Thursday, October 25, 2012

have a blessed day ~~


Assalamualaikum & Hiii



tidur baru nak masuk mimpi indah dah mula tercium bau telur dadar emak masak kat bawah.. terus bangun laju-laju sebab nak makan.. alangkah indahnya kalau berada di rumah.. emak yang baik telah mengajak anak-anaknya berpuasa pada hari ini maka semua anaknya terpaksa bersetuju kerana emak hanya akan memasak menjelang petang nanti untuk berbuka sahaja.. nampak tak tahap kemalasan anaknya yang tinggi sanggup berpuasa dari memasak di dapur? ohha


bila duduk kat rumah celik mata je dah boleh nampak makanan.. kalau kat hostel, bangun pagi je kepala dah pening pikir nak gi beli makanan kat mane then nanti petang nak makan apa pulaks.. kalau tahap kemalasan terlalu tinggi sebab malas nak turun gi ke cafe maka sangguplah makan biskut kering celup air teh o' sahaja.. kalau rajin sikit boleh buat mee sedap, kalau ada roti hanya makan roti dengan air milo.. sebab itulah rumah is home sweet home.. jangan tanya lagi kepada lately ni every week mesti balik rumah sampaikan sanggup berulang Joho-Melaka setiap hari if ada pogem and watsoeva.. sesungguhnya Rumahku Syurgaku :)


oh ya, sekarang is study week.. actually dari last week memang dah takde class.. so setiap hari pepagi akan dapat mesej bahawa kelas is batal dan boleh sambung tidur.. maka menggelupurlah di dalam bilik kebosanan tak tau nak buat apa sebab mood study masih belum tiba dan akan menggagaulah mencari makanan ibarat cacing kepanasan.. bila bosan sudah mengusai diri maka haruslah berpikir untuk pulang sahaja duduk di rumah yang indah dari duduk di hostel yang boring.. bila ada pogem terus laju-laju pepagi buta bergerak ke kampus dan pulang semula ke rumah selepas pogem tamat hahaha feeling rumah is sebelah kampus kan kan


Senin is BIG then malam tu ada undian bilik maka pepagi Selasa barulah berangkat pulang.. sekarang ni pukul 630 pun dan terang benderang.. bila nak gi parking keta jalan lelaju takut-takut warden nampak gadis-gadis gojes yang berseluar jenas ini ingin pulang.. kang kantoi mahunya kena jumpa abang Alan itu nehi nehi.. Alhamdulillah berkat berdoa dan berzikir bagai maka selamatlah keluar dari kampus tu


masa nak gerak balik tengok minyak is tinggal suku.. perjalanan pulang petronas hanya di Muar maka terus lelaju pergi pam minyak yang berdekatan.. masa tengah syok-syok isi angin tayau keta tu ternampak kelibat abang Pi naik moto nak isi minyak.. terus tunduk laju-laju sambil pam tayar sambil menyorok belakang keta dan mengintai dari celahan tingkap.. sempat dua tayau sebelah kiri je terus masuk keta dan bawak laju-laju pergi ke pam minyak depan JJ.. dalam hati janganlah kantoi.. asyik tengok side mirror takut-takut kalau abang Pi dapat mengesan jejak dan mengikut dari belakang.. biasalah orang buat salah memang gelabah lain macam>.<


sampai terus pam tayau lagi dua tu hah then dengan muka konfidenya pergilah isi minyak.. tengok syok-syok nak bayau kat kaunter tu ternampaklah Unser itam.. ohmaiGod, janganlah Pak Jib puloks.. i is fames kat kampus, semua pung kenal buhakhak.. kang Pak Jib speaking banjau dengan iolss ni hah tanya pepagi ni nak gi mana dah kantoi puloks dah.. Pak Jib dah lah warden.. aku ni hah plak dah lah cabut balik awal tak antau buku.. haish.. buat muka tak tau terus amek duit baki dan masuk keta.. memang saja buat pasai taknak isi sendiri sebab takut nak pandang empunya diri dalam Unser Itam tu.. settle semua terus lelaju drive pulang tanpa singgah breakfast kat mane-mane takut ada lecturer puloks..


dan yeayyyy, selamatttt sampai rumah kecintaan :)


sebenarnya entry dah lari dari tujuan asal.. hahahah.. tujuan asal adalah nak menghebahkan bahawa marilah berpuasa pada hari ini kerana :









have a blessed day <3 p="">


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...