Thursday, May 16, 2013

ini baru ujian kehidupan yang sedikit

Assalamualaikum & Hii..


hai finally iolss dah kat rumah bhahaha.. 

tahukah anda bahawa sakit itu adalah penghapus dosa dan sebahagian daripada ujian dalam kehidupan?

kalau dah tahu bagus nampak sangat ada iman yang tinggi dalam diri syabas !!!



minggu exam macam-macam lah nak jadi.. dahlah bila mood study dah datang tapi tengok rak buku takde buku ilmiah sangat yang banyak adalah buku hiburan.. terus rasa down dan kecewa dengan diri sendiri sebab terlalu taksub dengan komik sehingga terlupa azam di tahun akhir pengajian yang mahu struggle dan skor 4 flat tok baki lagi dua sem ini agar grad nanti pointer kebabboom sedap sikit emak dengau bila nama disebut dalam dewan konvo yang entah kat mana tu puiiiiiss


koleksi 1/4 dari rak buku



nak dijadikan cerita kamis malam jumaat tu tengah sedap mimpi indah terasa gatal-gatal ingatkan kena gigit nyamuk fine iolss abaikan.. bangun pagi macam hews kenapa ni tapi bila lepas mandi gegatalan itu hilang maka terus abaikan lagi..


keesokan malam terjadi benda yang sama tapi agak tak boleh tido sebab iolss asyik nak menggaru kegatalan je dan terus berazam dalam hati dalam-dalam esok pagi nak pergi kinik demi kesejahteraan exam senin nanti tapi macam kelmarin jugak lepas mandi semua tanda kegatalan tersebut hilang.. iolss macam grrrrr apa ni? kang kalau jumpa doktor mesti beliau cakap iollss kaki kelentong fine mari abaikan lagi..


klimaks terjadi di malam ahad di mana iolss senggugut dan tak dapat tido..lagi terganggu tido bila pikir banyak lagi bab nak cover dan lagi teramat gangguan tido bila tahap kegatalan sudah sampai ke leher, muka dan kepala.. kali ini tidak boleh ditahan lagi.. terus sms mama tapi no respons.. of cos mama dah sedap kroihkroihh tido kan nama pung malam minggu boleh tido lama-lama.. lalu terus mengadu nasib malang kat boipreng dengan harapan ada orang sudi mengasihani iolss dan memberikan pertolongan tapi beliau pung tak tau nak buat apa..ok takpe janji dapat mengadu sudah cukup hikkss.. bila dah terlalu tak tahan sebab muka, kepala dan leher sudah mula terasa bahang lalu terus call emak sambil nangis manja tanya emak nak buat apa sampai tersedu-sedan.. ubat is out tak restock baru.. fine salah iolss sebab terlupa plus malas nak cara sangat benda simple cenggini sebab iolss kekonon jarang diserang sakit puiiss


disebabkan kejadian menyayat hati telah berlaku maka rumate pung turut terbangun dan bersimpati dengan nasib yang menimpa iolss tapi masing-masing masih tak tau nak buat apa.. terus basahkan badan, muka, kepala apa semua sebab satu badan okeh naik semua kemerahan kebesaran kebintatan kegatalan ini.. iolss mula syak gegata.. rumate cakap try tuam dengan towel basah tapi lagi pedih.. duduk bawah kipas sambil mengenang nasib diri tapi seriusly dah tak boleh tahan.. kat kepala pikir nak injek nak injek je.. rumate terus call warden sebab nak gi sepital sebab dah kesian sangat tengok iolss menanggung derita.. heart u rumate <3 p="">



maka pergilah kami ke sepital seawal 5.00 pagi di mana semua orang sedang sedap mimpi indah lagi


sempat lagi menyengih sebab sejuk ada econ so kurang kegatalan hahaha



jumpa doktor terus cakap nak injek so beliau pung injek dan bagi ubat.. iolss siap request ubat sapu lagi takut terkena lagi.. doktor cakap bukan gegate tapi alahan.. yang iolss tahu iolss alah ketam and udang tapi takde pulak iolss makan semua tu before kena ni.. pelikss.. balik hostel terus lena sampai ke tengah hari maklumlah effect ubat kenalah over kan bahahhaha..







 masa nak kena injek tu punyalah iolss nebes sebab nampak ada tiga botol cecair yang digabungkan bersama masuk ke dalam pincah gari yang besar dan penuh perghh perghh perghhh.. terus excited sengseng lengan baju hingga bahu ingatkan kena injek kat lengan rupanya kat tangan sebab mici tu cakap dos banyak ni tak boleh kat lengan.. fine.. nasib tak sakit.. sakit manje-manje je




sebab dah sihat setelah tido yang lama di pagi dan petang hari atas alasan effect ubat, maka malam itu bersungguh giler study sebab esok nak exam.. 


tengs teman kite study ladybird Ara bagi

malam tu before tido iolss telan segala jenis ubat yang kena makan.. paling banyak 6 biji sekali makan puisss.. dalam hati berdoa dan berharap sangat esok pagi bangun tak kena lagi tapi sayang seribu kali sayang.. dapat tido-tido ayam je then bila terasa kegatalan mula nak melanda terus bangun dan mandi.. bila masuk shower terus rasa macam nak pengsan sebab OMG kenapa ada lagi ni.. terus lumur dengan lotion doktor bagi tu satu badan sebab nak gi exam takut tak selesa nanti.. nasib baik exam dalam dewan yang berecon suhu yang kebaboom maka tak terasa gatal langsung tapi mengantuk sebab telan ubat.. 



alhamdulillah selesai jugak jawab exam dengan jayanya ;)


balik bilik tengok badan alahai kenapa tak hilang lagi ni terus call mama cakap macam mana.. mama cakap gi kinik bawak ubat yang sepital bagi tu so iolss terus packing barang nak balik Joho sekali.. gi kinik kat Melaka tapi doktor kata refer pakar kat sepital maybe tahan wad terus iolss malas.. emak cakap balik umah papae senang je kat BP nanti.. 


drive laju-laju sebab nak gi kinik kat BP plak tapi doktor taknak bagi injection lagi sebab dos semalam dah tinggi takut effect jantung maka dapatlah ubat yang lain.. fine i is reda..





iolss ingatkan dah okeh tapi subuh-subuh bangun pagi jumpa emak terus menangis sambil tunjuk badan kat emak kenapa ada lagi ni makin banyak pulak tu.. muka terus bengkak sebab dah banyak sangat kemerahan, kegatalan yang naik sampaikan terpaksa potong rambut sebab tak tahan naik sampai kepala.. panas ok panas



emak suh ikut gi kinik pagi tu tapi doktor cakap refer sepital.. fine.. naiklah iolss van ambulans itu dan masih lagi jawapan yang sama doktor pung tak tahu kenapa sebab iolss cakap rasanya bukan alahan sebab iolss tak makan apa-apa pung.. amek darah, urine test apa semua dah macam apa dah.. paling tak best kali ni kena injek lagi banyak puissssss



i do hate u mici

 tahukah anda bila ubat tidak masuk ke dalam saraf dengan betul, ianya sangat dan teramat menyakitkan.. sumpah rasa macam nak tendang je mici tu sebab sakit die kemain lagi menusuk-nusuk satu badan.. emak dah gebang dah kat mici tu yang takpe iolss dah biasa derma darah so takde problem kalau nak injek-injek ni.. terus mici tu over konfiden and finally dua-dua belah tangan pung tersalah masuk ubat perghhhhhhh



finally



akibat tak sanggup melihat muka iolss yang kesakitan itu, mici pung give up dan menyuruh doktor yang tolong injek.. hahhh, dengan doktor ensem baru nak mengada boleh even sampai berdarah-darah janji ubat masuk ke saluran yang betul tapi tu pung ubat kedua nak tak nak je masuk cis cis cis.. abes injek muka konfiden bagun nak berjalan keluar tapi pap pengsan hahaha rasakan rasakan..


sedar-sedar je dah kat dalam wad atas katil dan terus sambung tido sebab sedap sangat sejukkkkk je bhahahah.. tido sampai ke petang over tak?


doktor datang cek tekanan darah apa semua pastu sambung tido lagi.. oh begini rasanya tido di wad bhahahah.. kemain selesa sebab sejuk ;)



tapi tahukah anda bahawa makanan di sepital sangat tidak sedap seperti di rumah??

terus request kat adik supaya bawak makanan masuk curik-curik yang sedap kebaboom ikut selesa tekak iolss.. dah sakit mestilah ramai nak layan..


tapi sampai ke la ni iolss masih lagi tak tahu kenapa dan apakah penyakit yang telah menyerang iolss.. emak suruh habiskan semua jenis ubat dulu then kalau tak baik lagi maka marilah mencari ikhtiar yang lain di kampung halaman tercinta..


semoga tak kena lagi bila nak exam lagi satu paper nanti



bai nokkssss






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...