Thursday, August 08, 2013

SHR MZB

Assalamualaikum & Hii


tahukah anda bahawa ini adalah malam raya eh silap pepagi buta raya tapi aku tak tido lagi bukan sebab tolong emak memasak di dapur tapi duk pulun siapkan AR agar di pagi raya hati tenang, damai dan gumbira menyambut raya bhahhahahaha





kalau buat AR tak stress memang tak sah.. bila stress kena hiburkan hati agar kepala tak naik meroyan.. karang kalau dah meroyan satu benda pung tak siap.. hiburkan hati dengan menconteng kuku dengan inai ready made feeling bini orang di pagi raya bhahahahhaha


before cuti dah meroyan stress siapkan AR sebab kekonon nak enjoy bercuti di rumah tapi baru emel draft arini tengok-tengok cek emel rupanya lusa tu dah dapat feed back dari lecturer.. teros rasa nak terjun bumbung rumah sebab pergi tengok emel.. dah tahu teros hati tak tenang.. kalau tak tahu mesti tengah bersenang-lenang bergumbira sekarang ini duduk silang kaki atas sofa sambil tonton sampaikan raya.. tapi apalah nasibku ini, menyesal sudah tidak berguna lagi tsk tsk tsk




aku pulun kot bangun pagi stay up semata-mata nak siapkan AR ini.. kalaulah dari semester satu lagi dah rajin cenggini, konpom aku dah layak dapat tokoh pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang seluruh IPG dah wehhhh.. nampak tak betapa hebatnya penangan AR ini bagiku???





aku ni bukan setakat bangun pagi stay up je tapi lebih parah lagi sampai lepak library dari pagi hingga ke petang.. ini bukan diriku ok.. ternyata sekali bukan diriku.. fokus paling lama aku mampu bertahan adalah 1 jam tapi bila dah kena lepak sampai ke petang terus stress tahap membunuh sampai naik giler entah ke berapa kali dalam library ni hah T_T


kenapa aku pulun buat AR sedangkan orang lain masih rilex goyang kaki atas kusi?? occay, penyelia aku seorang lecturer cina berpangkat dr.. orang lain duk sibuk cakap pungpang sana sini yang aku patut bersyukur dapat penyelia yang best lagi skema itu tapi hakikatnya pada jiwa pemalas seperti aku ini ibarat satu bebanan besar yang harus dipikul tapi aku fikir positif.. Allah bagi dugaan pada hambaNya yang mampu.. so, Alhamdulillah aku dapat penyelia yang skema sebab bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kendian.. mungkin di saat rerakan bertarung dengan AR nanti aku dah boleh baring silang kaki atas katil sambil baca lawak kampus.. Alhamdulillah, terima kasih Allah :')



occay, nak sambung tulis AR sebab sok pagi nak balik kampung beraya.. tahukan anda bahawa raya tahun ini aku takde langsung baju raya.. bukan setakat baju raya tapi kasut raya, beg raya, tudung raya semua tak ada.. yang ada subang raya sebab tetiap taun tindik telinga tapi tetiap taun jugak lubang tertutup dah lepas raya.. motip tindik telinga sebenanrnya bahhahahha??



sapa nak sumbang duit raya kat aku sangatlah berbesar hati..


SELAMAT HARI RAYA

MINTA MAAF ZAHIR BATIN


:)


peace yooo


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...