Monday, January 20, 2014

murahnya rezeki, Alhamdulillah

Assalamualaikum & Hii..


Alhamdulillah, sejak meningkat usia ni makin melimpah-ruah rezeki yang Allah bagi.. syukur ya Allah.. terima kasih atas setiap rezeki yang telah kaw kurniakan kepada hamba-Mu ini..


kadang-kadang bila sesiapalah yang update status kat fb tulis, Alhamdulillah, syukur atas rezeki-Mu hari ini ya Allah, mesti dan pasti akan ada yang komen dapat duit ke?? diingatkan kepada kalian semua ye bahawa rezeki Allah tu luas tak kira lah dari segi kewangan, kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, kemudahan urusan, pekerjaan dan sebagainya lagi..


rezeki yang luas yang aku maksudkan sejak kebelakangan ini adalah rezeki makan yang ditaja oleh orang ramai.. sesejak dari besday haritu ramai je yang ajak keluar sebab nak lepaking bersama dan makan bersama.. minggu lepas je dah tiga kali dapat makan sampai membulat perut dan yang penting dapat makan free.. terima kasih kalian semua.. semoga Allah murahkan rezeki kalian lagi..


Rabu lepas dapat makan kek red velvet dengan makan nasi lemak satu set dekat Old Town BpMall tu hah.. oh terima kasih kawan zaman sekolah sebab sanggup belanje iteww kek dengan makan sekali.. terima kasih sudi ajak iteww lepak bersama hikss.. semoga kalian diperluaskan dengan rezeki yang halal lagi luas aminnnn..


Jumaat lepas pulak makcik buat majlis kesyukuran rumah baru sambil makan-makan.. terus selit sekali majlis sambutan besday iteww sekali.. yeayyyy, dapat makan free lagi dan kali ni makanan lagi banyak lagi syok sebab ada kambing bhahaha.. aku ni ada satu habit keji iaitu bila aku taw tu kambing maka aku tak akan makan tapi bila tak tau tu akan makan siap bertambah-tambah hahaha.. mokusu selalu cakap tu namanya gedikss haha.. kes di hari Jumaat adalah aku tahu dah terus tak makan langsung.. nasib baik banyak makanan lain yang sesedap lagi.. paling best bila semua saudara mara dapat berkumpul sekali dan makan besar bersama, Alhamdulillah.. see, rezeki yang tak disangka iaitu rezeki makanan dan juga rezeki masa bersama keluarga besar.. terima kasih ya Allah..


bila moment bersama tu terlalu indah dan penting dan paling bernilai maka tak akan sempat untuk amek gambau posing sakan sambil uplod kat facebook dengan caption moment together with love.. sebab masa dan saat berharga tu lebih indah bila dapat kongsikan bermacam-macam cerita bersama bila dah lama tak jumpa heee.. actually, bebudak ni ada record masa aku tiup lilin aritu tapi aku malas nak amek sebab malu secara tetibe bila nak tengok balik sebab aku yakin video tu macam bangang je perangai aku time tu sebab keterujaan dapat kek.. maka jalan terbaik tak payah tengok dan tak payah amek terus hahaha.. sila simpan sampai ke tua je video iteww tu untuk tontonan anak cucu cicit kaw nanti hahaha.. eh motip sangat taw anak cucu cicit dah kenapa kawww


orang selalu cakap amalkan Dhuha sebab Dhuha adalah pintu rezeki yang luas tapi jujur aku cakap yang aku sendiri sebelum ini langsung tak amek peduli pun pasal hal ni sebab aku sentiasa rasa hidup aku adalah follow da flow sahaja apa nak jadi pun.. tapi Alhamdulillah kesedaran tu timbul masa semester terakhir belajar bila tetiba aku terasa teramat takut dengan nasib masa depan aku yang entah ke mana kalau tak dapat posting nanti.. masa tu aku sampai menangis sebab memikirkan nasib diri yang ntah jadi apa kalau tak dapat jadi cikgu setelah penat lelah lima tahun setengah belajar.. maklumlah aku ni takde rupa indah nak jadi pramugari mahupun model, takde akal yang genius nak jadi doktor mahupun jurutera ke apa kan.. pointer pun suam-suam kuku setimpal dengan usaha yang main-main tu je.. sebab masa tu khabar angin berleluasa sangat mengatakan pointer tinggi yang akan posting dulu dan yang rendah akan posting bila ada kekosongan sahaja.. mahu tak cuak aku sebab tinggal satu sem je aku nak kena pulun giler kebabeng dan aku tahu yang aku tak akan dapat pun first class degree tu even aku dapat 4 flat last sem.. kena tambah lagi satu sem dan skor 4 flat baru dapat tahuuu.. giler kawwww aku nak tambah sem lagi tak sanggup itewww


time tu memang setiap kali terpikir, setiap kali tulah terasa sebaknya sampaikan nak tido tu aku nangis sensorang sambil tahan sedu dekat dalam selimut.. nampak tak ketidaktenteraman hati aku masa tu.. kekadang tu kalau tetibe je terkenangkan nasib diri masa tengah lepak dengan girfie kesayangans pun terus sebak dan share bersama tentang kesedihan hati itu.. masa tu terus aku insaf dan terus amalkan solat Dhuha.. even tak setiap hari tapi dalam seminggu tu aku akan pastikan yang aku tak akan miss untuk Dhuha kalau takde kelas yang pack.. start dari situ juga aku sentiasa amalkan zikir Ya Wahab 1000x setiap hari dan surah Al-Waqiah setiap malam lepas solat.. Alhamdulillah, sampai sekarang sentiasa ada rezeki dan semua urusan juga dipermudakan syukur ya Allah..


bila aku pikir balik, mungkin kegusaran hati aku memikirkan masa depan pada ketika itu adalah salah satu tanda ingatan Allah untuk aku supaya bersyukur dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripada-Nya.. Alhamdulillah, Allahuakbar, terima kasih Allah atas ingatan-Mu itu yang menbawa terlalu banyak perubahan dalam diri.. semoga aku istiqomah untuk terus membuat amal kerana-Mu aminnn..


oh ye, tak lupa jugak sedekah.. even kekadang kaw sedekah dengan belanje makan kawan kaw sampai die kenyang pun dah dikira sedekah dan ganjarannya memang akan ada.. kalau tak percaya try cube test amalkan.. aku dok perhati je benda ni dari zaman start belajar lagi bila aku belanje kengkawan aku mesti aku akan dapat rezeki orang lain belanje pulak selepas itu.. cepat atau lambat je yang tentukan.. Alhamdulillah jugak sebab aku dipertemukan dengan kengkawan yang pemurah dan kuat makan dan paling penting adalah menjadikan makanan sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian dan tak kesah jika berhabis duit hanya untuk makan.. terima kasih atas semuanya ya Allah :)


oleh itu marilah kita sesama mengamalkan :





semoga kita sentiasa tergolong dalan kalangan mereka yang mendapat rezeki yang halal dan luas aminnnnn..


p/s : aku pun budak baru belajar mohon tunjuk ajar


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...