Monday, January 06, 2014

TIPS TEMUDUGA

Assalamualaikum & Hii..


hari ni baru hari Isnin tapi aku dah rasa macam hari Selasa sebab gomen kerja kat Johor dah start dari hari Ahad.. phewww, leceh jugak nak adjust hari cenggini padahal sesejak habis belajar ni aku tak cara langsung tentang hari dan tarikh tapi last-last kena cara jugak sebab asyik salah timing nak tengk cerita korea kat tb tu hahhh.. kpop sangat kaw sesejak cinta kecundang di usia nak masuk 24 phewww..


ok, straight kepada tujuan asal.. sebenarnya dah lama aku nak share pasal temuduga aku haritu.. maklumlah bila nak masuk kerja ni mestilah kebanyakannya ada walk-in interview kan tapi ni bukan walk-in sesaja tapi ni interview yang jadi penentu masa depan kaw setelah berhempas-pulas belajau 5 tahun setengah kalau tak dapat jadi cikgu tak ke kaw rasa satu kerugian yang besar di situ?? maka untuk memastikan kadar kelamaan belajar itu tidak sia-sia haruslah kita berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kita akan lulus dalam interview SPP ini.. kalau nak kerja dengan gomen ni ikut lah bahagian apa.. macam cikgu-cikgi bawah SPP tapi kalau bahagian kesihatan tu bawah SPA.. nak taw lebih lanjut sila google aku tak tahu sangat takut terbagi info palusuuuuuu


tarikh aku iv haritu 13.12.13 iaitu hari Jumaat.. aku rasa bersyukur teramat sebab kena hari Jumaat sebab aku yakin dengan keberkatan hari tersebut.. aku peserta pertama bagi group kedua.. Alhamdulillah dapat satu group dengan geng bas sekolah dari Melaka jugak.. dapat satu group dengan classmate dan jiran class kat bangunan belajau tu hahh dan lagi sorang akak DPLI yang super duper hebat sebab belajau oversea dan special sebab satu kelas tu cuma dia seorang je pelajarnya so pensyarah nak ajau pun sorang jela.. huntunglah kan katakaw..


iv aku kat Putrajaya, so aku bernasib baik sebab ada bestfren yang sama timing nak iv tu so tumpang rumah angah dia kat Putrajaya.. syukur Alhamdulillah lagi sekali sebab Allah permudahkan urusan aku untuk iv ni.. kalau tak mahu aku garu kepala pikir nak stay mana, macam mana nak gi apa semua.. terima kasih Ya Allah kerana mengirimkan sahabat yang baik yang telah memudahkan urusanku atas izin-Mu..


aku jenis study last minit so sehari before nak iv tu baru aku pulun gila kebabeng study buku SPP tu hah.. tu pun banyak yang skip.. student pemalas macam aku memang tak boleh nak study dari awal sebab short term memory yang jadi penghalang.. kang rugi aku study bagai nak rak dari awal tapi aku tak ingat satu menda pun.. so, aku tetap memegang konsep study last minute pada tahap stress terlampau tapi mampu mengingatkan aku semua yang aku baca gitewww..  malam before iv tu baru aku pulun tahap gaban dengan Aida tapi bukan membaca, lebih kepada soal-jawab dan cerita apa yang kaw paham tentang itu dan tentang ini.. dia punya tahap nebes sampai malam tu tak boleh tido tahu.. sebenarnya tahap nebes dah boleh rasa sejak tahu nama naik untuk iv seminggu yang lalu sebelum iv sebenarnya dan klimaks nebes sampai tak lalu makan, sampai tido pun iv menghantui bila lagi 2 3 hari nak jejak ke hari kejadian pehhhhhh


weh, aku sebenarnya nak bagi tips temuduga tapi dah aku cite pasal rentetan peristiwa before iv dah kenapa kan.. lantak, aku malas nak delete dah.. layankan je.. so far Alhamdulillah soalan group aku senang sangat.. kitaorang just dapat empat soalan dari panel.. macam biasa permulaan iv mestilah perkenalana diri blablabla.. habis sesi suai kenal, teros direct soalan.. soalan-soalan kami lebih kepada pendapat dan pengetahuan am lah yang berkaitan dengan kos kami.. oh ya, kitaorang kos Pendidikan Khas yawww :)


antara soalannya :

1. Bagaimakah penerimaan guru lain terhadap Pendidikan Khas?
2. Apakah cara terbaik yang perlu dilakukan untuk menggalakkan penyertaan ibu bapa bagi setiap program yang dijalankan?
3. Apakah prosedur untuk menjemput pihak luar memberikan program dalam sekolah?
4. Bagaimanakah cara untuk merealisasikan anjakan yang ke-9 dalam PPPM?



sonang kan.. Alhamdulillah semua boleh menjawab dengan gumbira walaupun point semua hampir sama je dan semua jawapan pun boleh goreng dengan bersungguh-sungguh hehe sampaikan panels tu cakap group kami ni terlalu bersemangat gitew dan berharap semangat yang ditunjukkan ni berkekalan hingga ke pancen.. we'll see soon bhahahhaha


jangan nak tanya aku apa je jawapan bagi soalan-soalan kat atas tu sebab kaw sendiri boleh pikirkan berdasarkan pengalaman yang kaw ada kan hahaha.. nasib baik aku memang pulun menghafal 11 anjakan transformasi kerajaan tu hah.. tak sia-sia aku menghafalnya.. actually sebenanrnya aku tengok flow interviewer kat Putrajaya ni masa minggu aku nak iv rata-rata akan tanya pasal PPPM so aku pun konfiden yang soalan ni adalah soalan wajib.. macam mana aku ikut flow ni.. macam gini kalau kaw dah study same institusi, mesti ada group batch tempat belajar korang kan so dari situlah semua yang dah lepas akan share pengalaman iv dieorang dan dari situlah aku membuat anggapan aku sendiri heeeee.. Alhamdulillah actually perkongsian macam ni sangat membantu okeh.. believe me..


sesapa yang nak kena interview bahagian gomen ni meh sini aku nak share tips sikit lebih-lebih lagi etika berpakaian..

- pastikan berpakaian sopan dan menutup aurat 
- baju tak payah kaler havoc sangat (cukuplah sekadar 3 kaler untuk perempuan, yang laki pulak kalau lembut je dan bertali leher)
- kasut gelap bertutup
- pakai blazer kalau nak nampak smart
- tudung kalau boleh jangan nak ekspress punya sebab nampak macam pemalas noo kaw ni 
- name tag jangan lupa pakai
- senyum 


yang lain-lain macam pastikan semua dokumen yang diperlukan tu dah lengkap dah and datang awal masa nak iv tu dan make sure kaw yang dah power giler dengan bidang tugas yang kaw nak iv tu taw :)


banyakkan zikir 
Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir, 
Rabbi Yassir Wala Tu'Assir, 
Rabbi Tammim Bil Khoir

zikir ni sangat membantu insya Allah


oh ya, jangan lupa kalau iv secara group, jangan tamak nak bagi semua point dan jangan potong cakap orang lain walaupun kaw suka bercakap dan banyak idea.. sila ikut turn sebab kebanyakan interviewer ni nak tengok kaw punya common sense dengan manusia selain nak tengok cara kaw berkomunikasi ni.. untuk bahagian pendidik biasanya kalau gagal iv adalah disebabkan kaw tak bercakap langusng dan tak tahu bidang tugas.. dan lagi satu, kalau takde idea dan nak sokong idea orang, kaw jangan stop setakat kaw sokong je tapi kaw perlu kukuhkan lagi sokongan tu dengan contoh yang lain.. kaw jugak boleh nyatakan bukti berdasarkan pengalaman yang kaw dah lalui semasa berpraktikum dan intership.. 

semoga ini dapat membantu walaupun tak seberapa tips nya yang lain hanya omong kosong yang over..


Alhamdulillah, aku lulus interview ini dan dah dapat surat perlantikan.. tinggal tunggu surat lapor diri je.. mohon doakan aku dapat tempat posting di Selangor yaww sebab itu tempat psting idaman hatiku hahaha..


terima kasih buat Aida sekeluarga yang banyak berjasa.. semoga Allah limpahkan kebahagiaan dunia akhirat buat kalian semua di samping rezeki yang melimpah-ruah aminnnn :)


kbai



2 comments:

[[ikanficha]] said...

nice entry ;)

ID said...

awak awak awak.. sila selalu update entry ye hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...