Saturday, May 04, 2013

SK Pasir Besar, Gemas : 4 BIJAK

Assalamualaikum & Hii..


wehh dah nak bersawang teaser hengkau baru nak buat entry?? sibuk berkempen la katakan bhahaha
disebabkan keinsafan telah timbul maka terus rajin nak sambung kisah di sebalik teaser yang dirasakan kebaboom sangat tu


semua dah maklum bahawa aku dah tamat tempoh berpraktikum dan yahooo heaven siot sebab lepas ni tak payah nak mengadap RPH 24jam lagi dah padahal setiap hari tido pukul 11pm  :p


minor kami BM/PJ even dalam surat tawaran BI/PJ tapi kami tak pernah belajau BI belajau BM je lepas tu nak isi borang posting dah menggagau macam mana kalau posting Putrajaya nanti dan kena ajau BI tahun 6.. matilah den.. silap hari bulan anak murid yang ajau cikgu maklumlah iolss buta IT (apa kaitan IT dengan ajau BI)



untuk minor BM kami kena ajau aliran perdana.. selalu tak aci macam ni tau.. batch kamu selalu jadi bahan uji kaji itu ini mencik tau.. nasib baiklah kami ni golongan yang sentiasa reda dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya maka menurut sajalah jawabnya hewhewhew.. kena ajau BM tahun 4 Bijak.. dari sem lepas pung mesti dapat tahun 4 sebab tak nak bebudaks yang terlalu besau dan terlalu kecik sebab kalau budak kecik banyak songeh lebih banyak cakap dari cikgu.. iolss mana boleh kalah mestilah nak lagi banyakbanyak cakap dari budaks.. kalau yang besau pulak kekonon bajet matang sangat dah sampaikan setiap apa yang cikgu nak ajau terus cakap ala, macam budak-budaklah cikgu aktiviti ini hewss.. sebab tula aku amek darjah 4 sebab in between katanya bhahahaha




total budaks 27 orang kalau tak cukup bilangan kat atas ini maknanya ada budaks yang ponteng sekolah taknak datang sebab hari tu ada masa iolss sebab iolls garang macam singa takde sape yang suka harrrs.. kelas ni kelas pertama sebab kalau GPK bagi kelas terakhir kat iolss maka budak ke sungai cikgu ke laut memang kena ulang praktikum tambah satu sem lagi fuhhh..


first time masuk kelas ni aku buat muka psiko tapi tak berjaya sebab setiap kali marah budaks terus pusing belakang sambil gelak sopan.. kelakuan sopan ini diketahui oleh budaks maka mereka naik tocang.. terus keluar kelas dengan perasaan down teramat.. tanya partner praktikum apa mahu buat maka solusinya dah ditemui tinggal laksanakan sahaja untuk next P&P sebab iollss kena ajau empat masa BM kat kelas ni.. untung cikgu BM mereka sebab tak pasal-pasal dapat melepak main FB empat masa free macam gitu je huaa


strategi di hari kedua masuk kelas tu masuk kelas dengan muka gangster sambil makan coki-coki bhahahaha.. lepas tu tak bagi budaks duduk dan terus psiko budaks dengan soalan yang mereka kena ingat sampai mati.. kalau tak ingat akan kena hukuman dunia yang aku sendiri pun tak tahu ada ke tak hakhakhak.. kalau nak tahu soklan yang kena ingat sampai mati tu boleh pm aku laju-laju kat FB sebab soklan tu ternyata berkesan dah budaks siap tulis balik ayat tu dalam surat perpisahan yang disertakan dengan hadiah macam untuk bagi para pengantins tu hahhh :)


untuk menaikkan semangt belajau mereka semua ni hah sebab kadang-kadang aku pun tak tahu yang aku ajau tu betul ke tak tapi muka masa mengajau penuh konpiden sampaikan guru pembimbing observe pung tak perasaan yang aku dah bagi fakta salah bila aku rujuk balik tatabahasa dewan selepas mengajau tu hah.. ni semua sebab bebudaks yang pagi soklan susah cikgu nak jawab secara spontan.. akan kuingat soklan itu sampai mati lalala


oh ya, terus bagikan bebudaks ni dalam group dan setiap aktiviti pung buat by grouping.. inilah sebenarnya cara untuk naikkan semangat belaju bebudaks tu hah.. ni sambunga ayat yang tergantung kat ats tu bhaaaa.. so, group yang best lagi ohsem akan dapat star dan kumpulan yang berjaya mengumpul yellow stars terbanyak akan medapat hamper pewittt.. sila kagum walaupun cikgu tak dapat lagi elaun semasa berpraktikum tapi cikgu berjaya memberikan semua budaks souvenir sorang satu dan tiga hamper terbaik untuk kumpulan yang best dan ohsem berkat mengepau emak semasa cuti hakhakhak


tempat ke-3 kumpulan TUAH

tempat kedua kumpulan LEKIU

the 1st one is group LEKIR



kenapa iols bagi nama kumpulan ikut nama pahlawan Melaka?

sebab pertama : iolss belajau kat MELAKA

sebab kedua : jengjejeng

nama kumpulan yang budak reka sendiri ikut tema yang iols bagi iaitu CAR adalah sangat maju ke hadapan sampaikan tergeliat lidah aku nak sebut dan ada sesetengah keta tu iolss tak tahu langsung rupanya maka bagi mengelakkan aku tersasul depan budaks sampaikan budaks ejek nanti maka biar aku sahaja yang tentukan nama kumpulan mereka dan mereka haruslah REDA hikkkkkss




pada mulanya aku baik dengan mereka semua ni tapi sampai satu tahap aku hilang sabar dan terus mengadakan mogok hati plus krisis hati selama dua minggu dengan murid sampaikan lecturer yang datang observe pung perasaan ketegangan yang berlaku antara aku dan bebudaks aku ni hah.. selepas kejadian tersebut barulah 27 orang budaks ini insaf dan terus memegang kata-kata soklan ingat sampai mati aku tu hah huisssss



yes, im da lion tecer bhahaha.. sumpah gua is garang macam singa kot.. tak siap keja aku jawabnya buat kat luar sambil berdiri di bawah terik matahari ataupung tak dapat rehat langsung tee hee.. so, semo keja mesti siap dan aku pulaks yang penat nak menanda buku mereka ni hah terus rasa menyesal bagi omwork.. last-last setiap kali ada latihan terus suruh kumpulan lain yang tanda hahahaha






woiii sape cakap cikgu yang garang macam singa tak dapat hadiah hah hah hah?? masa minggu last berpraktikum tu start dari hari Rabu hinggalah ke hari Jumaat mesti balik sambil mengangkut hadiah dari budaks kelas ni hah sampaikan kena buat dua, tiga kali trip nak angkut masuk keta hewss.. nasib baik aku tak berpraktikum sampai Hari Guru kalau tak lagi menggunung hadiah aku kang pffttttt
terima kasihlah bebudaks sebab susah-susah je bagi cikgu hadiah ni hah..


yang kelakar bila budak jumpa aku mase asembly cakap esok ada surprise untuk cikgu then petang tu guru kelas mereka membingkar rahsia surprise tersebut :


Bendahari : tecer Ain, boleh tak kami nak guna duit kelas untuk beli hadiah cikgu Izyan?
Guru Kelas : sure tapi hadiah ikut suka kata sepakat semua orang nak bagi apa..tecer tak kisah



bhahaha so aku dah tahu surprise esok ada hadiah yang dibeli hasil duit kelas mereka semua lalala.. ingatkan nak adakan party kebaboom makan-makan ke apa kan huiiii je surprisenya tu


 bila bukak hadiah bebudak tu macam-macam mereka bagi sampaikan aku tergelak guling-guling dengan rumate.. ada yang bagi perfume, lotion, sabun, bedak dalam satu kotak berkat kumpulan barang-barang dari setiap ahli kumpulan.. terus aku sentap sebab budaks ni perli ke apa bagi aku semua ni.. muka aku ni macam muka tak mandi pagi ke kalau masuk kelas??


paling terharu bila ada kotak kecik.. terus feeling macam ada orang nak melamar sekali bila bukak ada duit sebanyak RM5.. mesti setiap ahli kumpulan perlu membayau RM1 untuk dihadiahkan kepada cikgu mereka yang garang macam singa tapi gojes lagi baik hati ni hah.. macam tetau je iolss akhir-akhir sem makan pun kena sekat-sekat hahaha









dah abes nak pungpangpungang pasal 4 Bijak ni so layan gambar yang bajet ni jela pulak ok ;)












time kasih sebab sudi belajau dengan cikgu ye anak murid yang best :)


ilebiu




1 comment:

Unknown said...

cikgu izyan ! sye terharu gila2 dengan blog yg cikgu dh create ni.fuhhhhhhh tak sangka cikgu sanggup buat blog untuk cikgu dan kelas kiteorg . actually sye baru je bace blog ni sbb mse drjah 4 mane lah reti nk buad email bagai nih. computer pon x de :,)) ........ btw cikgu... sye harap dpt jumpe cikgu lagi lepas ni even sye dah form 1 tahun ni.. cikgu still belajar kt melaka ke ? sye pon belajar kt melaka skrang ni. so harap2 dpt lah kite bertemu ye... eh byk pulak tulis. excited sgt ... smpai lupe nk introduce diri sendiri. by the way i'm NABILAH HUSNA FROM LEKIR GROUP ........ cikgu igt x? kalau x igt tu x pelah.sory cikgu.sye kena stop.bye ! i love u

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...