Thursday, March 19, 2015

kadangkala aku terfikir

kehidupan tak selalunya indah seperti yang kita selalu impikan.. kadangkala kita dapat apa yang kita nak, kadangkala kita tak akan dapat apa yang dimahukan.. mungkin belum masanya atau mungkin tidak akan ada langsung waktunya.. cuma apa yang perlu kita pegang adalah keyakinan yang penuh kepada Allah sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya..


kadangkala bila aku duduk sendirian, aku selalu terfikir kenapa jalan hidup aku macam ni, perlu lalui itu dan perlu tempuhi ini?
kadangkala aku terfikir masih belum cukupkah amalan aku untuk aku mendapatkan apa yang aku mahukan?
kadangkala aku terfikir masih tidak kuatkah doa aku untuk mendapatkan kehidupan yang aku impikan?
maka aku berbalik kepada keyakinan yang perlu aku pegang bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya..


kadangkala apabila aku sendirian, aku akan terfikir mengapa adanya ujian dalam kehidupan?
kenapa tidak boleh hidup dengan bahagia tanpa lalui itu ini?
kadangkala aku terfikir kenapa kehidupan selalu tidak adil?
kenapa hidup aku tak sama macam hidup sipolon yang terlalu bahagis tanpa cacat cela?
lalu aku berbalik kepada keyakinan yang perlu aku pegang bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-nya..


kadangkala semasa aku mengelamun sendirian, aku terfikir apakah hikmah disebalik apa yang terjadi?
kadangkala aku juga terfikir bilakah semuanya akan berakhir?
kadangkala aku turut terfikir bilakah hikmah itu akan muncul?
lantas aku berbalik kepada keyakinan yang perlu akn pegang bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya..


.............................................................


perghhh, puisi acah-acah kadangkala aku terfikir..bhahaha.. konon nak lawan A.Samad Said katanya wehhh.. vocab ntah ke mana struktur ayat ntah ke mana ada hati nak lawan A.Samad Said??



sebenarnya takde motif nak update blog.. nak cite life sekarang ni pun macam suam-suam kuku je kehidupan takde yang best pung.. takpe biar aku peram lama sikit nanti teros shot sekaligus je kang..


ohhhh




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...