Tuesday, December 11, 2012

dotdotdot

hari-hari bukak blog tengok itu ini tutup

5 jam kemudian buat benda yang sama, dan masih sama tiada benda gosip yang baru maka tutup

pergi dashboard blog klik new post

taip dua tiga patah perkataan dan save as a draft

esok klik new post lagi taip empat lima patah perkataan dan save as a draft again

lusa terus delete apa yang di save sebab tak tau nak sambung mengarut apa

sebenarnya ada nak cite tapi malas nak mengarang ayat dan menaip

kenapalah takde robot yang kita cakap dan terus robot yang tolong taipkan

ok, sekarang dah malas taip maka mari kita publish sebab dah lebih dari satu ayat dah ni ahaks

bye

Wednesday, December 05, 2012

FELDA ADELA : 1st wedding in december 2012

Assalamualaikum & Hii..


back to december again in other year and hye december.. apakehe dah hari kelima baru nak hye december kan ahhh lantak bak pii lah :p

sepanjang november perut aku dah senak tetiap minggu dok isi dengan lauk kenduri kawen orang ni hah.. i do love makanan kenduri tapi yang kat Joho je sebab it is so so so sedap boleh cenggitu? yang kat BP ni hah lagi super duper sedap sampai menjilat jari lagi-lagi kalau hand made arwah ayah yang buat (srottt tarik hingus) dan dengan tak malu akan mintak tapau kat tuan rumah =.=

kalau november dah senak perut tak taulah december ni nak cakap macam mana kondisi perutku ini nanti sebab majlis kawen di bulan december double banyak dari november T_T mujuq semo hadiah tok para pengantins awal-awal dah beli dan siap sampul dah tinggal nak aangkut je lagi bila nak gi wedding mereka mereka tersebut.. kalau baru sekarang nak gi beli memang kim salam sebab sekarang ni nak kuar rumah pung kena pikir hempat puloh hempat kali sebab ada budak kecik kat rumah yang asyik mintak masak sebab nak makan je hah (padahal kondisi poket yang hidup segan mati tak mahu)

macam manalah nak selalu hupdate blog bila baru type sikit dah mula kering idea.. takpe tengok gambau dulu sebab setiap gambar ada lagu.. bila ada gambar baru idea mengarut datang ;p


pelan ke rumah ieda

bila bakal pengantin jemput datang masa wedding dieorang, aku akan ugut cakap iols taknak tag or invite kat fb tu ea.. iolss nak kad, kalau tak iolss tak nak datang +.+ padahal sebab kukuh mintak kad adalah untuk tengok pelan jalan ke rumah pengantin sebab aku ni kalau dah sepulohs kali pung pergi tempat tu tetap susah nak ingat jalan.. kang mulalah pengantin dah nak pergi potoshoot aku pulak baru datang sambil menyebuk bershoot bersama kan (sape yang jadi pengantins pung aku pun tak tau dah ni) bila dapat kad iolss is excited dan bersemangat tau nak pergi sebab nampak yang meka beria suh kite pergi.. iolss kan retis semo pung nak suh datang gi wedding hewhewhew



pelamin tema purple pink

gerak dari rumah dengan adiks dua ekor tu hah.. budak kecik is taknak ikot sebab ngantok nak tido lagi (dasar budak kecik tak reti buat alasan yang kukuh) sampai kota gi amek aida kat simpang jalan nak gi Bandar Penawar tu.. emak is tak percaya kalau iolss gi sensorang even kat kota ada aida sebab emak takut iolss kena culik al maklumlah iols kat comel *pengsan 


iolss tak tau lah kenapa suka sangat feeling terlebih bila bergambau dengan pelamin

sampai rumah pengantin dah nampak ahkak jijie yang tolong rewang fewitt.. da bride sedang make up maka marilah kita melahap dahulu tapi sebelum tu gi amek gambau pelamin sebab masih tak ramai orang.. ohh, pereka peta sangat good goood sebab pelan is senang difahami dan kami langsung tidak sesat.. rumah pengantin dekat Felda Adela.. itulah first time datang Adela even dah lima tahun belajaq kat Bandar Penawar tu hah.. rasa diri is tak fun langsung T_T


adiks yang selalu kena paksa dengan emak suh teman ahkak meka yang cumils ini

lepas makan sambung gosip depan pelamin.. padahal nak cop tempat takut nanti dah takde space bila da groom dah datang dengan kaum kerabat kan ohha.. siap jadikan port kat tepi dinding sambil feeling seperti rumah sendiri siap menggunakan kuasa beto mengkonker kipas hewws


ketibaan pengantin lelaki yang dah excited nak datang tapi terpaksa tunggu kumpulan kompang yang tak kunjung tiba


bila dah dengau bunyi kompang maka para gadis gojes terus dok sibuk nak duduk bersimpuh ayu-ayu depan pelamin sebab nak tunggu duit tol yang bleh buat beli eskem balik nanti.. kengkawan pantai timur yang baru sampai dok blur-blur bila kami suh duduk jadi gadis tol sebab tempat meka takde gini kan kan kan ;)


pewitt patutlah dari pagi dah gatai tangan

sebenarnya rasa nak duduk je dekat situ sampai pengantin laki dapat duduk kat pelamin sebab iolss memang suka tengok pengantin kacak pewittt tapi seb bek cepat sedar diri dapat duit terus ke tepi.. cak cak cok lah kan nak tunggu sampai pengantins duduk berdua atas pelamin :)


hang ingat bleh terus dapat tengok free ja ka cik emi oii ;p

bila ugut tak nak bukak bagi encik emi tengok buka puan ieda kembang kempis hidung encik emi tahan marah buhakhak



yela yela bukak la kang nangis pulaks


pstt pssttt kawan ieda yang jadi pengapit ni is cantiks ok.. muka tak make up pung dah cantiks *jeles


sila fokus pada pengapit perempuan

SELAMAT PENGANTIN BARU IEDA & SUAMI




disebabkan hari dah nak petang and iolss pula nak berjimba dengan aida kat snogurt kota maka terus cecepat amek turn nak amek gambau before pengantins gi makan.. maaf ieda kami tak sempat nak menjamah lauk pengantin tapi iolss dah suh dah ahkak jijie makankan part aku hahaha.. disebabkan balik awal juga maka tak sempatlah nak ikut pengantins gi ptoshoot hewhew




bukan je pengantins yang asyik berpeluh tapi kami yang tukang datang perebas makanan dan tukang tempek muka dalam gambau pun turut berpeluh sakan.. marilah kita salahkan faktor cahaya lampu yang banyak sangat ehems




lepas siap bergambau terus laju-laju salam mak pengantin dan laju-laju masuk keta gerak balik kota sebab nak berjimba.. masa pergi punyalah senang takde sesat-mesat pung dan dengan konpiden yang tinggi kekonon ingat jalan jika masa pergi belok kanan maka masa balik perlu belok kiri tapi malang memang tidak berbau sebab sebenarnya ada tiga kali belok tapi iolss dengan konpiden ingat ada dua belok je maka marilah kita menyesatkan diri sehingga terjumpa ini sedang melintas jalan (jakun sekejap)



ini sekumpulan satu family ni namanya


masa nampak haiwan di atas actually dah rasa macam pelik sikit eh kenapa ada babies melintas ni sebab masa pergi tadi takde puloks kan.. maybe dah petang meka nak balik rumah kot.. dan sepanjang perjalanan masih lagi tidak tahu bahawa kami tersesat dan tersalah jalan sampailah kami jumpa hujung jalan yang ada tasik.. ini pung nasib baik hujung jalan.. kalau tak mampuih aku tetap meneruskan perjalanan.. jalan is sunyi and scary.. bila dan tau tersesat baru rasa takut dengan keadaan sekeliling yang sunyi sepi takde rumah hanya hutan belaka.. rasa macam kami tersesat dan tak boleh nak keluar sebab makin jalan ke depan makin tak jumpa jalan asal tadi.. pandang depan jalan lurus makin jauh oh scary.. terus baca doa itu ini mohon dapat jumpa jalan keluar sebab kami semua tak kawen lagi


rupanya kami tersalah simpang membelok sebab itu baru simpang kedua belok bukan yang ketiga jalan utama itu dan rupanya kami sudah sesat sejauh 16km ke dalam kawasan sunyi sepi yang takde line tepon tu hah dan rupanya juga jalan kami sesat itu adalah jalan nak ke Batam.. kalau tau iolss bawak passport dah boleh terus gi oliday ohha


before melantak di snogurt marilah menunaikan solat di rumah ahkak aida yang super cantiks.. kagum dengan de aida yang dapat beli rumah besau macam tu di usia yang muda.. kota dah makin best dan terus rasa macam nak posting kota dan taknak posting felda yang takde line tu boleh? nak kota je hukhukhuk


berjimba di snogurt yang ada diskaun 30% tu dan terus laju-laju merayap kat mall yang baru bukak dan laju-laju jugak pulang semuala ke kampung halaman.. till meet okies kota tee hee..



p/s : before balik sempat salam cium pengantin sambil bisik kat pengantin supaya jangan mengelabah dan take care pada malam ini.. jangan lupa tak bleh preggy kalau nak konvo bersama kami insya Allah :)

p/s/s : semoga pengantins bahagia dan jodoh berkekalan hingga ke syurga :)


Wednesday, November 21, 2012

Kejohanan Sukan Sekolan Sukan Negeri Peringkat Kebangsaan 2012

Assalamualaikum & Hii..


Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Salam Melaka Negeri Teknologi Hijau.. ehey semangat Melakau sangat dah ni.. maklumlah setiap kali involved event yang kat Melaka ni mesti wajibul ghunnah akan dengau kata-kata aluan ni sekian..


seminggu cuti di rumah dah sibuk balik semula ke Melaka kekonon rindu katanya tapi baru satu malam di Melaka dah mula menangis manje rindukan kampung halaman ohhoii.. patutlah tak dapat study kat oversea.. kalau tak mesti akan menjadi Kasim Selamat sebab asyik berendam ayaq mataq sebab homesick.. syukur, sesungguhnya Allah is da best planner :)


ehhey, hengkau ingat eden ni sesukau hati je ke hah nak balik semula ke Melaka.. tujuannya balik ke Melaka sebab nak cuci mata gi usaha para atlet sempena Kejohanan Sukan Sekolah Sukan Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke-7 tahun 2012 as a pegawai terhormat yang dok kena berjemur di tengah panas terik beralaskan karpet hijau sambil tengok atlet yang meowww.. 


masa nak mintak nama secara sukarela kemain confident jadi orang pertama yang bagi nama tapi bila semakin tiba hari kejadian maka mulalah gundah gulana dok pikiaq macam mana kalau burn ni alahai.. muka lagi tangan lagi adoiyai.. i is malas nak pakai sunblock bagai ni hah.. tepek bedak baby sudah tapi nanti konpem-konpemlah akan menggelap.. rasa macam nak cancel je tapi bila pikir bab sign yang kena isi lagi tiga before expired date terus bulatkan hati jugak.. tula sape suruh beria nak lulus exam KOAM tu sangat kan kan kan ;p


first day is bangun awal uolsss.. malam pertama haruslah tak boleh tido.. dok sibuk berborak dengan BFF sampai tak sedaq dah larut malam.. baru pusing kiri pusing kanan tau-tau je dah dengau azan subuh ohnom.. terus rasa diri tak ohsem sebab tak cukup tido dan perlu berjemur di tengah panas.. kang atlet tak pengsan, iolss si pegawai ni pulak yang pengsan hewhewhew


memula hari pertama jadi pengadil lorong.. sumpah ini acara kedua yang akan di blacklist awal-awal selepas acara rejam lembing sebab kejanya is not best sebab perlu berdiri tengok orang lari di lorong yang betul sambil berjemur sambil angkat bendera selagi acara tak abes selagi tu keja pung tak abes.. even iolss is pengadil lorong tapi iolss jugak yang perlu angkat starting block n tempat duduk atlet tu sambil perlu memekik melolong memarahi atlet supaya bersedia untuk berlari (nasib baik iolss is singa).. life is unfair sebab yang bukan keja iolss pun iolss kena buat.. bebudak teknikal sekolah bukan nak tolong iolss tapi dok tengokkan akak die yang gojes yang perlu angkat bebarang tu semua sambil bergelak tawa oppaiii *tepuk dahi


bila atlet dah ready nak lari, iolss terpaksa menahan telinga dengau bunyi tembakan yang sekangkang kera tu pulak.. bila acara lelaki u14 dan u16 iolss memang tak dapat nak buat apa sebab bebudak is seksi sambil sibuk betulkan itu ini.. ampun ampun, mata tak nak pandang tapi tetap terlihat secara tak sengaja jugak.. rezeki namanya.. atlet is semua seksi dan iolss pun is seksa nak tahan mata (padahal seronok dapat mencuci mata)


pengadil lorong yang ohsem



bila dah masuk tengahari memang jangan nak kata apa dah bahangnya kemain lagi.. penat iolss dok tutup muka dengan sapu tangan nampak mata je sambil membelakangkan matahari sebab takut burn.. tangan siap sorok di celah kaki lagi tahu tapi tapi akhirnya burn jugak tapi sikit je yeayyyy.. malam tido terus tepek bedak sejuk dua poloh incikkk.. petang is hujan manja-manja maka menjadi pengadil lorong pun terus terfeeling macam filem bersoundtrak kan lagu memori daun pisang ohhaaaaa :)


malam tu pukul sembilan dah pejam mata sebab penat sangat berdiri.. sambil tido sambil menangis sebab sakit kaki.. even dah statikkan kaki supaya tak bergerak sehingga kebas tapi tetap sakit kaki.. ini petua tak menjadi tsk tsk.. esok bangun terus rasa macam nak ponteng tapi bila dapat tahu kena tukar position terus gumbira senyum sampai tinge sebab dapat jadi hakim penamat yang perlu duduk di tangga kambing yang berbumbung sambil mencatat nombor peserta yang mendapat tempat pertama.. iolss is cuak setiap kali atlet nak sampai garisan penamat sebab takut mata kero tersalah catat nombor peserta.. dari peserta tu dapat nombor satu tapi sebab terkelip tiga minit terus jadi nombor empat acane tu?



hakim penamat yang ohsem lagi cumil bila perlu fokus tinggi
 
baju dan topi sponsor



hari last dah sememah sebab dah penat dan tak sabau nak balik.. hari last ni banyak acara delay sebab hujan yang lebat tapi nasib baik habis ikut timing jugak kalau tak kempunan nak balik Joho haritu jugak heee.. paling kesian dekat atlet yang terpaksa lari dalam hujan lebat sebab hujan terus lebat bila atlet dah start lari maka tak boleh nak buat apa-apa lah kan.. hari last tukar keja lagi jadi pencatat masa pulak.. sebab iolss is beria sangat nak catat masa yang kelapan sebab senang nak tengok dan takut kalau atlet terpecah rekod tapi sebab iolss yang tak peka terus jadi tercorot maka iolss perlu catat masa peserta yang dapat tempat pertama sebab alasan yang diberikan tidak diterima sobsobsob.. ini tugas yang paling berat nanang sebab nak set timing tu kena tengok api or asap or bunyi tembakan pelepas tu.. sambil terkejut sambil tangan menekan button stopwatch tu.. taik telinga  boleh cair bila pelepas berada sekangkang kera dari tempat pencatat masa sebab bunyi tembak die tu memang menusuk ke gegendang telinga terus..patut la setiap malam semua time keepers akan mencari cotton bud ;)



da time keepers yang happy + pening = happening


ketiga-tiga tugas pung semua nya dapat mencuci mata auwww i loikee hahaha.. semua pun perlu tengok atlet yang meow yang pelbagai ragam tu hah.. tapi tengok atlet masa nak start lari lagilah meoww.. semua pun nampak oppsss.. setiap kali nak duty mesti perut akan berbunyi maka disebabkan datang awal terus mencari makanan.. sambil ugut ketua kalau tak bagi makan, taknak buat keja.. pantang nampak makanan terus amek makan laju-laju haish mentang-mentanglah makanan free laju je kan.. bila dah petang nak masuk acara akhir semua pung happy kemain sebab tak sabau nak balik.. lagi happy bila tetibe bendahari kehormat datang nak bagi token.. sebab kami is praktikal maka sehari dapat rm20.. tiga hari dapatlah rm60.. lepas duit minyak eden nak balik Joho :)



para pegawai's



abes acara berdesupp lari nak balik.. sebab dah dapat duit terus singgah mall beli hadiah kawen tok para pengantins yang setiap minggu pung ada jemputan.. kang kalau lambat beli memang dapat kaki jela pengantin tu sebab tak mampu nak bagi adiah ;p


thanks pada lecturer yang terlibat, thanks pada Mr. Robert dan para pegawai KOAM yang sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis kejohanan ni.. time kasih sebab memberi kesempatan kepada kami ini menimba pengalaman baru dalam diri.. trimas sebab sudi mempercayai kami even kami belum sah jawatan lagi.. thanks semua.. even penat tapi memang berbaloi-baloi :)



another two sign



Thursday, November 15, 2012

im home :)

Assalamualaikum & Hiii...


salam maal hijrah too.. its so heaven when im home.. i dont how to describe it.. just eat, eat and eat.. its so syorga rite? uhaaa.. bila kat rumah tak payah nak pikir nak makan kat mane nak makan apa.. celik mata je dah boleh hidu bau makanan yang sememangnya umpphhh lagi-lagi kalau emak cuti tak bekerja lagilah triple syorga ohaha.. actually iolss is bosan.. tak sampai seminggu cuti dah mula garu kepala pikir nak buat apa cuti yang berbaki sebulan setengah ni.. takkan harihari nak joget oppa gaynam style yang aku cuma tahu part korus je.. adiks pung dah naik muakk tengok kakak die yang tak sedar diri ni dok joget depan cermin sambil ajak adiks join sekaki.. emak pulak sibuk cakap emak wat poco-poco lagi cumilll.. fineeeeeee

esok akan pulang semula ke bumi bersejarah maka akan bermulalh misi menggelapkan kulit muka dan tangan selama tiga hari plus misi mencuci mata mencari jejaka yang kacak oh iloikee.. ommaii, lupa pulos yang kulit i baru nak memutih gebu dah kena berjemur dah kan.. kira pengorbanan lah ni sebab dah lulus exam koam aritu.. kena abeskan praktikalnya before expired date.. kang tak pasal-pasal dah kena amek test lagi.. test kalau senang takpe lah kang.. ni soklan begitu menusuk sanubari.. satu soklan nak kena imagine sampai duapoloh minit ohnonono




sekarang lagi double bosan sebab semo orang pung keluar.. iollss lately ni telah dilanda tahap kemalasan yang super duper tinggi menggunung.. emak ajak ikut pung terus cakap tak mahu nak duduk kat umah je sebab malas nak pikir nak pakai apa, nak iron apa semo.. adiks siap offer diri tok ironkan baju, shawl tapi tetap malas.. emak pulak sibuk tanya lapar tak nanti nak makan apa emak tak masak lagi.. siap nak keluar tu sempat lagi nak gorengkan ikan dengan watkan sambal kicap tok iolss.. tapi kite bukan anak manje tahu cuma emak je sukakan layan macam iolss ni anak bongsu beliau hakhakhak.. kekadang emak suka tanya nak minum tak emak buatkan milo.. oh very da over emak ini.. iolss pandai buat sendirilah.. siap cakap kat emak yang iolss dah besau dah tahu nak makan masak sendiri, nak minum buat sendiri apa semo tapi tetap emak layan iolss macam budak kecik lagi.. apa ni emak, camne nak kawen cenggini hahahaha.. ok, sebenarnya emak layan anak die semo cenggitu.. lagi-lagi yang duduk jauh jarang balik ini.. maka silalah duduk berjauhan dari emak ye adiks yang berdua kat rumah itu dan akak yang dah nak kawen itu hahahahah..nanti takdelah korang sentap kalau emak asik lebihkan iolss je :p


oh, sabtu lepas terpaksa balik lambat sebab attend seminar koam.. sesi pagi is so so so bosan sebab takde guna slide and just cakap.. jadi aku penat nak pikirkan apa yang dia cuba sampaikan.. next next sesi baru best.. dari ngantok terus tak jadi tido tapi terlelap je ahha.. penat kemas barang sebab akhir taun barang semo kena masuk kat stor.. tetengah malam baru dok sibuk angkat barang dari aras dua gi aras satu.. taun depan bilik is aras dua.. jangan tanya kenapa tak letak kat stor aras dua sahaja sebab bila nak explain itu hati akan turut terbakar.. sambil explain sambil mencarut tak mahu jadi jangan tanya.. so my dear, can you pliss help me to angkat barang masa awal tahun dengan akhir tahun 2013 nanti? boleh la boleh la boleh la pliss, itew kan final year tau kat situ bila lagi nak tolong iteww angkat barang kan kan kan :) ok, time kasih ily :)))))))




abes exam is awal sebab tiga paper je tapi nak start kemas tu punyalah makan masa kan.. dah last minute baru nak kemas sebab kekonon nak tunggu ada mood plus barang pung tak banyak.. iyolah tu barang ang tak banyak kan padahal ang dah pat taun setengah dok kat situ.. 




this is my gobok.. kan tak banyak kan hahaha tapi hakikatnya satu beg pung tak muat.. penat kemas kat part ni je dah macam apa.. tu belum lagi kemas gbok kasut, gobok cermin bersolek, rak buku dengan meja study lagi tu.. memang semalaman baru siap tu pung main campak-campak cenggitu je.. penat tau iolss kemas barang.. nasib tinggal setahun je lagi.. tak saba tak saba.. ohha sebab barang is banyak dan dah hujung sem dan stok makanan masih ada lagi dan perasaan malas untuk membawa balik ke rumah is tinggi maka susun molek-molek letak atas rak kasut untuk sajian makcik celaner blok kami yang selalu bertungkus-lumus membersihkan blok kami itu.. we love uolss ok, makciks.. sila makan dengan sepuasnya walaupun ini tak seberapa ;)



okeh, iolss nak study dah nak baca spesifikasi tugasan iolss as pengadil/pencatat pusingan masa kejohanan nanti.. kang kalau kau tak tahu nak buat apa buat malu je lulus exam aritu.. byeeeess



date to remember 101112 thankz dear <3 p="">





Friday, October 26, 2012

hadiah aidiladha yang begitu berharga :')

Assalamualaikum & Hii


salam aidiladha kepada semua umat Islam di bumi barakh ini.. Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk menikmati raya yang indah di kampung halaman terchenta bersama mereka yang tersayang.. meriah raya haji dah macam raye aidilfitiri pula walaupun masih tak cukup korum lagi tapi tetap boleh senyum sampai ke telinga.. rasa bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga besar yang penuh kasih sayang ni :')


perasaan gumbira tak dapat nak sorok lagi.. gumbira sampai rasa nak menangis.. setelah mengharungi minggu-minggu yang meletihkan, yang mencengkam jiwa, yang merobek rasa di mana minggu yang penuh dengan kesedihan, kekacauan jiwa, ketekanan dan yang paling penting memerlukan ketabahan hati yang tinggi untuk menghadapi.. Alhamdulillah, Allah memberikan pelangi yang super duper indah setelah diturunkan hujan yang lebat.. Terima Kasih Ya Allah.. :')


kegembiraan harini adalah hadiah aidiladha yang terindah.. kegembiraan disebabkan ini ;





ok, kurang jelas kan.. sat sat i is zoom kan sikit heeee








mane tak gumbira sebab nak tau tak betapa susahnya nak amek exam ni apatah lagi nak lulus.. study buku just teorinya semata-mata sedangkan soklan is aplikasi bagi situasi permainan and watsoeva lagi yang berkaitan.. ada jugak part-part istilah yang aku tak tau pun wujud jugak rupanya hakhakhak dan paling konpius bila nak pikir itu rules lama or rules semasa or rules coming soon nanti sebab dalam kepala dah tercampur dua-dua input sampai lupa nak buat folder old and new..


seminggu sebelum exam adalah bengkel selama 3 jam tapi dalam bengkel entah ke mane kepala pula entah ke mana.. yela, bengkel is petang Sabtu padahal dalam kepala dah set nak balik kampung.. exam pulak buat malam Ahad seminggu selepas bengkel.. Ahad petang baru balik kampus.. kalau dah namanya kat rumah memang tak akan bukak buku langsung lagi-lagi bila balik sebab de urusan-urusan tertentu.. benarlah kalau kita permudahkan urusan orang lain maka Allah juga akan permudahkan urusan kite.. seriusly talking yang exam die is super duper hard.. ada part-part yang i is blank and blur.. puas pikir apalah kan tapi tetap tak dapat-dapat.. last-last dengan reda dan pasrah sambil berdoa menghentam jawapan.. nak serah kertas kemain lagi doa itu ini moga lulus.. i is memang berharap sangat tapi i jugak is sedar dengan keusahaan diri yang tak seberapa berbanding dengan harapan yang tinggi melangit itu.. lepas exam i is doa doa dan terus berdoa.. siap mintak familys, rumate, classmates doakan.. nampak tak betapa besaunya harapan iter itu? 


tak tau lah kenapa nak sangat lulus.. maybe sebab terlalu suka dan minat dengan bidang ni.. mane tak nye kalau sanggup sampai pecah bibir, lebam badan, bengkak kaki tangan semua kan, siap main dalam hujan lebat pung sanggup i tau uolss.. i is berharap i tak stop setakat abes exam ni je.. hopefully hati ni cekal nak teruskan praktikal and go on next next level insya Allah.. pliss pliss plisss doakan untuk iter ye.. kiter nak sangat sangat sangat.. terima kasih semua yang tolong doakan.. jasa anda tak dapat dibalas dengan kata-kata.. semoga anda, anda dan anda yang mendoakan akan beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.. Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu ini :')





mungkin ini adalah entry yang paling annoying pada korang tapi just nak share kegembiraan hati


Terima Kasih 





doakan kami semua untuk exam kali ni.. semoga dipermudahkan insya Allah


from FB Teha.. jangan mara yayang :0





salam aidil adha :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...