Monday, December 26, 2011

More Reasons To Get Pregnant

Assalamualaikum..


harini hari Isnin.. yes, i do hate Monday and i don't know why.. ha ha ha.. don't blame me Monday.. cite kat tb jugak tak menarik perhatian mata nak menonton sebab hati melonjak-lonjak mahu tengok sambungan Mini tapi entah cite apa entah.. malas nak tengok sebab dah pernah tengok cite ni.. so, sementara tunggu kartun Spongebob Squarepants kita pun dok stalk-stalk lah FB orang tu, blog orang ni dan ini menarik perhatian kita..





KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat







kita baca ni dari SINI.. and kita pun nak share lah.. sweet je kan Dr. Sheikh Muszaphar ni kan gunakan pendekatan yang sweet je nak mintak kat wife die.. he hi.. dan terus rasa nak buat satu team bola sepak nanti ;) kbai




p/s : catdog pun best









Saturday, December 10, 2011

lepas ni jangan dok sibuk tanya kenapa semua orang nak nikah awal :)


Assalamualaikum..



bukak FB dah terbaca ini dan terus senyum sampai tinge sambil berangan-angan sudah di atas pelamin dengan encik kekasih kesayangan.. Insya Allah..  

" Ya Allah, jika dia adalah yang terbaik untukku, dekatkanlah hatinya dan hatiku ...................... "


nak share artikel ini yang buat kite senyum sampai tinge *angau


KELEBIHAN NIKAH.....

saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nak khabar bnyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!....
mandi bersama-sama dengan isteri~PAHALA!....

Masya Allah..SERONOKNYA.....
SUMBER : I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW




p/s : abes belajar terus dah boleh nikah




 

Thursday, December 08, 2011

ini bukan kisah mencuit hati tapi kisah tragis

Assalamualaikum

harini kami adik beradik kena tinggal dok rumah dediam sebab mama gi konvo taknak bawak kami T___T 
ini semua mungkin disebabkan kejadian tragis yang menimpa diri suatu masa hari itu.. eh macam dah berkurun pulak lamanya padahal tak sampai seminggu pun lagi.. can you see impak nya sangat lama sampai nak cite pun masih terketaq-ketaq jejari runcing ini dan tekan keyboard.. sila tahan diri daripada menggelakkan saya apabila anda membaca cerita tragis saya ini kerana saya dah penat dah kena gelak dengan semua orang.. penegasan di atas memang bersungguh-sungguh saya maksudkan bahawa ini bukan kisah mencuit hati.. sapa ketawa saya taknak kawan die 60 saat..


sabtu yang lepas saya dan family telah pulang ke kampung teratak nenda terchenta.. saya dah takde atok, cuma tinggal nenek sahaja belah mama.. belah abah pulak kedua-duanya sudah lama meninggal dunia.. sebab tu saya sayang nenek saya banyak macam ini.. disebabkan adik yang seorang pergi berfoya-foya di Melaka bersama kengkawan beliau, maka mama mengarahkan saya supaya balik ke rumah bersama kakak kerna takut adik yang tinggal seorang di rumah diculik oleh orang yang bergelar penculik upahan atas alasan kedengki dengan kami yang mempunyai keturunan comel + sweet.. ;)


oleh sebab saya hanya memandu kancil dan emak membawa saga, maka saya tidak memandu dengan kelajuan yang merbahaya atas sebab kancil tersebut terlalu manja dan tidak suka dengan risiko pancit ditengah jalan mahupun rosak di tepi jalan.. oleh kerana saya memang menyayangi kancil maka saya turutkan sahaja segala kemahuannya.. disebabkan hari semakin gelap dan moksu lambat pulang serta adik sudah bergerak balik ke Joho, maka kami memutuskan untuk berjumpa moksu pada keesokkan hari sahaja bersama adik nanti.. 


jalan kampung yang dikelilingi hutan belantara sememangnya sunyi-sepi di watu malam.. malah tidak semua jalan diterangi dengan tiang lampu ihsan kerajaan itu.. saya memandu dengan kelajuan 50km/h sambil berborak dengan kakak.. umpama semua oarang sudah tahu bahawa akan berlaku kejadian tragis di kilometer 79.5 maka tiada kenderaan lain di situ melainkan kancil kami sahaja.. sedang khusyuk memandu sambil melayan lagu cinta dari corong hp tetiba satu kelibat putih kekelabuan muncul dengan jarak hanya 10meter sahaja.. kakak menjerit maka saya pun haruslah menjerit sama.. jantung seakan terhenti seketika kerana saya menyangkakan bahawa saya terlihat hantu melintas.. ye, saya seorang yang penakut dan berpura-pura berani di mata semua orang =.=


sumpah saya memang nekad mahu melanggar terus makhluk tersebut sebab saya yakin bahawa saya memang tak sempat nak mengelak mahupun brek walaupun saya tidak memandu laju tetapi entah mengapa tangan terus menggerakkan kancil ke sebelah bahu jalan, maka saya hanya langgar sipi sahaja walaupun bunyi dentuman yang terhasil ibarat satu hentakan padu yang berlaku.. sesuatu yang berlanggaran dengan sesuatu yang pejal.. ye, pejal dan benda pejal tersebut adalah BABI TUNGGAL.. ye, babi tunggal tersebut telah melanggar lari kami bersama kancil.. walaupun pelanduk berjaya menewaskan anjing di Melaka tetapi kancil tidak berdaya untuk melawan babi di Sri Medan T__T


mungkin inilah rupa binatang yang melanggar lari kancil

selepas pelanggaran berlaku, saya mahu berhenti dan kakak tidak kasi maka saya meneruskan perjalanan pulang ke rumah walaupun hati sudah tidak keruan pada ketika itu.. di fikiran saya sudah memikirkan macam-macam.. sampai di rumah saya terus menjengah ke hadapan kancil tersebut dan saya berasa sungguh hampa kerana kancil cedera lagi dan kecederaan yang dialami lebih teruk berbanding dulu.. habis berlumpur kancil.. mungkin babi tersebut baru sudah bermandi-manda dan mungkin kecederaan yang dialami babi tunggal itu lebih teruk lagi kerana semasa sesi menyamak, kami dapat melihat kesan darah sedikit dan bulu yang tertinggal di tepi cermin lampu yang pecah itu.. mungkin babi tersebut lumpuh separuh badan.. maafkan kancil ya wahai babi sebab anda yang salah kerana tidak menoleh ke kiri dan ke kanan dahulu sebelum melintas.. oh lupa, bahawasanya babi tak ada leher.. fine

apabila kami berkumpul di kampung, semua ahli keluarga tidak sabar bahu mendengar kisah dari saya sambil semuanya memegang perut akibat tidak tahan ketawa.. fine fine fine kalian.. saya mengalami trauma sampai tidak dapat tidur malam sedangkan kalian mentertawakan saya kerna tidak pernah keturunan kami yang accident langgar babi mahupun dilanggar lari oleh babi.. mujur nenda cepat backup cucu kesayangan beliau ini.. yeayyyyy, sayang nenek lebih..


setelah disamak


kaw orang jangan mainmain ea.. cuti google balik kes-kes accident dengan babi ni.. hampir semuanya cedera parah dan terkorban tahu.. mujur saya sempat mengelak dan hanya melanggar bontotnya sahaja.. cuba bayangkan kancil melanggar terus keseluruhan badan babi tersebut.. mungkinkan saya juga akan mengalami nasib yang sama seperti mereka yang pernah mengalaminya? oh, keinsafan timbul.. sampai sekarang dah trauma nak pegang streng keta apatah lagi nak memandu malam.. "mama, jum pindah dok KL.. kat KL takde babi"..



p/s : ada sesape yang pernah mengalaminya juga tak?


Friday, October 28, 2011

SEKINCHAN : percutian yang indah

Assalamualaikum


atas sebab cuti deepavali kami adalah selama seminggu, maka haruslah bersorak horeyyyy dan bila cuti semakin habis haruslah menjerit "TAKNAK BALIK MELAKA" dengan harapan bangun pagi esok akan menjadi hari Sabtu yang lepas.. =.=


percutian yang tak seindah mane pun.. indah sebab dapat makan minum tempat tinggal free serta dapat pergi mencuci mata tanpa mengeluarkan sesen pun duit syiling apatah lagi wang kertas bermuka lelaki tua tetapi menjadi kegilaan ramai itu.. sebab itu percutian yang indah even tak seindah mane sebab sebab ya, saya memang suka benda free.. tapi free dari orang yang dikenali jela macam kengkawan, girlfie, boifei, sanak saudare dan kulaan yang lain  =D


lokasi percutian di jeng je jeng




Pasir Panjang







yeayy sekali lagi sebab ini adalah pertama kali dalam hidup saya dapat datang dekat dengan bendang ini, dapat bermain lumpur, bergigitan dengan semut merah, dapat melihat sawah padi yang menghijau, padi yang menguning, palong air dan sebagainya.. bagaikan bulan jatuh ke riba, orang mengantok disorongkan bantal sebab dah lama saya inginkan untuk pergi ke sini.. yeayyyyyyy
 :)





tempat penginapan








sebab utama saya ke sini adalah untuk meneman kazen kesayangan saya membuat pojek asimen perubatan tradisional beliau dengan menemu ramah seorang bidan di dalam kampung tersebut.. sumpah penceritaan nenek itu menjadikan saya takut hendak preggy dan bersalin apatah lagi selama ini mengimpikan anak kembar.. huwaaaaa.. tahniah nenek..anda memang hebat!!!




nenek yang berjaya menekutkan saya




after settle semo,, time for enjoy.. yeayyyyy.. saat yang ditunggu-tunggu.. after lunch, saya bergerak untuk berjumpa dengan kengkawan saya yang dah lama tak jumpa itu.. tipulah kalau setakat duduk kat KFC sehingga menjilat jari sambil xoxo je kan.. atas sebab saya tak pernah menjejakkan kaki lagi di kawasan ini, mereka telah membawa saya mencuci mata di tempat lain.. syok hanya duduk diam tanpa mengeluarkan perbelanjaan sesen pun dengan alasan bukan selalu datang ke situ.. yeayy lagi.. kawan macam nilah yang saya cari sejak dulu lagi hahahaha *gelak jahat ;)




Lumut

Teluk Batik

nak naik even takot







sambil mencuci mata sambil layan feelin sendiri.. teros text kesayangan ajak mahu bercuti di area situ.. Pangkor.. ayuh kesayangan kita ke sana berpicnic makan angin pantai sampai kembung perut.. jum marilah :)
*muka penuh mengharap










seronok sampai muka menjadi gelap dan tangan juga semakin menghitam.. memang saya adalah antara golongan yang sangat excited untuk menyambut deepavali manakam.. yang lain adalah gambar bajet selama  percutian berlangsung..




pagi yang indah

gadis-gadis bajet

ini skandal baru saya.. shhhttttttt
will be part of our family insya Allah
 



nak naik niiiiiiiiiii






ratusan ribuan jutaan trimas kepada mereka-mereka yang telah menjadikan hari saya indah.. jasa kalian akan  ku kenang hingga akhir hayat ~~





pasangan suami-isteri to be ini
adik yang nak SPM ini
kenalan baru yang awesome ini








ini gambar duper bajet kami






i do <3 red
















sekian dari budak bajet di bawah ;

















p/s : burn tidak menampakkan tanda-tanda ingin pergi jauh




Tuesday, October 25, 2011

edisi pukal namanya : tipulah kalau kita cakap kita tak rindu kan

Assalamualaikum


tipulah kalau cakap kite tak rindu kat belog kite ni kan dan tipulah kalau kite cakap tak rindu jugak nak belogwalking kan.. lagi tipulah kalau kite cakap kite tak rindu kat tetumblr semo tu.. yes, i mean it.. kite memang rindu sangat semo tu.. :,(


ni adalah sebab musabab kite kerinduan semo di atas :



sebab kerinduan berlaku kerana kite bizi turun naik mahkamah jumpe Dato' Sharizat yang cun itu.. kami memang muda mudi belia Malaysia yang terbilang pun.. time kasih banyakbanyak..






hasil 2jam setengah.. demn!!!

sebab kerinduan kedua adalah kerana kite bizi dengan amali + asimen + tugasan tuntutan sebagai seorang pelajar cemerlang yang lain.. ye, kite memang suka sangat kesibukan sampai takde masa untuk diri sendiri dan keluarga..makan minum pakai buang semo tak terurus..  T____T





Buat Habis Baik!!!!


next sebab kerinduan berlaku kerana kite kena gi camping unit beruniform dekat Kem Kaizer Pontian tu.. best sebab dapat tengok papa yokies harihari sebab dah lama tak tengok beliau.. then sebab kami dapat bermandi manda bermain air dan beraktiviti melepaskan segala tensi yang ada.. best lagi sebab dapat macam-macam pengalaman berharga macam tido tak menyedar pun yang kemah sudah dimasuki air dan pakaian juga sudah lencun.. punyalah penat.. tapi yang paling best sebab ini adalah camping terakhir.. horeyyyy!!!!!





ini pula sebab kerinduan keempat berlaku kerana :



minggu gerko memerlukan komitmen kami semo.. daripada sukan di padang, di court sehinggalah aktiviti unit beruniform juge.. sape kate tak penat bila bersekang mata siang malam buat proposal apa semo ditambah dengan aktiviti di institut yang macam serabut tu.. nasib usaha gi training hari-hari membuahkan hasil ukiran senyuman yang tak lekang dan tak kan dapat dilupakan.. :)






alasan sebab kerinduan yang menjadi punca utama adalah perlu gi training pagi petang tetiap hari untuk memastikan kepulangan tidak sia-sia semasa berada di Terengganu itu.. mujur mampu membawa pulang trofi kemenangan even hanya merangkul gelaran gangsa.. Alhamdulillah..


sponsered by Dato' Azmi ;)

atas sebab gambar di atas ini, maka inilah hasilnya :



wajah menjadi semakin menggelap dan memang layak untuk menyambut deepavali.. bukan hanya burn di muka tapi juga burn di tangan.. ini mengakibatkan diri terasa tidak hot seperti selalu dan perlu duduk terperap di rumah selama seminggu dengan harapan akan kembali dengan wajah seperti Lisa Surihani..





walaupun raut wajah amat mengecewakan tapi atas sebab kebizian sehingga kelupanya hari kelahiran kesayangan maka haruslah menebalkan muka berhadapan dengan orang awam untuk mengadakan aktiviti makan-makan memenuhi segala kehendak perut mereka.. gumbira bila dapat membuatkan perut orang lain jadi seperti perut saya.. soal nilai harga kita tolak tepi.. yang penting moment together itu.. ini juga antara sebab kerinduan yang berlaku..

TQ abg x tesl IPIK UM







sebenarnya banyak lagi sebab kerinduan terjadi tapi cukupcukup lah dengan ini je sebab kite dah mula rindu dengan tetumblr itu.. kite dah mula rindu nak jalanbelog itu juga.. okeh bye ~~








HEPI DEEPAVALI !!!








p/s : penulisan ilmiah semakin merosot


Thursday, September 29, 2011

lepas ni mungkin kami dah boleh bukak bakery kami sendiri.. hand made shop..

Assalamualaikum..


ini entry lapok.. sila abaikan atau pergi jauh-jauh.. yang degil sila telan air liur sahaja sebab semuanya sudah tamat menjadi najis barangkali ataupun menjadi lemak berlebihan mahupun tenaga yang dibekalkan untuk beriadah setiap petang.. *apa sudah mengarut ini




semester ini kami ibarat mengikut bengkal persediaan untuk berumah tangga.. mana taknya umur sudah meningkat tahap kematangan juga meningkat.. naluri keibuan juga turut meningkat.. inikan pula hormon gatai nak kawen.. haruslah meningkat mengikut tahap peningkatan kami yang lain-lain juga kan.. :p



kami mengikut kursus bakery membuat roti, pizza dan popia.. jum tahan air liur jum..




mari memulakan pertandingan membuat doh terlembut
 
hasil setelah 30minit menguli
bahan untuk topping piza superb
ini juga bahan untuk toping piza superb

lagi bahan untuk topping piza superb
ini inti popia superb juge
ini bahan untuk membuat air yang memang superb sampai gigi boleh berubah kaler
sesi pertama tapi semua sudah exciteddd



sementara menungga lapisan bawah piza superb ini separuh suku masak, aktiviti kami yang lain adalah ini :
*mereka yang gigih sahaja mengadap depan aven menunggu bunyi tikk





masing-masing menunjukkan bakat kreatif membuat aneka bentuk roti yang superb sangat
ini cubaan baru membuat roti superb dalam kuali
ini aktiviti melihat tangan sape paling gebu
ini pula inti popia superb yang da siap digaul dan separuh suku masak
ini yang ditunggu-tunggu..yahooooo





dan dan dan apa yang ditunggu-tunggu juga telah dimasukkan ke dalam alat pembakar itu.. maka terus terjah cermin depan aven untuk melihat hasil pembakaran piza superb itu sehingga bunyi tikk itu.. ini yang dinamakan excited tak hinggat sebab dah mula rasa lapar.. perut da mula bernyanyi gumbira sambil ketuk-ketuk drum dan petik tali gitar.. ini hasil yang memang superb sangat lah :



piza superb 1
piza superb 2
roti yang superb juge
roti dan piza yang superb superb belaka
popia turut superb
makanan memang superb sangat






makanan yang superb yang banyak menyebabkan saya buncit pada hari tersebut.. tak cukup makan di situ, kami turut tapau untuk sambung makan di dalam bilik.. bila ingat balik kelazatan makanan yang superb terus rasa nak ajak kawan-kawan berbakery lagi sekali.. plisssssssss.. 




so jangan lah tanya ok ke kalau pilih kami-kami ini menjadi calon isteri solehah mahupun bakal menantu yang sememangnya dicari-cari selama ini ;)



abah kate kami HEBAT





p/s : yeayyy esok balik kampung halaman








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...