Saturday, February 04, 2012

trip ke Sabah : day 2


AMARAN KERAS : INI ENTRY BERGAMBAR YANG SUPER DUPER PANJANG.. BAGI SESIAPA YANG TIDAK SABAR, SILA ANGKAT KAKI AWAL-AWAL BLAH DARI INI TEMPAT !!!! *takot tak?

Assalamualaikum..


continue dengan day 2 di mana kami telah mencuci mata di Pulau Manukan if im not mistaken.. nama je naib pengerusi pogem tapi saya memang tak hafal langsung nama-nama spesifik tempat yang akan dilawati.. hanya tahu pada hari itu akan pergi ke lokasi mana tanpa mengetahui nama tempat itu.. silalah jangan mencontohi perbuatan terpuji saya ini..


oh sebelum itu mari kita gebang bahawa kami semua tidak dapat tidur nyenyak malam itu sebab malam pertama di tempat baru haruslah excited berangan-angan mood masih berbau bah bah.. bangun juga adalah sangat awal sebab tak mahu kena tinggal sorang-sorang dalam rumah tak dapat ikut jenjalan jika bersiap bermake up berjam-jam.. hai kat hostel pun tak bangun awal macam ini tahu.. memang kami jakun okeh eh saya yang over jakun!!!


yeay, kami excited bangun pagi-pagi lagi
alas perut je kat Restoran Alamanda kat bawah rumah sebab dah alas usus kat rumah tadi
misi bermula, naik public transpot je meh


lepas dah kenyang perut senang hati, kami pun bergerak jalan kaki menuju ke bus stop berhampiran.. barulah ala-ala mat minah saleh kan travel jalan kaki macam ini.. hihi.. then naik bus awam dan menuju ke jeti untuk pergi ke Pulau Manukan untuk mencuci mata di sana.. wow, excited uollssss..


ini orang penting dok sibuk tawar menawar tiket bot laju
ini pula golongan yang menunggu di luar lokasi sambil kira jam saat lama lagi ke sebab dah tak sabar
we can go now :)
semua jalan laju-laju tak toleh belakang dah
ehem ehem kami nak posing dulu ofcos kan
abah yang best !!!

kami memang excited.. wajah semua girang gemilang memang terpancar di wajah lagi-lagi sinar kesegaran bangun pagi tak pudar lagi kan.. huhu.. sampai kat jeti terus hura-hara sebab tak sabau sangat dah.. semua mata pandang kami sebab kami je yang paling kecoh kat situ.. doh sibuk amek gambar sana-sini tapi mulut kumat-kamit tak henti-henti.. abah juga nampak excited.. naik bot laju yang makan masa 20-30 minit jugak nak sampai kat pulau tu.. tu pun dengan kadar speed tinggi lah kan.. nama pun bot laju kalau tak laju memang campak dalam laut lah.. nasib tak mabuk laut bagai.. best tengok view yang cantik sambil hirup udara segar laut.. ;)


muka yang penuh kejakunan dan keexcitedan
macam mana lah tak kecoh hura hara kan
ehem ehem bot first muat sudah diisi
kami yang terakhir naik bot sebab sibuk snap sana sini
kami in bot 2 tapi kami yang berjaya sampai dulu
pasangan ini masih belum dikurniakan anak dan mood masih berhoneymooon maka dengan tak malunya saya menjadi anak angkat mereka :)
bebudak bot first yang lencun disiram ombak laut kesian dah la lambat



pokcik yang bawak bot laju kami iaitu bot kedua yang bergerak 5 minit lebih lambat dari bot laju first berjaya sampai dulu memjejakkan kaki di pelabuhan pantai Pulau Manukan itu dahulu.. nampak tak betapa otainya drive bot kami yang terus memecut tak sedar diri sampaikan terlambung-lambung kami di dalam bot itu.. mujur langkah keselamatan diambil dan tidaklah kami terjunam ke dalam laut berjumpa dengan ikan paus.. walaupun kelajuan adalah maksimun tetapi kami semua tidaklah basah dipukul ombak seperti bebudak di dalam bot first.. kesian mereka dah lah lambat sampai basah lencun pulak tu.. abes rosak tudung semo.. hihihi.. badan melekit bau air laut.. nasib badan alahai :p


yeayyyyyyyy dah sampai mestilah gumbira sampai tinge
nice
chalet here
cantik giler bah

saya suka pulau pantai


kami sangat teruja bila melihat keindahan alam ciptaan Allah ini.. Subhanallah cantinya.. terus mesej kekasih kesayangan cakap sini cantik dan terus suruh amek gambar gune scenery theme dan matahari pagi nampak natural sekali.. okeh, baiklah.. bertindak mengikut arahan.. akibat terlalu teruja dan gumbira, kami terus berlari ke kaki pantai sambil melompat-lompat riang macam kanak-kanak dapat toys and dolls.. rasa menyesal sebab tak bawah baju spare kalau tidak sayalah orang pertama yang akan zooommm bung masuk ke dalam air sebab saya memang suka main air.. cuma cuma kejernihan air dan keindahan hidupan di dalam air di situ tidaklah seindah di Pulau Redang tapi tetap aummmmmm dan wowww dan mampu buat kami teruja plus jakun okeisss..

marilah bergumbira walaupun tahu akan burn sebab terlupa pakai sunblok
yeayyy gumbira lalala
gumbira nak terjun laut
selamanya kami akan tetap kawan :)
sebab selalu sangat tengok gambar orang buat bebayang maka kami juga tidak mahu ketinggalan
from da bottom of my heart <3



bila dah penat melompat maka terus jadi senget.. bila dah senget dan berjumpa mereka yang senget maka jadilah senget kuasa dua.. kami round satu pulau tu ibarat pulau itu tempat posting kami je.. hi hi.. berani cakap besar sebab kat pulau tu takde sekolah.. Pulau Gaya baru ada sekolah.. ;)



kami tak senget tapi photographer yang suruh kami jadi senget
kami tak senget pun kan?
hah kaw.. kat sini pun bolehlah nak jadi part time paparazi
xoxo
ini adalah real dan bukannya satu lakonan
skandal ~~
ikan buntal plissss
kami yang senget
sila tengok sambil buat muka seyes
model catwalk get ready gurls

1 2 3 in action
teros bertukar menjadi model k-pop
presenting my models
inilah bapak ayam yang sebenarnya
muka penat bermain melayan celoteh kami ;p




dah penat bermain dam aji, main catur, main ular + itik + musang kat situ maka kami mengambil keputusan untuk duduk dediam di suatu sudut dan bermain dengan lensa kamera yang tak berapa nak mahal tapi kami sayang sangat.. eh, kami bff berempat mempunyai kamera jenis yang sama warna juge yang sama.. jangan jeles.. nampak sangat memang kawan sampai mati :')



ish meka ni dah pandai bersosial di khalayak ramai nampaknya.. ish ish ish
menunggu detik untuk pulang
byebye Manukan island






okeh tamat aktiviti pagi pada hari itu.. disebabkan perut sudah bernyanyi sayu maka kami pun terjah ke Centre Point untuk mencari makanan.. sempat juge mencuci mata membeli barang keperluan yang lain.. petang akan bersambung dengan aktiviti mencuci mata sekali lagi sambil mengeluarkan duit juge T__T


with klon dato' CT pun jadilah kan nak gebang dekat budak rumah nanti ha ha

nasi ayam CP 2.80 padahal ada yang 2.70 okeh !!!





kenyang perut suka hati maka kami pun dengan senang hati pulanglah semula ke teratak tumpangan sementara itu.. sambil melepak menunggu petang sambil berborak bercite itu ini sambil tengok gambar di pulau tadi sambil gelak beramai-ramai sampai mata pun berat dan akhirnya kroih kroih zzzzzz tido walaupun hanya sekejap.. misi diteruskan..........................


yeayy sempat tengok singe
starting here
rambang mata



pstttpsttttpsssttttt.. kami start berjalan mencuci mata pada pukul empat.. memang tak menang mata, kaki dan tangan okeh.. kaki dah rasa macam nak putus, tangan pulak rasa macam nak tercabut, mata jangan nak kate lah rasa macam power makin naik ke angka maksimum dah tahu.. sumpah pening kepala sampai nak termuntah pilih barang itu ini.. siap call bagai tanya nak beli apa semo kan.. dah paling bertuah bila ada pasar malam pada hari tersebut dan dengar cite pasar itu setahun sekali sahaja.. how lucky we are kan !!! pasarnya sumpah panjang giler siap berselekoh-selekoh lagi tahu.. memang putus kaki lah berjalan sampaikan sanggup letak barang tepi kaki lima sebab dah tak larat nak angkut.. ini berani mati punya keputusan sebab semo tak nak mengalah untuk jaga barang.. masa bershoping hampir lapan jam jugak.. sampai ke malam kami bershopping.. cikgu amer lagi hebat sebab petang dah shopping and malam tu gigih kuar gi shopping lagi dengan bini beliau.. hebat tak hebat.. makin malam harga barang makin murah T____T ini antara part yang perlu dikesalkan hingga kini.. dan pssttttt lagi, barang di pasar malam jauh lebih cantik dan murah dari kedai permanent yang berada di situ.. tikus pun besar macam anak kucing.. eiii takot..

dok pening kepala nak beli apa untuk mak-mak
macam-macam ada
pesta tanglung yeayyy
nak menuju ke tempat letak barang di kaki lima

sampai rumah laju-laju kemas barang dan tak sempat nak tengok-tengok balik beli barang apa dengan keadaan yang beria sebab mahu melantak megi di rumah yang berkotak-kotak itu dan terus tido sebab esok mahu berjalan lagi.. eh kami sempat jeling-jeling barang yang dah dibeli sambil mulut menghirup sup megi.. hu hu hu.. tido nyenyak sebab poket sudah kempis separuh.. sobsobsob.. wanita memang tak boleh lari dari shopping sekian..........





esok yang seperti berada di kutub selatan yang ada penguin pingu pingu sejuk

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...