Thursday, December 08, 2011

ini bukan kisah mencuit hati tapi kisah tragis

Assalamualaikum

harini kami adik beradik kena tinggal dok rumah dediam sebab mama gi konvo taknak bawak kami T___T 
ini semua mungkin disebabkan kejadian tragis yang menimpa diri suatu masa hari itu.. eh macam dah berkurun pulak lamanya padahal tak sampai seminggu pun lagi.. can you see impak nya sangat lama sampai nak cite pun masih terketaq-ketaq jejari runcing ini dan tekan keyboard.. sila tahan diri daripada menggelakkan saya apabila anda membaca cerita tragis saya ini kerana saya dah penat dah kena gelak dengan semua orang.. penegasan di atas memang bersungguh-sungguh saya maksudkan bahawa ini bukan kisah mencuit hati.. sapa ketawa saya taknak kawan die 60 saat..


sabtu yang lepas saya dan family telah pulang ke kampung teratak nenda terchenta.. saya dah takde atok, cuma tinggal nenek sahaja belah mama.. belah abah pulak kedua-duanya sudah lama meninggal dunia.. sebab tu saya sayang nenek saya banyak macam ini.. disebabkan adik yang seorang pergi berfoya-foya di Melaka bersama kengkawan beliau, maka mama mengarahkan saya supaya balik ke rumah bersama kakak kerna takut adik yang tinggal seorang di rumah diculik oleh orang yang bergelar penculik upahan atas alasan kedengki dengan kami yang mempunyai keturunan comel + sweet.. ;)


oleh sebab saya hanya memandu kancil dan emak membawa saga, maka saya tidak memandu dengan kelajuan yang merbahaya atas sebab kancil tersebut terlalu manja dan tidak suka dengan risiko pancit ditengah jalan mahupun rosak di tepi jalan.. oleh kerana saya memang menyayangi kancil maka saya turutkan sahaja segala kemahuannya.. disebabkan hari semakin gelap dan moksu lambat pulang serta adik sudah bergerak balik ke Joho, maka kami memutuskan untuk berjumpa moksu pada keesokkan hari sahaja bersama adik nanti.. 


jalan kampung yang dikelilingi hutan belantara sememangnya sunyi-sepi di watu malam.. malah tidak semua jalan diterangi dengan tiang lampu ihsan kerajaan itu.. saya memandu dengan kelajuan 50km/h sambil berborak dengan kakak.. umpama semua oarang sudah tahu bahawa akan berlaku kejadian tragis di kilometer 79.5 maka tiada kenderaan lain di situ melainkan kancil kami sahaja.. sedang khusyuk memandu sambil melayan lagu cinta dari corong hp tetiba satu kelibat putih kekelabuan muncul dengan jarak hanya 10meter sahaja.. kakak menjerit maka saya pun haruslah menjerit sama.. jantung seakan terhenti seketika kerana saya menyangkakan bahawa saya terlihat hantu melintas.. ye, saya seorang yang penakut dan berpura-pura berani di mata semua orang =.=


sumpah saya memang nekad mahu melanggar terus makhluk tersebut sebab saya yakin bahawa saya memang tak sempat nak mengelak mahupun brek walaupun saya tidak memandu laju tetapi entah mengapa tangan terus menggerakkan kancil ke sebelah bahu jalan, maka saya hanya langgar sipi sahaja walaupun bunyi dentuman yang terhasil ibarat satu hentakan padu yang berlaku.. sesuatu yang berlanggaran dengan sesuatu yang pejal.. ye, pejal dan benda pejal tersebut adalah BABI TUNGGAL.. ye, babi tunggal tersebut telah melanggar lari kami bersama kancil.. walaupun pelanduk berjaya menewaskan anjing di Melaka tetapi kancil tidak berdaya untuk melawan babi di Sri Medan T__T


mungkin inilah rupa binatang yang melanggar lari kancil

selepas pelanggaran berlaku, saya mahu berhenti dan kakak tidak kasi maka saya meneruskan perjalanan pulang ke rumah walaupun hati sudah tidak keruan pada ketika itu.. di fikiran saya sudah memikirkan macam-macam.. sampai di rumah saya terus menjengah ke hadapan kancil tersebut dan saya berasa sungguh hampa kerana kancil cedera lagi dan kecederaan yang dialami lebih teruk berbanding dulu.. habis berlumpur kancil.. mungkin babi tersebut baru sudah bermandi-manda dan mungkin kecederaan yang dialami babi tunggal itu lebih teruk lagi kerana semasa sesi menyamak, kami dapat melihat kesan darah sedikit dan bulu yang tertinggal di tepi cermin lampu yang pecah itu.. mungkin babi tersebut lumpuh separuh badan.. maafkan kancil ya wahai babi sebab anda yang salah kerana tidak menoleh ke kiri dan ke kanan dahulu sebelum melintas.. oh lupa, bahawasanya babi tak ada leher.. fine

apabila kami berkumpul di kampung, semua ahli keluarga tidak sabar bahu mendengar kisah dari saya sambil semuanya memegang perut akibat tidak tahan ketawa.. fine fine fine kalian.. saya mengalami trauma sampai tidak dapat tidur malam sedangkan kalian mentertawakan saya kerna tidak pernah keturunan kami yang accident langgar babi mahupun dilanggar lari oleh babi.. mujur nenda cepat backup cucu kesayangan beliau ini.. yeayyyyy, sayang nenek lebih..


setelah disamak


kaw orang jangan mainmain ea.. cuti google balik kes-kes accident dengan babi ni.. hampir semuanya cedera parah dan terkorban tahu.. mujur saya sempat mengelak dan hanya melanggar bontotnya sahaja.. cuba bayangkan kancil melanggar terus keseluruhan badan babi tersebut.. mungkinkan saya juga akan mengalami nasib yang sama seperti mereka yang pernah mengalaminya? oh, keinsafan timbul.. sampai sekarang dah trauma nak pegang streng keta apatah lagi nak memandu malam.. "mama, jum pindah dok KL.. kat KL takde babi"..



p/s : ada sesape yang pernah mengalaminya juga tak?


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...