Tuesday, May 29, 2012

kesyukuran, Alhamdulillah

Assalamualaikum & Hii..


tiada apa yang lebih indah jika dibandingkan dengan setiap saat berada di rumah.. mana tidaknya buka mata sahaja terus dapat makan tanpa perlu bersusah payah nak pikir nak makan apa, nak makan kat mana apa semo.. yahuuuu.. bila duduk di rumah rutin harian adalah sama iaitu makan, tb, tido, makan, tb, tido dan seterusnya akan tetap sama sehinggalah cuti tamat.. kalau rajin barulah pikir nak mengait, menjahit, menconteng mahupun mencuci mata keluar berjalan.. tapi nampaknya cuti kali ini adalah cuti yang tahap kemalasannya terlalu tinggi di mana hendak drive keluar berjalan pung rasa tak nak dan malas.. lebih sanggup makan dan tido sahaja daripada keluar berjalan.. semoga bakal mak mertua tidaklah membaca blog kite ni heeee..


semester lima yang dah abes dah aritu begitu padat sampaikan tak sempat nak menarik nafas lega dah perlukan oksigen semula untuk melakukan next tugasan pula.. tentunya semasa berpraktikum adalah masa yang paling padat yang tidak boleh diganggu langsung sehinggakan nak balik kampung pung terpaksa dilupakan sobsob.. maka selepas selesai berpraktikum perlulah membanting tulang menguruskan hari merentas desa dan hari kejohanan olahraga tahunan.. atas sebab tak mahu menjadi pegawai yang perlu pergi meeting setiap malam sebab penat berpraktikum tak hilang lagi maka telah mengambil bahagian sebagai peserta winkwinkkk.. lame dah weh tak berlari ini.. ha ha ha.. berlari dalam hujan adalah sesuatu yang rare okeh dan bila dapat sumbangkan mata juga adalah suatu kepuasan yang tidak dapat diucap dengan kata-kata..


belum stat berlari dah sibuk nak bergambar kat garisan penamat


sebelah kanan kite tu dapat top 5 and sebelah kiri kite tu dapat top 15.. mereka ajak kite lari samesame tapi awal-awal lagi kite dah tertinggal di belakang sebab sesak sangat (padahal dah gemuk dan stamina juga sudah out) maka haruslah dengan rendah diri berlari sorang-sorang sambil pandang kiri kanan bila berlari di kawasan perumahan dengan harapan akan nampak anak bujang yang handsome lalu berpura-pura jatuh =.=


abes je merentas desa dah mula sibuk dengan KOT pulakk.. hah masa KOT ini mulalah mengade dah datang dan terus bagi nama nak jadi pegawai atas sebab kalau lulus exam KOAM tu dah boleh dapat sign praktikal mase KOT ini.. besar harapan agar lulus exam tersebut tapi kalau tiada rezeki nak lulus pung memang nak timba pengalaman nak tahu macam mana jadi pegawai ni.. part first yang harus reda adalah muka dan tangan akan berubah dalam sekelip mata menjadi gelap kerana mendapat vitamin H katanya dan bila ini terjadi janganlah mula sibuk nak menyesal.. konpem 10 hari 10 malam akan pakai bedak sejuk memanjang.. 


orang kuat belakang tabir



masa jadi pegawai ni telah menjadi pegawai untuk acara lompatan tetapi apabila hari kemuncak terus menjadi pegawai balingan atas request dari pihak atasan.. mungkin mereka merasakan bahawa kite ini tahu bab-bab balingan ini tapi hakikatnya sebelum peserta nak merejam lembing barulah kite sibuk bukak buku, tanya lecturer, tanya atlet, tanya pihak KOAM tentang peraturan apa semo sebab tak sempat nak study sebab kite cuma dah khatam untuk acara lompatan je T__T


bila nak kena jadi ketua untuk merejam lembing ini mulalah menggunakan kuasa beto apabila mahu melihat acara berlari maka terus suruh peserta rehat sekejap sehingga acara tamat ha ha ha.. lantak lah kan sape suruh lantik kite jadi ketua.. dan barulah tahu bahawa acara ini adalah acara yang tak best sebab bila semua pegawai sudah boleh rehat sebab acara dah habis tak kaw tetap kena duduk diam-diam kat padang tu sambil mengambil jarak ukuran rejamam sampaikan tak dapat makan dan minum.. lepas ini haruslah katakan TIDAK untuk menjadi pegawai acara ini dan kepada mereka juga janganlah merequest kite untuk jadi pegawai bidan terjun last minute sebab muka kite ni memang nampak hebat tapi hakikatnya tidak *sila muntah


:) tak perlu kata apa-apa



habis semua event untuk sem lima ni maka di akhirnya perlulah menduduki ujian KOAM yang digembar-gemburkan itu.. memang tak sempat nak khatam buku hijau itu maka hanya bertungkus-lumus study soklan-soklan lepas dan cuma berharapkan pada pengalaman menjadi pegawai semasa KOT dan berbekalkan keberkatan duduk di hadapan semasa bengkel.. peratusan yang lain adalah reda dan tawakal.. dan, alhamdulillah telah lulus walaupun hanya mendapat gred B sahaja..






jumlah yang lulus tidak sampai separuh pung dan Alhamdulillah sekali lagi sebab separuh daripada kelas kami, PK5 telah lulus dan empat orang telah mendapat A.. see, peratusan untuk lulus hanyalah gred A dan B sahaja.. jika tidak mendapat gred selain itu maka dikira gagal.. jangan tanya kenapa tidak ada gred C, D mahupung E sebab kite pun tak tahu kenapa tak ada.. dan kalau tidak silap markah untuk sekitar gred B pung hanyalah sehingga 65% sahaja.. rupanya susah jugak nak lulus kan.. mungkin atas sebab ada soklan subjektif kot..


papepung Alhamdulillah dan bersyukur sangat sebab lulus.. kepada yang mendapat A tahniah diucapkan.. dan sejuta tahniah juga diucapkan kepada Abg Ijan yang juga lulus itu yang telah bertungkus-lumus buat kelas malam untuk exam KOAM ini walaupung bersedih hati bila tahu beliau tak duduk sama dengan kami sewaktu peperiksaan.. mula gelebak bila keluar dewan dan tanya eh apa ye yang dimaksudkan dengan itu dan ini sebab tak sempat nak discuss masa kelas malam itu.. kelas malam betul-betul membantu kami dan tahniah kepada semua orang.. lepas ni perlulahlah mengorbankan masa, tenaga dan wajah untuk menjalani praktikal.. so, mane-mane IPT yang ada buat event yang melibatkan KOAM, silalh beritahu kite ya sebab kite nak kena wat praktikal dan mendapatkan sign pegawai..


ehh, result penuh boleh juga lihat di SINI 





kbai :)


2 comments:

banchee said...

jom marathon :-)

ID said...

malu lah kite tecer baca blog kiter he he he.. jum tecer.. dah lama dah tak marathon ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...