Thursday, February 17, 2011

AIR TERJUN ASAHAN : berjimba di tanah Hang Tuah


Assalamualaikum

amek feel dulu


orang dok sibuk berarak sambil berselawat tapi kami dok sibuk berzikir sambil berhiking menuju puncak.. cuti umum Maulidur Rasul telah dimanfaatkan sebaik mungkin even ini plan last minute.. destinasi percutian bertuah ialah Sg. Bekuh, Asahan.. kami tidak memilih pantai dikhuatiri sunburn, tidak juga memilih mall dirisaui poket rabak tapi kami memilih waterfall kerna dapat swim sampai kecut tangan kaki semua.. ahli keluarga yang terlibat adalah :

anis
mijah
nani


mereka telah bangun awal pagi bagi menyediakan bekalan makanan untuk kami berpicnic dan akulah orang yang paling lambat bangun sebab dok sedap berada dalam mimpi indah.. driver mesti perlu tidur yang cukup kan kengkawan?? hihi


tepat jam 8, terus bergegas ke pondok pak guard sebab nak amek keta sewa yang dijanjikan.. rm5/jam.. sewaan selama 8 jam.. 




jengjejeng




first nak gerak kuar pagar je da mati enjin sebab selaku pembawa auto yang tegar, for surelah akan kekok memandu manual kan.. haish.. tapi kejayaan telah digapai tatkala mampu menaiki bukit dan membuat uturn di bukit tanpa undur ke belakang.. yaeh!! yang sadis pabila mati enjin sebanyak 2 kali di trafic light dan menyebabkan terlepas lampu hijau.. tima kasih diucapkan kepada pemandu kereta di belakang kerana memahami situasi tanpa berang.. ^^


yay!! da sampai..

orang excited menuju puncak



even berbekalkan peta, tapi tak mudah untuk kami sampai kat sini okeh!! bukan sesat jauh sekali kena tolak keta tapi da suku jalan baru pasan yang minyak dah menunjukkan signal perlu di isi.. da kena uturn semula sebab if teruskan da takde petronas.. haish.. masa terbuang di situ okeh!! hoho

peta yang dilakarkan oleh amal




bukan tu je, bila nak masuk kawasan sungai juga telah membuatkan kami kepenatan lantaran terpaksa berpatah balik sebanyak 3 kali.. ini semua disebabkan anjing jagaan kawasan itu yang sedang merayau umpama mencari mangsa.. muka nak ganas sambil gong gong menantikan makanan..



dem




nasib lah akhirnya dapat juga melalui kawasan puaka itu.. lega amat.. masa nak lalu, mulut kumat kamit beria doa itu ini.. haha.. taknak la pepagi lagi dah jadi santapan anjing garang plak kan.. memang dasar budak takutkan dog kan.. padahal tak kacau pun.. saja nak wat cuak.. patut pegang batu.. biar psycho anjing tu sikit.. gagagagagagga


kawasan puaka berkenaan




_____________________________________________________



setelah berhempas pulas mendaki mencari kawasan yang sesuai, akhirnya kami memilih yang ini.. takde orang langsung wei.. masyok leh wat pelbagai aksi dengan bebasnya.. haha.. bebudak ni terus cakap layak dapat sijil mendaki sebab agak mencabar nak turun ke bawah ni.. alahai kawan.. gunung tahan lagi power babe.. terkencing-kencing korang nanti..


batu yang banyak..port baik..

sumpah banyak ikan kat sini




then mereka pun berjimba terlebih dahulu.. disebabkan amat lapar tidak breakfast, saya telah membaham sarapan pagi sebelum berswim tak hinggat.. kenyang je terus masuk air.. *patut la ko buncit kan* da tak pikir mahu bersnap bagai ni.. air sejuk sedang menunggu.. h_h


tolong la jangan poyos wahai gadis pingitan

gadis tegar yang tidak bermandi manda langsung..hanya menjadi potografer kami


tak dapat baby, 100 plus pun jadi la nak jadikan model






selepas berendam menggigil-gigil sampai biru muka, kami pun berjemur di bawah sinaran mentari yang ala-ala malu untuk memancarkan cahayanya.. haish haish.. sambil tu kami dok sibuk menyumbat makanan ke dalam perut yang sudah kosong kembali.. haha.. okeh, ni kisah benar paling tragis.. sila baca dengan suspen nye..



sedang dok aku asyik mengeringkan badan, menepis-nepis rambut ibarat seperti iklan syampo tu, pakkk terlihat kelibat seorang lelaki tua.. wow!! sungguh khusyuk beliau memandang kami.. tau la anak dara cantik semo pokcik.. jangan dok pandang macam mata nak terjojol.. then beliau dok sibuk bercakap-cakap di dalam hp nye.. atas sebab banyak sangat tengok drama tb, kami kami ni terus pikir bebukan.. terus cecepat kemas, then daki naik bukit dengan gah dan lajunya tanpa sebarang halangan.. dengan sejuta langkah kami terus mara ke depan.. da tak toleh kiri kanan da.. tapi asyik paling belakang bila dah melintasi pokcik itu..

OMG









beliau turut mengejar kami.. amek ko terus lari laju-laju macam lipas kudung sampai keta.. haha.. masuk keta terus pecut laju-laju sambil ketawa berdekah-dekah sebab teringatkan pikiran kalut kami dan juga respon spontan kami tu.. maklum la memang tempat ni bukan kawasan rekreasi pun.. sumpah boleh dikira bape orang je yang berpicnic kat situ kan..



______________________________________________________




next destinasi ialah Mydin.. sempat makan ice cream, mini cream donut and cuci mata sat.. ara plak dok sibuk beli baju tok dinner.. then balik semula ke "kolej kediaman yang terchenta"..



last shoot before balik

tak sangka guwa sangat comot







sekian















nota lantai : ada dinner, yeah!!




1 comment:

ara said...

credit to the photographer, HAHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...