Wednesday, December 26, 2012

wedding my ex-classmate

Assalamualaikum & Hiii...


tetiba iolss rasa macam fames pulak ramai sangat yang dok baca blog iolss ni even tak tinggalkan jejak sebab iolss baru sibuk-sibuk bising mengomen yang nak tengok gambau apalah tuptup terus ada yang uplod dekat FB bagi lalu emel bagai.. tenkiu pretties :) tapi iolss tak kesah pom kalau lambat sebab iolss is penyabau sebab tecer wanna be kan katanya ;p tenkiu tenkiu arigato ye cek mek molek :)


masa sebelum start cuti sem , emak dah dok sibuk carikan keja part time untuk anak die ni biar anak die tak duduk rumah makan free dan asyik mintak duit nak keluar je tapi anak die awal-awal je excited nak keja tapi bila dah start bercuti tetibe rasa malas sebab tahu every weekend akan ada kenduri kawen kawanlah, seniorlah, juniorlah dan dan dan kalau keja konpem-konpemlah susah nak cuti kan maka terus gitau emak bahawa iolss taknak keja nak duk uma besaukan badan dan emak pulak buat muka pasrah sebab duit bakal dihabiskan oleh anak beliau yang anje ni hah *pengsan


last wedding di tahun 2012 yang telah di attend oleh iolss is wedding my ex-classmate di SAKTI dulu who  are Shazrina & Zaki.. yang kawan iolss is da bride bukan da groom.. yang groom tu iolss tak kenal pom hakhakhak.. finally ada jugak wakil dari kelas iolss yang dah kawen.. iolss baru nak bukak rekod budak kelas tapi dah ada yang bukak maka iolss perlulah tanam niat murni tu sambil duduk diam-diam habiskan study yang berbaki setahun tu lagi.. kepada encik yang nak belanje wayang tak jadi dan yang kekonon nak kawen tapi tak jadi tu jugak silalah bergembira sebab duit anda tak akan melayang nak sponsor tiket weolss honeymoon seperti yang telah didealkan dahulu 


actually bila ingat balik rupanya iolss pernah tak kawan dengan da bride ni dulu siap main lawan-lawan mulut dan iolss menang sebab ada backup dari bobois line iolss tu yeayyyy.. wah jangan nak tunjuk besau kepala sangatlah sebab nanti iolss jugak yang sentap bila anak iolss kang ikut jejak langkah iolss yang kononnya gangster sekolah tapi sebenarnya hampeh puipui (sambil korek idung) 
tapi tapi tapi dari peristiwa itulah yang menyebabkan iolss mula rapat dan berkawan dengan da bride.. kan dah cakap tak kenal maka tak cinta.. masa main mintak-mintak maaf sebab nak SPM tu kemain lagi iolss nanes sendu-sendan bawah meja sambil berpeluk sakan dengan beliau.. see, sape kate musuh tak boleh jadi kawan hah hah hah? tapi weolss tak musuh tau cuma gaduh-gaduh anje je dulu.. biasalah budak baru nak uppp  :p


bila kawan invite dekat FB untuk attend wedding beliau maka cecepatlah akan pm kawan tersebut untuk mintak kad bukan sebab tak tahu jalan tapi sebab biar nampak keberiaan pengantins untuk menjemput iolss (sila jangan contohi perangai keji gadis cumil ini)






actually weolss ada jugak plan nak kuar berjimba bersama before da bride tukar status tapi kekangan masa dan sebagainya maka takdapatlah nak menjadikan anganan itu kenyataan.. majlis pun dah selamat dan berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.. dah dapat laga-laga pipi dengan pengantin cantik pun dah cukup gumbira dah.. takpe ada setahun lagi nak hang out dengan bini orang puloks nanti hehehe


iolss dah expert jalan Melaka jadi cakap je ceruk mana tetap akan boleh jumpa padahal sibuk mesej classmate yang akak die duk Jasin nak surekan jalan takut tersesat sebab bila iolss tengok peta macam sedikit pelik sebab patut ada belok tapi kat peta tegak je hahaha.. iolss takde henfon canggih nak rujuk gps maka perlulah bertext dengan member nak surekan jalan dan nasib baik tak terlajak.. klass kaw jemah wedding grand uolss.. siap jadi perasmi yang merasmikan IPD Jasin tu sebab baru bukak.. before ni iolss lalu sunyi sepi lagi takde orang duduk.. ohh, parents da bride antara orang-orang yang dikenali so tidak kisahlah iolss asyik nampak YB itulah YB inilah.. ahha, iolss sekarang dah kenal YB-YB Melaka dah sebab dok sibuk mintak sponsor masa PDK haritu hewhewhew


disebabkan tak ramai yang nak pergi sebab bebudak uni yang dah nak exam maka pergilah kami dengan golongan belia yang sedang bercuti sahaja dan disebabkan Cik Putri baru membeli keta baru fewitt maka marilah kita menumpang Cik Putri beramai-ramai menaiki Alza baru beliau tuuu  pewittt lagi sekali




yayan-mye-min (adik putri)-putri




sambil Putri mendrive sambil berxoxo dalam keta tu hah al maklumlah lama tak jumpa mulalah sibuk nak korek rahsia si A, kendian nak tahu perkembangan si B pulak pastu sibuk nak menyampuk hal ehwal semasa si C pulak and blablabla.. kami berxoxo sampai rasa lapau dan driver asyik tanya lama lagi ke tak nak sampai sebab tak sabau nak makan.. tengak makan memang satu keperluan sila jangan nafikan dan jangan nak mencebik kenapa iolss suka makan makan dan makan :p


masuk ke kawasan perkahwinan terus masing-masing fuyoo, grand siot sebab ini dah bukan buat kat dewan dah ni tapi dah buat kat garaj gerabak polis yang besau tu hah.. kan u imagine how grand da majlis?? sebaris garaj untuk makan tetamu dan sebaris garaj lagi untu pelamin pengantins, meja makan pengantins dan meja makan VVIP.. bahagian belakang dan ditengah is stage untuk juruhebah dan kumpulan rockies mana entah.. iolss nak duduk kat tempat VVIP tu hah tapi bebudak ni tak bagi sebab segan-silu sebab situ takde yang duduk lagi takkan weolss nak lepak situ lelama sambil berpropagosip kan




sambil makan sambil xoxo sambil shoot



ehemmm kami budak BP yang gojess ahaks




rupanya kami antara yang awal jugaklah datang sebab dak Pah dan dak Lat tak kunjung tiba jugak.. nasib baik iolss tak jadi tumpang dia kalau tak mesti iolss jugak akan terlepas gosip-gosip hangat abad ini ulalala..dessert sangat delicious sampaikan weolss bertambah berkali-kali uolss.. selamber buat muka tak bersalah pergi beratur dan ambil lagi lagi dan lagi.. alang-alang dah makan free kan inilah masanya jangan lepaskan peluang yang ada.. 


bila dah dengau bunyi kompang terus laju-laju berlari pergi ke tempat pelamin tu sebab nak tengok pengantins dari dekat.. perghh, die punya budak silat bersilat sampai naik kematu mata ni hah nak tunggu habis.. yang kompang pulak siap buat formasi bagai lagi hah sampai tenggelam suara juruhebah tuu.. iolss dahlah tak sabau nak laga-laga pipi dengan bergambau dengan pengantins tapi persembahan tak abes-abes.. iteww is tak henjoy tau sebab nak kena tunggu lama-lama nak naik pelamin bergambau tauuuuu




from Sg. Rambai if im not mistaken



sebab dah tak sabau sangat maka cecepat bangun dan beratur terus depan pelamin kekonon tunggu turn nak tepung tawar padahal bila iolss naik je pelamin laga-laga pipi dengan pengantin terus yang lain ikut naik sebab nak bergambau.. kang makin lama tunggu makin lambatlah pengantins nak makan silap-silap weolss yang datang jauh-jauh ni terus tak dapat nak bergambau bersama tskk




motip sambil salam sambil pegang kad jemputan??





sumtimes i just hate myself yang bermuka kepochi sangat ni rasa nak lempangkan aje lelaju





finally were in stage :)



Rina excited tengok weolss yang sanggup datang dari jauh ni padahal weolss lagi excited nak tengok kawan naik pelamin :)


bila semua dah laga-laga pipi dengan pengantin terus amek tempat nak posing bersama.. nasiblah dak Pah dengan dak Lat yang datang lambat tu tak dapat nak join kami atas stage hahaha.. bila dah duduk kat situ terus rasa taknak bangun sebab nak jugak muka masuk dalam kamera orang lain yang amek gambau next-next nanti.. rupanya lepas kami turun semua pun terus serbu pengantins macam kami terjah sebab nak amek gambau





gegurls in action



bila dah nak balik barulah nampak muka dua mamat pujaan malaya :p tu baru sampai.. sebab nak jaga hati kang kecik hati takde gambau sebagai bahan bukti maka kami pom amek lah gambau lagi sekali beramai-ramai bersama tanpa pengantins sebab pengantins dah duk sibuk menjamu selera.. kami yang dah buncit perut kekenyangan terus laju-laju salam laga pipi dengan yang lain sebab nak balik dah sobs sobss




we are friends



sape kata terus balik ke rumah tanpa singgah di mana-mana hah hah hah?? haruslah menyinggah pekena coconut shake yang fames pomes kat Melaka tu hah.. selalu semua akan cakap kat Klebang yang sedap tapi aritu iolss bawak meka melantak coconut shake yang dekat Batu Berendam yang mengiurkan itu.. puas hati sebab meka cakap memang sedap dari Klebang.. pewittt kan iolss dah cakap yang iolss orang Melaka dah expert semua tempat best kat Melaka puipuipuihh


otw balik hujan lebat mata pom mengantok.. hebakk Putri drive lelebat cenggitu nasib baik tak banjir kalau tak dah kena pusing balik masuk highway..


ohh billion thankz pada cik mek molek Putri yang sudi menumpangkan kami dan membelanja kami serta sudi membawa kami berjalan menaiki Alza yang best tuhh.. lain kali kita try pi jenjalan tempat lain pulak ye oliday ke apa ke kan.. million thankz jugak dekat Mye sebab sudi join kami pergi ke Melaka dan finally iolss dah tau dah uma hang bolehlah datang lepak nanti tee hee..
bestnya tengok orang yang dah keja yang dah boleh bershopping itu ini dengan duit gaji yang dapat tu *jeles





pewittt kami are tecer to be insya Allah.. doakan final year kami berjalan dengan lancar dan segala urusan kami dipermudahkan..
sebab nak jadi cikgu sama-sama maka haruslah gaya posing pom sama pehpehpeh
setahun lagi go go go :)




p/s : whos next?




4 comments:

ashamdan said...

bestnyeee.

ID said...

tula awak tak nak balik time ni hehehe

tapi tak ramai pom yg datang..

yg ada tu jela

TechKini.com said...

Cantik2 yang kat satu table tu :)

-> ❤ TechKini.com

ID said...

Alhamddulillah ciptaan Ilahi :)

time kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...