Friday, January 11, 2013

23 and healthy

Assalamualaikum & Hiii...


salam Jumaat yang mulia dan Alhamdulillah tahun ini menyambut tahun kelahiran yang ke 23 yang jatuh pada hari Jumaat yang barakah ditemani dengan kesayangan yang menggembirakan hati :)


disebabkan tahun ini tahun terakhir menyelebrate bornday bersama kesayangan di Melaka maka bornday gurl awal-awal tahun lagi setiap kali masuk kelas akan suruh adakan party dan mahukan kek.. bila dah dekat hari kejadian dengan tak tahu malu meremindkan semua orang ahaks.. ini perangai pelik yang jarang-jarang dilakukan *serius


maka bagi memuaskan keinginan ahkak mereka yang sulang ini maka celebration bornday gurl telah diadakan.. apa mulanya hendak dijadikan surprise tapi makin dekat peristiwa makin banyak yang kantoi last-last dengan selambe dah tahu yang mereka nak adakan celebration makan-makan dengan bornday gurl ni hah terus tahu apa yang akan jadi apa semua sape yang terlibat apa semua ohyeahh


ahkak korang yang dah membesau ni sibuk nak makan kek maka kesayangan pom sibuklah bagi die sepotong kek bagi memuaskan nafsu kempunan die tu hah.. nasib baik ada yang nak celebrate kalau tak mesti dah gi makan kek sensorong sambil amek gambau anto mms kat kecintaan sampai mengadu manje dengan harapan akan mendapat belas kasihan :p




yeayyy dapat tiup lilin :)



last tiup lilin potong kek adalah ditahun 2009 sewaktu dicelebrate oleh kesayangan ini juga.. mereka pembuka dan penutup celebration bornday gurl itew ni hah.. mahu tak terharu okeh.. nak nanes rasa tauuuuuuu tapi tahan je sebab nak cover macho.. iteww tak pernah nanes depan mereka sebab itewkan ahkak sulong mestilah tunjuk tufff ahaks ;)





2009



disebabkan dari minggu lepas perasaan membuak-buak mahu makan kek dan asyik ditahan-tahan sebab tunggu orang belanje maka bila kek depan mata terus jadi macam tak tentu arah apakah apakah apakah





muka gelojoh nak makan tapi orang sebelah muka nak mintak sikit tak malu :p



kalau ikutkan napsu perut dan tekak ni hah nak je bedal sensorong kek yang sedap dan lazat ini tapi rezeki perlu dikongsikan bersama orang yang disayangi maka bagi yang lain jugak sorang sesuap je dah cukup yang lain itew je yang boleh bersuap-suap banyak kali :p time kasih kepada yang sudi menaja kek secret resepi itu



muka nak gelojoh je kan





bila nyanyi reramai lagi, lagilah rasa terharu okeh.. heart korang ketat-ketat macam ni.. taun depan mesti bila bornday je akan teringatkan moment together ini sobsss



setiap yang bagi ucapan mesti akan ada semoga cepat kawen dan mohon doakan itew dapat twins seiras aminnnnnnnnnnn :)





heart them sm







semoga diusia 23 ini dapat menamatkan zaman bujang ahaks ok bukan sebenarnya.. semoga diusia baru ini akan dipenuhi dengan segala amalan yang baik dan akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya insya Allah dan semoga segala impian menjadi kenyataan.. i wish more happiness will come to my life



oh age is just a number.. muka itew babyface kot dan jiwa masih remaja :p




p/s : TQ semua.. sayang korang ketat-ketat

Wednesday, January 02, 2013

2013 and yes, im final year student :)

Assalamualaikum & Hiii...


ohhai hapy new year 2013 dan dan dan inilah tahun yang paling ditunggu-tunggu selama empat tahun setengah yang lepas iaitu untuk bergelar PELAJAR TAHUN AKHIR di Melaka ini hah.. Alhamdulillah, syukur rupanya dah berjaya mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang students selama empat tahun setengah dan masih boleh meneruskan pengajian tanpa tertangguh, Alhamdulillah.. dan tahun ini merupakan tahun penentu masa depan dan tahun akhir pengajian yahuuuuuu :)


tahun ni tiada azam bung bang bung bang yang baru melainkan azam yang masih sama iaitu untuk berkahwin hewhewhew
baiklah, mari kita berpijak di bumi yang nyata.. disebabkan setiap kali memasang azam tahun baru dan terlalu susah untuk menggapainya maka tahun ini telah berazam yang insya Allah akan boleh dicapai iaitu jeng je jeng


menghabiskan pengajian tahun akhir ini dengan indah dan cemerlang tanpa perlu turun naik unit disiplin ;)


maka dengan itu mari semua tadah tangan doakan budak tahun akhir ini dalam mencapai azam tahun barunya yang kedeboom ini :)


semoga result juga dapat ditingkatkan dengan cemerlang di tahun akhir agar dapat naik stage dengan result yang boomkebabomm.. semoga dipermudahkan, insya Allah.. bismillahirahmanirahim :)






Sunday, December 30, 2012

preview 2012

Assalamualaikum & Hiii  :)


esok adalah hari terakhir bagi tahun 2012 dan esok jugak adalah hari pertama berada di hostel tercinta.. semoga kondisi bilik sangat umpphhh sehinggakan weolss mampu memaintainkan hasil ternakan lemak yang sedia ada supaya dapat digunakan semasa berpraktikum tiga bulan kelak uhuks


sebab hati sayu maka malas nak taip panjang.. mari layan gambau preview sukaduka sepanjang tahun 2012 ini sobsss

*gambau tidak mengikut urutan peristiwa*


holiday di Sabah bersama keluarga besar

majlis perkahwinan kak Fita & abg Husaini di JB

dinner para seniorita UKM

hari merentas desa & kejohanan olahraga tahunan IPGKPM

berjimba bersama kesayangan

last BIG di SK Paya Rumput

terapai pasir dan terapi main di Pantai Puteri

lawatan ke BAM

first praktikum di SK Seri Bemban, Jasin
makan-makan di rumah aboh

kazen bertunang

berjimba di Melaka bersama kesayangan

sesi melepaskan kerinduan bersama kesayangan

percutian di sawah padi

lawatan melihat BBM ohsem

holiday di Melaka with BFF kesayangan
wedding ex-classmate Sakinah & Faizal di JB

last day with aboh T_T

hari pertunangan beloved kakak

kenduri kawen cucu mak Esah di Paya Redan

majlis perkahwinan sepupu di Ipoh

majlis perkahwinan Ira dan Suami di Felda Aping Barat

praktikum kedua di SK Menggong, Alor Gajah

majlis perkahwinan my twin primary school di Seri Wangi

raya bersama keluarga besar 2012

convocation kakak

with new emak

PDK di Sg. Rambai

convocation BFF kesayangan di UTM Skudai
malam irama Malaysia anjuran PK5 crews
pegawai part time di KSSSN peringkat Kebangsaan di Stadium Hang Jebat di Melaka

wedding Ieda & Emy di Felda Adela
wedding senior Kak Engku & Khairul Azhar di Felda Selancar, Segamat

wedding senior kesayangan Kak Ida & Azdmin di Dewan KOSASS, UPM
wedding Kak Ngah & Nafis di Kluang

wedding ex-classmate Rina & Zaki di Jasin, Melaka








2012 tahun perkahwinan kengkawan dan seniorita dan 2012 juga banyak event penting dalam keluarga besar pertama, kedua dan ketiga.. preview gambau 2012 lihat macam banyak sukaria bukan sukaduka tapi di sebalik gambau ada kejadian tersirat kisah yang akan diingati sampai bila-bila mahupun kisah yang mahu dilupuskan dari ingatan dan dibuang dari lubuk hati yang paling dalam ibarat barang yang lepas jangan dikenang.. segala sukaria boleh dikongsikan bersama dan yang duka biar jadi kisah sendirian berhad.. ada part-part yang dikongsikan bersama di sini dan ada yang tidak sempat dikongsikan kerana kekangan masa ecewahhh.. 


kesimpulan 2012 mencipta banyak kenangan
byebye 2012




p/s : hey final year student sila kemas barang ;p





Wednesday, December 26, 2012

wedding my ex-classmate

Assalamualaikum & Hiii...


tetiba iolss rasa macam fames pulak ramai sangat yang dok baca blog iolss ni even tak tinggalkan jejak sebab iolss baru sibuk-sibuk bising mengomen yang nak tengok gambau apalah tuptup terus ada yang uplod dekat FB bagi lalu emel bagai.. tenkiu pretties :) tapi iolss tak kesah pom kalau lambat sebab iolss is penyabau sebab tecer wanna be kan katanya ;p tenkiu tenkiu arigato ye cek mek molek :)


masa sebelum start cuti sem , emak dah dok sibuk carikan keja part time untuk anak die ni biar anak die tak duduk rumah makan free dan asyik mintak duit nak keluar je tapi anak die awal-awal je excited nak keja tapi bila dah start bercuti tetibe rasa malas sebab tahu every weekend akan ada kenduri kawen kawanlah, seniorlah, juniorlah dan dan dan kalau keja konpem-konpemlah susah nak cuti kan maka terus gitau emak bahawa iolss taknak keja nak duk uma besaukan badan dan emak pulak buat muka pasrah sebab duit bakal dihabiskan oleh anak beliau yang anje ni hah *pengsan


last wedding di tahun 2012 yang telah di attend oleh iolss is wedding my ex-classmate di SAKTI dulu who  are Shazrina & Zaki.. yang kawan iolss is da bride bukan da groom.. yang groom tu iolss tak kenal pom hakhakhak.. finally ada jugak wakil dari kelas iolss yang dah kawen.. iolss baru nak bukak rekod budak kelas tapi dah ada yang bukak maka iolss perlulah tanam niat murni tu sambil duduk diam-diam habiskan study yang berbaki setahun tu lagi.. kepada encik yang nak belanje wayang tak jadi dan yang kekonon nak kawen tapi tak jadi tu jugak silalah bergembira sebab duit anda tak akan melayang nak sponsor tiket weolss honeymoon seperti yang telah didealkan dahulu 


actually bila ingat balik rupanya iolss pernah tak kawan dengan da bride ni dulu siap main lawan-lawan mulut dan iolss menang sebab ada backup dari bobois line iolss tu yeayyyy.. wah jangan nak tunjuk besau kepala sangatlah sebab nanti iolss jugak yang sentap bila anak iolss kang ikut jejak langkah iolss yang kononnya gangster sekolah tapi sebenarnya hampeh puipui (sambil korek idung) 
tapi tapi tapi dari peristiwa itulah yang menyebabkan iolss mula rapat dan berkawan dengan da bride.. kan dah cakap tak kenal maka tak cinta.. masa main mintak-mintak maaf sebab nak SPM tu kemain lagi iolss nanes sendu-sendan bawah meja sambil berpeluk sakan dengan beliau.. see, sape kate musuh tak boleh jadi kawan hah hah hah? tapi weolss tak musuh tau cuma gaduh-gaduh anje je dulu.. biasalah budak baru nak uppp  :p


bila kawan invite dekat FB untuk attend wedding beliau maka cecepatlah akan pm kawan tersebut untuk mintak kad bukan sebab tak tahu jalan tapi sebab biar nampak keberiaan pengantins untuk menjemput iolss (sila jangan contohi perangai keji gadis cumil ini)






actually weolss ada jugak plan nak kuar berjimba bersama before da bride tukar status tapi kekangan masa dan sebagainya maka takdapatlah nak menjadikan anganan itu kenyataan.. majlis pun dah selamat dan berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.. dah dapat laga-laga pipi dengan pengantin cantik pun dah cukup gumbira dah.. takpe ada setahun lagi nak hang out dengan bini orang puloks nanti hehehe


iolss dah expert jalan Melaka jadi cakap je ceruk mana tetap akan boleh jumpa padahal sibuk mesej classmate yang akak die duk Jasin nak surekan jalan takut tersesat sebab bila iolss tengok peta macam sedikit pelik sebab patut ada belok tapi kat peta tegak je hahaha.. iolss takde henfon canggih nak rujuk gps maka perlulah bertext dengan member nak surekan jalan dan nasib baik tak terlajak.. klass kaw jemah wedding grand uolss.. siap jadi perasmi yang merasmikan IPD Jasin tu sebab baru bukak.. before ni iolss lalu sunyi sepi lagi takde orang duduk.. ohh, parents da bride antara orang-orang yang dikenali so tidak kisahlah iolss asyik nampak YB itulah YB inilah.. ahha, iolss sekarang dah kenal YB-YB Melaka dah sebab dok sibuk mintak sponsor masa PDK haritu hewhewhew


disebabkan tak ramai yang nak pergi sebab bebudak uni yang dah nak exam maka pergilah kami dengan golongan belia yang sedang bercuti sahaja dan disebabkan Cik Putri baru membeli keta baru fewitt maka marilah kita menumpang Cik Putri beramai-ramai menaiki Alza baru beliau tuuu  pewittt lagi sekali




yayan-mye-min (adik putri)-putri




sambil Putri mendrive sambil berxoxo dalam keta tu hah al maklumlah lama tak jumpa mulalah sibuk nak korek rahsia si A, kendian nak tahu perkembangan si B pulak pastu sibuk nak menyampuk hal ehwal semasa si C pulak and blablabla.. kami berxoxo sampai rasa lapau dan driver asyik tanya lama lagi ke tak nak sampai sebab tak sabau nak makan.. tengak makan memang satu keperluan sila jangan nafikan dan jangan nak mencebik kenapa iolss suka makan makan dan makan :p


masuk ke kawasan perkahwinan terus masing-masing fuyoo, grand siot sebab ini dah bukan buat kat dewan dah ni tapi dah buat kat garaj gerabak polis yang besau tu hah.. kan u imagine how grand da majlis?? sebaris garaj untuk makan tetamu dan sebaris garaj lagi untu pelamin pengantins, meja makan pengantins dan meja makan VVIP.. bahagian belakang dan ditengah is stage untuk juruhebah dan kumpulan rockies mana entah.. iolss nak duduk kat tempat VVIP tu hah tapi bebudak ni tak bagi sebab segan-silu sebab situ takde yang duduk lagi takkan weolss nak lepak situ lelama sambil berpropagosip kan




sambil makan sambil xoxo sambil shoot



ehemmm kami budak BP yang gojess ahaks




rupanya kami antara yang awal jugaklah datang sebab dak Pah dan dak Lat tak kunjung tiba jugak.. nasib baik iolss tak jadi tumpang dia kalau tak mesti iolss jugak akan terlepas gosip-gosip hangat abad ini ulalala..dessert sangat delicious sampaikan weolss bertambah berkali-kali uolss.. selamber buat muka tak bersalah pergi beratur dan ambil lagi lagi dan lagi.. alang-alang dah makan free kan inilah masanya jangan lepaskan peluang yang ada.. 


bila dah dengau bunyi kompang terus laju-laju berlari pergi ke tempat pelamin tu sebab nak tengok pengantins dari dekat.. perghh, die punya budak silat bersilat sampai naik kematu mata ni hah nak tunggu habis.. yang kompang pulak siap buat formasi bagai lagi hah sampai tenggelam suara juruhebah tuu.. iolss dahlah tak sabau nak laga-laga pipi dengan bergambau dengan pengantins tapi persembahan tak abes-abes.. iteww is tak henjoy tau sebab nak kena tunggu lama-lama nak naik pelamin bergambau tauuuuu




from Sg. Rambai if im not mistaken



sebab dah tak sabau sangat maka cecepat bangun dan beratur terus depan pelamin kekonon tunggu turn nak tepung tawar padahal bila iolss naik je pelamin laga-laga pipi dengan pengantin terus yang lain ikut naik sebab nak bergambau.. kang makin lama tunggu makin lambatlah pengantins nak makan silap-silap weolss yang datang jauh-jauh ni terus tak dapat nak bergambau bersama tskk




motip sambil salam sambil pegang kad jemputan??





sumtimes i just hate myself yang bermuka kepochi sangat ni rasa nak lempangkan aje lelaju





finally were in stage :)



Rina excited tengok weolss yang sanggup datang dari jauh ni padahal weolss lagi excited nak tengok kawan naik pelamin :)


bila semua dah laga-laga pipi dengan pengantin terus amek tempat nak posing bersama.. nasiblah dak Pah dengan dak Lat yang datang lambat tu tak dapat nak join kami atas stage hahaha.. bila dah duduk kat situ terus rasa taknak bangun sebab nak jugak muka masuk dalam kamera orang lain yang amek gambau next-next nanti.. rupanya lepas kami turun semua pun terus serbu pengantins macam kami terjah sebab nak amek gambau





gegurls in action



bila dah nak balik barulah nampak muka dua mamat pujaan malaya :p tu baru sampai.. sebab nak jaga hati kang kecik hati takde gambau sebagai bahan bukti maka kami pom amek lah gambau lagi sekali beramai-ramai bersama tanpa pengantins sebab pengantins dah duk sibuk menjamu selera.. kami yang dah buncit perut kekenyangan terus laju-laju salam laga pipi dengan yang lain sebab nak balik dah sobs sobss




we are friends



sape kata terus balik ke rumah tanpa singgah di mana-mana hah hah hah?? haruslah menyinggah pekena coconut shake yang fames pomes kat Melaka tu hah.. selalu semua akan cakap kat Klebang yang sedap tapi aritu iolss bawak meka melantak coconut shake yang dekat Batu Berendam yang mengiurkan itu.. puas hati sebab meka cakap memang sedap dari Klebang.. pewittt kan iolss dah cakap yang iolss orang Melaka dah expert semua tempat best kat Melaka puipuipuihh


otw balik hujan lebat mata pom mengantok.. hebakk Putri drive lelebat cenggitu nasib baik tak banjir kalau tak dah kena pusing balik masuk highway..


ohh billion thankz pada cik mek molek Putri yang sudi menumpangkan kami dan membelanja kami serta sudi membawa kami berjalan menaiki Alza yang best tuhh.. lain kali kita try pi jenjalan tempat lain pulak ye oliday ke apa ke kan.. million thankz jugak dekat Mye sebab sudi join kami pergi ke Melaka dan finally iolss dah tau dah uma hang bolehlah datang lepak nanti tee hee..
bestnya tengok orang yang dah keja yang dah boleh bershopping itu ini dengan duit gaji yang dapat tu *jeles





pewittt kami are tecer to be insya Allah.. doakan final year kami berjalan dengan lancar dan segala urusan kami dipermudahkan..
sebab nak jadi cikgu sama-sama maka haruslah gaya posing pom sama pehpehpeh
setahun lagi go go go :)




p/s : whos next?




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...