Wednesday, February 13, 2013

SK Pasir Besar (F), Gemas

Assalamualaikum & Hii..


disebabkan bosan dok mengadap asimen yang tak siap-siap dan disebabkan bosan jugak bila bukak blog tengok entry Shaklee je tak abes-abes maka terus rasa nak mengarang entry sekolah tempat berpraktikum selama tiga bulan a.k.a praktikum terakhir untuk sepanjang pengajian di IPGK PM tu hah yeddaa :)


praktikum-ing kali ini dijalankan dengan partner gojes yang tidak asing lagi seperti semester lepas iaitu cik yang bakal bergelar puan (insya Allah) Rohaidah anak Pak Jamal ;) 
lokasi sekolah di Pasir Besar, Gemas tapi daerah Tampin :p
 lokasi rumah sewa pula adalah di Gemencheh yedaapaa


sebagai permulaan mari bercerita tentang rumah sewa terlebih dahulu.. proses mencari rumah sewa adalah sesuatu yang menyusahkan.. aku mula syak yang aku telah ditimpa badi susah nak cari rumah sewa sebab dari sem-sem lepas lagi asal aku je nak cari rumah sewa mesti takkan jumpa dan kalau jumpa pom adalah sangat tidak ohsem seperti rumah-rumah kawan-kawan yang lain tsk tsk


kami menyewa di Homestay Tenai yang berdekatan dengan SK Sungai Dua, bersebelahan dengan gelanggang futsal dan berhampiran dengan MRSM Gemencheh.. sape yang pernah bersekolah kat MRSM tu mesti tau homestay ni sebab terletak kat tepi jalan.. dari luar nak macam ohsem dan bila masuk ke dalam rumah juga nampak seperti yummy tapi bila baru tiga hari duduk mulalah rasa tak senang kaki nak stay lelama kat situ.. masalah paling tak rare adalah line internet yang hidup segan mati tak mahu atau dalam bahasa manisnya memang tak ada langsung.. tu baru line internet belum lagi tengok line tepong yang kalau tengah syok-syok bergayut tertiba-tiba tengah pungpangpungpang membebel dan baru sedar bahawa kaw bercakap sensorong sebab line dah hilang terus.. aku syak line tepong kat situ memang tak suka orang bergayut bergosip kot uhakkk


kendian bila dah best-best setting tempat nak wat keja and bila tahu plug itu tak boleh guna plug ini pulak rosak terus grrrrrrrrr ilang mood nak jadi pelajar cemerlang yang nak skor 4 flat sem ini.. lagi sadis bila dan beria bubuh sabung letak soplan dalam mesing basuh dan bila tekan button tak function langsung maka berendamlah para pakaian di dalam mesing tersebut selama seminggu sehingga dibawa pulang untuk dibasuh di rumah sahaja tskkk
lagi sadis bila beria jumpa technican mesing basuh siap suh datang rumah semangat suh betulkan mesing basuh dan bila on switch je terus boleh takde apa langsung yang rosak.. bila esok nak guna mulalah tak boleh lagi sampai rosak mesing itu sebab semua nak repair padahal tangan semua macam tikus baiki labu.. aku terus syak jantina mesing ni adalah betina sebab bila pokcik nak datang repair terus ok tapi bila kami guna terus k.o semula aish aish aishhh


ok, can uolss see apa yang tak rare untuk stay tiga bulan di situ.. mula-mula rasa macam pasrah je nak duk situ tiga bulang lagi tapi bila musim hujan dan wifi sekolah pung tak leh guna mulalah rasa tak senang duduk sebab kat mana nak cari gambar buat bbm apa semua nak cari maklumat wat AR, asimen lagi ohmaiohmaiii tak boleh jadi cenggini mesti memikirkan sesuatu maka terus buat perbincangan serius dengan semua housemate untuk pindah rumah.. iolss rela pergi sekolah lagi jauh perjalanan dan kena bangun awal pagi asalkan selesa serba-serbi tolonglah ini tiga bulan yang stress dengan keja-keja ilmiah walaupun skola sangat funn


 tutup cite pasal rumah mari bercerita pasal skola pula.. walaupun jalan nak pergi ke sekolah dari rumah tiada lampu jalan dan kiri kanan adalah hutan belaka serta pelu menahan nafas bila melalui kilang getah tapi bila sampai skola terus boleh senyum sebab skolah is banyak cikgu lelaki yang kacak bergaya dan ada yang bujang ehem ehem


first time masuk skola seperti apakah apakah kenapa parking pom kat luar skola tepi pagar dan kenapa skola is sangat kecik even budak ramai dan kenapa ramai cikgu datang menepati waktu hahaha tapi bila hari demi hari terus rasa skola ini is best dari yang before dengan para cikgu-cikgi yang sporting ditambah pula dengan pihak pentadbiran semua adalah lelaki serta yang paling umphh sebab hari-hari dapat mencuci mata sebab ramai sangat cikgu lelaki.. ini adalah satu peluang keemasan yang tak boleh disia-siakan lalalala


bila skola da best dan cikgu-cikgi pom da best maka Allah pom tidak mahulah iolss terlalu berada di zon selesa takut terus lupa diri maka dapatlah pensyarah yang memang tak fun sampai first observe pom dah kena 5 jam.. next-next observe nanti tak tahulah macam mana.. nasib sorang je kalau dua-dua macam ni boleh pengsan hempat puloh hempat kali setiap kali kena observe olomok.. kenapalah beliau bukan melayu yang boleh nak sedekahkan Al-Fatihah setiap hari agar dilembutkan hati herherher


ok, entry tamat disini sebab tangan dah lengun menaip.. rehat 5 jam then nak baru amek feel taip asimen 
bai



p/s : sebarang pertanyaan Shaklee boleh pm, emel atau sms saya :)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...