dalam memori ingatan taw taw taw.. Eryna boleh panggil ahkak gojes takpung ahkak Lisa pung boleh sebab ahkak is fleksibel bleh panggil apa-apa je.. jangan panggil aunty sudah sebab teros rasa diri ni tua nanti hahaha



17 Sept aritu jugak baby kak ngah lahir.. baru je dapat tengok Ahad lepas tu pung sebab ikut emak gi kenduri anak kawan die then teros singgah umah Mak Uda nak tengok baby katanya.. macam biasa aku mesti akan panggil baby lain dari yang lain.. aku panggil Medina sekali kak ngah n kak long panggil Jannah.. teros rasa damn u, lain lagi taww.. takpe aku tetap nak ikut sukati tekak aku supaya kelainan yang tercipta akan menyebabkan baby semakin ingat kepada ahkak gojes ini.. 


kembang kempis kembang kempis je hidung aku ni tengok Medina ni tido je taknak bukak mata langsung.. aku dah lah nak suruh dia simpan memori wajahku di dalam memori ingatannya supaya wajahku sentiasa terbayang-bayang di ingatannya nanti selalulah aku boleh datang jenguk sebab alasan Median rindu auwww..


tapi Medina tak botak lagi Eryna dah botak.. hai Medina dan Eryna, kalian berkongsi hari lahir yang sama :)





fione lah Medina taknak bukak mata kan.. taknak jadi geng lah macam ni hahaha.. sampai ke sudahnya aku nak balik taknak bukak mata jugak.. sedap sangat tido.. mungkin sebab dia tak suka aku panggil dia Medina kot tapi pedulik apa nak panggil jugak.. sila membesar dengan cepat ye Medina.. nanti ahkak belanja asekim masa jenjalan kat shah Alam ye ;)



dua-dua baby ni masa wedding mak pak mereka aku pergi dan masa dah ada baby pung aku tetap jugak pergi nak melawat katanya.. 


yang lain ni wedding mak pak dieorang aku gi tapi baby dieorang aku tak sempat lagi nak pergi tengok ntah tak tau lah bila berkesempatannya tu




ni Adam Haris anak adik bff kesayangan kat SAKTI.. takpe nanti mak lang ang tunang, ahkak datang melawat baby Adam ye.. jangan nanes taw Adam ahkak lambat datang bahahhaha.. Adam lahir taun ni tapi wedding mak pak die dua taun lepas rasanya ntah dah tak ingat dah weh.. banyak sangat ingat tokoh ilmiah untuk viva ritu katanya hahaha





ini plak baby Alif anak Kinah.. aritu gi JB lalu depan umah mak Kinah je tapi Kinah tak duk kat situ.. kalau tak boleh ahkak datang tengok Alif taw.. tapi sekarang Alif dah besau dah kan.. bila Alif nak ada adik hah hah hah??



yang ini sumpah baby omel nyonyonyonyonyo sangat sebab mak dia pun dah cukup cumils cantik dah weh.. bff kesayangan masa sekolah rendah yang sama-sama panjat pagau masa kelas malam uolss.. nama panggilan anje kami pung sama tapi timing jodoh kami je tak sama heeee



rambut Zahirah lebat sangat aunty suka taw.. yang ni boleh feeling aunty sikit sebab omel angat Zahirah ni.. kalau suh panggil ahkak teros rasa macam adik sendiri pulak kang haha.. nama pung satu je takdelah aku sibuk nak panggil lain dari yang lain.. Zahirah, bila nak jumpa aunty hah hahhh.. aunty dah buatkan headband comel kaler pink dah untuk Zahirah taw taw taw.. nanti boleh pakai bawak jenjalan hahahah




habis dah weh cite baby orang ni.. ini je pung baby yang boleh feeling over sikit sebab baby-baby mereka yang menjadi kesayangan kan katanya.. baby Intan tunggu next year.. mintak-mintak boboi sebab boleh jadi geng Ben-10 dengan ahkak kan kan kan hahaha


jangan tanya kenapa takde gambau aku pegang baby sebab aku dah lama takde baby means dalam family besau dah lama tak menghasilkan baby dah weh so skill pegang baby memang kelaut.. kang aku uplod kat sini lagi sentap aku bila kena kutuk lapanbelasjutakali weh.. patutlah jodoh tak menyeru tiba lagi kan rupanya ada hikmah sebab skill tak mantap lagi bebeh.. biarpung aku tak reti pegang baby tapi aku reti menghasilkan barangan baby yang omel onyonyonyo hand made punya :) *kembangkembanghidung






amacam hebakk tak?? yang ni sapa punya rahsia bhahhaha.. jangan mak pak dieorang pm aku suh buat sudahlah masak nak buat weh.. nak buat satu pung boleh naik hantu aku jadinya..




aku taw korang tengah puji aku kan.. cukup-cukuplah weh.. kembang kempis dah aku ni weh.. 



kbai

Saturday, October 12, 2013

HANDBAG GRED AAA YANG MURAH LAGI OHSEM

Assalamualikum & Hii

lama tak hupdate blog bukan sebab takde cerita yang best tapi sebab mood nak menaip tak kunjung tiba plus student final semester yang kekonon banyak komitmen yang perlu diberi perhatian katanya puahaha.. ok, malas nak merepek panjang sebab aku nak promote barang perniagaan girlfie kesayangan yang sibuk berbisness ni.. die sibuk suh aku promotekan jadi marilah aku tolong promote sebab katanya kawan dunia akhirat kan kan kan..


lately ni memang banyak kengkawan yang join bisness itu ini cuma aku je yang belum temui kekuatan sebab aku jenis tak boleh banyak benda nak pikir dalam satu masa kang mulalah aku naik hantu jadi hulk takde pulak yang nak kawan bhahaha.. kengkawan asyik suh promote jadi kita promote satu-satu ye.. take time bebeh.. aku ni bukannya rajin seperti yang korang sangkakan itu nak hupdate hari-hari.. tapi bab makan aku tak pernah lah pulak tak rajin kan haha


okeh, aku nak promote handbag gred 3A yang ala-ala macam beg ori tapi kualiti bagus dari beg yang 100% fake kan.. macam-macam jenama ada.. kekadang kita tak mampu nak beli yang ori ye dok?? so, beli yang gred AAA ni pung jadilah.. ibarat macam diri aku yang sememangnya sukakan barang murah dan free.. yang mahal-mahal tunggu orang bagi je bhahahah.. jimat bebeh namanya..



antara contoh beg yang ada seperti ini :








yang kat atas ni contoh handbag jenama MK.. ada banyak lagi jenama yang lain seperti 

GUCCI
GUESS
COACH
LV
FURLA
HERMESS

dan lain-lain lah.. penat pulak aku nak tunjuk gambau satu-satu kan.. 


harga semua below RM200 bebeh.. murah tak murah tak?? rate harga antara RM 170-RM180 je tau dan harga tu dah termasuk postage uolss.. gila tak murah..


kalau nak terjah handbag ni boleh tengok kat link page di bawah.. silalah like sekali ye :)




nama owner dia Cik Ara.. ni fb dia incase korang pm kat page tak berbalas kan




page tu ada banyak lagi barang jualan yang gojes lagi ohsem.. silalah terjah sendiri untuk ebih teruja sambil mencuci mata giteww..


kalau korang nak beli, bagitaulah yang uolss ni pembaca blog aku ni hah, insya Allah akan diberikan diskaun or freegift yang best juga bhahahha *bajetretissangat



ok, selamat bershopping uolsss :)




Saturday, August 17, 2013

tiga bulan dari sekarang

Assalamaualaikum & Hii



selamat hari raya aidilfitri 2013 semuaorang.. 




raya tahun ni so so sahaja.. 

no baju raya, 
no kasut raya, 
no handbag raya,
no tudung raya

tapi yes to duit raya :)

Alhamdulillah di taun akhir pengajian yang berbaki lagi tiga bulan ni, rejeki duit raya melimpah ruah.. mana tak ruahnya sebab dengan semuaorang aku dok pulun merayu mintak duit raya atas alasan taun terakhir beraya sebagai pelajar sebelum bekerja di Januari 2014 nanti.. maka banyaklah duit raya ahkak gojes korang ni noks.. boleh lah buat makan minum tiga bulan kat Melaka tu hah..



raya taun ni jugak adalah raya yang paling tak raya langsung sebab semua barang raya takde dan paling penting jiwa raya tu tak kunjung tiba.. even asyik ikut makciks dan pakciks beraya ke sana-sini sebab taknak dok rumah sensorang, tapi feel raya tu tetap tak dapat masuk dalam jiwa..


yang penting duit raya dapat dah cukuplah kan nak membuktikan bahawa telah raya pada taun 2013 ni iye dok??


pengajian berbaki lagi tiga bulan, tapi semakin nak habis belajar semakin tinggi tahap kemalasan tu dah kenapa pulokss.. mohon doakan ahkak gojes korang ni berjaya menamatkan pengajian beliau dengan jayanya :)



salam aidilfitri 2013

mohon maaf zahir batin

mohon halal makan minum harta benda segalanya




kbai





Thursday, August 15, 2013

KENDURI KAWEN EDISI RAYA

Assalamualaikum & Hii

musim raya tahun ni ramai pulak bebudak seangkatan dengan aku di tempat belajar kat Melaka tu yang sibuk nak menamatkan zaman bujang mereka atas alasan takut dapat posting ke seberang laut sana.. jangan tanya kenapa aku tak mengikuti jejak langkah mereka sebab aku yakin dengan perancangan Allah apa yang terbaik untuk aku maka insya Allah aku akan reda walau dicampak ke mana sekalipun kelak.. mohon doakan hati aku kuat menerima kenyataan nanti




raya keempat je dah ada jemputan perkahwinan kawan hingga hujung nyawa katanya.. nak tak nak gigih jugak nak ke Muadzam tu hah kang kalau tak datang terus putus persahabatan puloks kan.. tuan punya badan sibuk nak request hadiah kawen bagai.. ahboi noks tak cukup request adiah besday nak request adiah kawen jugak ye.. banyak cantiks hengkaw.. nasib dapat kawan hingga hujung nyawa macam aku ni hah gigih jugak nak layankan kerenah kawan hingga hujung nyawa ni kan.. 




perjalanan yang jauh haruslah ditemani dengan beradiks yang cantiks.. apa guna ada adiks yang cantiks tapi tak nak teman ahkak mereka yang gojes ni pergi kenduri kawen jejauh kan.. kang kalau ahkak gojes mereka kena culik jadi mangsa bunuh kang menangis air mata darah pung dah tak guna dah puahahahaha


Alhamdulillah berpandukan plan kad kawen yang diberikan, kami tak sesat dan selamat sampai ke destinasi dengan jayanya.. tepat-tepat sampai je pengantins nak masuk dewang tengah jalan bawah pedang.. maka berlarilah haku untuk melihat pengantins berjalan bawah pedang ni hah walaupun tak dapat tengok dari mula janji dapat tengok je dah cukup dah nak puaskan hati ni walawehhh





sepanjang pengantins dok sibuk menepung tawar kat atas pelamin tu haku pung dok sibuk isi perut kat meja vvip kaws.. datang-datang cari bff kesayangan dan terus lepak kat meja makan di situ macam haku ni tuan rumah.. argghhh pedulik hape kan janji dapat makan.. lauk is superb sedap siap ratah habiskan lagi tahu.. nampak tak bahawa sebenarnya beradiks yang cantiks sedang kelaparan yang teramat sangat-sangat hewss


sesi pengantins potong kek pung kami nak menyebuk sebab susah gilos okeh nak tangkap gambau dengan pengantins ni sebab ramai giler boduguard.. ohomaigadd stresss betul haku sampai nak give up sebab tak dapat-dapat nak bergambau dengan pengantins







ahkak jijie iteww ni control ayu sopan santun lemah lembut giler di majlis perkahwinan beliau ni.. rasa macam ohhomaii berani kaw sorokkan perangai keji kaw depan kami buahahahahha.. takpe haku maafkan sebab haku yakin haku pung akan begitu nanti agar kelihatan seperti gadis melayu terakhir yang menjadi pujaan lelaki malaya :p




 setelah bersusah-payah, finally dapat jugak bergambau dengan pengantins baru ni ohhooiii.. 

sila abaikan pembesaran di perut yang melampau sebab ada baby yang sedang membesar di dalamnyan phewww





senelum balik macam biasalah sesi membuat bbm di dalam guest book dan inilah hasilnya







SELAMAT PENGANTIN BARU AHKAK JIJIE & CIK CUKK


SEMOGA CINTA & JODOH KEKAL SAMPAI SYURGA <3 p="">








p/s : baju nak gi kenduri pung nak kena pinjam adiks sebab takde baju raya langsung taun ni T_T



bai nokss






Thursday, August 08, 2013

SHR MZB

Assalamualaikum & Hii


tahukah anda bahawa ini adalah malam raya eh silap pepagi buta raya tapi aku tak tido lagi bukan sebab tolong emak memasak di dapur tapi duk pulun siapkan AR agar di pagi raya hati tenang, damai dan gumbira menyambut raya bhahhahahaha





kalau buat AR tak stress memang tak sah.. bila stress kena hiburkan hati agar kepala tak naik meroyan.. karang kalau dah meroyan satu benda pung tak siap.. hiburkan hati dengan menconteng kuku dengan inai ready made feeling bini orang di pagi raya bhahahahhaha


before cuti dah meroyan stress siapkan AR sebab kekonon nak enjoy bercuti di rumah tapi baru emel draft arini tengok-tengok cek emel rupanya lusa tu dah dapat feed back dari lecturer.. teros rasa nak terjun bumbung rumah sebab pergi tengok emel.. dah tahu teros hati tak tenang.. kalau tak tahu mesti tengah bersenang-lenang bergumbira sekarang ini duduk silang kaki atas sofa sambil tonton sampaikan raya.. tapi apalah nasibku ini, menyesal sudah tidak berguna lagi tsk tsk tsk




aku pulun kot bangun pagi stay up semata-mata nak siapkan AR ini.. kalaulah dari semester satu lagi dah rajin cenggini, konpom aku dah layak dapat tokoh pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang seluruh IPG dah wehhhh.. nampak tak betapa hebatnya penangan AR ini bagiku???





aku ni bukan setakat bangun pagi stay up je tapi lebih parah lagi sampai lepak library dari pagi hingga ke petang.. ini bukan diriku ok.. ternyata sekali bukan diriku.. fokus paling lama aku mampu bertahan adalah 1 jam tapi bila dah kena lepak sampai ke petang terus stress tahap membunuh sampai naik giler entah ke berapa kali dalam library ni hah T_T


kenapa aku pulun buat AR sedangkan orang lain masih rilex goyang kaki atas kusi?? occay, penyelia aku seorang lecturer cina berpangkat dr.. orang lain duk sibuk cakap pungpang sana sini yang aku patut bersyukur dapat penyelia yang best lagi skema itu tapi hakikatnya pada jiwa pemalas seperti aku ini ibarat satu bebanan besar yang harus dipikul tapi aku fikir positif.. Allah bagi dugaan pada hambaNya yang mampu.. so, Alhamdulillah aku dapat penyelia yang skema sebab bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kendian.. mungkin di saat rerakan bertarung dengan AR nanti aku dah boleh baring silang kaki atas katil sambil baca lawak kampus.. Alhamdulillah, terima kasih Allah :')



occay, nak sambung tulis AR sebab sok pagi nak balik kampung beraya.. tahukan anda bahawa raya tahun ini aku takde langsung baju raya.. bukan setakat baju raya tapi kasut raya, beg raya, tudung raya semua tak ada.. yang ada subang raya sebab tetiap taun tindik telinga tapi tetiap taun jugak lubang tertutup dah lepas raya.. motip tindik telinga sebenanrnya bahhahahha??



sapa nak sumbang duit raya kat aku sangatlah berbesar hati..


SELAMAT HARI RAYA

MINTA MAAF ZAHIR BATIN


:)


peace yooo


Saturday, July 13, 2013

weekend

Assalamualaikum & Hii




ni tengah weekned tapi tahap bosan dan malas memang nauzubillah sangat.. senin ni kena antau AR draf pertama kena masukkan data apa semua tapi tak tahu nak buat macam mana dan lagi teruk bila dari senin yang lepas tunggu mood nak buat tapi tak kunjung tiba.. bahan bukti pulak lupa nak snap ada dekat dalam beg plastik hitam atas gobok kat hostel.. so acane nak buatnya walawehhhh.. tak sabar nak abes belajaq tapi malas nak buat segala macam apa semua acane????



yeayyyy, rini buka pose kat kampung :)

salam ramadhan ke-empat semua


Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan Mubarak

Assalamualaikum & Hii

tahukah anda bahawa saya sekarang sedang menjalani internship di skola Pasir Besar (F) untuk tempoh empat minggu??

kalau tak tahu ni nak bagi tahulah.. sekarang dah minggu kedua and another two weeks more.. oh sungguh tak sabarnya daku nak abeskan lagi dua projek ni hah..

tapi sekarang taknak cite pasal internship.. nak cite pasal kes jelebu haritu eh bukan jerebu rupanya bhahahahah


bila emak tahu keadaan jerebu sudah merebak ke Melaka lantas puan emak cecepat poskan stok mask yang banyak untuk anak beliau yang gojes ini.. dan disebabkan terlalu banyak dan anak puan emak yang gojes yang hanya terperap di dalam bilik hostel apabila jerebu melanda maka terus agih-agihkan kepada bff kesayangan ulalala







pakai mask bila keluar nak pergi makan mahupung keluar di public sebab tak mahu sesak nafas kang tak sihat 


nasib baik kadar jerebu di Melaka tidak seteruk di Joho dan paling sedih bila naik skola, kawasan skolah tidak dilanda jerebu maka tiadalah cuti berganti dan terpaksalah pergi ke sekolah juga tsk tsk tsk








oh lupa, selamat menyambut bulan Ramadhan Mubarak dan selamat meningkatkan amal jariah.. sape nak sponsor iolss baju raya sangatlah dialu-alukan sebab masa cuti haritu dah pulun tengok RM sehinggakan tidak sempat menjahit baju raya maka jawabnya takde baju rayalah daku huaaaaaaaaaaaaa




kbai


Saturday, June 15, 2013

harapan di semester akhir di tahun akhir pengajian

Assalamualaikum & Hii


huaaaaa esok pepagi dah kena gerak balik Melaka.. kenapa cuti sekejap sangat ni hah hah hah?? rasanya baru je start cuti tapi dah habis dah cuti.. apa ni tak acikk tau cuti sekejap je.. budak u cuti 3 bulan kot tapi aku cuti 3 minggu je.. life is unfair tsk tsk tsk


sebab taknak balik Melaka terus melancarkan mogok dari bangun tidur pagi tadi iaitu taknak bercakap dengan sapa pung.. emak ajak keluar gi mall pung tak nak ikut.. duduk kat bilik tengok RM je puas-puas.. keluar bilik bila lapar and nak kencing berak je.. kalau masih lagi tak nampak kemogokan tak nak balik tak tahulah.. tapi kenapa nak tunjuk mogok kat rumah bukan pihak HEP tahu yang aku sedang mogok.. patutnya aku gi hupdate status sedang mogok taknak balik Melaka kat mukabuka tapi kenapa buat entry kat sini pulak?? motip??


emak dah sinonim sangat dengan perangai mogok anak dia setiap kali nak balik Melaka lalu emak terus gi belikan barang kesukaan anaknya untuk bekalan di Melaka dan siap nak masak lauk kegemaran anaknya supaya anaknya meneruskan pengajian terakhir kat Melaka tu hah.. adiks pung turut bagi semangat supaya akak dia balik Melaka buat AR sampaikan siap buat kek special lagi untuk akak dia yang mogok.. nampak tak betapa sweetnya keluarga kecik ini?? sebab tu aku pung sweet sebab ini penyakit keturunan :)



breath in breath out breath in breath out (amek semangat)


baiklah berbekalkan semangat yang suku ini aku akan pulang ke Melaka esok bila bangun nanti tapi bangun pukul berapa tu tak taulah.. rasa nak balik baru bangun kalau tak bangun-bangun maksudnya taknak balik latewwww


azam semester lepas Alhamdulillah dah tercapai iaitu nak bambamkan diri ini sehingga berat 53kg.. 
Ya Allah, syukur sebab inilah kali pertama berazam dan azam terlaksana.. kalau azam tahunan tu tiap-tiap tahun sentiasa kena repeat entah tak tau bila baru makbul sebab azamnya nak tamatkan zaman bujang bhahahhaha


bukan senang nak laksanakan azam semester lepas ni sampaikan sanggup tahan je hati yang geram dengan peha berlaga-laga, pipi yang bambam, badan yang dah tak fit dan segala-galanya lagi.. barulah tahu macam mana rasanya kalau berat badan ini 53kg *feeling happy


dan azam semester terakhir di tahun akhir pengajian pula adalah mengembalikan berat badan asal semasa mula-mula masuk ke Melaka ini apabila menjelmannya hari terakhir pengajian.. semoga azam ini jugak terlaksana hendaknya *hoping


selain tu, semester terakhir di tahun akhir pengajian juga diharapkan :

1. tiada kesalahan disiplin sama ada besar mahupung kecik yang dilakukan ;
2. dapat menyiapkan AR dengan cemerlangnya
3. dapat result CGPA yang boleh buat bibir tersenyum indah
4. dapat cipta kenangan indah dan menghargai detik bersama dengan BFF kesayangans
5. segala urusan dipermudahkan sehinggalah dapat posting Jan 2014 insya Allah



semoga apa yang dihajatkan ini tercapai amin ya rabbb :)



mulakan semester terakhir di tahun akhir pengajian dengan bismillahhirahamnirahimmm :)




Friday, June 14, 2013

ini habit baru ke simtom baru ekkkkk

Assalamualaikum & Hii


lately ni start before cuti lagi ada satu habit baru di kala malam menjelang yang feeling dia dewasa sangat weh iaitu membaca buku sebelum tidur..

kalau dulu membaca komik sepanjang masa tak kira dimana jua daku berada sekarang ni dah feeling ketuaan sangat omaigod omaigoodness plish help me..

buku yang dibaca bukan calang-calang buku pulaks tu.. buku ilmiah yang berbentuk motivasi diri mihmihmih

tak tahulah ini simtom ketuaan atau kedewasaan ataupun simpon orang nak kawen dah datang bhahahaha..




okeh, ini edisi bahasa melayu.. edisi bahasa inggeris aku tak bukak pung lagi baru selak tajuk-tajuk dah pening kepala.. nampak sangat tak berminat dengan bahasa penjajah uhukss

even edisi bahasa melayu ni translet giler-giler punya ayat sampaikan kekadan sambil baca sambil tergelak sambil betulkan ayat sepatutnya tapi tetap boleh paham isi tersirat yang nak disampaikan.. okeh wat dari aku baca bahasa inggeris nak abes satu tajuk makan masa seminggu sebab sepatah perkataan sibuk nak bukak kamus takpung google translate hikhik


oh ya, sekarang ni pung asyik duk nak tengok Monday couple je kat RM tu sampaikan baju raya diabaikan.. kang kalau raya baju tak siap jawabnya beraya dengan baju tak raya jela kan.. pung boleh aku ni fleksibel semua pung boleh.. cuma suh jadi bini no 2 FK je tak boleh sebab taknak bermadu dengan DD nanti selalu makan hati sebab DD lagi hot lagi retiss


malam ni nak layan RM sampai terlelap taknak baca buka feeling kedewasaan ketuaan ini

peace





kbai ~~

Kak Long & Bang Long punya weddings

Assalamualaikum & Hii

salam Jumaat averione :)

ini weddings Kak Long dengan Abang Long yang dah berlalu tiga minggu lepas tapi baru sekarang dapat gambar dan baru sekarang dapat hupdate *feeling happy


 Jumaat majlis tunang kazen tapi aku tak pergi sebab penat nak qada tido katanya.. alasan sangat tau padahal dah memang malas kan nak buat macam mana..


Sabtu tu majlis nikah and sanding Kak &a Bang Long kat Kluang.. last minute Kak Long suh aku jadi pengapit tapi aku takde baju cantiks and tak prepare apa-apa.. so asal ikut tema dah boleh jalan.. aku peliklah sebab setiap kali kazen-kazen kawen mesti dieorang suh aku jadi pengapit padahal muka aku bukan retis sangat pun, stok-stok masuk longkang je.. maybe dieorang suka tengok aku yang berselera bila kat meja makan beradab kot bhahahha


bertolak awal pagi sebab Kak Long suh pakaikan shawl untuk die.. ingat aku ni Hana Tajima ke hah?? aku belit pung ikut suka hati janji selesa janji dah siap padahal nak belit tu pung dah amek masa sejam.. tu diri sendiri punya belit kalau untuk orang lain maunya 2-3 jam acane tu nak jadi mak handam?




adiks memang lagi giler lensa dari aku.. yelalah retis sangat kan


 masa nikah, aku secara tak rasmi kena jadi photograper lagi sambil feeling papaazi sangat bila kena amek gambar dari celah tingkap tau.. ni lagi satu yang aku pelik, dieorang suka sangat suh aku yang amek gambau padahal kalau aku yang amek gambau mulalah blur lah gegau sana sini lah.. i is not photogenic tapi fotogediks herherher (apa kaitan fotogenic dengan amek gambar?)



 yang merah dari blah gegurls and yang hijau putih dari blah boboi



bila nak tunggu majlis sanding pulak, mulalah aku ni tak senang duduk sebab tak tahu nak buat apa.. so, jumpa budak kecik ni ajak main sep-sep mi-mi, mi-mi tom-tom pulak.. layan je.. yang aku malas nak layan bila die ajak main restling memang kaki makan die muahahaha




aku dah mula naik bosang maka jum syok sendiri walaupun bukan retis


yeayyyy, dah tiba masa untuk aku mengipas pung.. kipas laju-laju sebab tak sabar nak pi makan.. bila dah jadi pengipas ni dah tak payah amek gambar lagi tapi orang lain yang amek gambar aku barulah boleh feeling retis ulala

paling kelakar bila aku gelabah nak touch up pengantin sampaikan nak tertekap bulu mata pengantin.. cepat-cepat aku cover balik.. nasib baik tak tanggal tau bulu mata palsu itu





finally saat yang ditinggu-tunggu.. mula-mula aku sorang je kat sini sebab mak pak pengantins bizi nak bersalam dengan orang tak sempat nak duduk tapi apa aku kesah.. sorang pung boleh.. lagi best dapat makan semua hahaha..

tapi pastu Pak Long, Pak Ngah dengan Abang Epul datang nak join sekali.. cakap jela nak masuk kemare nanti gambar ada dalam album kan kan kan?

Abang Epul siap tanya aku makan pakai tangan ke sudu.. bila aku jawab sudu terus kena bahan dengan Abang Epul sebab aku nak cover depan kamera.. haruslah kan sebab kang terus nampak tak sopan tak ayu gitu.. nak tunjuk perangai keji sebenar pung taknaklah depan cameraman ni hah


lepastu semua nak join aku makan sebab tengok aku makan tak toleh kiri kanan makan bertambah-tambah.. padahal aku ni dari pagi tak makan woii sebab nak save perut makan kat sini tau.. tu yang melahap over tu sampai pengantin gi potong kek pung aku boleh tak perasan.. 

sambil makan sambil moksu ajak karok sebab segan nak nyanyi live kat mic tu so aku tempat melepaskan keinginan tak kesampaian tu.. motip sangat

sebab guna kamera yang tak gah entah apa-apa pencahayaan tu tau.. mohon makcik beli kamera yang gah satu nanti.. aku pung boleh lupa nak passing kamera aku kat beliau.. mohon ampun maaf ye



habis makan bila pengantin sibuk layan tetamu kami laju-laju pergi kat pelamin nak bergambar sebab tadi tak sempat.. kali ni terus guna kamera yang gah so pencahayaan yang over tu tak mengganggu kehidupan kami lagi huaaaa



moksu siap ugut aku suh bergambau dengan dia kalau nak posting kat satu negeri yang sama sebab aku guna alamat beliau masa isi borang posting gara-gara tak nak posting dekat seklah sebelah rumah hewwws


mintak-mintak masin mulut moksu dapat duduk senegeri amin ya rab :)

 pastu terus ajak kazen kesayangan berfeeling retis pulak kan bhahahahha

doakan aku dapat posting Jan 2014 senegri dengan korang semua tau tau tau




 over sangat minah duaorang kat atas ni


pastu sesi mokciks pokciks pulak nak feeling retis before pengantins sampai nak sambung posing atas pelamin ni hah..


ok, Mak Ngah dengan Pak Ngah nak feeling jadi raja sehari balik.. bagilah can kang menangis pulaks kang hikhik

sesi feeling retis bermula sekaranggggggggg





feeling retis sekejap je weh pastu terus pengantins datang dah kena feeling pengantins pulak bila kena bergambar dengan pengantins huahuahua



ini edisi pengantins baru, pengantins lama dan pengantins selamanya :)



edisi pengantins bersama nenda-nenda :)

pastu terus edisi giyomi dengan kazen-kazen yang senget bhahahahah

aku pening kepala nak tengok kamera yang mana satu tahuuuuuu

ini barulah memang feeling retis betul ni huarhuarhuar







Selamat Pengantins Baru buat kazen-kazen semua :)

semoga kekal sampai syurga :)



nanti i kawen, uolss pulak boleh feeling retis bhahahhahaha



Thursday, June 13, 2013

wedding kazen yang cantiks

Assalamualaikum & Hii


last week pergi melawat antara pilihan tempat posting tapi sebenarnya memang tak expert langsung kat kawasan yang menjadi pilihan tempat posting idaman hati.. paling sadis bila kekonon nak posting sana tapi jalan apa pung tak tahu.. tahu nama tempat je rasa dah cukup hebat dah padahal aptb


maka google map lah kita kan.. mula-mula tengok google map sensorang sambil comparekan dengan plan yang ada kat kad kawen tersebut.. siap buat map baru yang kekonon lebih details.. kendian mula resah gelisah sensorang takut tersesat maka ajak adiks tengok sekali.. lepastu yang si adik yang tak katam geografi terus teruja laju-laju sambil cakap, "woww, kita lalu Malaysialah nanti".. lepastu aku terus pandang adik sambil cakap yang aku tengah konpius sekarang ni rumah kita kat Malaysia ke Indonesia.. adik malu lalu terus sembunyi kat jamban dalam erti kata lain pergi berak bhahahaha


aku paling tak suka kalau dah jalan kemain lama lagi tapi tak jumpa-jumpa destinasi.. pastu mulalah aku give up lalu buat jalan sendiri dan bila dan sesat tersalah arah mulalah stress tak hingat nak naik angin satu badan.. dasar singa.. maka mulalah ekspedisi mencari jalan kebenaran dengan bertanya orang di situ sini sehinggalah menuju destinasi bhahahahah.. kalau aku bersabar dan tak ikut haluan sendiri mungkin aku tak sesat tapi apakan daya kesabaranku senipis kulit bawang T_T


mulalah sesi jejak kasih yang lama dah tak jumpa so aku selaku orang yang dah kebuluran terus cedok lauk makan laju-laju tanpa toleh kiri kanan lagi.. nak buat perangai keji gi amek lauk pengantins segan silu pulak tetiba maka makan jela lauk tetamu pung boleh pung sedap..


kenyang perut senang hati then mulalah aku dok usha muka sensorang yang hidung mancung kulit gebu sensorang sambil bisik-bisik kat adik yang ni sapa yang tu sapa.. maklumlah memori jangka pendek aku ni memang terhad nak ingat muka orang lagi-lagi kalau lama tak jumpa.. dulu kenal masa main pondok-pondok sesama tapi sekarang bila dah beranak pinak terus wajah berubah segalanya pung berubah maka haruslah tak kenal


aku semua pung kenal sebab dari kecik sampai ke besar muka sepeseng je mencik tau.. patutnya masa kecik dah iras dak pa tu bila besar teruslah iras Lisa Surihani pulak barulah orang kagum pelik tak kenal kan muahahaha






kenapa kenapa kenapa muka aku tak ikut blah abah yang utaraq tu.. kalau tak meti hidung mancung pipi tersorong-sorong dah jadi retis dah aku ni.. ni tak, hidung ikut patern banjar mencik tau tak suka tak suka..


sepupu dua pupu makciks pakciks blah sana semua maintain cun je aku ni baru jejak alam dewasa terus ke laut jadinya T_T





pengantin siap cakap sapa nak amek berkat duduk dekat sikit maka terus aku diri sebelah pengantin dengan harapan lepas ni ada orang masuk meminang.. dulu aku cakap kat emak yang aku nak kawen then emak cakap tunggu sampai abes belajar dulu.. yeayyy sekarang tinggal lagi satu sem lepasni bolehlah mintak kawen kat emak bhahahhaha


gambar kat pelamin tak de even pelamin sangat gojes dan cantik sebab aku segan silu nak naik pentas tu.. kang aku naik atas semua pung nampak aku feeling retis nanti kang.. yela kenduri kat dewan kan.. yang banyak gambar emak je.. sebab sikit-sikit nanti emak cakap, na amek gambar na.. haish haish haish



paling bangga bila balik tak sesat yeahoooo





tapi rasa nak tukar pilihan tempat posting boleh tak? nak mintak seberang laut dengan harapan Jan 2014 je dah terus dapat posting bhahahahhahaha





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...