Saturday, February 11, 2012

trip ke Sabah : day 3


Assalamualaikum..


bersambung dengan hari ketiga.. eh nak tau tak, walaupun kami dah penat macam kuda yang berlari ulang-alik di persisiran pantai tapi kami telah bangun lebih awal dari hari pertama tu.. wootttttwwooooottttt hebat tak kami? tido malam pun lebih nyenyak dari malam sebelumnya.. hah, disebabkan stok makanan kami melimpah-ruah lagi di rumah itu maka kami mengambil keputusan untuk tidak bersarapan di Restoran Alamanda yang servicenya memang out dan lembab tu tetapi bersarapan dengan ahli rumah di dalam rumah sambil mendengar radio Era.fm melalui radio hp sebab tb tak boleh bukak sebab takde tinge astro tu.. heaven makan beramai-ramai di waktu pagi.. sumpah ini tidak tipu :) 




turun ke bawah dan tengok semua orang takde maka kami pun melalak macam bini mati laki sebab ingatkan dah kena tinggal sebab asyik sangat bersarapan sambil khusyuk mendengar radio di rumah tadi T___T  tapi rupanya mereka bersarapan di tempat lain dan kami antara orang yang awal tunggu pokcik van kat situ.. sobsobsob.. aktiviti harini menjelajah Kundasang dan Ranau.. ini tempat yang agak jauh dari KK maka kami memerlukan khidmat van dan drivernya sekali sebab tak tahu jalan.. shhhhh, ini rahsia jangan bagitau sape-sape.. kami dapat van baru yang masih berplastik lagi auuuuuuu.. 1 van 12 orang ikut ahli rumah sebab senang siit nak sambung xoxo di rumah nanti he he


muatan van pertama
muatan van kedua
indah pemaandangan pagi





perjalanan memakan masa hampir dua jam okeh.. kekonon tak mahu tido sebab nak menikmati keindahan pagi di Sabah tetapi tersengguk-sengguk jugaklah kan.. yang kami membutang mata apabila melalui kawasan pergunungan sebab Subhanallah cantiknya melihat awan yang putih, langit yang biru dan pepohon yang menghijau.. rasa tenang dan damai je.. kami sangat teruja sambil berzikir-zikir memuji keindahan alam ciptaan-Nya.. :')



di kaki gunung
jum skandal dengan driver bah



lepas menggigil kesejukan kat kaki gunung tu dan selepas kuar masuk toilet menabur saham dan lepas penat main tawar menawar harga sourvenir maka kami pun memutuskan untuk meninggalkan pergunungan tersebut sebab dah tak tahan sejuk maa.. matahari pagi memang sangat natural dan cantik sekali.. banyak vitamin kami dapat hari tu.. oh ya, ada juga perkampungan kat kawasan itu.. bila tengok dari atas macam dekat je jarak rumah dengan sekolah tapi hakikatnya boleh menangis air mata darah untuk sampai ke sekolah.. perkampungan di situ masih menggunakan jalan tanah merah okeh.. dan para lecturer sibuk menyakat kami nanti dapat posting kat situ.. sentap sambil tutup muka nangis dalam hati.. walaupun ini dikira P3 tetapi kami berharap kami dapat posting kat semenanjung sahaja kecuali tunangan orang itu ehem ehem..



sejuk okeh ini bukan lakonan
kekonon nak mendaki je tapi tinggi sangat dan kami give up awal-awal maka haruslah menggunakan perkhidmatan van
sila abaikan mereka yang tengah gelak itu kerana perkara yang rahsia ;p
5 and besar maknanya pada kami :)
fewitttt.. sweet begini menyebabkan rasa nak kawen cepat *mood jeles
jum bergerak next destination plak



then kami bergerak untuk ke tempat yang paling saya takuti.. ceh muka nampak macam otai kampung tapi rupanya daam hati ada taman.. ha ha ha.. sila gelakkan diri sendiri cepat !!!!!






tempat yang menakutkan itu huuuuu scary okeh !!
tapi kenapa mereka semua teruja tak macam saya yang takot ini? ini sungguh pelik
gambar diatas adalah kesan bermanjaan dengan haiwan yang menakutkan itu manakala si baju cokelet itu adalah gadis pahang yang berani dan si baju hijau itu adalah gadis yang penakut by Yuna
ini adalah punca ketakutan T_T
pstt psstttt gadis cerdik ini juga geng saya penakut he he
ini pun saya takut.. konon nak takotkan orang lain tapi hakikatnya diri sendiri gayat bila bergoyang-goyang T_T



dengan keadaan perut yang menahan lapar dan perasaan yang masih ketakutan itu marilah cecepat meninggalkan tempat yang scary itu dan saya tak akan datang lagi kot untuk suatu tempoh masa he he.. marilah kita mencuci mata dengan kehijauan pepohon teh sambil membeli teh sabah untuk orang kampung auuuuwww aauuuuwwwww




tolong jangan gosipkan kami plisss
abah dan emak :)

kami kawan sampai mati <3






abes menyegarkan mata tibalah saat yang dinantikan selama percutian ini iaitu kedebang kedebuk di sini.. semo excited sejak dari rumah malam sebelum tido lagi.. preparation baju spare apa semo jugak sudah dilakukan lebih awal lagi.. sanggup bawak beg berat sebab sebab nak kan saat ini.. yahoooo be da bedooo..




Air terjun yeayyyyy
supaya tak tersesat




tapi tapi tapi sobsobsob T____T sebab tak dapat pun terjun ke air yang sejuk tu hah.. rendam kaki kat kolam air panas je.. tu pun kejap je sebab dah bosan + hujan





ini cinta berpaling arah
ini kes pujuk budak kecik yang sedih sebab tak dapat men air terjun yang ohsem itu.. saya ibu penyayang kan ha ha


akhirnya kami dapat makan dan tidaklah lagi mengamuk macam singa kelaparan :)



ini membuatkan kami gelak besar ha ha ha patut tak sejuksejuk pun

wajah pelahap yang kebolo dan tak toleh kiri kanan bila makanan depan mati.. nasib licin semo ;p



kenyang perut suka hati.. suka hati sakit perut dan haruslah toilet first dekat shell.. then kami tak singgah tempat lembu pun sebab hujan lebat.. sempat singgah kat tempat sayuran buahan sambil bernyanyi lagu memori daun pisang di dalam kehujanan.. yeayyyyy.. esok ada kembara keta api pulak.. ::))


masuk toilet pun kena beratur wehhhh

penat wehhhh kbai




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...