Monday, February 03, 2014

wedding Tasha and Ali + e-day Roslin and Halief

Assalamualaikum & Hii


hye Februari.. 1 Februari ni famos betul dengan majlis itu dan ini.. tak kiralah hari pertunangan ke mahupun hari pernikahan semua pun sibuk pilih tarikh ni.. maybe sebab alang-lanag jatuh pada hari cuti Tahun Barun Cina agaknya lah kan.. senang sedara-mara dan rakan taulan nak datang ke majlis bermakna itu katanya hee..


first sekali dapat invitation untuk wedding Tasha dan Ali dan macam biasa terus laju-laju pm bakal pengantin nak mintak kad kawen sebab sonang nak tengok plan ke rumah pengantin agar tidak sesat.. padahal rumah pengantin is dekat kampung halaman je bai.. sebenarnya mintak kad adalah untuk mengumpul koleksi majlis kawen rakan taulan yang telah dihadiri kononnya lah.. yang tak dapat nak datang tu terus buang kad or tak mintak kad langsung giteww..


kesian dekat abang posmen sebab kena hantar banyak kali ulang-alik taman ni sebab tak tahu lorong rumah yang mana satu.. maybe bakal pengantin terlalu excited menaip alamat untuk pos kad kawen kepada rakan-rakan sampai tertinggal nombor lorong.. patutlah hari-hari aku tunggu posmen tak kunjung tiba.. rupanya susah nak cari rumah yang mana.. mesti abang posmen try and error banyak kali sampailah akhirnya sampai jugak ke rumahku uhuhu.. terima kasih abang posmen atas usaha anda yang bersungguh-sungguh tersebut :)





macam biasa lepas dah di invite untuk attend ke majlis kawen terus laju-laju pakat dengan bff kesayangan nak pergi saing sebab nanti segan-silu kalau datang sensorang, makan sensorang dan bergambar selfie sensorang.. maklumlah i is pemalu kot bhahaha..


dah lepas deal bla bla bla maka bergeraklah kami ke rumah pengantins pada hari berkenaan.. kali ni tumpang Mirra je sebab malas nak drive and alang-alang lalu depan taman ni kan so hangkutlah daku sekali katakaw.. padahal sebab emak pergi wedding anak kawan die naik keta saga sebenanrnya.. kancil is malas nak bawak sebab ada ura-ura merajuk bila cakap nak beli keta baru.. saje je kan..


oh nak tau tak yang dak Mirra and Sue ni tak pernah lah gi uma orang kawen yang jalan kampung yang jauh ke dalam tu hah pastu duk sibuk tanya jauh lagi tak ea, dah nak sampai ke, eh kita ni tak sesat kan hehehe.. nasib memang tak sesat pun ahakss.. pastu sampai je terus berdesup laju je berjalan tak toleh kiri kanan sampai kengkawan panggil pun tak perasan.. masuk bilik pengantin nak letak hadiah and jumpa pengantin.. terus Tasha marah aku sebab tak datang masa die nikah pagi tu sebab aku dah janji nak datang.. punca tak datang sebab bangun pagi sedar-sedar dah pukul 8.00 pagi padahal nikah kol 8.30 huaaa.. mana sempat nak mandi nak siap lagi.. terus sambung tidur je terus hakhakhak.. maafkan daku Tasha atas perangai burukku ini.. tanpa kehadiranku ini kaw tetap bernikah juga kan hehehe.. 


 maka sahlah mereka sebagai pasangan suami isteri yang halal :)



oh lepas dah jumpa penagntin terus pergi makan sebab dah lapau kebenau weh.. sambil makan sambil sibuk xoxo sambil tunggu kedatangan Ali giteww.. lepas pengantin laki dah sampai barulah boleh mulakan misi bergambau sebab nak balik cepat nak pergi majlis yang lain pulak katanya..




masa nak bergambau dengan pengantins kat pelamin kemain lagi semua nak beratur pepanjang nak amek gambau tapi takde sorang pun nak melangkah ke depan memulakan misi nak bergambaunya alahai.. last-last bridesmaid yang nak balik dulu yang mulakan sebab dah tak sabau nak balik.. aku pun join sekali sebab nak balik awal jugak sebab nak hantar Sue kat BpMall then terus berdesup ke Semerah pulak nanti..


 edisi para gadis yang sampai dahulu 

edisi para jejaka yang dah lama sampai

 edisi gadis yang sampai lambat


sebab kitaorang balik awal maka tak sempatlah nak jumpa edisi gegadis yang sampai lambat tu hah.. ya ampunn tak sempat nak xoxo berselfie dengan kalian.. lain wedding kita ketemu ya ahakss.. before balik sebagai bahan bukti telah melakukan aktiviti hujung minggu bersama haruslah bergambau bersama katakaw..


dua orang masih solo hewhew


pastukan yang lain gi lepaking bersama sambil minum-minum sikit pun tak hajak aku.. ok finee majuk sensorang kat rumah huaaaa



pas Mirra hantar sampai depan rumah terus laju-laju amek kunci kereta kancil dan berdesup gerak ke Semerah.. sambil drive sambil membuat janji setia sehidup semati dengan Bobo tu hah agar beliau tak meragam di tengah jalan dan Alhamdulillah, Bobo sangat mendengau kata.. maka sampailah aku di majlis pertunangan rakan sebelah meja yang gaduh bersama, ketawa bersama dan belajar bersama semasa zaman persekolahan dulu.. even datang dah lambat dan majlis pun dah tamat, tapi yang penting datang untuk memeriahkan suasana kan.. 




terima kasih lah Chelin sebab sanggup tunggu aku datang dulu dan bergambau bersama dulu sebelum menukar baju.. pastu terus lepak depan mini pelamin sambil berxoxo sampai ke senja.. ya ampun punya perangai kan.. nampak sangat lama tak jumpa dan banyak cerita yang nak dikongsikan bersama.. terus stay sebab nak join majlis tahlil arwah belah malam tu.. nampak tak kesungguhan nak berxoxo itu hahaha..


sampai rumah hampir pukul 11 malam.. maka selesailah aktiviti yang padat di awal Februari ini.. mintak maaf pada kengkawan yang lain yang aku tak sempat nak datang wedding korang.. terima kasih kerana sudi menjemput.. hanya doa yang dapat dikirimkan dari jauh..


Selamat Pengantin Baru buat semua pengantins yang berkawen.. semoga cinta kalian kekal hingga ke syurga..


Selamat Bertunang juga kepada mereka yang bertunang pada 1 Februari.. semoga tabah menempuhi dugaan berdarah manis ini dan semoga dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga..




p/s : buat Bobo, mohon jangan merajuk sebab selalu abaikan awak.. itew janji akan bawak awak bersama bila posting nanti ok.. be good bebeh :)





p/s/s : Februari, plish go faster okeh..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...