Friday, February 28, 2014

mini reunion berdua 27.02.14

Assalamualaikum & Hii..


yeayyy, harini hari last untuk Februari.. so, rupanya dah tiga bulan bergelar pengganggur terhormat yahuu.. rupaya dah dua ke tiga bulan jugak tak jumpa semua girfie kesayangan huaaa.. eh tapi semalam dah buat mini reunion kecik berdua je dengan Ara kat Melaka.. mana ada lagi tempat yang paling dirindui selain Melaka sebab Melaka tempat kami membesar menjadi dewasa dan gadis gojes seperti sekarang ini.. pergh perghh ayat..


Ara memang kat Melaka stay rumah akak die so before die balik ke Chini semula ayuhlah kita berjumpa bergelak tawa bersama dahulu bebeh.. girfie kesayangan yang lain kita tunggu masa yang sesuai dan keadaan poket yang tebal ye.. maklumlah tak dapat BR1M kan sobss sangat..




 timing sampai memang ngam-ngam berdua sampai jumpa kat parking lot MC pastu terus masuk toilet sebab nak buang hajat plus nak amek gambar selfie depan cermin toilet.. sebab apa? sebab kena buat lintas langsung dalam wassap group kesayangan hati untuk mereka yang tak dapat join.. aku adalah manusia yang takde wassap sehingga ke hari ni dan sebab itulah telah dicurangi atas alasan buta teknologi bhahaha.. mohon bakal suami adalah dari golongan yang tak celik IT jugak supaya level kami adalah sama jadi tak sempat nak main kayu tiga empat mahupun lima


MC is Melaka Central.. tahu tak MC ni tempat melepak makan dan juga boleh jadi tempat shopping yang mampu menghabiskan duit kami sampai beratus-ratus.. perghh, ke-power-an MC memang takde tandingnya hakhakhak sebab last before balik, kami tetap shopping gaban kat MC even dah jejak tesco and jj.. MC is da best hoo hoo..



motip ke Melaka adalah sebab nak makan ayam penyet tesco, tom yam tesco, each a cup tesco, auntie anne's jj,cool blog mc dan kek secret recipi sempena belated besday celebration even dah berlalu sebulan setengah.. terharu nak nangis taw macam ni.. sebenanrnya banyak mende lagi nak makan macam coconut shake batu berendan, doburi food court jj, seoul garden mp, nasi ayam sup utara mc and bla bla bla tapi takpelah kita hold dulu tunggu cukup semua kesayangan barulah pulun semua itu kan.. makanan yang separuh ni pun buatkan perut full, Alhamdulillah rezeki orang nak belanje.. 


aku perhati yang aku ni memang selalu dapat rezeki dalam bentuk makananlah.. Ya, Allah, syukurnya sebab Allah kembalikan nikmat makanan yang membuak seperti dulu sebab aku dah lama hilang nafsu makan sampai berat turun mendadak cecah bawah 45kg iaitu angka yang tak pernanh aku dapat sepanjang dah 20-an ni hahhhh.. hebat penangan hidup kali ni wehh hahaha



semoga nikmat makan yang sentiasa membuak ini akan berkekalan dan tidak hilang lagi.. mohon kembali seperti dahulu yayan caiyokkk :)


hari yang indah bila dapat makan sambil berkongsi 1001 cerita sampaikan tak sedar masa berlalu dan paling keji bila tangan sampai kering tak berbasuh sebab khusyuk sangat cerita.. see, perangai keji di asrama telah terbawa-bawa kat tempat makan.. nampak tak kerinduan semua itew sebenarnya huaaa..


time balik terus feeling sedih sampai nak nangis.. semoga persahabatn kita berlima ni terus berkekalan hingga syurga aminnn.. 


sebenarnya takde idea nak mencarut apa je kat sini tapi rindu blog hahaha.. 


terima kasih Ara untuk hari yang indah dan makanan yang indah juga.. semoga diperluaskan lagi dengan rezeki yang halal dan dipermudahkan urusan dunia akhirat..


p/s : mohon cepat posting sebab nak kumpul duit nak jumpa girfie kesayangan semua


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...