Saturday, March 15, 2014

Wedding Rohaidah dan Amin 22-23 November 2013

Assalamualaikum & Hii..

WARNING : ini adalah entry yang panjang.. kalau sedang bermalasan sila beredar awal, terima kasih ;p


perghh pengantin dah siap abes trimester pertama dah, baru aku nak hupdate entry kawen mereka.. yaa ampunn, maaflah sebab di tahun lepas sehari selepas majlis, ada peristiwa yang tidak ingin diingati sepanjang hidup lantas terus takde mood nak taip entry yang memang akan menjadi kenangan manis buat persahabatan kami.. taknak buat entry ni tahun lepas sebab tahun 2013 adalah tahun yang paling dibenci maka baik buat entry di tahun 2014 je katanya.. kang masih boleh digodem lagi nak baca balik.. maklumlah aku ni jenis yang obses dengan blog sendiri gagaga


Alhamdulillah, bestfren kesayangan dunia akhirat dah selamat jadi isteri orang dah and tak lama lagi pun nak jadi emak orang dah sebab pengantin is bunting pelamin seperti yang dihajati dan seperti yang didoakan oleh sahabat handai yang lain.. yeayyy, nak jadi makcik dah iteww ni.. Alhamdulillah, syukur Ya Allah :)


majlis berlaku dua hari iaitu hari Jumaat untuk majlis pernikahan dan hari Sabtu untuk majlis persandingan di belah perempuan di Felda Bukit Puchong, Pahang.. ke Pahang kita jommm :)




tempat berkumpul macam biasa mesti kat Melaka sebab Melaka adalah check point yang paling senang untuk berjumpa bersama.. majlis akad nikah lepas Asar jadi kami bertolak dari Melaka before Zohor dalam kol 1 macamtu lah sebab tunggu orang Bangi dengan Shah Alam sampai sekali.. then amek budak dekat Jasin dan gerak satu keta je senang.. jimat minyak dan sebagainya plus boleh xoxo dalam keta untuk hilangkan mengantuk si driver kahkah.. dalam 2 jam lebih kami pun sampai rumah pengantin to-be.. Alhamdulillah, selamat perjalanan kami tanpa apa-apa halangan.. sampai je rumah pengantin, terus lepak jumpa pengantin yang tak nebes langsung then makan, solat jamak terus pastu terus ber-selfie-an sambil tunggu majlis nak berlangsung..



masa ni bagi chance kami nak posing dulu dan amek port baik sebelum orang ramai berasak-asak nak rebut tempat.. port memang paling ohsem sebab duduk betul-betul belakang pengantin perempuan.. lepastu terus tak behave bila pantang nampak abang camera pegang kamera nak shot pengantin sibuk nak menyelit masukkan diri dalam gambau jugakkk hahaha



perghhh, time ni kami pulak yang dah start nebes dan paling excited hiks.. yang belakang menyebuk nak selit dalam gambar adalah kengkawan pengantin dan perempuan yang di depan yang memakai jubah jeans yang gojes lagi cantik adalah kakak-kakak pengantin yang sporting tak hingat..



Alhamdulillah, majlis berjalan lancar tanpa sebarang kekangan.. semuanya ontime seperti yang dirancang.. maka dengan izin Allah sahlah mereka sebagai suami isteri dunia akhirat insya Allah..



bila girfie kesayangan merangkap sahabat baik dunia akhirat selamat bertukar status cik kepada puan, rasa gembira yang terambil sampai nak nangis.. iye, mungkin kehidupan kami tidak seindah dahulu di kala zaman anak dara yang bujang dahulu sebab dia akan lebih utamakan suami dan keluarga barunya namun persahabatan yang terjalin insya Allah takkan terkubur begitu sahaja sebab uollss mean a lot to me huaaaa nagis



dialah classmate, jiranmate bilik dekat asrama, jiranmate meja kat kelas, partnermate praktikum, partnermate assignment, geng buat jahat bersama, geng makan bersama, geng gelak bersama, geng nangis bersama, geng karok bersama, geng gosip bersama sampaikan berak dan mandi semua bersama bhahaha.. terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang kami lalui bersama sampaikan pointer exam pun hampir sama dan dialah juga sahabat yang tak pernah hilang tidak kira macam mana keadaan diri ini dan dia ini jugalah sahabat yang menerima diri ini seadanya semua kelebihan dan kelemahan diri.. sahabat yang sangat memahami dan insya Allah akan menjadi sahabat dunia akhirat.. pergh sayu pulak aku taip perenggan ni alahaii nyah terus tak macho langsung dah


malam tu kami tidur di bilik pengantin bersama pengantin tapi pengantin perempuan jela.. kang kalau sekali dengan pengantin lelaki memang bukan malam pertama buat mereka pulak kan sebab ada pengacau hakhakhak.. punyalah taknak guna katil pengantin sampai sanggup bukak sarung cadar dulu sebab takut terkena air liur basi nanti kang kat cadar tu dah tak selesa pengantins nak ehem ehem esok malamnya tu taw.. deep sangat maksud kan kahkahkah


malam tu memang tidur lambat gilos dengan pengantin sekali lambat tidur sampai sempat lagi kami karok memalam buta tu kat luar.. yang stay dalam bilik sibuk berselfie lintas langsung dalan group wassap kelas bagi bebudaks yang tak dapat datang ni jeles hikkss.. aku dengan Ismah pulak sibuk dok salin terjemahan doa khatam Al-Quran dalam bahasa melayu sebab takut tergagap-gagap nanti bila esok nak baca masa majlis khatam Quran belah pagi nanti.. pastu selagi tak pejam mata memang selagi tulah semua orang pun tak tidur dok soksek soksek potpet potpet nak spend masa terakhir dengan pengantin yang masih sama tittle anak dara tu.. kang lepas ni time lepak adalah yang dah tak boleh masuk geng anak dara kan sebab dah jadi bini orang pulak.. taktaulah tidur sebenarnya pukul berapa sebab tahu-tahu je dah nak masuk subuh and semua pun sibuk bangun solat dan sambung borak bukannya nak tolong emak-emak buat breakfast kat dapur.. mohon tidak ikut jejak langkah kami yang berperangai buruk sekali-sekala ini gagaga





disebabkan kami tak tolong buat sarapan dan asyik bersembang je dalam bilik pengantin tu sebab semua malas nak mandi dan bersiap lagi maka kami pun ambil keputusan untuk sambung berborak di luar rumah sambil buat kerja.. ini barulah dinamakan masa yang ada tidak disia-siakan dengan hanya bual kosong bila sambil mulut berjalan, tangan dan kaki juga turut bergerak.. memang girfie kesayangan pengantin ni dah awal-awal volunteer nak buatkan guest book and photo booth bagi menjimatkan lagi kewangan pengantins.. 


selaku sahabat dunia akhirat, kami sangat memahami mengenai bajet perkahwinan terutama bila kawen masa belajar atau dalam erti kata lain bila kawen masa tak kerja lagi sebab takde income.. memang kami buat semua benda yang boleh menjimatkan kos perkahwinan pengantins lah kiranya macam baju bridesmaid pun tajaan sendirian berhad, goodies bag pun ada yang buat sendiri dan so on.. selagi yang boleh D.I.Y memang kami akan men-D.I.Y-kan benda alah itu.. jimat memang jimat.. buat apa nak membazir masa kawen ni sebab apa yang paling penting adalah keberkatan majlis tersebut ecececeh.. lagipun kehidupan selepas berkahwin adalah yang paling utama sebenarnya.. mohon fokus di situ ye bakal-bakal pengantins sekalian alam.. ini pesanan penaja yang free tak payah bayau pun.. ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam ecececehh


gabungan budak kreatif dan budak tak kreatif maka terhasillah photo booth yang tak segah mana pun jika dibandingkan dengan photo booth dari butik kan tapi ok what dari takde.. dan ehem ehem, semua tetamu puji photo booth kami cantik taw *kembang



settle je photo booth terus amek turn mandi plus bersiap untuk majlis khatam pukul 10 pagi tu.. kang kalau lambat mandi kang sibuk pulak halang laluan ulang-alik dari bilik ke dapur nak gi mandi kan.. ada yang kena pang sekali dengan iols sebab tak menghormati majlis maka sepantas kilat semua pun bersiap hikkss..


yang terlibat dalam majlis khatam ni is pengantin, roomate pengantin di asrama dan kazen pengantin.. kengkawan yang lain jadi supporter je kat tepi tu hehehe.. siap guna mic lagi uolss.. habis je majlis terus sambung lepak dalam bilik eh bukan bukan.. sambung lepak kat luar sebab nak makan lauk katering yang sedap asbetos sebab ada ayam goreng berempah uolss.. pengantin dengan Ismah sibuk tukar baju pulak untuk majlis seterusnya..



edisi mengisi perut round pertama tee hee



disebabkan banyak lagi masa terluang selepas makan sementara tunggu mak andam datang tu, bagilah chance dekat aku ni hah nak selfie jugak.. shawl, baju kurung moden semua yang aku pakai masa majlis ni semua aku buat sendiri last minute sebab aku takde baju warna kuning huaa.. nanti kang dah tak sama tema kuning dengan bridesmaid yang lain.. gigih tahu iolss buat semua tu sampaikan bunga tu dijahit dimalam hari sebelum bergerak ke Pahang tu hah.. kasut dengan clutch tu pulak adalah tajaan dari orang lain.. motor legend tu pulak adalah item untuk pengantins nak gi outdoor photoshoot nanti tapi bagi parking dekat dengan photo booth dulu biar jadi bahan untuk bergambar jugak.. giteww konsep penjimatan yang diamalkan.. selagi boleh guna, kita gunakan jangan membazir hakhakhak.. membazir itu kan amalan syaiton nirajimm tak suka tak suka



inilah roomate lima tahun setengah aku masa belajar dan merangkap girfie kesayangan dunia akhirat yang tak pernah gagal untuk ada bersama di kala susah dan senang, jatuh dan naik diri ini.. romate ini jugalah yang sanggup korbankan masa tidur dia untuk teman ahkak singa dia ni gi hospital masa sakit, buatkan bubur dan juga sanggup urutkan badan ahkaks singa dia ni kalau tengah senggugut mahupun sakit kepala hahaha.. nampak macam aku selalu je buli roomate aku ni tapi sebenarnya jauh disudut hati aku sayang giler kot kat die wahaha.. huaa tetibe rindu nak pillow talk dalam gelap sampai terlelap sendiri.. ilebiu roomate




inilah empat orang anak dara yang masih bujang trantangtang yang tinggal yang tengah tunggu turn siapa pulak lepasni.. yang penting semua masih single dan available lagi ehemmm (sambil kenyit mata).. semua gadis bujang ni adalah sangat baik hati lagi penyayang dan menjadi idaman golongan mentua walaupun tidak mempunyai paras rupa seperti artis korea even semua pun adalah jiwa kpop katakaw wkakaka..



ini pulak barisan rakan seperjuangan di tempat belajar yang sempat menghadirkan diri dan menjadi wakil bagi kelas-kelas yang lain.. takpe, iols dan pengantin pun paham sebab semua dah balik kampung dan tak menyempat nak menghadiri majlis.. yang penting doa kalian semua adalah sangat bernilai.. eh eh dah kenapa aku pulak yang over bagi ucapan.. kira ni ucapan wakil dari pengantins lah ea.. aci dok?




perempuan di atas adalah anak jati Kedah merangkap pengapit pengantin perempuan nanti.. eh motip gambar ni adalah ucapan yang ingin ditunggukan kepada pengantins.. mohon jangan salah faham ye ahaks
we love u pengantins



yeayyy, finally datang jugak pengantin lelaki kita ni hah.. ingatkan majuk tak nak datang sebab mak andam datang lambat tadi kan hahaha.. mak andam is so profesional.. majlis bersanding kol 1.30 tapi mak andam datang lagi 10 minit pukul satu.. kiteorang dah gelabah beruk dah takut pengantin perempuan tak sempat make up lagi bila pengantin laki dah sampai.. rupanya zupzap zupzap mak andam make up tak sampai 30 minit dah siap.. hebat mak andam ni walawehhh.. tapi dengau cite mak andam ni dah pencen lah sebab nak tumpu pada bisness Shaklee beliau wallahualam lah kan



pengantins duduk kejap je kat pelamin tu tak sempat nak buat pape then terus bergerak ke meja makan berdamai sebab pengantins dah lapau tahap gaban.. nampak tak betapa orang melayu terakhirnya kedua pengantins ini sampai makan pun tak nak guna sudu dan garpu, guna tangan je baru feeling makan tu menusuk hingga ke jiwa.. pengantins dengan pengapits memang makan tak hingat dunia langsung dan tak cover pun.. pengantins yang macam ni lah yang dimahukan tak perlu nak cover sangat.. pengantins yang cover-cover masa makan ni kang sakit perut kena gastrik sebab tak makan.. tak pasal-pasal malam pertama kat wad aduhai.. ehh termerepak pulak ya ampunnn



sementara tunggu pengantins dan pengapits menjamu selera, kita bergambau sakan dulu atas pelamin sementara takde orang lagi ni hahh.. kang kalau dah ramai orang nak bergambau nanti, tak menyempat pulak nak posing kat sini kan.. amek gambau paksa abang kamera amekkan guna henpong memasing lepastu siap paksa amek guna kamera utama sebab nak masuk dalam album jugak huaaa nasib badan lah abang oiii melayan kerenah kengkawan pengantin yang senget ni hahhh



yeayy, ada pun gambar reramai budak zaman belajar bersama dengan pengantins.. amek gambar laju-laju sebab nak gerak balik dah petang tu tsk tsk sebak.. 



hai, kami buddies dan kami takkan terpisah.. sorang dari kami dalam selamat menjadi isteri, tinggal lagi empat orang yang masih tunggu jodoh terbaik dari Allah.. doakan semua yang baik-baik ye.. sapa taknak bahagia, taknak ada keluarga sendiri kan.. tak sabar nak gathering berpicnic bersama bila semua dah ada keluarga sendiri sambil mata tengok anak main air tepi pantai sambil mulut dok sibuk soksek potpet gosip sambil tangan hidang lunch untuk para suami tercinta pewittt.. moga anganan ini menjadi realiti satu masa nanti dengan izin dari-Nya insya Allah..


inilah girfie kesayangan merangkap sahabat dunia akhirat yang menjadi penghibur jiwa raga di kala susah senang, jatuh bangun sepanjang pengajian lima tahun setengah kat Melaka.. terlalu banyak dugaan yang telah kami lalui sehinggalah membawa kami kepada ikatan persahabatan yang begitu tinggi nilainya yang tidak dapat ditukar ganti.. semoga Allah memberkati persahabatan dan persaudaraan kita ni hingga syurga amin ya rab :')



ini edisi pengantins bersama ahli keluarga pengantin perampuan.. family besar yang baik dan happening sangat.. tak kekok langsung dari first time jumpa hinggalah sekarang sebab dah rasa macam family sendiri.. bangun tidur muka sememeh pun tak malu lepak sama nak makan breakfast even tak mandi lagi hahaha larikkkkk



pengantins nak keluar gi outdoor photoshot tapi kami tak dapat nak join sebab dah gerak balik.. memasing nak kejau tiket balik destinasi Bangi, Shah Alam dan Kedah giteww.. before bebudak ni naik bus sempat lah makan ayam penyet bersama di Tesco untuk terakhir kalinya sebab tak tahu lagi bila nak jumpa.. ohh, family pengantin tapaukan kami makanan banyak gilos.. lauk memang superb sampaikan lepas aku siap mandi kat rumah and nak gi makan lagi tengok-tengok adiks dah habiskan semua makanan huaaaaa nagis laju-laju macam ni.. terbayang-bayang lagi kesedapan lauk kenduri saat menaik entry ni T_T nak lagi nak lagi nak lagi huaaaa T_T



kelabu pink ni tema belah lelaki kat Kota Tinggi untuk next weeknya tapi aku tak dapat nak menghadirkan diri sebab anak paklong pun ada kenduri di hari kejadian.. maaf ye encik dan puan pengantins.. ada rezeki nanti kita berjumpalah lagi di Kota Tinggi gitewww


pstt pssttt nak tau satu rahsia pengantins tak.. sebenanrnya dieorang ni adalah sepupu taw.. tapi sepupu tiri yang tiada pertalian darah langsung.. kawen sebab ahli keluarga yang suruh untuk mengeratkan dan mengertikan lagi perhubungan saudara tu.. dua-dua pun dulu dah ada boifren dengan girlfren tapi putus secara baik sebab menghormati permintaan keluarga dan Alhamdulillah, kedua-dua pasangan kepada pasangan ini memahami dan akhirnya mereka semua bahagia.. jodoh dari Allah disertakan dengan restu keluarga sangat memainkan peranan sebab dari tak suka boleh jadi cinta yang amat kerana Allah.. Subhanallah, hebat sungguh kuasa Allah.. percayalah bahawa Allah yang pegang hati manusia ni dan Dia jugalah yang mampu mengubahnya demi kebaikan kita.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..


ok, untuk maklumat lanjut boleh hubungi mereka ini ye :

Caterer : Katering Nabilah Bahau


p/s : perghh baru perasan yang inilah entry pertama di bulan March dan rupanya dah nak cuti sekolah dah.. mohon April cepat tiba *peace yoo

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...