Thursday, September 29, 2011

lepas ni mungkin kami dah boleh bukak bakery kami sendiri.. hand made shop..

Assalamualaikum..


ini entry lapok.. sila abaikan atau pergi jauh-jauh.. yang degil sila telan air liur sahaja sebab semuanya sudah tamat menjadi najis barangkali ataupun menjadi lemak berlebihan mahupun tenaga yang dibekalkan untuk beriadah setiap petang.. *apa sudah mengarut ini




semester ini kami ibarat mengikut bengkal persediaan untuk berumah tangga.. mana taknya umur sudah meningkat tahap kematangan juga meningkat.. naluri keibuan juga turut meningkat.. inikan pula hormon gatai nak kawen.. haruslah meningkat mengikut tahap peningkatan kami yang lain-lain juga kan.. :p



kami mengikut kursus bakery membuat roti, pizza dan popia.. jum tahan air liur jum..




mari memulakan pertandingan membuat doh terlembut
 
hasil setelah 30minit menguli
bahan untuk topping piza superb
ini juga bahan untuk toping piza superb

lagi bahan untuk topping piza superb
ini inti popia superb juge
ini bahan untuk membuat air yang memang superb sampai gigi boleh berubah kaler
sesi pertama tapi semua sudah exciteddd



sementara menungga lapisan bawah piza superb ini separuh suku masak, aktiviti kami yang lain adalah ini :
*mereka yang gigih sahaja mengadap depan aven menunggu bunyi tikk





masing-masing menunjukkan bakat kreatif membuat aneka bentuk roti yang superb sangat
ini cubaan baru membuat roti superb dalam kuali
ini aktiviti melihat tangan sape paling gebu
ini pula inti popia superb yang da siap digaul dan separuh suku masak
ini yang ditunggu-tunggu..yahooooo





dan dan dan apa yang ditunggu-tunggu juga telah dimasukkan ke dalam alat pembakar itu.. maka terus terjah cermin depan aven untuk melihat hasil pembakaran piza superb itu sehingga bunyi tikk itu.. ini yang dinamakan excited tak hinggat sebab dah mula rasa lapar.. perut da mula bernyanyi gumbira sambil ketuk-ketuk drum dan petik tali gitar.. ini hasil yang memang superb sangat lah :



piza superb 1
piza superb 2
roti yang superb juge
roti dan piza yang superb superb belaka
popia turut superb
makanan memang superb sangat






makanan yang superb yang banyak menyebabkan saya buncit pada hari tersebut.. tak cukup makan di situ, kami turut tapau untuk sambung makan di dalam bilik.. bila ingat balik kelazatan makanan yang superb terus rasa nak ajak kawan-kawan berbakery lagi sekali.. plisssssssss.. 




so jangan lah tanya ok ke kalau pilih kami-kami ini menjadi calon isteri solehah mahupun bakal menantu yang sememangnya dicari-cari selama ini ;)



abah kate kami HEBAT





p/s : yeayyy esok balik kampung halaman








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...