Friday, March 21, 2014

kesyukuran, Alhamdulillah

Assalamualaikum & Hii..


semua pun taw yang aku dah habis belajar November tahun lepas.. planning lepas habis belajar masa dan saat cuti sekolah tu memang aku nak melepak di rumah sambil hadiri kenduri kawen rakan-rakan bagi mengisi masa lapang.. makan lauk kenduri memang dah jadi hobi aku yang entah ke berapa selain berangan, tidur, tengok tb and so on.. dalam pada aku duk melepak goyang kaki tu, tuptup nama untuk iv dah keluar.. baru dua minggu cuti dah kena iv.. terus aku mula naik gelabah.. nasib baik nama aku tak naik round pertama.. round pertama golongan bertuah dari pantai timur kat Kelate sane tu dan iv mereka pun kat sane jugak.. masa tu semua dah sibuk download and baca nota tapi aku boleh watchil watlek dulu sebab aku memang jenis study last minute.. kalau study awal-awal ni memang satu hapak tak masuk langsung..


then dalam minggu tu jugak, kuar nama budak round second.. dan nama aku naik di sini huaaaa.. bermulalah episod gelabah hanjing aku yang tak tentu arah di hari kejadian sahaja.. esoknya terus amalkan konsep watchill watlek macam biasa pfttt



iv aku jatuh pada 13 Disember 2014 bersamaan hari Jumaat di Putrajaya.. second round ni ada dua tempat iaitu kat Penang bagi yang belah utara and kat Putrajaya bagi belah KL dan kawsan sekitarnya seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.. Joho, Pahang and Terengganu round last sebab banjir kan masa tu hikss kesian dieorang kena gelabah tiga minggu berturut-turut..


syukur sangat sebab aku iv saing Aida, Ain, Anis dan Am iaitu bebudak kelas dan konpem-konpem akan dapat satu group antara mereka jugak.. masa ni pun course kami memang semua budak dari IPG Melaka je and seorang akan senior yang hebatt dari IPIK yang ada link dengan luar negara.. aku group second dengan Am dan lagi dua orang yang namanya area nama aku tu.. dan akulah ketua group kedua huaaa nangis lajulaju sebab cuak asbestos tahap dewa bila kena ketuk pintu masuk dulu kahkahkah tapi bila dah bercakap terus taknak berhenti hakhak



antara dokumen penting yang diperlukan adalah kena isi job Malaysia dan nama aku ada problem bila nak check dekat SPP..bidang Pendidikan bawah SPP ye adik-adik bukan SPA.. mungkin sebab nama aku blacklist atas alasan terlalu banyak masalah disiplin sewaktu belajar seperti memakai selipar semasa keluar outing, tidak memakai kad matrik semasa pergi kuliah, tersalah masuk lorong semasa nak parking kereta, memakai seluar yang berwarna-warni semasa outing dan sebagainya lagi.. sampai aku kena naik SPP sendiri untuk settelkan masalah ni dan lepas dah ngadu kat pihak pentadbiran SPP, sekali dieorang check nama aku dah ada dalam sistem dah.. terus malu rasa macam nak sembunyi bawah meja taw.. selalu macam ni, time aku check takde bila dah berhadapan dengan pihak terlibat terus ada.. apakah petandanya ini eh eh eh.. dah masuk cerita lain pulak kbai



empat orang makhluk kat atas ni adalah bebudak group iv aku yang sebelum masuk bilik iv semua cuak nebes tahap gaban tapi bila dah duduk depan panel and mula bercakap, langsung tak reti nak berhenti sampai panel tu cakap 'saya kagum dengan semangat awak semua.. semoga berkekalan hingga pencen' ececececeh.. padahal sebab semua pun cuak takut fail iv kang sia-sia pulak belajau lima tahun setengah kat Melaka tu kang tapi tak dapat jadi cikgu kena jadi promoter kat Jusco je apa cer pulak kan.. nak cakap apa kat orang kampung woiii


terima kasih bebudak group yang membantu antara satu sama lain :)



ini adalah dua orang perempuan yang takkan terpisah.. perempuan di atas yang terlalu banyak membantu dalam segala hal nak iv ni sebab aku dari Joho sensorang je yang iv kat Putrajaya so mestilah hilang arah sikit.. nak pikir macam mana nak pi sana dengan tak taw jalan lagi, nak stay mana semua dan semua masalah aku telah dibantu oleh bini orang merangkap emak budak to-be ni hahhh.. memang terlalu banyak jasa mereka sekeluarga.. insya Allah aku takkan lupa segala jasa kalian.. semoga Allah merahmati kehidupan kalian dunia akhirat aminnnn


start dari iv ni, nanti akan bermulalah kehidupan berdikari aku di mana aku perlu settelakan semuanya sendiri tanpa usung emak ke hulu ke hilir macam zaman belajau dulu.. aku gi sana pun sendirian berhad.. aku taw aku dah besar and aku kuat.. arwah abah mesti bangga dengan aku.. terima kasih abah bagi pinjam kekuatan kepada diri yang lembik ini..


sebulan lebih lepas iv ni maka keluarlah result iv dan surat tawaran dari pihak SPP



dan Alhamdulilah, daku telah lulus iv yang cuak tu hah.. syukur Ya Allah.. bebudak dari IPG Melaka semuanya lulus dengan jayanya.. tahniah kalian.. nampak sangat bebudak hasil dari Melaka memang aummm auummmm semuanya ;)


lepas dah habis iv tu sebenarnya aku taw dah yang lama lagi nak tunggu posting tapi tetap takde niat nak kerja sambilan pun.. aku lebih prefer untuk duduk rumah melihat emak dan beradiks yang lain membesar dan mengharungi usia yang semakin meningkat bersama-sama di depan mata aku sendiri.. mungkin pada masa ni aku dapat rasakan yang aku akan posting di tempat yang jauh dari mereka nanti.. sebab aku kan gedik taknak letak first choice negeri Luaskan Kuasamu atas alasan nak menimba pengalaman di tempat orang dahulu then dah nak pencen baru balik kampung semula gitewww


empat bulan aku jadi penganggur terhormat bukanlah satu benda yang mudah apabila pada masa yang sama, aku perlu melatih diri, hati dan jiwa aku sendiri untuk sentiasa kuat dan tabah.. kadangkala aku hanyut jugak dengan emosi yang kacau pada ketika itu tapi aku perlu kuat walaupun aku sebenarnya tak kuat mana.. I lost my heart and I found it on sejadah.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, terima kasih Allah :') terima kasih untuk dugaan hidup yang telah membawa aku untuk lebih dekat dengan-Mu :') aku bersyukur dan aku redha atas segalanya.. semoga aku akan lebih kuat untuk mengharungi kehidupan di masa akan datang di muka bumi-Mu ini aminnn..


kat rumah ni jugak macam-macam yang aku belajar.. aku taw keperitan emak membesarkan kami lima beradiks tanpa suami di sisi, aku taw kepayahan untuk mencari sesuap nasi nak bagi makan kat semua anak-anak emak yang kuat makan ni hahh dan aku mengerti erti pengobanan seorang ibu tunggal bila lihat semua tu depan mata aku sendiri dan sebab itulah aku taknak kerja.. bila aku kerja, aku akan keluar pagi balik malam.. takkan ada masa nak lepak gelak tawa dengan family.. moment bersama sepanjang menganggur memang tiada tolok banding dengan segala apa yang ada kat dunia ni.. dan even aku menganggur, aku tak pernah sekali pun mintak duit dari emak nak beli itu nak beli ini.. syukur sebab sentiasa dilimpahkan dengan rezeki Allah yang luas ini


dan 19 March merupakan tarikh keramat bila kiar penempatan untuk kami yang dah lama menganggur ni hahhhh fuhhh debau jangan cakap macam manalah kan time nak check tu.. aku check dekat duapuloh kali baru nama nak keluar tahuuuu



Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. syukur yang teramat bila tempat posting idaman hati ni betul-betul menjadi kenyataan.. maka akan bermula episod kerjaya aku di negeri orang.. anak perantaulah kita.. bersyukur juga sebab ditempatkan di dalam semenanjung dan bukannya di Sabah Sarawak.. 


namun dalam kegembiraan aku dapat posting kat negeri pilihan pertama ni, sebenarnya jauh di sudut hari aku yang paling dalam aku sedih sangat.. actually aku mintak Selangor sebab aku nak bersama lagi dengan Aida.. nak jumpa depan mata lagi dengan dia hari-hari tapi Allah adalah sebaik-baik perancang.. Aida dapat Johor.. sedih sangat bagi pihak Aida sebab dia kena pjj dengan husband dia.. dahlah tengah pregnant.. yes, im not in their shoes tapi sedikit sebanyak aku boleh faham perasaan sedih kalian yang terpaksa berjauhan dengan keluarga.. aku pun sedih jauh dengan family tapi ni jalan yang aku pilih, jalan yang terbaik yang telah Allah rancangkan untuk aku.. insya Allah ada hikmah.. aku yakin dengan setiap apa yang telah Allah aturkan adalah yang terbaik untuk hamba-Nya..


"Boleh jadi apa yang kamu sukai itu tidak baik untukmu, dan yang tidak kamu sukai itu baik bagimu. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui."



ecece dah boleh lah jeling-jeling dengan bendera Selangor ni kannn ahaksss



kemain semangat lagi aku masa gi holiday dengan family ritu jenjalan Bukit Bendera siap amek gambau dengan bendera negeri Selangor lepastu simpan je dalam lappy sebab nak tunggu hari penempatan diumumkan.. bila dah konpem memang dapat Selangor, hahhh kaw terus tak sedau diri huplod gambau yang dah lama diperam ni gagaga


hai Selangor, please be nice to me :)


semoga dipermudahkan segala urusan untuk ke sekolah baru nanti dan semoga mendapat sekolah yang best serta senang nak cari rumah sewa, ada line internet yang giler laju dan ada geng yang baru posting jugak kat sekolah baru tu nanti.. kang takdelah aku sensorang yang awkward and fake je hikhik.. semoga semuanya dipermudahkan insya Allah..


perghhh, dah nak jadi orang berkerjaya dah aku ni.. rasa tua pulak.. how time flies ~~~


all da best semua para pendidik caiyokkkk



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...