Monday, February 03, 2014

wedding Tasha and Ali + e-day Roslin and Halief

Assalamualaikum & Hii


hye Februari.. 1 Februari ni famos betul dengan majlis itu dan ini.. tak kiralah hari pertunangan ke mahupun hari pernikahan semua pun sibuk pilih tarikh ni.. maybe sebab alang-lanag jatuh pada hari cuti Tahun Barun Cina agaknya lah kan.. senang sedara-mara dan rakan taulan nak datang ke majlis bermakna itu katanya hee..


first sekali dapat invitation untuk wedding Tasha dan Ali dan macam biasa terus laju-laju pm bakal pengantin nak mintak kad kawen sebab sonang nak tengok plan ke rumah pengantin agar tidak sesat.. padahal rumah pengantin is dekat kampung halaman je bai.. sebenarnya mintak kad adalah untuk mengumpul koleksi majlis kawen rakan taulan yang telah dihadiri kononnya lah.. yang tak dapat nak datang tu terus buang kad or tak mintak kad langsung giteww..


kesian dekat abang posmen sebab kena hantar banyak kali ulang-alik taman ni sebab tak tahu lorong rumah yang mana satu.. maybe bakal pengantin terlalu excited menaip alamat untuk pos kad kawen kepada rakan-rakan sampai tertinggal nombor lorong.. patutlah hari-hari aku tunggu posmen tak kunjung tiba.. rupanya susah nak cari rumah yang mana.. mesti abang posmen try and error banyak kali sampailah akhirnya sampai jugak ke rumahku uhuhu.. terima kasih abang posmen atas usaha anda yang bersungguh-sungguh tersebut :)





macam biasa lepas dah di invite untuk attend ke majlis kawen terus laju-laju pakat dengan bff kesayangan nak pergi saing sebab nanti segan-silu kalau datang sensorang, makan sensorang dan bergambar selfie sensorang.. maklumlah i is pemalu kot bhahaha..


dah lepas deal bla bla bla maka bergeraklah kami ke rumah pengantins pada hari berkenaan.. kali ni tumpang Mirra je sebab malas nak drive and alang-alang lalu depan taman ni kan so hangkutlah daku sekali katakaw.. padahal sebab emak pergi wedding anak kawan die naik keta saga sebenanrnya.. kancil is malas nak bawak sebab ada ura-ura merajuk bila cakap nak beli keta baru.. saje je kan..


oh nak tau tak yang dak Mirra and Sue ni tak pernah lah gi uma orang kawen yang jalan kampung yang jauh ke dalam tu hah pastu duk sibuk tanya jauh lagi tak ea, dah nak sampai ke, eh kita ni tak sesat kan hehehe.. nasib memang tak sesat pun ahakss.. pastu sampai je terus berdesup laju je berjalan tak toleh kiri kanan sampai kengkawan panggil pun tak perasan.. masuk bilik pengantin nak letak hadiah and jumpa pengantin.. terus Tasha marah aku sebab tak datang masa die nikah pagi tu sebab aku dah janji nak datang.. punca tak datang sebab bangun pagi sedar-sedar dah pukul 8.00 pagi padahal nikah kol 8.30 huaaa.. mana sempat nak mandi nak siap lagi.. terus sambung tidur je terus hakhakhak.. maafkan daku Tasha atas perangai burukku ini.. tanpa kehadiranku ini kaw tetap bernikah juga kan hehehe.. 


 maka sahlah mereka sebagai pasangan suami isteri yang halal :)



oh lepas dah jumpa penagntin terus pergi makan sebab dah lapau kebenau weh.. sambil makan sambil sibuk xoxo sambil tunggu kedatangan Ali giteww.. lepas pengantin laki dah sampai barulah boleh mulakan misi bergambau sebab nak balik cepat nak pergi majlis yang lain pulak katanya..




masa nak bergambau dengan pengantins kat pelamin kemain lagi semua nak beratur pepanjang nak amek gambau tapi takde sorang pun nak melangkah ke depan memulakan misi nak bergambaunya alahai.. last-last bridesmaid yang nak balik dulu yang mulakan sebab dah tak sabau nak balik.. aku pun join sekali sebab nak balik awal jugak sebab nak hantar Sue kat BpMall then terus berdesup ke Semerah pulak nanti..


 edisi para gadis yang sampai dahulu 

edisi para jejaka yang dah lama sampai

 edisi gadis yang sampai lambat


sebab kitaorang balik awal maka tak sempatlah nak jumpa edisi gegadis yang sampai lambat tu hah.. ya ampunn tak sempat nak xoxo berselfie dengan kalian.. lain wedding kita ketemu ya ahakss.. before balik sebagai bahan bukti telah melakukan aktiviti hujung minggu bersama haruslah bergambau bersama katakaw..


dua orang masih solo hewhew


pastukan yang lain gi lepaking bersama sambil minum-minum sikit pun tak hajak aku.. ok finee majuk sensorang kat rumah huaaaa



pas Mirra hantar sampai depan rumah terus laju-laju amek kunci kereta kancil dan berdesup gerak ke Semerah.. sambil drive sambil membuat janji setia sehidup semati dengan Bobo tu hah agar beliau tak meragam di tengah jalan dan Alhamdulillah, Bobo sangat mendengau kata.. maka sampailah aku di majlis pertunangan rakan sebelah meja yang gaduh bersama, ketawa bersama dan belajar bersama semasa zaman persekolahan dulu.. even datang dah lambat dan majlis pun dah tamat, tapi yang penting datang untuk memeriahkan suasana kan.. 




terima kasih lah Chelin sebab sanggup tunggu aku datang dulu dan bergambau bersama dulu sebelum menukar baju.. pastu terus lepak depan mini pelamin sambil berxoxo sampai ke senja.. ya ampun punya perangai kan.. nampak sangat lama tak jumpa dan banyak cerita yang nak dikongsikan bersama.. terus stay sebab nak join majlis tahlil arwah belah malam tu.. nampak tak kesungguhan nak berxoxo itu hahaha..


sampai rumah hampir pukul 11 malam.. maka selesailah aktiviti yang padat di awal Februari ini.. mintak maaf pada kengkawan yang lain yang aku tak sempat nak datang wedding korang.. terima kasih kerana sudi menjemput.. hanya doa yang dapat dikirimkan dari jauh..


Selamat Pengantin Baru buat semua pengantins yang berkawen.. semoga cinta kalian kekal hingga ke syurga..


Selamat Bertunang juga kepada mereka yang bertunang pada 1 Februari.. semoga tabah menempuhi dugaan berdarah manis ini dan semoga dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga..




p/s : buat Bobo, mohon jangan merajuk sebab selalu abaikan awak.. itew janji akan bawak awak bersama bila posting nanti ok.. be good bebeh :)





p/s/s : Februari, plish go faster okeh..


Tuesday, January 28, 2014

reward untuk diri sendiri

Assalamualaikum & Hii..


besday taun ni jauh dengan kengkawan a.k.a girfie kesayangans semua dan memasing macam aku jugak berharap ada duit yang terselit di setiap dalaman kocek seluar dan di setiap pelusuk celahan handbag.. maka tiadalah lagi hadiah daripada mereka sebab memasing belum kerja and takde gaji lagi tapi semua pun dah buat perjanjian berdarah yang akan bagi bila dah dapat gaji nanti.. ala, macam tak biasa time belajar pun hadiah mesti akan dapat bila dah masuk elaun so i is okies ye anak-anak sekalian.. bila hadiah dah gaji mesti boleh mintak memahal kan?? eiii, tak sabarnya nak dapat bag mahal, baju mahal dan yang paling mahal vacation bersama okeh.. mohon catitkan dalam diary memasing ;)


awal taun baru Alhamdulillah ada rezeki sikit so dapatlah merewardkan diri dengan dua benda yang dah lama diimpikan dari akhir taun lepas cuma tak berkesempatan nak membeli sebab ongkos enggak ada bukk.. maklumlah akhir taun bergelar pelajar memang hidup segan mati tak mahu je.. makan pun biskut celup teh o setiap hari.. huaaaaa rinduu moment breakfast bersama, lunch bersama, dinner bersama, sapa bersama *nanes


item first yang dah lama mengidam is telekung lycra ni hahh.. dah lama dah usha kat online tapi semua harga mencekik darah.. ada jugak yang murah tapi takut kain tak sedap.. keburukan beli online is bila kain tak best mahupun item tu tak menyeronokkan, kaw kena pahatkan konsep reda dalam diri maka aku pun taknak menyesal terpaksalah mencari ke hulur ke hilir yang murah dan sedap bila memakainya.. kata nak hadap Allah kan mestilah kena cecantik dan paling selesa katakaw.. dan Alhamdulillah, memang timing masyuk sebab masa tengah dok usha sambil bawak duit terus jumpa depan mata, rasa kain and paling penting harga is berpatutan siap dapat diskaun lagi.. itu yang dicari.. yeayyy, finally dapat jugak telekung idaman hati.. masa nak pilih kaler mulalah confuse sebab semua kaler pun cantik tapi taun ni aku lebih suka oren so amek yang oren lah kan :)





baru pas basuh, tak sabau nak guna hiksss


benda idaman kedua is hard disk.. bukan sebab takde hard disk tapi sebab hard disk pemberian orang dahulu sudah penuh sampaikan terpaksa delete movie lama bila nak masukkan movie baru.. padahal yang paling besau part gambau tapi tak sampai hati nak delete gambau kenangan sepanjang hidup taw sebab nanti dah takde kenangan nak imbau lagi dah huaaaa.. Alhamdulillah, ada rezeki lebih dan dapat lah idaman kedua ni.. idaman ketiga is posting.. itu tak taulah bila nak tertunainya lah.. mintak-mintak dalam masa terdekat ni.. i is kurang percaya dengan rumors and percaya dekat takdir Allah yang dah tetapkan bila tarikh terbaik untuk kami masuk sekolah.. sebenarnya untung tak masuk awal-awal ni sebab kalau tak banyak gilos kerja nak kena buat kata makciks aku semua.. bagus makciks yang banyak bagi support suh rehat pepuas dulu before berkhidmat 30 tahun nanti hewwss




ini je yang paling murah bila dah habis survey satu BP dan Melaka.. so, puas hati dah sekarang bila lappy kesayangan pun dah tak berat yahuuuuuuuu


and i'm a happy kid


last sekali nak wish adik bongsu supaya tabah mengharungi liku kehidupan di asrama incase kena buli lah.. tapi aku rasa die yang buli seniorita nanti puahaha.. kalau rindu, tepong je rumah okeh adik.. 


gudluck in future :)




masa hantau ni ada moment sadis yang aku pun sampai nak nanes tapi aku tahan je sebak.. nanti kalau rajin, aku buat entry lain.. kalau tak rajin, pm je aku kalau nak tahu bhahahaha..


kbai nak tido esok nak amek adik balik cuti CNY katakaw..


eh lupa, Selamat Tahun Baru Cina yang tahun kuda iaitu tahun kelahiran :)


p/s : sapa nak kasi angpau amatlah digalakkan



Wednesday, January 22, 2014

untuk mereka yang sering sakit kepala

 Assalamualaikum & Hii..


sape yang selalu sakit kepala tu meh sepp dengan aku sebab kita satu geng lelebih lagi bila banyak kerja nak kena buat dan bila stress bhahaha.. 
emak kata aku mewarisi sakit makcik aku yang cikgu tu jugak.. 
penyakit keturunan katakaw huaaa..


jum amalkan ;)



Monday, January 20, 2014

murahnya rezeki, Alhamdulillah

Assalamualaikum & Hii..


Alhamdulillah, sejak meningkat usia ni makin melimpah-ruah rezeki yang Allah bagi.. syukur ya Allah.. terima kasih atas setiap rezeki yang telah kaw kurniakan kepada hamba-Mu ini..


kadang-kadang bila sesiapalah yang update status kat fb tulis, Alhamdulillah, syukur atas rezeki-Mu hari ini ya Allah, mesti dan pasti akan ada yang komen dapat duit ke?? diingatkan kepada kalian semua ye bahawa rezeki Allah tu luas tak kira lah dari segi kewangan, kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, kemudahan urusan, pekerjaan dan sebagainya lagi..


rezeki yang luas yang aku maksudkan sejak kebelakangan ini adalah rezeki makan yang ditaja oleh orang ramai.. sesejak dari besday haritu ramai je yang ajak keluar sebab nak lepaking bersama dan makan bersama.. minggu lepas je dah tiga kali dapat makan sampai membulat perut dan yang penting dapat makan free.. terima kasih kalian semua.. semoga Allah murahkan rezeki kalian lagi..


Rabu lepas dapat makan kek red velvet dengan makan nasi lemak satu set dekat Old Town BpMall tu hah.. oh terima kasih kawan zaman sekolah sebab sanggup belanje iteww kek dengan makan sekali.. terima kasih sudi ajak iteww lepak bersama hikss.. semoga kalian diperluaskan dengan rezeki yang halal lagi luas aminnnn..


Jumaat lepas pulak makcik buat majlis kesyukuran rumah baru sambil makan-makan.. terus selit sekali majlis sambutan besday iteww sekali.. yeayyyy, dapat makan free lagi dan kali ni makanan lagi banyak lagi syok sebab ada kambing bhahaha.. aku ni ada satu habit keji iaitu bila aku taw tu kambing maka aku tak akan makan tapi bila tak tau tu akan makan siap bertambah-tambah hahaha.. mokusu selalu cakap tu namanya gedikss haha.. kes di hari Jumaat adalah aku tahu dah terus tak makan langsung.. nasib baik banyak makanan lain yang sesedap lagi.. paling best bila semua saudara mara dapat berkumpul sekali dan makan besar bersama, Alhamdulillah.. see, rezeki yang tak disangka iaitu rezeki makanan dan juga rezeki masa bersama keluarga besar.. terima kasih ya Allah..


bila moment bersama tu terlalu indah dan penting dan paling bernilai maka tak akan sempat untuk amek gambau posing sakan sambil uplod kat facebook dengan caption moment together with love.. sebab masa dan saat berharga tu lebih indah bila dapat kongsikan bermacam-macam cerita bersama bila dah lama tak jumpa heee.. actually, bebudak ni ada record masa aku tiup lilin aritu tapi aku malas nak amek sebab malu secara tetibe bila nak tengok balik sebab aku yakin video tu macam bangang je perangai aku time tu sebab keterujaan dapat kek.. maka jalan terbaik tak payah tengok dan tak payah amek terus hahaha.. sila simpan sampai ke tua je video iteww tu untuk tontonan anak cucu cicit kaw nanti hahaha.. eh motip sangat taw anak cucu cicit dah kenapa kawww


orang selalu cakap amalkan Dhuha sebab Dhuha adalah pintu rezeki yang luas tapi jujur aku cakap yang aku sendiri sebelum ini langsung tak amek peduli pun pasal hal ni sebab aku sentiasa rasa hidup aku adalah follow da flow sahaja apa nak jadi pun.. tapi Alhamdulillah kesedaran tu timbul masa semester terakhir belajar bila tetiba aku terasa teramat takut dengan nasib masa depan aku yang entah ke mana kalau tak dapat posting nanti.. masa tu aku sampai menangis sebab memikirkan nasib diri yang ntah jadi apa kalau tak dapat jadi cikgu setelah penat lelah lima tahun setengah belajar.. maklumlah aku ni takde rupa indah nak jadi pramugari mahupun model, takde akal yang genius nak jadi doktor mahupun jurutera ke apa kan.. pointer pun suam-suam kuku setimpal dengan usaha yang main-main tu je.. sebab masa tu khabar angin berleluasa sangat mengatakan pointer tinggi yang akan posting dulu dan yang rendah akan posting bila ada kekosongan sahaja.. mahu tak cuak aku sebab tinggal satu sem je aku nak kena pulun giler kebabeng dan aku tahu yang aku tak akan dapat pun first class degree tu even aku dapat 4 flat last sem.. kena tambah lagi satu sem dan skor 4 flat baru dapat tahuuu.. giler kawwww aku nak tambah sem lagi tak sanggup itewww


time tu memang setiap kali terpikir, setiap kali tulah terasa sebaknya sampaikan nak tido tu aku nangis sensorang sambil tahan sedu dekat dalam selimut.. nampak tak ketidaktenteraman hati aku masa tu.. kekadang tu kalau tetibe je terkenangkan nasib diri masa tengah lepak dengan girfie kesayangans pun terus sebak dan share bersama tentang kesedihan hati itu.. masa tu terus aku insaf dan terus amalkan solat Dhuha.. even tak setiap hari tapi dalam seminggu tu aku akan pastikan yang aku tak akan miss untuk Dhuha kalau takde kelas yang pack.. start dari situ juga aku sentiasa amalkan zikir Ya Wahab 1000x setiap hari dan surah Al-Waqiah setiap malam lepas solat.. Alhamdulillah, sampai sekarang sentiasa ada rezeki dan semua urusan juga dipermudakan syukur ya Allah..


bila aku pikir balik, mungkin kegusaran hati aku memikirkan masa depan pada ketika itu adalah salah satu tanda ingatan Allah untuk aku supaya bersyukur dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripada-Nya.. Alhamdulillah, Allahuakbar, terima kasih Allah atas ingatan-Mu itu yang menbawa terlalu banyak perubahan dalam diri.. semoga aku istiqomah untuk terus membuat amal kerana-Mu aminnn..


oh ye, tak lupa jugak sedekah.. even kekadang kaw sedekah dengan belanje makan kawan kaw sampai die kenyang pun dah dikira sedekah dan ganjarannya memang akan ada.. kalau tak percaya try cube test amalkan.. aku dok perhati je benda ni dari zaman start belajar lagi bila aku belanje kengkawan aku mesti aku akan dapat rezeki orang lain belanje pulak selepas itu.. cepat atau lambat je yang tentukan.. Alhamdulillah jugak sebab aku dipertemukan dengan kengkawan yang pemurah dan kuat makan dan paling penting adalah menjadikan makanan sebagai keutamaan dalam kehidupan seharian dan tak kesah jika berhabis duit hanya untuk makan.. terima kasih atas semuanya ya Allah :)


oleh itu marilah kita sesama mengamalkan :





semoga kita sentiasa tergolong dalan kalangan mereka yang mendapat rezeki yang halal dan luas aminnnnn..


p/s : aku pun budak baru belajar mohon tunjuk ajar


Wednesday, January 15, 2014

blablabla


selalu macam ni tau.. time tak mengadap depan-depan dalam kepala dah siap pikir tajuk entry dengan isi coretan dalam nya tapi bila nak buat new post tu terus menguap banyak kali sambil gosok-gosok mata tanda dah mengantuk sekaligus terus hilang idea yang dah ada tadi tu..


kbai malam

p/s : mintak-mintak mimpi FA malam ni masuk pinang bhahahhahah.. kata nak cari calon cikgu kannn.. ok dah tuuuuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...