Saturday, April 07, 2012

SK Seri Bemban : another five days :)


Assalamualaikum


hai sabtu yang tak indah sebab bangun pagi je terus mengadap lappy sebab nak siapkan asimen yang tertangguh sebulan yang lalu sebab sibuk berpraktikum dan menguruskan event yang lain.. al maklumlah kite ni orang kepercayaan yang lagi bertanggungjawab maka haruslah sentiasa bizi mengalahkan Menteri Belia dan Sukan tuuu..


sebab dari malam tadi telah bersengkang mata menghasilkan penulisan ilmiah maka sekarang ini kepala sudah menjadi tepu ditambah lagi dengan perut yang sedang lapar giler.. kalau sekarang ni ada yang cuba cari pasal dengan kite, sudah pasti akan menjadi santapan bagi menyumbat masuk ke dalam usus perut ni hah tahu.. nasib baiklah tinggal sensorang di dalam bilik di mana kaw bebas untuk melakukan apa sahaja aktiviti sensored dan sebagainya ha ha ha


oleh kerana otak dah tepu maka perlulah berjimba dahulu supaya ada ruang kosong untuk berfikir kembali maka kite memilih untuk menghabiskan masa menunggu sisa tepu tu surut dengan berceloteh di sini.. nak keluar malas sebab petang kang sibuk nak gi pasar malam yeayyyy.. pssttttt psstttttt meh lah duk dekat kite, biar kite cite pasal sekolah kite, anak murid kite dan kitekite ni hah ~~



ini anak murid 1 mesia



kite kena ajar dua kelas, satu kelas merupakan kelas 1 Mesia namanya sebab budaknya terdiri dari tiga orang iaitu melayu, cina dan india.. kalau PM tahu kite ajar kelas 1 Mesia ni mahu menangis terharulah beliau sebab slogan 1 Mesia beliau betul-betul dimanfaatkan oleh kelas ini.. bebudak ini pun mungkin akan menjadi penghias muka depan majalah dan iklan-iklan 1 Mesia kat tb tu hah.. 


kelas 1 Mesia ni merupakan yang paling menguji keimanan jiwa ketabahan hati.. nampak budak hanya tiga orang tapi dah macam 30 orang yang berlainan ragam tahu !!!  mana tidaknya bila kaw suruh buat kerja mulalah nak bergusti, bila kaw suh menyanyi mulalah nak melompat, berlari dan bila kaw suh bermain mulalah sibuk nak ajak berlakon drama pulak.. stress tahu stress.. bila kaw ugut dengan ugutan yang berbaur kejam dan bila budak tidak takut dan tidak endah dengan ugutan tersebut haruslah cecepat kaw berlari panjat tangki sekolah dan terjun ke bawah T___T






kelas kedua pula budak lima orang tapi memang dah macam 50 orang.. walaupun bebudak lima orang ini tidaklah seaktif, senakal, sedegil dan so on lagi daripada budak kelas 1 Mesia tu tapi mereka juga turut menguji tahap kesabaran kite.. cuma Fajari je yang baik hati dan selalu buat kite :) time kasih Fajari, tecer sayang awak muah !!! nanti tecer belanja eskem besar ye :)


pauji fajari


bila ajak menyanyi laju je nak follow tapi bila dah masuk bab belajar terus semo jadi mereng dan senget lalu membuka pentas tinju T__T  "penat tecer ajar awak semua abc tapi esok awak lupa lagi.. kalau macam ni sampai bila nak abes belajar sampai z ni??"  TT___TT



bila kaw sibuk menulis mahupun menampal bbm di depan dan bila kaw toleh belakang tengok anak murid semo takde sebab menyorok bawah meja memang rasa nak naik hantu tapi kadangkadang tergelak sendiri sebab anak murid ingat kite ni budak kecik ke nak ajak main soroksorok ha ha ha.. dan bila kaw sibuk membebel di depan tapi anak murid sibuk berebut buku, pensel di belakang memang rasa macam nak ikat sorong-sorang kat tiang tapi bila tengok muka simpati masing-masing terus tak sampai hati.. bila kaw dah give up mengajar maka anak murid akan bersorak horayyy dan bila kaw bagi tengok kartun maka secara automatiknya anak murid akan menjadi senyap dan berada dalam keadaan paling baik haruslah kaw rasa yahooo beba bebuuuu akhirnya jalan penyelesaian dijumpai juga ha ha ha



SENYAP jua akhirnya




even mereka-mereka semo ini betul-betul membuatkan kite hilang sabar tapi bila sehari tak jumpe rasa macam tak complete hidup ecewahhh ha ha ha.. bila cakap next week adalah minggu last di sekolah itu maka anak murid semua buat muka sedih kekonon taknak kasi cikgu pergilah kan tapi sebenarnya dalam hati dah bersorok riang walaupun di mata sudah berkaca-kaca.. hampeh punya anak murid.. okeh, otak sudah mula nak beroperasi kembali maka haruslah stop di sini..kbai




tecer nak merajuk dengan awak semo kbai











2 comments:

kisah lalu said...

hehehe. bestnya jadi tecer (:

ID said...

tapi kena byk kn bersabar dear :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...