Wednesday, November 21, 2012

Kejohanan Sukan Sekolan Sukan Negeri Peringkat Kebangsaan 2012

Assalamualaikum & Hii..


Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Salam Melaka Negeri Teknologi Hijau.. ehey semangat Melakau sangat dah ni.. maklumlah setiap kali involved event yang kat Melaka ni mesti wajibul ghunnah akan dengau kata-kata aluan ni sekian..


seminggu cuti di rumah dah sibuk balik semula ke Melaka kekonon rindu katanya tapi baru satu malam di Melaka dah mula menangis manje rindukan kampung halaman ohhoii.. patutlah tak dapat study kat oversea.. kalau tak mesti akan menjadi Kasim Selamat sebab asyik berendam ayaq mataq sebab homesick.. syukur, sesungguhnya Allah is da best planner :)


ehhey, hengkau ingat eden ni sesukau hati je ke hah nak balik semula ke Melaka.. tujuannya balik ke Melaka sebab nak cuci mata gi usaha para atlet sempena Kejohanan Sukan Sekolah Sukan Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke-7 tahun 2012 as a pegawai terhormat yang dok kena berjemur di tengah panas terik beralaskan karpet hijau sambil tengok atlet yang meowww.. 


masa nak mintak nama secara sukarela kemain confident jadi orang pertama yang bagi nama tapi bila semakin tiba hari kejadian maka mulalah gundah gulana dok pikiaq macam mana kalau burn ni alahai.. muka lagi tangan lagi adoiyai.. i is malas nak pakai sunblock bagai ni hah.. tepek bedak baby sudah tapi nanti konpem-konpemlah akan menggelap.. rasa macam nak cancel je tapi bila pikir bab sign yang kena isi lagi tiga before expired date terus bulatkan hati jugak.. tula sape suruh beria nak lulus exam KOAM tu sangat kan kan kan ;p


first day is bangun awal uolsss.. malam pertama haruslah tak boleh tido.. dok sibuk berborak dengan BFF sampai tak sedaq dah larut malam.. baru pusing kiri pusing kanan tau-tau je dah dengau azan subuh ohnom.. terus rasa diri tak ohsem sebab tak cukup tido dan perlu berjemur di tengah panas.. kang atlet tak pengsan, iolss si pegawai ni pulak yang pengsan hewhewhew


memula hari pertama jadi pengadil lorong.. sumpah ini acara kedua yang akan di blacklist awal-awal selepas acara rejam lembing sebab kejanya is not best sebab perlu berdiri tengok orang lari di lorong yang betul sambil berjemur sambil angkat bendera selagi acara tak abes selagi tu keja pung tak abes.. even iolss is pengadil lorong tapi iolss jugak yang perlu angkat starting block n tempat duduk atlet tu sambil perlu memekik melolong memarahi atlet supaya bersedia untuk berlari (nasib baik iolss is singa).. life is unfair sebab yang bukan keja iolss pun iolss kena buat.. bebudak teknikal sekolah bukan nak tolong iolss tapi dok tengokkan akak die yang gojes yang perlu angkat bebarang tu semua sambil bergelak tawa oppaiii *tepuk dahi


bila atlet dah ready nak lari, iolss terpaksa menahan telinga dengau bunyi tembakan yang sekangkang kera tu pulak.. bila acara lelaki u14 dan u16 iolss memang tak dapat nak buat apa sebab bebudak is seksi sambil sibuk betulkan itu ini.. ampun ampun, mata tak nak pandang tapi tetap terlihat secara tak sengaja jugak.. rezeki namanya.. atlet is semua seksi dan iolss pun is seksa nak tahan mata (padahal seronok dapat mencuci mata)


pengadil lorong yang ohsem



bila dah masuk tengahari memang jangan nak kata apa dah bahangnya kemain lagi.. penat iolss dok tutup muka dengan sapu tangan nampak mata je sambil membelakangkan matahari sebab takut burn.. tangan siap sorok di celah kaki lagi tahu tapi tapi akhirnya burn jugak tapi sikit je yeayyyy.. malam tido terus tepek bedak sejuk dua poloh incikkk.. petang is hujan manja-manja maka menjadi pengadil lorong pun terus terfeeling macam filem bersoundtrak kan lagu memori daun pisang ohhaaaaa :)


malam tu pukul sembilan dah pejam mata sebab penat sangat berdiri.. sambil tido sambil menangis sebab sakit kaki.. even dah statikkan kaki supaya tak bergerak sehingga kebas tapi tetap sakit kaki.. ini petua tak menjadi tsk tsk.. esok bangun terus rasa macam nak ponteng tapi bila dapat tahu kena tukar position terus gumbira senyum sampai tinge sebab dapat jadi hakim penamat yang perlu duduk di tangga kambing yang berbumbung sambil mencatat nombor peserta yang mendapat tempat pertama.. iolss is cuak setiap kali atlet nak sampai garisan penamat sebab takut mata kero tersalah catat nombor peserta.. dari peserta tu dapat nombor satu tapi sebab terkelip tiga minit terus jadi nombor empat acane tu?



hakim penamat yang ohsem lagi cumil bila perlu fokus tinggi
 
baju dan topi sponsor



hari last dah sememah sebab dah penat dan tak sabau nak balik.. hari last ni banyak acara delay sebab hujan yang lebat tapi nasib baik habis ikut timing jugak kalau tak kempunan nak balik Joho haritu jugak heee.. paling kesian dekat atlet yang terpaksa lari dalam hujan lebat sebab hujan terus lebat bila atlet dah start lari maka tak boleh nak buat apa-apa lah kan.. hari last tukar keja lagi jadi pencatat masa pulak.. sebab iolss is beria sangat nak catat masa yang kelapan sebab senang nak tengok dan takut kalau atlet terpecah rekod tapi sebab iolss yang tak peka terus jadi tercorot maka iolss perlu catat masa peserta yang dapat tempat pertama sebab alasan yang diberikan tidak diterima sobsobsob.. ini tugas yang paling berat nanang sebab nak set timing tu kena tengok api or asap or bunyi tembakan pelepas tu.. sambil terkejut sambil tangan menekan button stopwatch tu.. taik telinga  boleh cair bila pelepas berada sekangkang kera dari tempat pencatat masa sebab bunyi tembak die tu memang menusuk ke gegendang telinga terus..patut la setiap malam semua time keepers akan mencari cotton bud ;)



da time keepers yang happy + pening = happening


ketiga-tiga tugas pung semua nya dapat mencuci mata auwww i loikee hahaha.. semua pun perlu tengok atlet yang meow yang pelbagai ragam tu hah.. tapi tengok atlet masa nak start lari lagilah meoww.. semua pun nampak oppsss.. setiap kali nak duty mesti perut akan berbunyi maka disebabkan datang awal terus mencari makanan.. sambil ugut ketua kalau tak bagi makan, taknak buat keja.. pantang nampak makanan terus amek makan laju-laju haish mentang-mentanglah makanan free laju je kan.. bila dah petang nak masuk acara akhir semua pung happy kemain sebab tak sabau nak balik.. lagi happy bila tetibe bendahari kehormat datang nak bagi token.. sebab kami is praktikal maka sehari dapat rm20.. tiga hari dapatlah rm60.. lepas duit minyak eden nak balik Joho :)



para pegawai's



abes acara berdesupp lari nak balik.. sebab dah dapat duit terus singgah mall beli hadiah kawen tok para pengantins yang setiap minggu pung ada jemputan.. kang kalau lambat beli memang dapat kaki jela pengantin tu sebab tak mampu nak bagi adiah ;p


thanks pada lecturer yang terlibat, thanks pada Mr. Robert dan para pegawai KOAM yang sudi menjemput kami bagi memeriahkan lagi majlis kejohanan ni.. time kasih sebab memberi kesempatan kepada kami ini menimba pengalaman baru dalam diri.. trimas sebab sudi mempercayai kami even kami belum sah jawatan lagi.. thanks semua.. even penat tapi memang berbaloi-baloi :)



another two sign



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...