Sunday, July 15, 2012

BIG sem 6 : SK Paya Rumput, Melaka

Assalamualaikum..

tiap-tiap sem mesti kena buat BIG.. BIG stand for Bina Insan Guru.. kalau dah nama pung tecer to be maka mestilah kena membina keinsanan keguruan itu kan ;p ok abaikan sebab sebenarnya tak sure kenapa dipanggil BIG  *loser


sem ni merupakan sem terakhir tok buat BIG if im not mistaken lah kan.. see sekarang sudah sem 6 maka sudah 6 kalilah telah melakukan BIG.. BIG paling rare adalah sewaktu di tahun pertama sebab kena pergi bercamping  hampir seminggu kot dan perlu masuk tasik bagai dan sewaktu dengannya.. taknak ingat sebab nanti boleh menangis bila memikirkan cara memasak ikan keli yang sangat ohsem itu dan macam manalah boleh sanggup menghabiskannya sampai tak cukup nak makan tok satu team.. kbai len kali baru story kenangan lampau itu.. tu pun kalau rajin lah uhuk uhuk

BIG sem ni sama dengan sem lepas iaitu bertunjangkan penanda aras dan perbandingan pembelajaran / penanda aras pencetus transformasi kecemerlangan.. sem lepas buat tok Guru Cemerlang maka sem ni fokus tok Sekolah Cemerlang pula.. kami telah sepakat membawa berkat dari kenduri kendara majlis kawen orang untuk memilih SK Paya Rumput, Melaka.. sebab apa bukan pilih sekolah di KL mahupun di JB adalah kerana sekolah di dalam Melaka pung sudah banyak yang gemilang plus dekat dan prosedur pengurusan lebih senang jika dibandingkan dengan membuat BIG di luar negeri.. malas nak explain kenapa dan mengapa sebab 24 hari 11 malam pung belum tentu lagi akan tamat citenya


terharu weh sebab warga SKPR ni memang tunggu kiteorang kat depan gate lagi weh.. siap bersambut berkompang bagai dan masuk masuk je terus kena susun snap gambar.. auwww i rasa macam retis plak kan.. psttt psttt, sekolah ni siap kena lintas-lontas jalan lagi tau if nak ke kelas tu, ke kelas ni.. sekolah kluster plus sekolah wawasan lah katakan.. oh patutlah cikgu-cikgi kat sekolah ni kurus-kurus rupanya sebab selalu berjalan ke hulu ke hilir membakar lemak :)



slide yang disediakan untuk kami.. penuh dengan info tapi zzzzz sedikit mengantok sebab yang bagi penerangan ialah GPK1 iaitu seorang wanita.. kalau seorang jejaka muda yang kacak mungkin mata akan segar-bugar =.=



fokus

talk is di dalam bilik mesyuarat.. sejuk dan lagi menyebabkan mengantok.. uniform kami kuning tak bermaksud kami AJK Tertinggi Bersih 4.0 ye haip haip



disebabkan mengantok plus kebosanan yang amat plus kelaparan pula maka marilah menconteng sekreatif mungkin pada kad jemputan perkahwinan anak ayah ini peace
 

bila part makan terus mata membuntang bulat kan.. saya suka makan nasi lemak maka terus amek penuh satu pinggan.. memang dasar sangat mencintai makanan free maka tak cukup sepinggan penuh maka cecepat tambah lagi satu pinggan dengan muka tak tahu mula.. bila sesi soal jawab dah bermula maka sesi makan jugak perlu dihentikan.. terus rasa sedih sebab baru ingat nak buat third round makan tapi tak dapat.. walaupun makan banyak tapi fokus tetap fokus okeh !!! da sambal is da best sumpah



after sesi soal jawab semua, maka bermulalah sesi menjelajah ke seluruh kawasan sekolah.. sekolah ini terkenal dengan kebitaraan sains dan rugby.. auwww, terus cari kelas bebudak rugby buat stok adik angkats uollsss.. kagum dengan sekolah ni sebab macam-macam ada seperti taman herba, taman burung, arnab, kolam ternak ikan keli and ikan apa entah lagi dah lupa heee.. mural-mural di sekolah ni pun memang ohsem sangat.. habislah kalau SK Meggong nanti suruh kami buat mural sebab dua-dua is buta seni.. konpem lah buat lukisan stok masuk bakul sampah jela tsk tsk


 




kami is sangat teruja bila tengok mural ni siap tak percaya ini manusia yang buat dan menuduh robot yang buat.. tone kaler pun sangat ohsem dan menarik.. suka sangat.. tak jemu mata memandang uolllls..






patutlah layak dapat sekolah kluster lah sekolah cemerlang lah sekolah wawasan lah kan see, siap letak banner nilai-nilai murni lagi uollss.. patutlah jugak cikgu-cikgi dan murid-murid kat sini slim-slim, fit dan sihat cergas cerdas belaka rupanya siap ada jadual makanan uolsss




abes sesi jelajah satu sekolah maka seterusnya sesi jelajah kelas PK.. aummauumm tacing ahkaks semua tak bila disambut macam ni bagai.. kagum i tengok mereka yang hebat ni sebab kite pun tak reti nak buat cenggini tsk tsk




disebabkan students kami dah buat persembahan maka kami pun gebang yang kami ada persembahan tok students kami jugak padahal tak prepare apa pun sebab tak sangka puloks yang mereka akan buat persembahan menyambut kami kan.. maka ini jelalah yang ahkaks korang dapat persembahkan.. sebab nak cover malu terus ajak students buat sekali kekonon nak meriahkan acara lah kan buhaha




mintak maaf lah adik-adik semua sebab ahkaks korang ni memang stok-stok suka karok dalam jamban je.. nasib tak hujan lepas tu ;) ni jela satu-satunya lagi yang kami expert haha yang lain memag kelaut lah


i memang suka feeling macam wanita berkerjaya yang terlalu bizi puiii



TQ pengerusi BIG, TQ GPKPK, TQ semua warga SK Paya Rumput :)




time kasih bebudak yang cumellsss 






apa pasai gambau semua nak feel gediks je :D
taknak praktikum bole?


sesiapa yang mahu mendapatkan barangan islamik bolehlah terjah SINI :)


Tuesday, July 03, 2012

she's engaged :)

Assalamualaikum & Hii ..

ohha the time flies so fast and now its already july.. hye july hye jula juli berbintang julai :) hye awok julai's

ehem, da end of june its da same day with Irine weddings is hari berbahagia buat akak.. emm, another step forward and insya Allah 2014 is da big day.. ohha kite yang excited sebab nak dapat anak sedare cepat uhhuuu..

first time buat kenduri yang agak meriah di rumah terchenta ni sendiri.. biasa kalau buat pun just makan-makan hari raye mahupun yasinan taman or other else tapi majlis seperti ini baru kali pertama dalam sejarah kehidupan berkeluarga berumah di taman ini.. yezza, memang penat jangan cite lah =.=

disebabkan akak punya majlis, maka adik yang gojes ini telah menvolunteerkan diri untuk membuat DIY untuk tetamu yang hadir.. eh ini bukan macam barangan kat kedai Mr. DIY tu ye aha aha aha




akak dan emak penat push suruh siapkan cecepat tapi sebab tak de idea dan mood untuk membuat yang tak kunjung tiba maka terus angkut bawak ke melaka.. bila mood dah datang rupanya satu hari je dah siap semo papers bag itu.. isi dalam memang awal-awal lagi dah siap masa break sem sebab kena menjahit so malas nak angkut bawak balik melaka.. yang ringan je bawak balik melaka sebab kekonon nak buat time boring sebab subjek makin berkurang dan banyak waktu terluang


few days before majlis start semo dah dok sibuk tanya balik bile kol bape sampai semo.. siap tanya jemput kawan ke tak tapi sebab jumaat ada klas sampai petang maka lewatlah sampai ke rumah.. sampai je orang dah ramai tolong itu ini.. cecepat tolong mana yang patut dan teros masuk tido awal-awal sebab ngantok tahap gaban


edisi rewang di hari kejadian

sesubuh lagi dah dengar bunyi tung tang tung tang kat dapur dan emak juga sudah memekik jerit suh bangun sambung buat keja.. its ohsem bila 20 minit sebelum majlis barulah sibuk nak mandi dan bersiap.. rupanya bangun pagi lupa gosok gigi dan terus makan dan membuat kerja.. eh malunya gi rumah orang amek lauk dalam keadaan tidak gosok gigi rupanya.. kalau akim tahu mesti die kata rosak gigi kakak :)


mini pelamin :)

tema kanopi dan mini pelamin adalah pink putih.. tema hantaran untuk lelaki juga berunsurkan pink tapi yang pelik baju langsung tak ikut tema haip haip


edisi beradiks

walaupun telah bersiap paling lambat tapi rupanya masih awal lagi sebab rombongan tak kunjung tiba juga.. kemain mesej gtau dah gerak tapi tetap tak sampai-sampai.. nak kata jauh kebeno sekangkang kera tu je hah jaraknya.. haish haish mungkin nebes banyak sangat kot ahhahh


peach

majlis is meriah.. penat pakai gojes-gojes tapi kena buat kerja jalan sana sini.. habis ketibas giler tapi masih maintain ohsem ;p




 <3 classmates + rumate
clasmates + rumate juge turut turun padang siap tunggu sesi bergambar lagi tee hee.. ahkak yayan korang yang gojes ini juga telah bermurah hati untuk menapaukan makanan kepada semua orang untuk buat makan kat hostel nanti.. memang dasar kaki kuat makan dan sukakan makanan free maka kesayangan juga siap tapau bubur dalam mangkuk untuk makan dalam keta.. cumell sangat korang ni.. terima kasih kerana sudi datang ke rumah saya walaupun perjalanan memakan masa 3 jam sebab jalan jem.. korang memang sangat ohsem.. sayang korang ketatketat <3


<3 emak
emak asyik nak duduk dapur je sebab segan silu nak nak amek gambau.. asal panggil suh bergambau je mesti cakap nak layan kawan die lah, nak potong buah lah.. oh patutlah anak die ni pemalu, penyakit keturunan rupanya ;p


<3 nenek
 nenek suka amek gambau feeling melampau tau mencikkk


<3 kakak

dalam banyakbanyak beradiks punyalah aku sorang je yang mengikut tema sebab semua sepakat nak pakai jubah tapi kite takde jubah.. tamao kawan +.=




ini sesi bergambau anak-beranaks.. punyalah susah nak snap gambau sebab semua asyik dok sibuk nak bercakap dan bergelak sahaja.. how i admire u most emak sampaikan gelak pun nak jadikan penyakit keturunan yang turun dekat kite tee hee


edisi rombongan

pak ngah adalah wakil keluarga kami.. ruang tamu penuh sebab pihak lelaki mempunyai keluarga yang besau.. tu pung belom sepenuhnya cukup lagi.. family kami lagi.. uhuuu sangat best bila ada family yang super besau.. gathering family mesti kena sewa banglo nanti :) sebab terlalu ramai sampai kena duduk kat luar.. budakbudak pun super ramai wahhh meriah uolllssss.. dah start imagine masa kenduri nanti :)


da hantarans
ini hantaran both pihak.. yang hijau from boboi yang pinkish from gugurl.. kan dah kata baju memang tak ikut tema sebab akak dah kemaruk bila tengok baju tunang teha yang nampak gojes dan ohsem itu uhuiiiii




ehem ehem akak nebes sampai mintak tolong kazen temankan.. almaklumlah i jurugambau tak bertauliah yang melantik diri sendiri maka haruslah bizi tak terkejar ke sana sini.. bila dan nebes mulalah nak main jeling-jeling guna isyarat mata nak berkomunikasi.. nasib kazen faham sebab die dulu mengalami masalah kenebesan yang sama masa bertunang dulu.. untuk elak nampak sangat tangan ketaq-ketaq maka akak yang bijak telah memegang tangan sendiri.. ok, its a very good ideas.. so, automatik tak nampak yang akak gigil-gigil okeh.. penat suh lakon salam dan sarung cincan banyak kali sebab nak shoot gambau je pung *peace

congrates uolss


penat bergambau dengan rakan taulan, maka selepas itu adalah edisi bergambau bersama saudara mara yang hadir pulaks ~~



edisi tunangan orang

mencik tau bila kite dah posing sana sini tetibe akak cakap weh, kaw gi amek gambau sebab sekarang edisi bergambau dengan tunangan orang.. ok fineee akak fineee.. tapi nenek tak acik sebab nenek bukan masuk dalam kategori tu tapi still boleh bergambau.. tak hacik tak hacikkkkkkkk







pastu edisi makcik-makcik dan poksik-pokcik pulaks.. time ni memang riuh rendah sebab macam-macam ragam ada.. asyik nak bercakap bergelak tawa je sampaikan takde pung gambau yang nice shoot.. bila pikir-pikirkan balik kenapalah perangai kazen-kazen semua sepesen je barulah tahu mana pujuk pangkalnya.. memang sah ini semua penyakit keturunan.. ada bran nak join kami?



edisi mokcik-mokcik


edisi pokcik-pokcik


majlis is meriah sebab semua beradiks emak datang dan mostly kazen-kazen juga bercuti dan datang.. pak long satu family besau je tak dapat datang sebab ada hal last minute.. mybe 1st day pose ti baru balik kot takpung jumpa time raye je ti lah kan huuuhuuu

family belah abah tak dapat datang sebab semuanya jauh-jauh.. i orang utara noq ha ha ha



zalintan




ini petunang lama yang suamsuam kuku dah nak basi dok sibuk nak amek feel jugaksss.. kalau tak sabar sangat nak duduk atas pelamin pakai cecantik cecepatlah kawen nanti bolehlah kite timang anak sedara baruuuuuuu ~~~~~~~~



sekian.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...