Sunday, July 15, 2012

BIG sem 6 : SK Paya Rumput, Melaka

Assalamualaikum..

tiap-tiap sem mesti kena buat BIG.. BIG stand for Bina Insan Guru.. kalau dah nama pung tecer to be maka mestilah kena membina keinsanan keguruan itu kan ;p ok abaikan sebab sebenarnya tak sure kenapa dipanggil BIG  *loser


sem ni merupakan sem terakhir tok buat BIG if im not mistaken lah kan.. see sekarang sudah sem 6 maka sudah 6 kalilah telah melakukan BIG.. BIG paling rare adalah sewaktu di tahun pertama sebab kena pergi bercamping  hampir seminggu kot dan perlu masuk tasik bagai dan sewaktu dengannya.. taknak ingat sebab nanti boleh menangis bila memikirkan cara memasak ikan keli yang sangat ohsem itu dan macam manalah boleh sanggup menghabiskannya sampai tak cukup nak makan tok satu team.. kbai len kali baru story kenangan lampau itu.. tu pun kalau rajin lah uhuk uhuk

BIG sem ni sama dengan sem lepas iaitu bertunjangkan penanda aras dan perbandingan pembelajaran / penanda aras pencetus transformasi kecemerlangan.. sem lepas buat tok Guru Cemerlang maka sem ni fokus tok Sekolah Cemerlang pula.. kami telah sepakat membawa berkat dari kenduri kendara majlis kawen orang untuk memilih SK Paya Rumput, Melaka.. sebab apa bukan pilih sekolah di KL mahupun di JB adalah kerana sekolah di dalam Melaka pung sudah banyak yang gemilang plus dekat dan prosedur pengurusan lebih senang jika dibandingkan dengan membuat BIG di luar negeri.. malas nak explain kenapa dan mengapa sebab 24 hari 11 malam pung belum tentu lagi akan tamat citenya


terharu weh sebab warga SKPR ni memang tunggu kiteorang kat depan gate lagi weh.. siap bersambut berkompang bagai dan masuk masuk je terus kena susun snap gambar.. auwww i rasa macam retis plak kan.. psttt psttt, sekolah ni siap kena lintas-lontas jalan lagi tau if nak ke kelas tu, ke kelas ni.. sekolah kluster plus sekolah wawasan lah katakan.. oh patutlah cikgu-cikgi kat sekolah ni kurus-kurus rupanya sebab selalu berjalan ke hulu ke hilir membakar lemak :)



slide yang disediakan untuk kami.. penuh dengan info tapi zzzzz sedikit mengantok sebab yang bagi penerangan ialah GPK1 iaitu seorang wanita.. kalau seorang jejaka muda yang kacak mungkin mata akan segar-bugar =.=



fokus

talk is di dalam bilik mesyuarat.. sejuk dan lagi menyebabkan mengantok.. uniform kami kuning tak bermaksud kami AJK Tertinggi Bersih 4.0 ye haip haip



disebabkan mengantok plus kebosanan yang amat plus kelaparan pula maka marilah menconteng sekreatif mungkin pada kad jemputan perkahwinan anak ayah ini peace
 

bila part makan terus mata membuntang bulat kan.. saya suka makan nasi lemak maka terus amek penuh satu pinggan.. memang dasar sangat mencintai makanan free maka tak cukup sepinggan penuh maka cecepat tambah lagi satu pinggan dengan muka tak tahu mula.. bila sesi soal jawab dah bermula maka sesi makan jugak perlu dihentikan.. terus rasa sedih sebab baru ingat nak buat third round makan tapi tak dapat.. walaupun makan banyak tapi fokus tetap fokus okeh !!! da sambal is da best sumpah



after sesi soal jawab semua, maka bermulalah sesi menjelajah ke seluruh kawasan sekolah.. sekolah ini terkenal dengan kebitaraan sains dan rugby.. auwww, terus cari kelas bebudak rugby buat stok adik angkats uollsss.. kagum dengan sekolah ni sebab macam-macam ada seperti taman herba, taman burung, arnab, kolam ternak ikan keli and ikan apa entah lagi dah lupa heee.. mural-mural di sekolah ni pun memang ohsem sangat.. habislah kalau SK Meggong nanti suruh kami buat mural sebab dua-dua is buta seni.. konpem lah buat lukisan stok masuk bakul sampah jela tsk tsk


 




kami is sangat teruja bila tengok mural ni siap tak percaya ini manusia yang buat dan menuduh robot yang buat.. tone kaler pun sangat ohsem dan menarik.. suka sangat.. tak jemu mata memandang uolllls..






patutlah layak dapat sekolah kluster lah sekolah cemerlang lah sekolah wawasan lah kan see, siap letak banner nilai-nilai murni lagi uollss.. patutlah jugak cikgu-cikgi dan murid-murid kat sini slim-slim, fit dan sihat cergas cerdas belaka rupanya siap ada jadual makanan uolsss




abes sesi jelajah satu sekolah maka seterusnya sesi jelajah kelas PK.. aummauumm tacing ahkaks semua tak bila disambut macam ni bagai.. kagum i tengok mereka yang hebat ni sebab kite pun tak reti nak buat cenggini tsk tsk




disebabkan students kami dah buat persembahan maka kami pun gebang yang kami ada persembahan tok students kami jugak padahal tak prepare apa pun sebab tak sangka puloks yang mereka akan buat persembahan menyambut kami kan.. maka ini jelalah yang ahkaks korang dapat persembahkan.. sebab nak cover malu terus ajak students buat sekali kekonon nak meriahkan acara lah kan buhaha




mintak maaf lah adik-adik semua sebab ahkaks korang ni memang stok-stok suka karok dalam jamban je.. nasib tak hujan lepas tu ;) ni jela satu-satunya lagi yang kami expert haha yang lain memag kelaut lah


i memang suka feeling macam wanita berkerjaya yang terlalu bizi puiii



TQ pengerusi BIG, TQ GPKPK, TQ semua warga SK Paya Rumput :)




time kasih bebudak yang cumellsss 






apa pasai gambau semua nak feel gediks je :D
taknak praktikum bole?


sesiapa yang mahu mendapatkan barangan islamik bolehlah terjah SINI :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...