Sunday, February 16, 2014

PULAU REDANG : Pilihan Destinasi Percutian

Assalamualaikum & Hii..


(ini adalah entry yang sangat panjang dan memerlukan kesabaran setebal kulit buaya, sekian)

disebabkan masih menganggur di home sweet home ni jadi bila ada mood yang baik, akan tengok gambar kenangan sepanjang tempoh belajar.. kot-kot ada moment yang indah yang boleh dikenang mahupun diberangankan sebelum mata terlelap kat atas tilam yang empuk kat dalam bilik tidur tu *padahal windu kengkawan semua huaaaa


ohh yaaa, actually ini adalah moment indah bercuti di Pulau Redang semasa break sem masa tahun pertama membuat degree.. oh may patutlah kulit masih flawless rupanya kenangan yang lama tapi bila diselongkar tak pernah dijadikan entry.. perghhh, tak sangka gua stalk blog sendiri bhahaha


dah, sekarang masa untuk mengimbau balik kenangan berholiday.. untung-untung posting awal nanti cuti sekolah bulan tiga boleh berholiday dah dengan duit gaji walaupun konpem tak dapat gaji lagi ahakss.. takpe janji kita enjoy setiap kali cuti even hanya di rumah pun tetap boleh enjoy dengan makanan yang sedap sambil menonton drama cinta Korea.. kpop sangat kawww..


percutian telah dilakukan selama seminggu.. kelas kaw jemah holiday seminggu bagai.. macam banyak je duit kaw kan.. kalau masih bergelar student and bila kaw nak jimat masa holiday kaw haruslah pergi bercuti di negeri yang ada kawan kaw tinggal means kampung halaman mereka.. nanti jimat tempat penginapan dan makan minum sepanjang penginapan.. tak gitewww.. hidup kena bijak, sekian..


dua hari pertama di Terengganu adalah berjalan mengelilingi Kuala Terengganu yang aman damai lagi bersih.. tempat penginapan dan makan minum adalah tajaan sepenuhnya oleh Puan Fatehah sekeluarga.. family dieorang ni memang baik hati dan sangat pemurah.. semoga Allah memperluaskan lagi rezeki yang halal buat kalian sekeluarga.. mana taknya, aku celik mata je disumbat terus dengan makan.. tak sempat makanan tadi nak hadam, dah kena makan lagi.. tak sempat nak rasa lapau, dah timing makan lagi.. ya ampunn selagi tak pejam mata selagi tulah kaw akan makan, makan dan makan.. pergi berjalan pun ofkoslah akan makan kan.. sampaikan bila nak kuar duit sendiri nak bayar pun siap kena marah tahu.. nampak tak penjimatan di situ dan betapa pemurahnya family ini memberikan layanan kepada tetamu.. Alhamdulillah rezeki ni namanya.. 


masuk hari ketiga barulah bermulanya percutian ke Pulau Redang.. kami pergi berempat iaitu bersama akak senior, Kak Kaey dan juga adik Tehah, Aishah.. alahai kenapa nama adik kengkawan semua nak sama je kan.. feeling adik sendiri sangat tahu hah hah hah.. awal-awal pagi semangat kemain beli tiket feri tahu.. nasib memang tak ramai orang lagi time tu and kami semua dapat tiket dengan separuh harga.. sebab separuh harga adalah abang penjaga tiket yang memang dah kenal family Tehah ni sebab dieorang memang selalu gi ke sana.. so dah biasa sangat thats why lah boleh beli tiket dengan harga kenyit-kenyit mata je hakss.. jangan tanya aku harga tiket berapa sebab aku dah tak hingat plus aku juga turut ditaja masa ini.. nampak tak tuah manusia yang kita tak nampak bila bertuahnya itu akan datang? (abaikan bahasa melayu yang tonggang-terbalik)




edisi muka excited memasing sebab dah tak sabar nak tengok keindahan hidupan laut yang super duper cantik iteww.. baju merah kat atas yang tengah tu iailah akak senior third year masatu dan yang bertudung pink di tengah bahagian bawah gambar adalah Aishah yang berumur 11 tahun.. maka bermulah episod Pulau Redang kami yahuuuuuuuuu




actually memula kami semua naik feri sampailah kat pelabuhan mana entah namanya tu.. then nak gi ke kawasan kampung berhampiran tu kami naik bot.. kami tak pergi direct ke pulau sebab nak amek barang dulu kat kampung tu so bermalam kat kampung rumah family Mimi.. Mimi ni yang baru muncul dalam gambar kat sini.. family Mimi ni ibarat family angkat dah dengan Tehah ni.. so, kalau nak gi Pulau Redang memang akan singgah menginap di rumah Mimi dulu buat persiapan apa semua before bermain air di sana.. 


masa ni naik bot tak cuak lagi sebab belum sampai kat tengah laut.. tapi bila dah separuh perjalanan tu terus ombak tinggi laut bergelora uolss sebab dah mula hujan.. sumpah cuak habis sebab fikir kalau bot terbalik, aku tak reti berenang mesti akan mati lemas lepastu masuk paper muka surat pertama sobss.. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi.. malam tu siapkan khemah, peralatan bbq dan sebagainya untuk berholiday di dalam air esoknya.. eiii tak sabarnya.. memang eksited sampai mata tak boleh nak tidur malam tu hahaha



pepagi lagi di hari kejadian lepas breakfast terus sarung pakaian untuk terjun laut terus bila sampai nanti.. okeh, byebye emak Mimi.. terima kasih bagi kami tumpang tidur.. nanti jumpa kat pulau masa lunch ye.. aummm sangat nak lunch ada yang hantarkan makanan sebab sibuk nak main air tak sempat nak masak ahakss



haaa, tudia tudia dah nak sampai dah.. nampak tak nampak tak yang hujung tuu.. Alhamdulillah, cuaca di hari berkenaan sangatlah cerah dan angin sepoi-sepoi bahasa je bertiup.. air laut pun tenang dah menunjukkan behave sangat.. memang sesuai dengan mood nak berenang sambil melihat permandangan di bawah laut giteww katakaw..



amboii kemain ramai lagi orangnya.. nampak tak bertapa memang indah dan bestnya Pulau Redang ni.. memang menjadi tumpuan orang ramai yang cintakan alam semula jadi macam aku ni hahhh.. ni masa kami sampai, turn mereka ni nak balik.. mungkin mereka dari semalam dah kot kat pulau ni.. setiap kali bot datang hantar orang, memang akan amek orang sekali.. macam ada turnlah kiranya.. aku pun tak arif sangat macam mana pengurusan kat sini sebab datang pun lalu orang kuat kat sini memang semua ikut tekak jelah kan sukati nak buat mende :)


memang sampai je sana terus letak barang kat pondok ayah Mimi then terus terjun masuk dalam air tak hingat dunia.. timing makan je naik ke darat lepas tu terus terjun semula dalam air.. masa pagi tu kami main air, ada family lecturer kami sekali iaitu Puan Radin.. terus rasa macam family sendiri jugak main air sama-sama sampailah dah muntah hijau baru insaf hakhakhak.. tapi family Puan Radin ni tak stay kat pulau lah.. die balik semula ke tempat penginapan die dekat area pulau tu jugak kena naik bot.. entah, aku pun tak amek port sangat pasal ni sebab yang aku tau aku nak enjoy di dalam laut biru giteww..


malam tu kami tidur dalam khemah di persisiran pantai.. kelas kaw jemah feeling dalam drama sangat ahaks.. malam tu jugak kami buat bbq.. sambil makan sambil bernyanyi di lingkaran unggun api.. nampak tak betapa pengaruh drama sangat kuat di situ sampaikan nak buat jugak dalam kehidupan sendiri aummm.. malam tu permandangan laut pun sangat cantik tapi kamera cikai tak dapat nak amek gambar lelawa sebab pencahayaan yang kurang katanya.. so, cuci mata je lebih.. actually malam tu kami berjaga tidur-tidur ayam sebab nak tunggu penyu naik darat..





Alhamdulillah, sebab nasib kami baik sangat dapat tengok penyu bertelur depan mata sendiri.. memang benarlah katanya penyu menangis sebab masa zoom gambar kat mata penyu, memang macam berkaca gitew.. aku tak taulah kalau mata penyu memang macam tu kan.. penyu ni senyap je tak gerak pun even kami datang dekat.. mungkin sebab die tengah bertelur lah kot plus menahan sakit sekali.. kami tunggu sampai penyu tu pulang semula ke tempat asal.. kawasan penyu tu bertelur terus ditanda untuk dialihkan telurnya di kawasan yang khas nanti sebab taknak anak penyu mati akibat dimakan binatang buas yang lain.. aummm, ada ke binatang buas kat pulau? aku buat andaian sendiri je ni weh..





bukan setakat dapat lihat penyu bertelur depan mata sendiri tapi kami jugak datang pengalaman baru melepaskan anak penyu ke pantai.. sungguh berharga pengalaman malam itu.. syukur Ya Allah atas kesempatan yang Kau kurniakan kepada kami..


bangun esok pagi terus masuk laut lagi buat kali terakhir sebab tengah hari tu nanti nak balik dah ke umah family Mimi dan bersiap pulang semula ke Kuala Terengganu.. memang rasa macam taknak balik weh.. seronok bila dapat main air dan tengok keindahan alam ciptaan-Nya..







kat sini pun ada tempat penginapan tau.. memang cantik lah view die tapi harga aku tak tau sebab aku tido dalam khemah tepi pantai je uolss.. jalan raya kat sini pun tak besar pun.. kecik je macam jalan kampung.. yang penting ada jalan darat kan.. kenderaan yang utama pun  motor lah yang paling banyak dan paling senang nak ke hulu ke hilir...


ni ada gambar pemandangan sepanjang kami kat sana.. maaf sebab kamera cikai jadi kualiti gambar adalah sangat tidak ohsem.. janji ada bukti yang aku dah ke sana kannnnnnn

p/s : gambar adalah random tanpa susunan









pulau ini sangat bersih memang konpem puas hati :)
















Subhanallah, memang indah nya ciptaan Allah.. semua tempat pun cantik.. inilah kali pertama bercuti di pulau dan aku dah mula jatuh cinta dengan pulau.. kalau ada rezeki, teringin nak gi Pulau Tioman lepas bergaji nanti dengan girfie kesayangan.. kalau dieorang taknak, akan ku paksa jugak hakhakhak..



dua orang perempuan kat atas ni adalah Aishah dan sorang lagi aku dah tak ingat nama beliau.. maafkan aku kerana mempunyai memory jangka pendek untuk mengingat nama orang.. yang berseluar purple tu antara orang kuat dan orang hebat pulau.. die memang tinggal kat pulau tu dah terer giler berenang sampaikan tak payah guna jaket keselamatan macam aku.. die menyelam ke dasar laut selamber rock gitew je.. ada jugak die ajak aku turun ke dasar laut tu siap pegang tangan tapi tak lama sebab aku dah nak mati kelemasan plus cuak.. terus naik semula ke platform dan mengucap panjang.. terus insaf taknak tanggalkan jaket keselamatan dah huaaa..



jejaka ini pun orang pulau yang hebat dari segenap aspek.. kat air hebat, kat darat pun hebat.. nak minum air kelapa fresh, order je dengan die nanti die tolong amekkan.. memang pengalaman yang akan dikenang sampai bila-bila punyalah..




bila nak balik, terus sedih.. entah bilalah dapat nak jumpa dan pergi sini lagi sesama kan.. akak senior dah jadi mak orang dah and classmate pun bakal jadi emak budak jugak taun ni, insya Allah.. 


terima kasih kalian sebab telah mengisi waktu cuti iols dengan pengalaman yang indah ini.. semoga kalian semua sentiasa dalam perlindungan-Nya, amin ya rabbb..



p/s : pssttt, nak tudung ruffle gojes boleh terjah sini Koleksi 24 ONLY 
harga berbaloi :)





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...