Saturday, September 08, 2012

SK MENGGONG : praktikum fasa II


Assalamualaikum & Hii


hye blog yang dah lame tak jumpa tsk tsk tsk.. apekehe nye semua yang ditaip mesti nak ada tsk tsk tsk..
tsk tsk bermaksud terlalu 'gumbira' sehinggakan tak perlu kata apa-apa tsk tsk lagi.. praktikum dah mencecah mingu ke-6 dan its means tinggal dua minggu yang sememangnya akan tsk tsk pada setiap saat tsk tsk.. kali ni tecer kena praktikum kat kawasan felda.. aku pung baru tahu yang kat Melaka ni wujud jugak felda weh.. ingatkan kat Joho dan Pahang je yang berlambak.. tak sangka kat Melaka pun ada uolss.. Felda Hutan Percha.. ko hada? nama sekolah pulak ialah jengjejeng





SK MENGGONG

sila eja dan sebut betul-betul ea.. bukan benggong ke mengong ke tapi tapi tapi MENGGONG, diulang sekali lagi MENGGONG.. sape salah sebut akan dihukummmmmmm

ok, tak perlu nak CAPLOCK siap BOLD sangat kan.. bangga sangat awoks ni dah dengan sekolah awoks tu tsk 



aku malas nak komen pasal kisah LIYANA yang entah pape tu so marilah kite berkongsi cerita tentang praktikum fasa II yang berada di pedalaman ini tsk tsk


disebabkan praktikum kali ni berada di kawasan Alor Gajah maka tidak bolehlah berulang-alik dari hostel terchenta itu seperti semester yang lepas means perlulah duduk sopan-santun di rumah sewa.. sejarah mencari rumah sewa sangatlah tidak best.. betapa susahnya nak dapatkan rumah kosong di kawasan tersebut sampaikan perlu bernazar jika dapat rumah sewa akan berpuasa sehari.. tips emak-emak cakap nak cari rumah sewa kena pakai baj kurung dan bersopan-santun tapi tetap tak berhasil.. bila dah mula give up maka terima jela rumah yang usang dan berhantu ini dengan sewa yang tidak ohsem dan keadaan yang tidak ohsem jugak.. emak cakap papepun perlu bersyukur.. ye, syukur Alhamdulillah dapat jugak rumah daripada tak ada langsung kena tumpang tido kat pondok jaga sekolah tsk tsk


first masuk skola terus rasa oh no no no.. inikah yang dinamakan skolah hakhakhak.. mase mula-mula datang tengok skola semangat berkobar-kobar sebab ada padang yang luas menghijau memang sangat oksem untuk ajar PJ tapi bila dah start masuk skola rumput yang hijau bertukar menjadi padang jarak padang cokelet sebab under construction sebab nak buat sistem perparitan sebab kalau hujan akan banjir di kawasan padang itu maka haruslah tsk tsk kesedihan dan mula fikir tang mana aku nak pedejal bebudak untuk PJ nanti alahai nasib badan

skola is kurang murid menas murid tak sampai 100 pun sebab satu tahun satu kelas then kurang guru jugak means 22 orang guru je tapi skola ni bukan SKM tau tapi skola cemerlang uolss.. ahaks i praktikum di skola cemerlang wiittttwittt tapi aku je yang tak cemerlang tsk tsk


disebabkan uma GB di Masjid Tanah dan agak jauh untuk ke skola maka aku pun menggunakan alasan yang sama bila sampai lambat ke skola.. ok fine, first day haruslah awal pukul 7 dah terpacak depan ofis tapi jumpe GB kat assembly je then second day datang lewat 15 minit tapi kelas PK tak bukak lagi.. datang 730 pun sama maka haruslah datang lebih lambat dari itu hahaha.. jarak ke skola dengan pemanduan 20km/h memakan masa 45 minit kot jadi haruslah mengambil jarak itu supaya tidak dipandang serong mengapa datang lambat.. pstt pstttt, bukan kami dan GB je datang lambat tapi semua cikgu pun lambat sebab kelas start 740 ahaks


aku dah malas nak cite panjang lebar sebab banyak keja uolss yang perlu diberi perhatian ni.. i kan hebak berlakon baik depan orang ramai.. bagi keja tak pernah tolak mesti boleh sokmo je siap angguk dengan lajunya sambil tersenyum pahit.. so jangan nak cakap cikgu ni takde keja okeh.. aku yang baru berpraktikum pun keja berlambak tolong cikgu lain buat keja sebab tak cukup kakitangan.. kalau cukup pun tetap tak menang tangan nak buat okeh! being a tecer is not easy as ABC u know *pliss take noted



budak aku is 3 orang tok kelas PK tapi 3 orang ni dah macam 30 orang lagi-lagi nak layan kepada si Ajahari ni.. Pajari jauh lagi best tsk tsk tsk.. PJ pulaks kena ajar aliran perdana maka dapat kelas tahun 3 dan tahun 4.. tahun 3 is 22 orang dan tahun 4 is 10 orang tapi 10 dah macam 40 orang dengan perangai masing-masing pun yang memang umpphhh.. aku denda lari 10 pusingan pun masih boleh senyum-senyum di pusingan kedua sambil buat muka taknak lari lagi dan terus berhenti duduk kat tepi longkang tsk.. apa pun tak boleh praktikum kali ni.. kalau takde mood tu aku rasa macam nak balik rumah tido je weh tsk tsk



masa budak exam pun aku jugak kena jaga.. paling kelaka bila tengok jawapan murid yang entah pape.. siap mintak tolong cekgu die ni bagitau jawapan.. kalau cekgu pun tak tau nak jawab apa maka mulalah cari alasan untuk membaking diri sendiri agar tidak kelihatan loser di hadapan anak murid  ;D

setiap hari kena buat dua lesson plan yang berbeza-beza.. hengkaw tahu tak nak buat satu lesson plan pun makan masa semalaman apatah lagi dua.. maka setiap hari lepas abes kelas je akan terus duduk tak toleh kiri kanan kat meja guru tu sambil menyiapkan lesson plan.. plus minus nak pikirkan aktiviti lagi lembaran kerja lagi memang boleh jadi gila kalau iman tak kuat tsk.. tapi kalau dah namanya cekgu yayan gojes maka kualiti tido haruslah dititikberatkan agar akan sentiasa fresh di depan bebudak kan kalau aku tersengguk ngantok mampus kena baham sampai dah kuar sekolah pung kang.. mujurlah mendapat housemate yang sekepala.. maka apa pun tak boleh tsk tsk tsk
tapi Alhamdulillah setakat ni takde la pulak sampai tak siap lesson plan kan.. kalau tak siap jurnal and RPI tu standard lah sebab itu tugasan mingguan yang perlu mengarang bagai tu ahaks


oh disebabkan duduk di rumah sewa juga maka haruslah duduk diam-diam sewaktu bulan pose tapi bila dah raya, pantang jiran tetangga buat open house laju je semua nak gi makan free.. kang rumah yang ada anak laki bujang lagi laju je nak pergi siap tak reti nak balik ahaks kelasss kaw jemah.. Alhamdulillah rezeki di bulan syawal juga murah bila berpose dan berbuka di sekolah di mana makanan yang dihidangan tidak mengecewakan siap bertapau agi untuk sahur esoknya.. time kasih para guru yang berjiwa emak-emak yang concern dengan anak dara seperti kami ini ahho


 sape cakap jadi cekgu ni senang hah? tengok, weekend pung kami kena pergi ke sekolah sebab nak kena handle gerak gempur UPSR.. padahal guru praktikum macam aku ni manelah layak nak ajar darjah 6 kan tapi still kena turun padang jugak.. nampak tak anak murid betapa cekgu menaruh harapan yang tinggi untuk melihat kalian berjaya kelak.. pasal isu posting aku taknak komen pape sebab aku rasa semua orang mampu berfikir secara bijak dan logik lagi-lagi pihak atasan dan aku jugak yakin rezeki manusia Allah yang pegang, insya Allah semuanya akan dipermudahkan setimpal dengan apa yang telah dilakukan..


okeh cop, masa pelancaran Hari Kemerdekaan, aku pun terlibat okeh bahagian persembahan.. partnet aku lagilah kena jadi mc lagi uolss.. sore i tak sedap dan i tak berbakat maka haruslah undur ke belakang angkat bendera putih awal-awal hahaha.. bukan tu je, untuk galeri sejarah pun kami kena cari dan dapatkan info tentang Yang diPertuan Agong dan juga PM Malaysia.. memang senang google, copy, paste je tapi kekangan masa tu yang mencemburui plus minus nak edit bagi cecomel lagi tsk tsk.. program solat hajat di malam hari pun kami terlibat jugak.. meh sini kaw LIYANA jadi cikgu seminggu pung dah cukup buat kaw rasa cekgu ni bukan duduk goyang kaki amek gaji ujung bulan sahaja okehhhhhhhhh


disebabkan semester lepas kami sudah khatam bab ilmu terapi ini maka kami pun terus kena handle terapi hidro untuk bebudak ni hah.. nasib lah kan sape suruh nak jadi cekgu tsk.. mase terapi aku tengok aku ni dah macam bibik-bibik yang kena layan kerenah setiap anak tirinya.. haish daripada taknak basah terus kena basah satu badan.. ni semo budak punya pasal kedengki sama cekgu.. terapi hidro di Taman Buaya, Ayer Keroh pun layannnnnn



bukan tu je, disebabkan sekarang tengah sibuk untuk Hari Q maka kami yang buta seni pun telah dikerah tenaganya untuk membuat itu ini.. ehh ini buat dengan ikhlas tauu.. walaupun tidak kreatif mane pun tapi its better than before lah kan ;)



kenal dengan sorang budak darjah 6 yang bernama A**f maka terus ohho kena jadikan budak ni sebagai adik angkat ahaks.. orang yang obses dengan bf die sendiri memang macam ni.. tak dapat jumpe yang senior jumpe yang junior setiap hari pun takpe lah hakhakhak.. muka tak sama tapi nama tu yang penting.. kalau ada yang klon lagilah sanggup stay memanjang kat sekolah tee hee




searching for open house dis weekend.. area Alor Gajah only.. anyone?


semoga dua minggu berakhir dengan pantas.. oh no, next week is tak best sebab jadi cekgu bertugas.. plisss bebudak jangan nak meragam sangat


kbai




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...